Thursday, December 30, 2010

New Interest

Salam.

Sebelum apa2, tahniah kepada timnas Malaysia atas kemenangan mengatasi Indonesia. Alhamdulillah. Walaupun kami tak layan sangat bola, TV pun takde, tapi status yang punyala-banyak-tentang-bola kat FB berjaya menaikkan semangat juga..hehe. Yela, sekarang kuliyyah Pharmacy pun tengah dalam mood interbatch, jadi semangat kesukanan tu masih membara. Tambah2 bila perlu mencuri peluang bergelar juara untuk kali ini =)

Berbalik kepada kisah, hari tu ibu dan walid belikan arnab untuk Damia'..Jadi, secara rasminya kami ingin kenalkan arnab2 tersebut kepada semua ^_^

Sebenarnya, kami tak berhajat pun nak bela binatang. Tak pernah pun. Tapi, bila cuti hari tu kat Ampang, makcik Damia' dapat arnab sebagai hadiah hari lahir, dari situlah kami 'detect' kesukaan Damia' ni. Ye lah, arnab kan kecil, comel pula, memanglah dia geram. Dipicit2 arnab tu, dipeluk2 lagi, belum tambah dengan gelak dia. Ha, Damia' ni kalau gelak, gelak besar tau =p seronok dengar dia gelak. Tapi, susah nak dengar depan orang.

Jadi, bila balik Kuantan, kami pun tercari2 arnab untuk dibeli dan dibela. Pencarian di pet shop tak membuahkan hasil, arnab tak terjaga. Bulu bersepah, tak bersih, jadi kami hanya beli sangkar dan makanan je dulu. Lepas tu, kami tengok kat mudah.my. Kebetulan kawan ibu pernah beli arnab dengan sorang penternak arnab kat sini, jadi kami atur temujanji dan beli arnab tersebut. Nilah mereka =)

Black vs White
Mula2 hanya ingin beli seekor je. Tapi bila mendengar cerita perternak arnab tersebut tentang hobinya yang mendatangkan pulangan yang bagus, kami beli sepasang terus. Dengan cita2 untuk jangka masa panjang ^_^ Kami beli sepasang akhirnya. Baka campuran. 

Asalnya kami cari jenis lop, jenis telinga jatuh tu.. Ibu berkenan sangat tengok kat mudah.my! Tapi, hanya ada baka campuran, yang mana sebelah je telinga dia yang jatuh kat penternak tu..Hee, kurang comel lah sikit. Lagipun, kalau nak beli yang baka asli, cerewet sikit nak jaga. Tambah2, tak sesuai kot untuk kami yang baru je nak start bela arnab ni. Jadi, kami beli baka campuran yang lain.
Baka Lop. Cute sangat kan?
Baik. Jom taaruf dengan mereka ^_^

1) Cleo

Cleo ni, walid yang pilih. Cantik =) Badan hitam + putih, ber'celak' kat mata. Kalau tengok, mesti ingat die betina sebab lawa, tapi dia jantan sebenarnya..Baka Anggora + ape-ntah-tak-dapat-tangkap =p Nama yang tak dapat tangkap tu, kami tak pernah dengar.

Walid yang bagi nama Cleo, singkatan dari Cleopatra. hehe. Cleopatra, nama tersohor yang berkait dengan kecantikan kan? Lawa, tapi sebab jantan, letak Cleo je. Walaupun jantan, Cleo ni pemalu tau. Waktu ambil nak bawa balik, dia yang 'gelabah' lebih dari Chesty. Belum pape,dah tengok ada najis kat dalam kotak tu =p Cemas sangat!

2) Chesty

Chesty ni, banyak gambar sebab dia lebih mesra. Tak payah susah2 pun nak pegang. Erm, ni ibu yang pilih. Baka Anggora + Lionhead. Tengok tu, muka dia macam singa. Macam 'kembang' je. Tu yang buat ibu terpikat tu, walaupun dia gelap =p Warnanya, hitam + chestnut, bukan kelabu macam dalam gambar ni..Selain hitam + chestnut, ada juga warna putih pada Chesty. Kat hidung 'cinonet' dan kedua2 hujung telinga..Tengok dari sisi pun, akan perasan yang si Chesty ni 'gebu'. Best peluk!

Kali pertama tengok, memang ibu dah terpikat. Badan dia sangat simetri.Cantik! Diberi nama Chesty, sebab ada satu kawasan macam rumput coklat kat atas badan, warna chestnut. penjual tu cakap, ni kali pertama dapat arnab yang badannya corak begini. Chesty ni, ibu perasan dia suka 'panjangkan' badan, macam dalam gambar, jadi nampak kurus sikit.

Hmm, lepas beli, sibuk pindahkan dalam sangkar. Lepas tu sibuk pilih nama pula. Macam2 nama yang keluar pada mulanya. Konon nak letak nama macam twin. Seperti Itsy Bitsy, Incey Wincey, Chesty Whitsy.. tapi macam tak kena je. Nak panggil pun susah, Tak tau yang mana jantan atau betina =p Jadi, kami cari nama berdasarkan karakter . Alhamdulillah, terkeluarlah nama Cleo dan Chesty.

Seperti yang dijangkakan, Damia' memberi respon positif, jenuh 'bersorak' dengan Cleo dan Chesty. Cumanya, dia tak berapa berani sebab kedua2nya agak besar walaupun baru berusia 2 bulan, Kena ada ibu dan walid kat sebelah selalu, baru berani =p Alhamdulillah, moga dapat memupuk semangat kasih sayang ye Damia'! Selain tu, boleh juga bantu hilangkan stress ibu dan walid jika ada..Erm, kita sama2 jaga Cleo dan Chesty baik2 ye. InsyaALLAH =)
Damia' tengah khusyuk bertaaruf dengan Cleo dan Chesty 
Ibu nak main sama? Jom! ^_^ 

Sunday, December 26, 2010

Sibuk dan Berbaloi

Salam.

Hari Ahad hari tu, ada classmate call, minta join senamrobik islami anjuran satu NGO kat Pahang ni. Sebabnya, ibu ada pengalaman masuk senamrobik kat matrik PJ dulu.

Waktu tu, kami Group DQ ni je satu2nya group yang pakai lagu nasyid untuk aerobik. Alhamdulillah, dapatlah tempat ketiga dan dapat anugerah Koordinator Terbaik antara semua pasukan.

