Sunday, October 31, 2010

30102010

Salam.

Saat ibu tulis entri ni, walid dan Damia' dah pun selamat sampai Ampang. Ibu risau sebenarnya dengan keberanian dan keterpaksaan walid untuk drive lebih kurang 3 jam dengan Damia' dan car seat je..Majoriti kawan2 walid, dah balik pun..erm, bukan apa, Damia' ni kalau takde mood, habis 'mengamuk' juga, taknak duduk dalam tu. Tapi alhamdulillah, ALLAH mudahkan. Walid cakap, Mia' tido je sepanjang perjalanan tadi.

Hmm. esok ibu akan start final exam untuk semester pertama, tahun ke 4. Allah, bimbang sangat rasanya, sebab BANYAK sangat lagi yang belum hafal, tapi setiap kali ibu 'cuak', ibu kena la alihkan perhatian. Memandangkan sekarang ibu sorang2 je kat rumah ni, dah pening tengok notes, maka, di sini lah saya... =p Berehat seketika bersama blog =)

Semalam sebelum balik, ibu ada suarakan kat walid, nak makan kat luar. Hehe. Time exam, ibu dapat pelepasan untuk tak masak sebab ibu masak slow =p Lagipun, memang tinggal sikit je masa kat rumah ni, sebelum cuti. Barang2 dapur yang dah habis pun, memang sengaja tak di 'top up'. 

Jadi, semalam walid bawa makan special sikit - Pizza Hut. (Setakat ni, McD yang PALING berjaya diboikot..bersama ada beberapa produk yang lain.. =)  Terpulanglah pada pendirian masing2. Yang pasti, usaha boikot, usah sekadar se'ciput' masa)

Ibu dan Damia' sangat2 excited tau! Tambah2 Damia'. Terus je ada mood, macam selalu..waktu jalan2, dia sangat solehah..Walid cakap, anak ibu..'Kaki berjalan'. heh!

Kami ke sana lepas maghrib, sebab nak try pizza baru yang campur semua jenis cheese tu. Erm, kesimpulannya, 'biasa-biasa' aja. Walid cakap, walid tak kesah. Walid nak dating je dengan ibu ^_^ Almaklum, pasni tak jumpa seminggu..Uish, lama tu! =p

Jom tengok gelagat Damia' =)

Sementara tunggu ibu + walid pilih makanan,
'eh, ape ni? menarik juga..'

Ibu + Damia' 
Eh, ade halangan pulak.Cane nak turun ni..

Ibu, nak turun, boleh? ^_^

*Merajuk
'Mia nak turun. Tanak dok dalam ni..'

Dinner kami..'biasa-biasa' aja

Disebabkan Damia' asyik nak turun je, sat2 berdiri, sat2 letak kaki kat luar, sat2 langkah halangan tu, last2 ibu dan walid izinkan Damia' turun.Almaklum, dia tengah nak 'dapat kaki', memang tak diam lah dalam baby chair tu.. Dah tu, bila turun, seronok pula Damia' main kat bawah tu..Dia tak duduk, berdiri je, pastu jalan sikit2 sambil berpaut kat kerusi baby tu.. Bukan tu je, ada aktiviti special pula kat bawah..

Jalan2 keliling kerusi
Main peek-a-boo dengan kami. 

Bila kat situ, sempat lagi datang idea nak main2 tu.. =p Walaupun mulut penuh, sempat lagi berbunyi..Tapi, bunyi Damia', 'aaaaaaaaaaaaaaaa...' pastu walid/ibu sambung 'cak!' Pastu jenuh dengar die menjerit seronok dalam tu. Sampaikan beberapa orang pekerja juga berhenti dan main dengan dia. Hehe.

Jalan2, sampai ke kerusi ibu

Disebabkan rushing sebab nota belum habis baca (heh!), kami makan tipu2 je.Bungkus yang lebih dan bawa balik. Sementara tunggu ibu bayar, walid bawa Damia' 'berlatih' lagi..
Kita sambung makan kat rumah la ye
 
Masih perlu pegang tangan, sebab cara Damia' berjalan, menakutkan..
Dia suka 'terkam' orang. Jalan 3-4 langkah, terus terkam. Takut jatuh..
Aik, nape tu?

