Friday, August 24, 2012

Raya 2012

Salam.

Kalau ikutkan, tahun ni beraya di Kedah, tapi kami sepakat untuk raya di Ampang sebab senang nak atur perjalanan dari Kuantan-Ampang-Alor Setar.

Oh ya, ibu dah dapat tahu penempatan dah. Bila dapat tahu penempatan, walid asyik usik je, sebab tempat yang ibu kena kerja nanti tu pedalaman jugak la.. =p Tapi takpe, nanti lama2 biasa lah.Almaklum, memangla banyak je tempat kosong, tapi disebabkan antara batch terawal, kena isi tempat 'urgent'..

Alhamdulillah juga, alahan ibu pun makin berkurang. ok lah..daripada muntah +/- 10 kali, berkurang kepada 1-2 kali je. ibu doa moga2 alahan ni akan terus berkurang dengan peningkatan waktu.. =) Bercakap pasal mengandung kali ni, pengalamannya memang berbeza berbanding Damia' rujhaa dulu. Insyaallah kalau ada kesempatan nanti ibu cerita lah =)

Ok. berbalik kepada raya.. Raya pertama di Ampang sebelum gerak ke gombak rumah embah walid (abah).Sewaktu kat Gombak sempat beraya ke beberapa rumah sanak saudara dan kawan2 keluarga walid.   Raya pertama menu utama adalah lontong/lodeh. Almaklum, embah walid orang jawa, maka setiap tahun lodeh lah juadah utama =) Di samping tu ada rendang minang (eh? betul tak namanya) juga.

Raya kedua gerak balik Perak rumah nenek walid (mak). Dapat makan laksa. Fuh, memang ibu makan banyak sangat sebab rindu masakan utagha , sampai sakit perut malam tu sebab angin =p

Raya ketiga balik Baling rumah nenek ibu. Tapi waktu raya ketiga dah ramai adik-beradik yang balik ke rumah masing2, jadi pergi beraya kat rumah pakcik makcik yang tinggal berhampiran rumah nenek. Time ni dapat pula melepas 'rindu' kat bihun sup =). Raya keempat pagi tu, buat nasi kukus, makanan tradisional orang baling (kot?). Nasi tu, bungkus dengan sejenis daun yang dipanggil daun lirik, sebelum bakar macam lemang. Bila dah masak, makan dengan ikan bakar + air asam, ulam-ulaman yang kebanyakannya ibu tak pernah jumpa, sup ayam tradisional. Sedap, tapi ibu makan sikit je sebab pengalaman mengandung kali ni, memang tekak tak dapat 'terima' nasi..Mungkin sikit masa lagi, bolehla makan nasi macam biasa balik.ameen.

Petang tu balik Alor Setar. Sampai rumah terus demam. Hee, sebab tak rehat betul2! =p Asyik travel sana sini, jadi Raya ke-5 duduk rumah je lah..Nanti minggu depan dah nak mula kerja kat tempat baru. Moga urusan kami dipermudahkan. Ameen

Orang kalut nak solat raya, Damia' kalut nak main game =p

Gambar keluarga terbaik raya tahun ni.
Haa, kan dah kata, Damia' asyik nak main game =p

Fullhouse. Alhamdulillah~!
Acik dan Damia'

Acu dan Damia'

Semoga tahun depan dapat berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal lagi. Ameen =)