Hmm, itu pada tahun 2006 dulu kalau tak silap.Lama dah~ =)

Tahun ni, ada lagi pertandingan tu.. Ibu suka benda2 gini. Bagi ibu, apa2 pun boleh dilakukan mengikut corak Islam =) sudah semestinya, ibu tak lepaskan peluang ni ! Dah lama tak exercise pun =p

Hari Isnin, borang diedarkan kat dalam kelas. Tapi, 3 orang je yang nak masuk termasuk ibu.. Sedih juga, sebab  ingat ramai yang berminat. Tambah2 ni hanya perempuan je dan ada peluang untuk tunjukkan 'kecantikan' Islam melalui senamrobik tu.

Hari Selasa, masih mencari kawan2 yang nak masuk. Siap call pelajar kulliyyah lain lagi, gara2 nak bagi cukup minimum 6 orang untuk satu kumpulan. Tapi tak cukup2 juga..Almaklum, Krismas, ramailah yang balik. Ramai juga yang clash training dengan interbatch yang tengah hangat berlangsung..Ibu dah lemah semangat dah time ni..Ibu fikir, susah juga nak ajak orang buat benda baik ni..~

Hari Rabu, baru cukup orang. Tu pun, dah pujuk2 dan kebanyakan yang join pun banyak join interbatch juga. Orang yang sama. Waktu ni, komiti mesej minta lagu yang nak guna. Punya kami kelam kabut sebab lagu pun tak pilih habis lagi. Kena combine lagu pulak tu (-_-) Alhamdulillah, esoknya lagu yang dah ready dihantar.

Hari Khamis, masih berlatih steps yang tak cukup. Stress juga, banyak step yang kena reka, ingat, ulang. Kami berlatih siang dan malam. Lepas kelas, terus pergi gym, berlatih sampai petang. Lepas tu, sambung training untuk perlawanan interbatch. Boleh kata, dekat mahgrib baru sampai rumah. Dah tu, proceed masak, bagi Damia' makan, walid pun join sekali.Pastu, pukul 9pm ada lagi latihan. Sampai 12tengah malam. setiap hari macam tu..

Hari Jumaat, semua dah letih sangat dah.Tak daya dengan step yang tak sama, tak lengkap, berterabur..Dalam dok praktis steps yang lama, masih lagi cari steps yang tak lengkap. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya ^_^

Hari Sabtu, full rehearsal. Combine balik part2 yang berterabur, bagi nampak kemas semua. Hari ni, kami relaks sikit. Start rehearsal pun pukul 3pm - 5pm. Pastu, sambung g main volleyball untuk tentukan no 2 atau 3. Huu~ disebabkan letih sangat, serve pun tak menjadi =p Keputusannya, kami dapat no. 3. Takpelah..Itu yang terdaya =)

Pukul 6pm. g Taman Bandar. Masa dengan keluarga pula =)  Kami janji nak beli arnab untuk Damia', jadi temujanji dibuat kat situ untuk beli arnab. Dapatlah sepasang arnab untuk Damia'.

Pukul 9pm, praktis lagi, sampai pukul 12am..

Hari Ahad, hari pertandingan. Sebelum daftar, buat latihan terakhir. Demam..Punya tak larat, sampai badan dah shaking, tapi paksa diri untuk buat persembahan. Alhamdulillah, kami mendapat pingat Emas !! ^_^ Bolehlah kot dianggap sebagai emas pertama sis rx6th =p

Ibu letak gambar dari kamera je. Nanti2lah minta gambar dengan komiti..

Pingat emas pertama, setelah 4 tahun di Kuantan

Muslimah Legation = Legasi Muslimah

Bersama kawan2 yang sporting + sporty ^_^

Terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang sudi untuk join, bantu ibu lengkapkan kumpulan ^_^ Walaupun masing2 ada tuntutan kerja yang lain, masih lagi mampu meluangkan masa bersama.. Ya, semuanya boleh dilakukan mengikut cara Islam! Minggu depan, kita pulun perlawanan interbatch pula =)

p/s: 

1.Statistik menujukkan bahawa hanya 4% rakyat Malaysia yang bersenam, daripada bilangan 500 orang. Jika Nabi Muhammad SAW masih ada, tentu bersenam akan jadi satu benda yang sangat common di kalangan kita kan? macam aktiviti memanah, menunggang kuda dan berenang di zaman Nabi dulu..

2. MC majlis bagitau tadi, menurut kisah, sewaktu jenazah saidatina Khadijah dimandikan, beliau dilihat mempunyai bentuk badan yang sangat fit dan cantik, bak gadis berusia 18 tahun..Ha, sebab tu Nabi sayang sangat kat beliau..apa rahsianya ya? =) 

3. Jom, sama2 bersenam untuk kesihatan!

Monday, December 20, 2010

Contest Si Cilik dan Stroller

Salam.

Kami tengah dalam mood join contest ni ^_^

Tadi jalan2 blogwalking, terjumpa satu contest. Ni ha :
Syarat2 penyertaan, amat mudah. Jom tengok sini !

Jadi, ni gambar yang walid pilih untuk sertai contest ni :

Nama : Damia' Rujhaa bt Ahmad Zainol Arifin
Umur : 1 tahun 4 bulan

Gambar ni diambil di Alamanda, Putrajaya sewaktu tokma dan embah tinggal di sana. Saja kami g jalan2 dating, round2 Alamanda tu sebab sebelum2 ni, asyik keluar satu family. Almaklum dah nak pindah, maka kami gunakan masa tu untuk dating ^_^ Nasib baik ada stroller, takdelah lenguh tangan dukung Damia'. Damia' pun excited sebab dapat jalan2 dengan ibu dan walid..Ye, antara dua orang, lelaki dan wanita, akan ada yang ketiga..iaitu Anak!  We had fun, alhamdulillah =)

Sunday, December 19, 2010

New Promo to be Spread-Out!! Thanks to Churp-Churp again =)

Salam semua..last week punya promo dapat la wang saku sket =) dan Churp-Churp kembali memberi 'kerja' kepada kami =).. Check it out!!

Wohoo! Gna, Beast and 4minute live in Malaysia! Get the pre-sale tickets at 1Utama New Wing today! Who's coming for #DiGikpop! 

How do you like the idea of playing Fruit Ninja on a Samsung Galaxy Tab with your friends during New Year's? Celcom is having a GREAT SALE & the deals are too good to be missed! #CelcomGreatSale

Share with your friends what berry you are today on the #whatberryareyou Woots! Which one are you?

Saturday, December 18, 2010

Maghrib tadi

Salam.