Ada peminat rupanya..
'Assalamualaikum kakak..' =)

Bila dah nak balik tu, kami jalan2 sekejap. Yang menggelikan hati, Damia' masih main 'aaaaaa...cak!', guna bahu walid sebagai 'wall' die. Ibu yang ikut kat belakang, bila dah mula malas, ibu stop. Tau dia buat apa? Dia sambung  letak tangan kat mulut dan buat bunyi macam 'wau bulan tu...'a..a..a...a...a..'.. Hihi. Terhibur hati kami berdua. Terima kasih Damia'! macam faham2, kita takkan jumpa lagi 2 minggu, kan? Terima kasih Damia' dan walid, i'll be missing both of u, Lovies.. ^_^ In fact, I am right now. Doakan ibu ya dari jauh!

Thursday, October 28, 2010

Projek Ibu + Mia'

Salam.

Alhamdulillah, walid dah habis pun exam semalam. Seronoklah walid..Exam dua hari je..Sekarang, turn ibu pula untuk 'panaskan' enjin, sebelum PERLU memecut =) Tapi, ibu nak menulis, cara untuk relaks selepas seharian mengadap nota..Terapi la katakan =p

Seminggu sebelum walid exam, walid busy dengan study groupnya. Jadi, ibu dan Damia' yang agak free pun merancang pelbagai aktiviti kami berdua..

Memandangkan Damia' masih belajar bertatih, ibu terfikir untuk bawa dia ke taman permainan yang terletak dekat je dengan sekolah Damia'. Kami g situ, kononnya nak berlatih berjalan lah kan. Almaklum, kasut baru pun dah ada =) 

Tapi, bila dah g taman mainan, lain pulak yang Damia' suka..Dia lebih enjoy main 'buai laju-laju'. Hehe. Mungkin sebab kami tak pernah 'membuaikan' Damia' sejak kecil, excited pulak Damia' petang tu bila ibu letak atas buaian..Chewah, seronoklah tu! 

Ha, ape ni ibu?

Wah, best juga ya macam ni ^__^

Assalamualaikum semua. Mai la join Damia' main ni!

Ok, dah la ibu. Main yang lain pulak. Jom!

Tu lah kisah nya. Sepanjang tempoh walid sibuk tu, kami asyik ke sini je setiap petang. Bila lepas Asar, ibu ambil Damia' dari sekolah, balik rumah, petang sikit, keluar rumah semula, ke sana..Tapi, kadang2 bila walid habis study awal, walid pun join sekali..Kalau walid ada, walid suka bawa Damia' main papan gelongsor.. Pastu ada satu hari, walid belanja ibu dan Damia' dengan kek Secret Recipe, sempena hal 'special'. Best kan, Mia'? Tak sangka ibu ^_^ Ni baru la romantik, walid !! (heh! =p) Alhamdulillah, ALLAH izinkan masa lapang buat kita.

Sebenarnya, baru je minggu lepas kami mula bawa Damia' ke taman mainan, dengan harapan dia makin 'mesra alam' . Jumpa macam2 orang, jumpa kucing, burung, kereta, macam2 lah..Kami fikir, sekarang dah patut dedahkan Damia' dengan dunia yang besar ini.. =) Bukan sekadar ada ibu, walid, uncles, aunties, nannies je..Tapi, semuanya ada..Bak kata ALLAH, diciptakan kita semua,dari bermacam2 kabilah dan kaum, supaya saling berkenal-kenalan.. Dan yang paling bagus antara kita, adalah yang paling bertakwa.Moga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa. Ameen.

p/s: 
Ibu suka bila Damia' dah pandai 'join' ibu dan walid untuk angkat tangan dan berdoa sama2 lepas solat. The best part is, meng'ameen'kan doa, kan Mia'? Bila walid cakap, 'ameen', Damia' pun angkat tangan, tutup muka, sama macam ibu..=) Alhamdulillah. Moga berterusan.