Damia' ada telekung baru, diwarisi dari maksu awa dia ^_^ Waktu cuti hari tu, selalu je dia pakai bila ibu solat ..dan dia akan stay around ibu je, sampai ibu habis solat. Kadang2, dia buat aksi baca doa, bila tengok ibu baca doa usai solat. kadang2 turut sujud bila ibu sujud.. =)

Maghrib tadi, 1st time damia' 'berjemaah' solat maghrib dengan ibu dan walid ~ (definisi jemaah adalah berada bersama2 dalam bilik solat. hehe)
Kawan2 dah solat? jom, join Mia!
Ibu, pakaikan telekung untuk Mia juga ye..Mia nak ikut jemaah sama walid + ibu juga
Telekung maksu ni besar. Jadi ibu cakap, takyah pakai kain lah. Dah tutup aurat pun
Kami pakaikan Damia' telekung, dan biarkan dia macam tu je untuk solat. Selalunya, dia memang tak kacau lah. Duduk je senyap2 dengan kami dalam bilik solat tu. Gerak sana sini, biasalah, tapi tangan dan kaki tak berani pergi jauh..

Bila dah habis solat, baru lah dia datang dekat, duduk atas riba. Join ibu dan walid baca doa, salam dan kiss ibu dan walid. Alhamdulillah. Ibu doa, agar berterusan begini.Sejuk perut ibu mengandung tau Damia', dengan perangai solehah ni =)

Selepas solat, sengaja kami tangkap gambar damia' untuk kenangan. Ha, Damia..ni lah 1st time Damia' bertelekung untuk berjemaah dengan kami. Alhamdulillah..
Di ribaan walid
Fokus sikit
Dengan ibu juga
Kawan2, jom sama2 join solat berjemaah! ^_^

Friday, December 17, 2010

Contest Si Manjaku Comel

Salam. 

Ibu telah di 'tag' oleh Mami Hadeef untuk sertai contest ni. Memandangkan gambar pun dah ada, tunggu untuk upload je, ibu pun masuk contest ni juga. Selain memeriahkan majlis, dapat juga tambah kenalan baru ^_^

Ok, untuk sertai contest ni, kena la ikut peraturan, kan? Peraturannya :
1 . kena ada blog sendiri
- Alhamdulillah, ini memang blog sendiri 

2. Pastu kena follow blog Masyimalo's (Penganjur contest ni)
- Done =) zainolarifin..ala~ yang ada gambar mia tu..

3. Contest ni boleh disertai oleh bayi baru lahir sehingga 6 tahun, yang mana para juri terdiri daripada ibu dan suami pihak penganjur - Puan Juliana. tarikh tutp adalah pada 25 disember 2010.. Ini bannernya :

4. Buat satu entri khas dan sertakan gambar yang paling comel
- Ok. Ni ibu sediakan satu entri khas, siap ada tajuk khas lagi, nak promote kat yang lain ^_^

- Gambar :

Kalau ikutkan, banyak gambar damia yang ibu suka sampai taktau nak pilih yang mana =p Gambar tigger baby kat header ni pun comel2 belaka.. =) Bagi ibu, gambar Damia' yang comel sekali adalah pada majlis sambutan hari lahirnya, sempena usia 1 tahun Damia' Rujhaa. Sebelum ni memang Damia' dah biasa bertudung, tapi yang specialnya hari tu, Damia' tampil comel dengan gaun labuh. 1st time tau! ^_^ Chumil sangat die, macam princess (at least di hati ibu dan walid) dengan tudung. 

Ibu ingat lagi, masa ni Damia' masih belajar untuk berdiri dengan betul. Jadi, banyaklah gambarnya yang perlukan 'penyokong' (a.k.a walid) =p Alhamdulillah, walaupun Damia' tak berapa sihat , ada sikit selesema, tapi kerjasama yang baik diberikan sepanjang majlis tersebut. Punyalah dia tahan mengantuk, akhirnya tertidur juga akhirnya, di penghujung majlis. Terima kasih Damia' Rujhaa! ^_^

Nama : Damia' Rujhaa Ahmad Zainol Arifin
Umur : 1 tahun 4 bulan

5. Bila dah siap,pastikan buat 3 perkara ni :

a) Tampal banner contest kat side bar dan entri khas yang dibuat.
b) Tinggalkan link entri kat blog penganjur.
c) Tag 5 orang rakan

Monday, December 13, 2010

L.O.V.E Award

Salam.

Alhamdulillah, kami selamat sampai Kuantan semalam. Hari ni, ibu dah start kelas untuk semester terakhir..Alhamdulillah.. ^_^

Waktu kat kampung dulu, sangat terhad masa untuk update blog, gara2 asyik jalan sana sini. Nak buka laptop pun tak sempat kadang2. Bila dah buka pula, asyik berebut dengan Damia'. Tak padan dengan kecik, nak juga dia conquer laptop sorang2 =p

Ok. Taknak cakap banyak, ni adalah anugerah dari Fairuz lagi =) Terima kasih ye. Selalu ingat kami..Selalu je baca blog Fairuz, tapi jarang2 sekali komen..Hee, so 'typical' of me =p

Bersama anugerah, ada tugasan juga..Kena jawab soalan, macam biasa :

1. Siapa orang yang korang paling sayang?
- Keluarga saya : Suami dan anak 

2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?

a) Suami - Ahmad Zainol Arifin
..Kerana dengannya saya berkongsi rasa, susah senang, impian, cita-cita, rahsia juga.Habis telus, insyaALLAH ^_^ Semua bagitau suami dulu.Yang bestnya, dia layan aje, walaupun kadang2 isteri dia ni agak 'annoying' =p Memang kawan baik saya lah!

b) Anak - Damia' Rujhaa
... Kehadiran Damia', turut sama merasai susah payah ibu dan walid. Turut sama berjuang untuk survive. Selalu saja faham kondisi kami dan selalu saja bertoleransi. Saaaaangat terharu dengan 'pengorbanan' Mia tau =)
 
3.Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang,tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.

a) Suami
 Buat suami, you're my one n only insyaALLAH..Hopefully, i can be ur one n only too =) I'm so grateful when u said, 'Abang bahagia dengan ayang..' Ayang nak abg tau, ayg dah bagitau pun sebenarnya, ayang juga bahagia dengan abang. Alhamdulillah..Moga kita saling sayang-menyayangi dulu, kini dan selamanya. Sayang abang banyak2!

b) Anak
Ibu sayang Mia' banyak2 juga! Terima kasih kerana kehadiran Damia' ajar ibu erti banyak benda. Mematangkan diri ibu..makin hari makin ibu faham hakikat sebenar seorang ibu. Alhamdulillah ^_^

Tuesday, December 7, 2010

one HAPPY F.A.M.I.L.Y =)

        Assalamualaikum...=) Moga pagi awal Muharram 1432H ini membawa seribu rahmat kepada semua ummat Islam dan menjadi titik tolak kepada kita semua utk menjadi insan yg lebih baik..