Tuesday, October 26, 2010

Post-Exam (day 1)

Salam semua..Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hndaknya.. dah lama walid tak garap sesuatu dalam blog Mia nih.. =p dan macam biasa alasan tak cukup masa akan timbul..

sebenarnya baru habis paper MCQ dgn PMP untuk 1st posting Specialized Year 4 ini.. MCQ blh la jawab sket2.. kira gelap jugak la keseluruhan MCQ Answer sheet tuh.. biasanya cerah je.. hihi.. sbb tak terdaya nak menggelapkan jawapannya.. =p Alhamdulillah, byk jugak keluar bnda2 yg kami belajar time study grup seminggu sebelum exam nih..

kemudian, setengah jam berikutnya paper PMP pulak.. utk ENT, daripada trigger yg di berikan bunyi macam Chronic Rhinosinusitis with Polypoidal Mass.. harapnya betolla.. blh tahan jugak soalan dia.. Dermatology pulak, walid buh Erythrodermic Psoriasis sebagai main diagnosis dan Psoriasis Vulgaris, Generalized Seborrhoiec Dermatitis dan Steven-Johnson Syndrome utk differential nya.. haaa yg ni try utk merapu bijak..harap2nya kene la mana yg blh kene.. huhu..walaupun skin adalah organ terbesar dalam badan manusia, tp kami hanya tahu sedikit tentangnya..(bak kata Parang di FB nya)... dan utk Opthal... dari trigger yg diberi bunyi mcm Hypertensive Retinopathy + Diabetic Retinopathy Post-Cataract Removal.. hahha.. yg ni mmg merapu sket la.. dok confisu sorang.. sbb glaucoma pun mcm blh jugak.. haa.. layan je la.. what is done is done... yg penting dah usaha..yg tinggal hnya tawakkal..

So, Last paper menunggu pg esok jam 9..paper OSCE..harapnya yg keluar tuh tak memenatkan otak utk memikir.. huhu.. amat mengharapkan utk lulus pada utk blok ini.. Insyaallah.. =)

last but not least.. nk say TQ kepada 2 org ini sbb byk bg sokongan dan kerjasama pada walid utk exam kali ni.. lusa pulak bermula la turn walid pulak tolong ibu utk examnya yg start sabtu nih.. Ganbatte Kudasai ibu !!

Sunday, October 24, 2010

..Yang bakal berakhir

Salam.

Susah betul nak update blog sekarang..Rasa2 macam baru update, tengok2 rupa2nya dah dekat seminggu. Hehe. Cepat kan masa berlalu? Belum pape, dah sampai hujung minggu.. dan belum pun pape lagi..dah nak ke kuliyyah semula..

Maafla atas kesukaran untuk berblog sekarang. Kadang2, tak buka laptop pun dalam sehari.. Nak tergelak pun ada, bila tengok hari ni follower bertambah, esok atau lusa, akan kurang balik =p Tak best eh? hehe. Blog ni memang tak best pun sebenarnya =p Hanya jadi tempat untuk luahkan rasa je. Cumanya, apa yang boleh diteladani, sila ikut. Apa yang tidak, sila tinggalkan =)

Alhamdulillah, semester tahun baru yang bermula pada bulan Julai hari tu, bakal melabuhkan tirainya. Kemuncaknya? Mestilah final exam kan =) Jadinya, nak bagitau kat sini, bahawa kami berdua akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat ni.

Walid, hari Selasa dan Rabu minggu depan. lepas tu, cuti seminggu. Dalam tempoh 'cuti seminggu' tu, ibu pula akan start final exam. 1hb november sampai 13hbnov..Doakan kami ya! ^_^

Tapi, sebelum apa2 lagi, walid dah bagi green light kat ibu dan Damia' untuk balik kampung. Lepas habis exam 13hb tu, ibu akan cuti hampir sebulan sebelum masuk final sem, final year, insyaALLAH. 

Kalau ikutkan, cuti panajnglah waktu yang ditunggu2 oleh pasangan bekeluarga untuk menghabiskan waktu bersama2.Tapi, tidak bagi kami. Cuti panjang, maksudnya kena berpisah sementara =( Selalunya pun macam tu. Setakat selepas kawin, belum pernah kami sambut raya haji sama2 tau.

Raya Haji pertama, sehari selepas akad nikah kami. Habis akad nikah, walid terus join konvoi kawan2 dia, balik semula ke Pahang, untuk teruskan pengajian...Dalam tempoh 2 minggu lebih tak silap, baru la ibu balik Pahang..

Raya Haji kedua pun begitu. Waktu tu, ibu tengah cuti juga, macam yang akan berlaku sekarang.. Raya haji akan datang, nampaknya tipis juga harapan untuk sambut raya sama2..tambah2 bila raya nya, adalah pada tengah2 hujung minggu. Jadi, mana boleh nak 'extend' cuti kan? =(

Tapi, takpe lah kan. Bukannya 'Eidul Fitr pun =) Beginilah adat pasangan berlainan kos. Berkorban itu perlu.. Tak yah tunggu kos lain2 pun, hakikatnya, berkorban itu perlu.. Bersedekah juga, berkorban..Penyucian jiwa, insyaALLAH ^_^

Erm memandangkan selepas cuti seminggu, walid akan masuk posting yang 'tak-lekat-kat-rumah' a.k.a public health.. Busy ke sana ke mari, even pada waktu ibu tengah 'hangat' exam, walid akan tinggalkan rumah ke Ulu Tembeling (I wonder y Ulu Tembeling je? Group lepas pun situ juga..Kot2 la boleh pilih sendiri kan, nak g mana2 je =p)

Jadinya, sebab tu lah, walid bagi pelepasan kat kami berdua,awal2 lagi, untuk balik ke Kedah nun. Hmm, ibu sedih sebenarnya,tak best hidup jauh2 ni..Kalo dekat2, 'gaduh sayang' tiap2 hari pun takpe, yang penting, suami/isteri ada depan mata..Boleh kongsi rahsia =p Tapi, walid risau ibu akan 'mati kebosanan' kat rumah ni. Heh! Tambah2, kawan2 yang satu kos, semuanya akan balik bercuti panjang di rumah masing2..Baiklah ibu balik ke umak maktok nun, kan? ^_^

Ha, itu belum masuk lagi bab sape nak jaga Damia' nanti time kami ada 'clash' - walid bz kat luar, ibu pula bz nak exam. Tapi, takpe. InsyaALLAH, akan dipermudahkan..Setiap orang, akan menerima 'tugasan' dari ALLAH, mengikut kemampuan. Macam kes kelahiran Damia' secara pembedahan (sape pun tak mintak nak bersalin dengan pembedahan, kalau tahu risiko), kelahiran Damia' sebagai bayi pramatang.. sungguh istimewa di mata ibu dan walid...mengajar kami erti hidup...Semuanya berlaku kerana ALLAH tahu kemampuan kita, para hambaNya..

InsyaALLAH, mencari hikmah~ ^_^

P/S : Thank you so much Auntie Salwani for your time today! Teman ibu dari pagi hingga malam, gara2 walid bz dengan study groupnya..Alhamdulillah, Damia' makin yakin nak berjalan, selepas upacara tak rasmi 'menjejak tanah' dengan kasut barunya di Teluk Chempedak petang semalam =)

Tuesday, October 19, 2010

???

saya sayang budak ini dan ibu budak ini.....

err....takde motip punya entry... sekian

Monday, October 18, 2010

Viral bronchiolitis

Salam. 

Pernah dengar tentang viral bronchiolitis? Itu adalah jangkitan pada salur pernafasan yang paling kecil - bronchiol - selalunya disebabkan oleh virus. Selalunya, bayi akan mudah dapat jangkitan ni. Dan selalunya lagi, ia akan sembuh sendiri.

Minggu lepas, Damia' telah dapat jangkitan ni. Kami pun taktau kenapa. Mula2 start dengan hingus je, tapi lama2 nafasnya berbunyi dan hingus pun bertukar jadi kaler kuning. Itu tanda jangkitan. Bila ditanya kepada doktor, doktor cakap Damia' sebagai bayi pramatang, akan mudah terkena jangkitan sebab sistem imunnya tak kuat sangat seperti bayi yang lahir secara normal. Tapi, kata doktor, bagus juga sebenarnya jangkitan ni, sebab ia menyediakan imun sistem Damia' supaya lebih aktif dalam menghadapi sebarang keadaan.

Sebelum ni, Damia' pernah juga diberi Ventamol expectorant dan antibiotik Amoxicillin untuk tangani keadaan ni. Tu, untuk kes 'suspected' viral bronchiolitis. Expectorant, sebagai ubat batuk yang membantu untuk keluarkan mucus dari peparu. Kira nak tolong clearkan peparu la ni.. Antibiotik pula, untuk tangani jangkitan. (Tapi, ibu pelik gak sebab antibiotik untuk jangkitan bakteria. Jangkitan virus, selalunya akan 'resolve' sendiri..Hmm ?)