Kami sekeluarga tidak mahu melepaskan peluang utk mengucapkan Salam Maal Hijrah pembuat semua pembaca Diari Damia'.. dan hari ini genaplah 2 tahun walid dan ibu bergelar suami isteri yg sah..

terasa masa berlalu cukup pntas...2 tahun yg berlalu ini terasa terlalu singkat.. terasa baru sahaja melafazkan 

"Aku terima nikahnya Nur 'Atiqah binti Md Hussin dengan maskahwinnya satu ribu dua ratus dua puluh empat ringgit tunai"..

dan kini.....damia rujhaa pun sudah meningkat umurnya...juga gelagatnya... masih teringat bagaimana kami sekeluarga berpindah randah..dari satu rumah ke rumah yg lain..demi meneruskan kehidupan mencabar sebagai suami isteri di usia muda  ni...apatah lg  semasa di alam universiti..semua ini amat indah untuk dikenang semula..bilamana kita tahu ada seseorang disisi kita yg sanggup berkorban jiwa dan raga hidup susah dan senang bersama...

sungguh hati ini amat merindui isteri dan anak tercinta nun jauh di utara sana.. ini lah yg dinamakan pengorbanan.. tak sabar rasanya ingin ketemu mereka berdua hujung mnggu ini... moga selamat semuanya...

tiada apa yg ingin diucapkan buat seorang suami melainkan ucapan sejuta terima kasih penuh cinta kepada isterinya...

tiada hadiah ulang tahun yg cukup bermakna buat seorang suami melainkan kehadiran seorang isteri dan anaknya di sisi...

07122008 akan terus diingati sebagai tarikh yg cukupo bermakna buat kami berdua...

Buat Isteriku Nur 'Atiqah...

Ya Humaira'...abang amat mencintai mu..moga hubungan kita kekal hingga kesyurga.. abg nak ucapkan terima kasih tak terhingga atas pengorbanan ayang yg sanggup bersusah senang bersama abang.. hanya Jannah balasan yang paling bermakna buat ayang...Humaira' abang... terima kasih tak terhingga juga sebab menghadiahkan abang sesuatu yang terlalu bernilai.....Damia' Rujhaa.. Damia adalah hadiah ulang tahun abang setiap tahun mendatang yang paling bermakna sekali...mogs Damia' akan menjadi anak yang solehah.. insyaallah...salam maal hijrah and happy 2nd anniversary =) I LOVE U....

p/s: Thanks to all yg sudi mengundi gambar Damia' dalam contest ACER minggu lepas..walaupun rasanya mcm tak menang, tp dgn undi yg boleh kata byk, terasa ramai jugak rupanya sahabat2 di sekeliling kami yg menyokong dari belakang.. 

tp kita jgn berputus asa =) minggu ni masih ada lg.. haha... jom kita teruskan usaha... dan sebagai penghargaan kepada kawan, walid hantar gambar di bawah nih sebagai taruhan =) selamat mengundi.. =)

cara mengundi?? mcm dulu jgak...cuma cari gambar ini ....

Monday, December 6, 2010

New Promo to be Spread-Out!! Thanks to Churp-Churp =)

salam... Hey u all.. =) moga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... oopss.. entry ini pendek sahaja...

Just wanna share something to all readers.. Check it out !!

Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800! 

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

Catch the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

and hey... jom pecahkan perut kite sekejap...=D

Sunday, December 5, 2010

Cuti 3 minggu

Salam.

Rasa macam baru cuti, tapi rupa2nya tak sampai lagi seminggu je yang tinggal sebelum semester akhir bermula..

Cuti kali ni, ibu tak berkesempatan nak update blog sangat. Almaklum, sejak balik Alor Setar, kebanyakan masa dihabiskan di kampung tokwan dan mak tok nun. Memenuhi tuntutan kenduri kahwin, kenduri sunat, kenduri cukur jambul lagi..Kat sana, memang takde akses internet. Jadi, takdela nak ber'update' blog ni. Walid pula, masih sibuk dengan research. InsyaALLAH, bila ibu start semester baru, walid akan free sikit, dengan part 2 pula =) Alhamdulillah, pandai kan ALLAH tolong kita?

Kali ni, ibu nak cerita tentang Damia' je..

Alhamdulillah, Damia' sudah berusia 1 tahun 4 bulan. Makin rancak berjalan ke sana ke mari, makin pula suka bercakap.Jarang2 sekali ibu fajam apa yang Damia' cakap =p

Tapi, ibu perasan, Damia' ni sangat cepat tiru aksi yang dibuat depan dia.

Ibu ajar basuh tangan kat sinki. Sekarang dah pandai bila sampai sinki ibu cakap, 'basuh tangan dulu..' akan disuakan tangannya untuk dibasuh..

Ibu sikat rambut Damia' lepas mandi. Lepas tu Damia' ambil dan cuba sikatkan rambut ibu pula.

Ibu potong kuku Damia' dengan pengepit kuku. Lepas tu, dia minta dari ibu dan letak kat kuku dia, tanda mahu potong kuku lagi.

Damia' lihat kami asyik ambil cotton buds untuk korek telinga, maka dia pun sibuk letak kat telinga bila dia jumpa cotton bud yang tercicir.

Yang paling best, handset yang dulu hanya pandai dipegang, kini ditekan2 macam main game. Dia meniarap, dan main dengan 2 tangan..memang macam orang tengah khusyuk main game! =p Kadang2 pula, dibuat aksi 'helo', tapi bila walid call, tak berani dia pegang handset tu. Terus disembamnya muka kat ibu.Sebab apa? Sebab dia takut, dengar suara, tapi takde orang =p

Ada sekali tu, cik Hadi dia main terbalikklan eyelid, lepas tu Damia' pun sibuk2 dok pegang2 mata, nak buat juga =)

Ada pula, bila main bola kecil, cik Hadi tanduk, dia pun sibuk juga nak tanduk dengan kepala..