Itu dulu. Ni yang minggu lepas, walidlah yang bawa g jumpa doktor. Ibu? Ibu tersadai kat rumah, lepas kelas, tidur tak sedar dunia, sebab ibu pun tak sihat juga, start beberapa hari lepas Damia' selesema..(selalnuya, anak yang kena tempias jangkitan mak ayah, ni terbalik pula =p) Sedar2, walid balik dan terus bergegas keluar. Walid cakap, kol ibu tak angkat2 (Mana taknya, handset g tinggal kat ruang tamu, memangla tak dengar kan? =p) Walid terus g amik Damia' kat nursery dan bawa ke klinik. Ibu yang tengah mamai2 tu, sedar bila walid balik semula dengan Damia'.

Walid cakap, doktor bagitau Damia' confirm dapat bronchitis. Ibu terkejut sangat! Bronchitis, jangkitan yang lebih serius. Selalunya ada pada smoker.. Punyala ibu dok fikir, apa yang menyebabkan Damia' dapat bronchitis. Post status kat FB, rupa2nya kami simpulkan yang maybe walid tersalah dengar kot. Sebab kalau bronchitis, memang akan masuk ward..

Hee, almaklum ibu bapa muda, mana la nak biasa dengan keadaan gini, kan? =p Ibu bapa mana2 pun. Handle anak sulung, semuanya adalah benda baru bagi kami...Sebab tu anak sulung, dekat di hati ibu bapa =) Bila balik dari klinik, walid bagitau yang Damia' diberi nebulizer.. Masuk ubat ke peparu Damia' untuk bagi relax sikit. Bagi boleh bernafas elok2..Gelabah betul ibu,takut Damia' dapat asma sebab ada salasilah asma dalam salah satu family kami. Tapi, walid cakap bila doktor cek peparu Damia', ada bunyi 'rhonci', bukan bunyi 'wheezing'. Wheezing, untuk asma...

Bronchiolitis
Jadinya, rehat la Damia' dengan ibu yang tak sihat dan walid yang letih tu.. =) 

Hari Sabtu, Damia' dah makin ok..Ibu pun makin ok sebab walid suruh ambil panadol. First time ambil panadol, willingly. Hehe. Sebelum ni, memang akan tunggu demam baik sendiri. Tapi, takut bagi kesan kat Damia', ibu amik panadol. Tambahan pula, keje sekolah sangat BANYAK kot =p

Tapi kan, tiba2 lepas die bangun tido tengah hari, kami perasan macam ada rashes develop..Punyala saspen, ingatkan campak ke, hama ke, denggi ke, allergik pada ubat ke...

Petang tu, kami bawa Damia' ke taman rekreasi, dekat je dengan rumah. Atas permintaan ibu, konon2nya nak dapatkan udara segar la =p Lagipun, dah lama tak ke sana, sejak restoren dia tutup. Kami suka kuewteow kungfu dan kuewteow mamak dia =) Kat situ, bagi ikan makan, jalan2 keliling tasik (dulu blh la jogging, tp sekarang, tolak je stroller Damia' sambil bersembang =) Kalau letih, berhenti tengok ikan) dan balik..

Ruam2 yang macam kat Damia'

Bila sampai malam, lagi teruk dan makin banyak. dok fikir dari pagi sampai malam. Siap mesej pensyarah subjek clinical lagi . heh!Tapi, Damia' tak menggaru pun..Bila hari Ahad, kami perasan makin kurang. Tu pun, pulun pakaikan medicated bedak banyak2, penuh satu badan. Memang wangi la Damia' =p Walaupun begitu, memang obvious ruam2 pada Damia', sampai kena tegur kat Gathering Batch Walid hari Ahad tu..

Alhamdulillah, hari ni bila ambil kat nursery, dah takde rashes tu. Pemilik tadika cakap, dia memang perasan kalau bayi yang selalu demam teruk ,memang akan develop rash. Tak taula mungkin panas kat dalam badan kot.. Tak dapatla kami nak simpulkan, dengan ilmu yang takde tauliah lagi, apatah lagi pengalaman.. Tapi, alhamdulillah, ALLAH la sebaik2 penyembuh.. ^_^ Kami dapat pengalaman baru dalam hal ni. Terima kasih ALLAH atas pelajaran kehidupan ni.

Sayang Damia' Rujhaa ! ^_^

P/s: 
1.Damia' dah start melangkah dengan lebih yakin. Gigi pun tengah nak tumbuh lagi 4 batang. 2 kat bawah, 2 kat atas. Alhamdulillah..Cuma badan je, tanak besar2..HUu~
2. Ibu masih batuk2..Hari ni, demam balik. Sama macam keadaan lepas, demam lepas dapat tambahan keje sekolah..Haish, protes ke? =p

Friday, October 15, 2010

Assalamualaikum

Salam. 

Lama tak dengar berita tentang kami, kan? asyik update hal yang tak berkaitan je.Tu pun, walid yang ambil inisiatif untuk update blog. Nak harapkan ibu.....adoi.. (-_-).. menjadi pelajar tahun akhir ni, amat menuntut kesabaran. Dengan hal pengajian lagi, dengan Damia' lagi yang makin aktif, dengan walid lagi yang manja ni =p Semua memerlukan perhatian ibu..Sungguh, bila tengok gambar kawan2 yang baru je konvo, makin tak sabar2 dah ibu nak habiskan pengajian ni, insyaALLAH dalam tempoh yang ditetapkan.

Hmm, hari tu ada janji nak cerita pasal 'tudung' kan? Hmm, agaknya dah lapuk pun cerita ni, tapi nak juga cerita.Hehe.

Rasanya, hampir semua yang mengenali kami, sudah maklum akan identiti Damia' Rujhaa yang bertudung ke mana2, kan? =) Alhamdulillah makin lama, makin bertambah koleksi tudung Damia' sekarang..Paling baru...kami belikan satu lagi tudung sewaktu ada hari terbuka UIA Kuantan ni..Bukan apa, comey2 sangat, memang irresistable! Tapi, belum boleh pakai lagi sebab labuh sangat..Tapi, tu la ibu cakap, comey sangat...tak dapat la nak 'avoid' daripada beli. Walid pun turut 'jatuh hati' juga dengan design tu =)

Sebenarnya, Damia' dah mula dibiasakan dengan 'penutup kepala' sejak berusia 3bulan lagi. Mulanya, kami biasakan dia dengan topi/cap bayi yang chumil2 tu..Lepas tu, makin setelah dapat beli tudung bayi, kami mula pakaikan Damia' dengan tudung..Ibu ingat lagi, waktu tu, asyik kena pakaikan kerongsang je kat tudung die, sebab muka Damia' kecil lagi.. =p Tambahan pula, Damia' kan bayi pramatang, jadi memang saiz kepalanya agak kecil berbanding bayi seusia dengannya.

Breakfast at Pak Lah

Tapi, makin lama makin serasi dia dengan tudung. Hingga ke tempoh ini, hampir setahun Damia' biasa dengan tudung, banyak juga lah komen2 yang kami terima dari orang luar. Ada yang membina, ada juga yang kurang membina..

Antara respon: 

'Comelnya....!'

'Alhamdulillah, kecik2 dah pakai tudung. Bagusnya!'

'Ei, anak ko kecik2 dah alim eh?'

'Bukak je la tudung tu. Cemana rambut dia nak tumbuh. Nak 'bernafas' pun tak boleh. Apa la ibu ni, saya kan kecik lagi, kan Damia'? '

'..Kecik2 dah pakai tudung. Dia tak bukak ke? Tak rimas?'

'Damia'  ni pakai tudung,tapi pakai skirt..seksila!'

Pada kami, biarlah apa sahaja komen yang dilontarkan, akan kami sedaya upaya terapkan nilai2 Islam dalam diri Damia'. Biarlah walau 'sebelum waktu' pun, harapan kami, agar dia bisa faham keperluan dan kewajipan tudung terhadap muslimah perempuan. Hakikatnya, umur pada tahap ini lah, fasa 'menyerap ilmu' yang paling berkesan, kan? =)

Biar ada yang mempersoalkan keputusan ini, konon menyeksa anak yang baru je nak 'bernafas', tapi kini kami bangga bila mana Damia' memberi respon yang baik terhadap rutin ini. Sekarang, jika dihulurkan tudung sahaja, dia sudah tahu untuk menundukkan muka, tanda minta diapakaikan tudung. Jika diberi tudung untuk dipegang, dia sudah tahu untuk cuba memasukkan tudung itu ke kepalanya..Alhamdulillah!