Kat rumah ni, ada 2 anak tangga kecil yang pisahkan ruang tamu dengan ruang2 lain. Jadi, bila lihat cik Hadi demo naik anak tangga beserta sound effect 'iyah..iyah..!'.. Terus je Damia' ikut naik tangga beserta bunyi tersebut.. sampai sekarang, kalau ada benda yang susah sikit bagi dia, akan ada lah sound effect tambahan 'iyah..iyah..!' =p

Ha, macam2 lagilah.Tak ingat pula semuanya. Macam2 ragam dah sekarang..Alhamdulillah

Tapi dari situ ibu belajar, benarlah, anak ni lebih senang mengikut dari mendengar apa yang diajarkan kepada nya. Sungguh kata pepatah, action speaks louder than words..Ibu mohon pada ALLAH agar ibu dan walid dapat jadi contoh terbaik buat Damia' dan adik2nya kelak. Ameen.

Selain dari tu, ibu mula ajar Damia' berkenalan dengan binatang. Cuba menambah kosa kata dia.

Ibu bangga sangat, sekarang ni Damia' boleh sebut 'bird' dengan jelas. Gara2 usaha mengajarnya dari lepas Asar hampir maghrib sewaktu sesi jalan2 g taman mainan. Macam iklan burung murai kat TV.Cakap berukang2 kali. Last2, bunyi juga Damia' cakap,'bird'.. Lepas tu, sume benda dia panggil 'bird' =p

Bila ibu sedar potensi diri Damia' yang makin berkembang,maka ibu kenalkan pada binatang2 yang lain, yang ternampak olehnya, seperti :

cat = dey
fish = ih
ayam = yem
bear = bebe
baby = B
bunga/flower = B
air masak = A

Oh,kalau dengar Damia' cakap, memang sangat lucu =p Tambah2 kat part A dan B tu .Hihi.terhibur hati ibu. terima kasih anak. Nanti kita cakap depan walid ye. Tiap kali webcam, Mia taknak cakap, nak salam dan bye2 je, kan ? =) Takpe, tak lambat dah nak jumpa walid semula, biiznillah amin.

p/s:
Kat Ampang, tokma merujuk ibu sebagai 'ummi', kat Alor Setar pula tokwan merujuk ibu sebagai 'mama'.Hai, Damia' confuse,Sampai sekarang, belum dapat cakap IBU (-_-)

Tuesday, November 30, 2010

Damia' in Acer Happy Snappy Contest

Assalamualaikum...Alhamdulillah...ada rezeki lebih, walid telah pun memiliki sebuah netbook baru berjenama Acer Aspire One Happy.. walid beli masa PC Expo di Megamall hari tu.. bkn ape, letih berebut laptop dgn ibu.. hihi.. so dah alang2 beli netbook Acer ni, walid join la contest Acer Happy Snappy contest di Facebook...

So, nak mintak tolong kawan2 pengguna Facebook untuk undi gambar Damia sebagai yang paling menggembirakan orang.. hihi..

Acer tak bagi direct link untuk vote..so walid bgtau cara2 utk vote ye =).. tak salah mencuba kan..

Langkah2 dia:

1. Search 'Acer Malaysia' di Facebook. sila LIKE..

2. Klik pada Tab "Happy Snappy". dan klik pada "vote now"

3. Buka pada page no "2" dan cari gambar Damia'..

4. ahha!! sila la Vote utk Damia =)

Kalau walid menang, walid akan dapat OSIM U-Vision eye massager yang akan walid hadiahkan buat tokma..dan juga another Acer Aspire One HAPPY yang akan walid hadiahkan buat ibu!!..

ohho...wahai pembaca sekalian, tak kira la silent reader ke tak silent, Do VOTE For Damia'...

adakah anda Happy bila lihat budak tecit ini???
VOTE!!! =p

Tinggal lagi 6 hari je =) sampai 6hb Disember je..

Sunday, November 21, 2010

Chantek

Salam. sekarang kat bilik Kakngah kat UKM. Saje datang penuhi masa lapang, sempena seminggu pertama cuti yang akan dihabiskan di Ampang.. 

InsyaALLAH akan pulang ke Kedah 25hb ni. Bila awal2 dulu abah dengar tarikh ni, abah cakap, 'awat balik lambat sangat. Kami makan daging korban dah habis dah time tu =p' ..Hee, nak buat cemana, tiket takdak. Nak g KLIA, jauh sangat, nak naik bas, walid tak izin..jadi pilihan terkhir adalah train. Tu pun, tarikh yang paling awal, untuk katil bahagian bawah.. =) Takpa la ye.Ada 2 mak dan 2 abah, kena la bahagi sama rata ^_^

Ok. Jalan2 blog tadi, baru sedar dapat satu anugerah.. anugerah blog CANTIK ^_^ Ni ha..

Sebenarnya, dah lama tak dapat award. Jadi, terima kasih banyak2 ye Fairuz

Ok, meh buat keje sekolah ;

1) Nickname untuk pemberi award
- Along!! Sape taktau, bukan kawan die =) Tapi, memang dah tau sangat, dia sangat suka satu nama ini :  Aliesya. Mungkin anaknya, akan diberi nama dengan nama ni kot (Ha, kantoi, tkah dah tau apa nama baby girl fairuz =p)

2) Ucapan untuk pemberi award
- Terima kasih atas award ni. Rasa macam menang shout award, heh! Oh, btw kenapa cakap blog ni cantik? Ha, jawab jangan tak jawab..Hee,kadang2, rimas juga dengan gadget banyak2 yang walid letak ni. Nak delete, walid cakap, biarlah.Banyak lagi ruang kosong =p 

3) 6 favourite artis/singer/group yang minat
-kami ni jenis yang dengar je lagu, asalkan lirik bagus, tak kesah penyanyi sape pun.Tapi selalunya yang  kategori 'bingit', tak masuk dalam senarai la. Banyak yang suka, tapi nak list yang berbekas di hati. Antaranya :

a) Menjemput bidadari by Seismic
Ni lagu dari kumpulan nasyid indonesia. Memang all time faveret lah lagu ni. Kenangan sewaktu zaman melalui zaman 'genting' sebelum bergelar isteri dulu. Lirik sangat menyentuh hati. No wonder, i rename the song in my playlist, as 'suka sampai mati' ^_^

b) Chantek by Fabulous Cats
Lagu ni, saya kenalkan kepada suami. Then, suami suka sangat2 dan menjadi antara lagu yang wajib dimainkan dalam playlist, sewaktu awal2 perkahwinan dulu =)

c) If you're not the one by Daniel Bedingfield
Ni lagu kegemaran kami berdua. Kalau pasang je, memang akan sama2 ber'feeling', lawan nyanyi sama2 ^_^

c) I will always love you by Connie Talbot
Lagu ni diperkenalkan oleh seorang klasmate. Sangat suka sebab budak sekecil Connie, mampu sampaikan lagu ni dengan sangat mendayu2..Kebetulan, ni lagu first yang walid 'tampal' kat blog ni, ketika awal2 tempoh kehamilan dulu..Cuba dengar. Cayalah!

d) Zawjati by Ahmed Bukhatir
Lagu ni dengar waktu ada sorang kawan blogger attachkan video berkenaan Saidatina Khadijah dari pandangan mata Nabi Muhammad. This song made me cry T__T Sangat sayu lirik dia tau. Lepas tu, lagi suka bila walid dedicate lagu ni.

e) Baik-baik sayang by Wali Band
Sebenarnya tak tau pun ada lagu ni dalam kumpulan depa tu. Tak minat. Tapi, ada satu waktu ni, suami sangat suka nyanyi 'hanya satu pintaku, untukmu dan hidupmu, baik2 sayang, ada aku untukmu'.. Mula2 bosan asyik dengar part tu je, tapi satu hari tu, bila dengar baik2, 'erm, bolehla..' =)  Pastu, bila suruh suami nyanyikan dari awal sampai habis, malu pulak dah =p Sampai sekrang, tak dengar dah.

Erm, tu antaranya lah. Kalau ikutkan banyak lagi. Tapi kan ada penyanyi sorang ni yang saya memang minat sangat lah - Zain Bikha. Lagu dia, takyah letak muzik sedap2 macam Maher Zain (MZ pun sedap.alhamdulillah, alternatif untuk yang suka nasyid macam kami), sebab lirik dia sendiri pun sangat menyentuh hati..Membuat kan kita rasa nak jadi baiiiiiiik je =) Told ya, i'm more into lyrics!  

Monday, November 15, 2010

..Hanya Tuhan Yang Tahu..

Salam.
9 ZulHijjah 1431

ALLAH,
Terima kasih kerana membenarkan kan ku merasai nikmat perkahwinan, suka duka bersama suamiku. Masa begitu pantas berlalu, hingga kurasakan cepat sahaja usia kita meningkat naik.

Ketika dulu waktu ku samar-samar dalam lamaran darinya, maka aku hanya bersandarkan agama yang ada padanya wahai ALLAH.. dan ternyata benar kata hadis, memilih yang beragama, tidak mengecewakan. Hakikatnya, memilih yang BERAMAL dengan agama, tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

ALLAH,
Aku berterima kasih kerana mengurniakan suami sebaik dirinya. Selalu saja aku terfikir bahawa aku tidak layak untuk dirinya. Aku yang miliki latar belakang agama yang lebih baik, tapi suamiku yang lebih menjadi contoh buatku. Mengingatkan aku tentang itu dan ini..Hingga kadang-kadang aku malu dengan diriku sendiri ALLAH..

Aku bangga punyai suami sepertinya. Sungguh! Dialah suamiku yang tidak segan silu memegang tanganku ke mana sahaja ketika berjalan. Dialah suamiku yang tidak segan untuk mencium dahiku setiap kali usai solat dan ketika hendak berpergian. Dia jugalah suamiku yang tidak berkira menolongku menyelesaikan kerja rumah. Membuat itu dan ini, tanpa banyak kata..Dialah ALLAH, suamiku yang boleh diharap untuk menjaga anak kami saat ku terpaksa penuhi tuntutan lain. Yang paling ku terharu, dialah suamiku yang akan memberiku nafkah bulanan, walau hakikatnya, dia juga adalah pelajar sepertiku.

***********************************

Suamiku,
Aku tahu aku tidak mencapai tahap solehah yang engkau dambakan. Aku faham, selalu saja engkau kecewa dengan sikapku. Ya, kita punya rasa, dan kadang-kadang matlamat yang berbeza. Bukan sedikit kalinya, aku berkecil hati dengan sikapmu yang bagai tiada minat untuk mendengarku. Kadang-kadang, ditolak mentah-mentah begitu sahaja. Jika tidak pun, diam membisu seribu bahasa..Suamiku, aku faham kamu punya ego, tapi diriku juga punya rasa..

Kadang-kadang, apa yang perlu bagiku, tidak perlu bagimu. Bagiku, hidup boleh diindahkan dengan usaha. Bagimu, cukup sekadar sederhana sahaja. Bagimu, cukup sahaja jika boleh  makan nasi berlauk garam setiap hari. Asalkan dapat makan. Bagiku, kadang-kadang ada lauk-pauk yang sedap-sedap, itu sangat beerti..

Suamiku,
Aku faham adat berumahtangga. Kadang-kadang ada yang merasa, ada yang terasa. Apa-apapun yang berlaku, ingin ku tegaskan bahawa aku sangat bahagia bersamamu. Walau jarang-jarang aku berkata begitu, aku sangat senang dan bersyukur memilikimu. Aku fikir, aku tidak mungkin dapat mencari pengganti dirimu. Yang benarnya, aku tidak pernah terfikir begitu sekalipun.

*************************

ALLAH,
Aku punya cita-cita. Agar aku menjadi bidadari suamiku di syurga. Aku tahu, bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina.Maka oleh itu ALLAH, kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku..Janganlah kau palingkan dirimu dari diriku. Hakikatnya, aku perlu mu ALLAH.

Suamiku,
Aku punya cita-cita. Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga sana. Aku tahu , bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina. Maka oleh itu suamiku, bimbinglah daku..supaya aku berhasil menjadi penghuni syurga.Agar dapat menemanimu sampai bila-bila..Tegurlah aku. Bimbinglah daku..Janganlah putus asa denganku. Hakikatnya, aku perlu kamu, suamiku..

******************************************
ALLAH,
Bimbinglah kami mencapai redhamu. Pandanglah kami dengan kasih sayangMu. Penuhilah kehidupan kami ini dengan keberkatan, mawaddah dan rahmah dariMu. Tiada yang lain kami dambakan selain redhaMu.. Masukkan kami ke syurgaMu ALLAH. Temukan kami semula di syurga sana..Ameen

Suamiku,
Aku bahagia. Aku mahu kekal begini sahaja sampai bila-bila. Moga ALLAH sentiasa menjadikan dirimu memahami diriku, dan menjadikan diriku memahami dirimu. Aku tahu, kita baru sahaja berkenalan. Baru 2 tahun cuma. Oleh itu, aku harap agar kita akan berusaha kuat bersama-sama untuk masa depan yang kita inginkan. Untuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Moga kita mampu menjadi sahabat terbaik mereka.