Sungguh tidaklah kami mahu dipuji akan comelnya Damia' kerana bertudung. Bukan itu aim nya. Jujurnya, kami mahu Damia' 'biasa' dengan tudung. Biarpun kadang2 hanya pakai skirt sahaja, doktrin sekarang adalah 'tudung itu perlu'. Baju, tak yah cakapla..Memang perlu pakai, kan? =p Jadi, bolehla sikit2 diubah mengikut usia nya, insyaALLAH.

U're One! Alhamdulillah

Bila mana kami 'ditegur' kerana membuat sesuatu yang di luar paras 'normal' oleh yang lebih senior..kononnya, kami hanya ibu bapa muda, yang masih tidak tahu apa yang terbaik untuk anak..

Kami terfikir...bukankah ibu bapa itu yang perlu mencorak anaknya, yang ibarat kain putih, perlu dibentuk mengikut acuan yahudi, nasrani, atau majusi...? Dan sudah tentulah, ISLAM menjadi pilihan..Hanya ISLAM sahaja yang menjadi pilihan ALLAH jua ^_^

ISLAM itu indah ^_^

Melihat kepada pesatnya perkembangan hal2 berkaitan ISLAM pada masa sekarang, dilawan pula dengan hal2 'anasir luar' yang sangat teruk, sudah tentu kami akan cuba yang terbaik untuk biasakan Damia' dengan hal2 ISLAM, insyaALLAH. Ini janji ibu pada diri ibu sendiri. Moga ibu menjadi kawan terbaik Damia' dalam segala hal, melebihi kawan2nya yang lain..dan moga Damia' dipenuhi dengan nilai2 ISLAM, melebihi nilai2 anasir luar yang menggila..Hmmm, bukan senang untuk survive, di kala pengamalan ISLAM makin menjadi pelik, walaupun di kalangan ummatnya sendiri.

Ibu terkesan dengan kata2 seorang ulama’ semasa belajar UNGS dulu :

'Jika beramal dengan ajaran ALLAH, mengikut sunnah itu dikatakan kolot dan orthodoks, maka saya rela mati dalam keadaan kolot dan orthodoks..'

Ya, hakikatnya, kita punyai pilihan. Jadi, pilihlah yang terbaik =) Moga saja kita tetap dalam jalan ALLAH ye semuanya. Ibu tak paksa sapa2 pun untuk ikut kami, cumanya ibu suka bila kita fikir, menjadi golongan yang sedikit, tak beerti menjadi golongan yang salah.. =)

P/s: Gambar2 di bawah, Damia' bergaya dengan tudung2 yang baru sahaja dirasmikan baru2 ini, selepas tersimpan hampir setahun, gara2 labuh dan besaq =p

Tunjuk gigi ^_^

Walid, Mia' nak!!

Kami ^_^ 

Sewaktu mendengar kuliyah maghrib Us. Azhar, IKOD '10 

Ya ALLAH, jadikanlah kami dari golongan yang sedikit. Ameen Ya Rabb!  

Wednesday, October 13, 2010

Sony Ericsson Vivaz untuk dijual

assalamualaikum... kepada semua, ada iklan sket nih.. walid nak jual set Sony Ericsson Vivaz walid ni kepada sesiapa yg berminat...

condition masih superb.. 99.99% scratchless..

spec blh refer pada website ini.....atau pada sonyericsson sendiri...

Harga yang walid letak RM850.. still blh nego... sape yg berminat blh sms ke 013-9667623.. blh tgk dulu HP ni sblum beli.. blh refer pada Mudah.com juga..

blh COD area kuantan atau poslaju...kalau pos tu extra charge sket la ye..

TQ

Thursday, October 7, 2010

2 good 2 be true (^_^)

2 good 2 be true?? by CIMB Malaysia.. lets try it out!! jom pair dgn kami...

Friday, October 1, 2010

Set Corelle free!! sape yang taknak kan -GA by TTM (^_^)-

*sticky post*

entry baru ada di bawah entry ini...kalau ade laa.....=p

salam semua...huhu..tetiba terajin pulak nak join GA orang..dan kali ni by tuan punya blog Dapur Malus Domestica.. haha..hari tu dan menang GA by Sasha Basyir..jom kali ni menggatai di GA TTM pulak... JOMMM!!

INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!

16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)-  [huhu..kami mmg blogger tegar..]

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) -[yep]

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.) -[part nih yang paling suka..tak yang duk taip entry sendiri..boleh uban rambut weh dok fikir ayaat power]

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni) -[DONE!]

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.- [OK...sempat lagi nih]

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU

*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*