Aku tahu aku banyak salah. Banyak khilaf dengan dirimu. Maafkan ku suamiku. Aku tidak bermaksud untuk tidak menghormati kamu. Malah, aku junjung tinggi dirimu, suamiku. Cuma, mungkin kita perlu lebih masa untuk saling memahami dan mengenali dengan lebih mendalam. Kadang-kadang, kita tersalah tafsir perbuatan masing-masing.Yang pasti, kita tidak punya banyak masa bersama. Kiamat makin dekat. Jadi, aku ingin gunakan masa yang ada untuk kamu suamiku. Aku minta maaf atas segalanya. Maafkan aku..

Aku tahu aku tidak setabah Siti Hajar atau sepintar Saidatina 'Aisyah atau setinggi semangat Khaulah Al-Azwar, tapi aku tetap mahu jadi seperti Khadijah.. Yang diingati Nabi sepanjang hidupnya..Yang dirindui selalu oleh Nabi selepas ketiadaanya..Yang ditangisi Nabi bila terkenangkannya..

Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk dirimu dan keluarga kita, insyaALLAH..

***********************
Suamiku,
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-2.
I H.E.A.R.T you, L.O.V.E
                                                                                                                                                 
p/s:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” 
 (HR At Tirmidzi disahihkan Al-Albani)
Hampir maghrib tadi, wukuf hari Arafah. Maka, ini doaku.. Ameen ya Rabb.

Sunday, November 14, 2010

20 random facts

Salam.

Alhamdulillah, exam dah habis. Moga semua pun akan beroleh natijah yang baik. Amin..

Ni, kerja sekolah tertunggak dari kawan baik Namie.. =) Sebelum tu nak minta maaf la ye, tak daya nak fikir sampai 25, sebab setiap satu pun diexplain secara panjang. Hanya isi waktu senggang, tunggu walid habis buat kerja kat library ni.

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated.''

DULU

1. Saya adalah anak sulung dari 7 orang adik beradik. 6 perempuan, 1 lelaki. Anak sulung, dan anak paling nakal. Mak cakap, tak jumpa dah anak macam saya..Tapi, sekarang saya dah makin berubah menjadi baik..Dah puas jadi nakal dah..Erm , nakal juga sebenarnya, tapi dengan suami je kot =p

2. Zaman sekolah, zaman yang cemerlang, terbilang bagi saya. Secara akademik dan kokurikulum. Masuk kuiz, pantun, sukan, lompat tinggi, lompat jauh, lari 4x100m,4x200m, merentas desa, koir, solo singing, main piano, pianika, recorder.. serba serbi boleh! =p Aktif lah.. Tapi antara semua2 tu, yang berbekas sampai sekarang, adalah kegemaran pada muzik. Hee, rasanya kalau abah tak hantar masuk sekolah menengah agama, sekarang ni saya boleh jadi ahli muzik kot.. =p Sekarang ni, kalau jumpa piano baby yang kecik tu pun, sempat lagi nak lepas 'gian', main lagu2 yang cikgu 'wariskan' kat sekolah rendah. Siap ajar suami lagi, dengan BANGGAnya

3. Sepatutnya sambung belajar di Sekolah Menengah Sultanah Asma, tapi selepas seminggu orientasi, kami dibenarkan balik rumah masing2. Masuk je dalam kereta, abah bagitau dapat tawaran ke Maktab Mahmud. Esoknya bila g daftar, saya sorang je yang pakai baju sekolah biasa, yang takde cekak tu, dan tudung biasa, bukan tudung labuh yang MMAS pakai (MMAS ada style tudung unik dari yang lain).

4. Sebenarnya, saya tak pernah tahu kewujudan sekolah tu pun, hanya g interview, sebab ustaz KAFA yang suruh..Tu pun, kat Langkawi, sebab dah terlepas interview cawangan utama. Jadi, haruslah sesat hari pertama kan, g daftar kat sekolah 'putera', bukan 'puteri'

5. Kat MMAS puteri, semuanya kena 'dijaga'. Hasilnya, habis hilang semua nilai2 'muzik' (tapi tak lupus) yang diajarkan oleh cikgu sekolah menengah. Sukan semua tak aktif dah. Kokurikulum pun, ada pilihan bulan sabit merah dan puteri Islam je. Masuk Puteri Islam, sebagai ahli lelap sahaja. =p Dulu, selalu kondem MMAS sebab tak hebat macam sekolah lain. Bangunan buruk, belajar banyak 17 subjek..Tapi, tiap2 tahun, sultan Kedah akan bagi hadiah. Time PMR, first time dapat merasa terima hadiah dari Sultan. Excited! =)

6. Antara semua dalam famili, saya je yang sekolah agama. Dulu, saya memberontak dan ada krisis identiti sebab 'lain' dari adik2, tapi sekarang saya sangat berterima kasih kepada kekerasan hati mak abah hantar ke sekolah agama. sekarang, saya adalah saya. Alhamdulillah.. =)

7. Dulu lepas SPM. dapat tawaran ke PLKN. First batch tu. Saya suka, memang suka pada hal yang 'adventure', kawat2, ala-ala camping gitu. Sewaktu belajar, tak pernah ikut camping sebab abah tak bagi. Tapi, tak dapat teruskan hasrat sebab sambung belajar kat DQ..Lepas tu, tiap2 tahun datang surat suruh mintak tangguhkan PLKN, dan akan dapat sijil penangguhan. Tapi, setelah beberapa tahun kebelakangan ni, dah takde pun. Rasanya, kerajaan dah tak sempat handle dah kot. Ramai kan yang masuk program tu..Hmm, mencapai objektif ke tak, kenalah tanya orang yang pernah merasa..

SEKARANG

8.Saya adalah pelajar tahun akhir kursus farmasi, UIA Kuantan kampus. InsyaALLAH bakal menamatkan pengajian pada April depan. Doa-doakan ye

9. Dulu tak pernah terfikir pun untuk menjadi ahli farmasi, tak tau pun 'pharmacist' tu ape..Tapi memang berminat untuk involve dalam medical-related field. Agaknya, ALLAH nak tunjukkan jalan kehidupan kot, sewaktu isi permohonan, saya letak pilihan 1. Medic 2. Pharmacy 3. Allied Heatlh Science. Tapi, right before hantar borang, tergerak hati untuk padam pilihan 1 dan 3.. And here i am now. Alhamdulillah.. =) Anda boleh jadi pharmacist yang pelbagai, tambah2 bila anda adalah pelajar UIA

10. Happily married to Ahmad Zainol Arifin Ibrahim, pelajar kursus perubatan dari universiti yang sama. Tq ALLAH! Mahu kekal begini..Betul orang cakap, ALLAH akan 'bagi' orang yang complement, kerana ALLAH Maha Tahu =) Bagaimana ceritanya? Sini . Moga kekal hingga syurga. Amin ya Rabb.

11. Kami berkahwin pada 07122008, bersamaan 9 zulhijjah 1429. Sehari sebelum raya haji. Tarikh ni, mak abah yang cadangkan sebab si suami ni sangatlah kurangnya waktu cuti. Tu pun, lepas akad, terus je balik semula ke Kuantan sebab ada kelas =)  Lepas tu, baru kami sedar yang tarikh ni sama dengan nombor matrik kami 0712***. Significant tu..

12. Punya seorang anak, Damia' Rujhaa. Sebenarnya dah lama suka nama baby yang start dari huruf D. Waktu adik yang bongsu lahir, nama Damia' ni telah diusulkan, tapi di reject sebab 'modern' kot. Bila mengandung, dapat buku nama2 anak dari kawan, memang tak tengok huruf lain dah =p

13. Sebenarnya waktu awal-awal mengandung dulu, kami sediakan nama lelaki untuk anak. Sebab dah selalu cari nama, berkenan nama Darwisy..Sangat suka! Maksud pun baik = yang warak. Siap bila suami launch blog ni sebagai surprise, dia dah letak nama Diari Darwisy. Tapi, sebelum operation bersalin, pagi tu baru tahu, akan dapat baby girl.. maka, kalutlah kami fikir nak nama apa =p Suami pilih Damia', berbanding Dania.. Waktu tu, saya masih tak larat, jadi layankan aja, asalkan bermula huruf D =) Maksud baik, insyaALLAH ok.

14.Sebelum kahwin, boleh bilang dengan jari, berapa kali je saya masak. Selalunya, tugas masak, kakngah yang buat. Tapi,sekarang bolehla sikit-sikit.Tambah-tambah bila dapat hadiah oven dari klasmate suami, lagila aktif saya bekerja,sebab saya suka benda yang  berkaitan dengan 'bake', melebihi 'cook' =)

15. Ok. ini mungkin pelik. Saya tak suka makan ayam. Sangat suka ikan. Berbanding suami, dia sangat suka makan ayam. Tapi sejak mengandung, rasa nak makan ayam tu datang..dan kekal sampai sekarang..Gara-gara damia' la nih =p

MASA HADAPAN

16. Plan kami, anak2 akan dinamakan dengan huruf D.. Yang lelaki, akan ada Ahmad sebab nama suami mula dengan Ahmad juga. Lagipun, itu sebaik2 nama kan? =) Yang perempuan pula, akan ada 2 perkataan. Start dengan D dan satu perkataan lagi akan ada huruf ya maqsurah..Hehe. Faham ke? Contohnya, Damia' Rujhaa.. Rujhaa tu, ejaannya = ra, jim, ha, ya maqsurah.. InsyaALLAH adik-adiknya pun akan mengikut style begitu juga..Dah ada list name pun

17. Ada harapan untuk salah sorang daripada anak-anak kami untuk jadi arkitek. Supaya boleh bina rumah untuk ibu dan walid =) Setakat ni, harapan tu kepada Damia'. Jadi, siapa-siapa yang berbakat melukis tu, sila la ajar Damia' ye.. Abah saya pun berbakat, moga gene tu turun kat Damia'. Ameen =p Kalau ye, bolehla Mia' buat satu rumah untuk maktok dan tokwan juga kan? Tokwan banyak je design, tapi, belum ada rezeki punya rumah yang dibina sendiri. Mudah-mudahan kami sempat menyumbang. Ameen.

18. Ada hati untuk miliki satu kedai bakery. Dari dulu lagi. Sebenarnya, lepas PMR mintak kat mak nak masuk sekolah teknik, nak amik bahagian masakan macam tu la. Tapi, mak bantah. Mak kata, 'kalau sekadar nak masuk sekolah teknik, buat apa susah-susah dapatkan 9A?' =p Tapi, nasib baik juga. Sebenarnya, boleh je balajar skills tu. Banyak je offer bengkel kelas masakan sekarang kan?

19. Nanti bila dah stabil, mungkin akan beralih arah ke bidang lain pula. Tengoklah, mudah-mudahan..Suami pun berhasrat begitu..Mungkin akan ada kedai farmasi,mungkin jadi lecturer atau mungkin jadi suri rumah sahaja. Sekarang ni, business dari rumah, tak mustahil pun kan =)

20. Ada hati nak bawa kedua-dua mak abah ke Makkah. Suami cakap, jangan bangga kalau kita asyik melancong ke negara lain, kalau ke Makkah kita tak rasa nak g..Huhu~ ....Sebab saya ada impian untuk ke satu tempat ni -Venice. Tapi kan, setiap kali fikir pasal pakaian, baju, jubah, blouse, mesti rasa nak dok kat Bandung =p

Ok. Dahla tu. Tak larat nak fikir dah. Yang lain..biarlah rahsia ^_^

Saturday, November 13, 2010

Aktiviti Cuti (Last Part) - Damia' and vehicles =p

salam...hihi..last part ni takde pape pun.. saje je nak share aktiviti Damia' masa dah nak habis cuti tuh.. sebelum walid tinggalkan Damia' duk dgn tokma dia kat Ampang.. huhu.. terpaksa berpisah kejap sbb walid perlu pergi adventure trip to Ulu Tembeling dan ibu pulak sibuk dgn exam dia...last paper today..oyeah!!

soo..tgk la glagat Damia' mencuba semua jenis knderaan yg ada kat umah tuh... hhuuhu.. tak sabar nak jumpa Damia' cuti raya haji nanti...bila semuanya dah selesai...

p/s: semalam call tok ma dia.. amboi....bukan main sopan lg dia.. kalau dgn walid dgn ibu, suka sgt cari gaduh.. =p.. dgn tokma dia, baik sungguh.. ni yg jeles nih!!

meow ni kawan baik Mia =)

merempit...dgn puting...=p

hehehe...no point =p