Monday, February 28, 2011

And the word for Damia' is....

Salam.

SWIM!

Ya, itu yang Damia' belajar, sehari selepas habis interview SPA. 

Kami bertolak pukul 9am lebih. Tunggu Damia' bangun. Beli nasi, makan dalam kereta siap2.Lepas tu bersedia ke tempat yang ingin dituju- Indera Sempurna. Walid tak ikut, sebab walid ke hospital. Ibu dan kawan ibu yang dah habis interview, free..

Indera Sempurna ni, satu resort yang baru kat Kuantan ni. Jadi, murah je kalau nak menginap di situ. Tapi, tujuan utama kami ke sana adalah untuk berenang! RM8/sorang, unlimited time =) 

Sebenarnya, ni lah kali pertama Damia' dan aunties keluar sama2 untuk 'main air' betul2. Hari tu dengan ibu dan walid kat A Famosa, Damia' takut air. mengantuk pula, jadinya dia tak main air, tidur siap kat sana =p. Kali ni, kami bagi Damia' main sungguh2..

Mula2 macam biasalah, menangis2 sebab takut air, tambah2 ada macam baldi besar yang takung air dan 'terbalik' bila air penuh.Memang Damia' ni fobia sikit bunyi2 'ekstra' ni. Dia takut..Tapi, lama2 bolehla masuk sikit2 ke tempat kanak2. Sebab ada gelongsor air..Ni memang mainan yang dia paling suka..Best! Sebab susun atur mainan kat situ sangat menarik minat , walaupun ruangnya takdelah sebesar theme park =) 

Mula2 takut air. lama juga ambil masa sebelum dia start enjoy

Taknak senyum, sebab bukan ibu yang ambil gambar =p

Ok. Dah puaslah main kat bahagian kanak2. Saya dah ready nak ikut ibu ke kolam dalam. Jom!

Err, ibu dan aunties..naiklah! Damia' dah sejuk sangat ni..
Brr, sejuklah ibu.Peluk kuat2!

Ok. Damia' tunggu tepi ni ye. Ibu dan aunties jangan la lama sangat tau

'Hurm, bila la ibu nak siap ni... (-_-)'

Senyum malu2 bila kena usik

Lama juga kami kat situ hampir tengah hari baru nak bangun keluar dari kolam.Lepas tu, bersihkan diri, pakaikan baju baru dan keluar dari tempat tu.

Salin baju

Lepas mandi, perut bernyanyi la pula. Kebetulan ibu ada nak beli barang2 sikit, maka kami pun ke ECM. Makan pizza di situ. Try pizza baru sempena CNY, tapi rasanya biasa je..macam selalu =p Tapi, sebab kami ramai2 belum pernah makan 'hebat' sama2, jarang2 sekali, maka kami pun redha je hari tu keluar duit lebih sikit =p Pakat2 kongsi, insyaALLAH berkat. Ameen

Di eskalator pun boleh bergambar juga .. ^_^

Terima kasih ye aunties semua sudi keluar dengan ibu dan Damia' hari tu. Ada masa, kita jumpa lagi ye, insyaALLAH.. =)

Saturday, February 26, 2011

Temuduga SPA Jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 *PART II*

RAKYAT DIDAHULUKAN
D : Baik, kamu pernah dengar tentang rakyat didahulukan..
I  : Pencapaian diutamakan..
D : ok, bagitau saya apa maksud rakyat didahulukan..
I  : (Terus ingat kata2 Iqa yang bagitau pasal kata2 PM pasal ni, lalu menyebut).. Kita hendaklah ada prinsip, berfikir,bertindak seperti seorang rakyat Malaysia dan kita consider etnik2 yang lain di dalam Malaysia, sebelum membuat keputusan..
D : Ye, apa pula ‘kita’..kalau cakap pasal kita ni macam mana rakyat nak didahulukan?
I  : Maksud saya, ‘kita’ di sini adalah rakyat (merujuk diri sendiri sebagai rakyat Malaysia)
D : Tak, kalau cakap pasal ‘kita’ ni, bukan rakyat. Kita yang ada kat kerajaan ni. Kalau asyik fikir kita je, rakyat didahulukan macam mana?
I : ..?
D : Saya nak satu perkataan sahaja untuk terangkan ‘rakyat didahulukan’..
I  : (Satu patah perkataan je?)..Erm, kita patut serve rakyat..
D : Ok, dalam bahasa Melayu, ape
I  : (Serve, dalam BM.....Hmmm..lalau terkeluar perkataan lain..) Keperluan
D : Ya, kita ni kena dahulukan keperluan rakyat. Bukan kita je.Kita ni, perlu berkhidmat untuk rakyat, tak kira apa pun.Kerajaan bersusah payah buat tu, buat ni, untuk rakyat la..
I  : (erm, bukan tu memang hak rakyat ke? Kami bayar cukai kot =p)...
D : Kerajaan ni buat macam2 untuk rakyat, semua nak bagi kesenangan untuk rakyat. Kena dahulukan keperluan mereka. Ha, apa yang kerajaan buat untuk rakyat?
I  : Pembangunan luar bandar dan kawasan pedalaman, peningkatan taraf hidup rakyat luar bandar dan prasarana, kemudahan pengangkutan awam, kemudahan pendidikan, tingkatkan kualiti semua, cuba turunkan kadar jenayah.....
D : Ya, memang kita ni duduk dalam kerajaan kena bantu kerajaan untuk memudahkan rakyat...bla bla bla..tak boleh pentingkan diri...bla bla bla..Hmm, ok. Mr. Leong... (isyarat dia dah habis cakap)

KAWASAN PEDALAMAN
P  : Baik, cik Nur ‘Atiqah..
I  : Ya
P : Kamu boleh tak, jika dihantar ke kawasan pedalaman?
I  : Erm, secara jujur kalau boleh saya nak dekat dengan suami. sekurang2nya pada tahun pertama perkhidmatan - PRP. Sebab saya ada tanya pendapat pensyarah yang mengatakan bahawa PRP ni agak tough. Tahun untuk melatih ahli farmasi. Jadi, saya lebih selesa jika berada dekat dengan suami. Kami ada anak. Jika ada kecemasan, bolehlah harapkan suami.
P :...kalaulah kamu dihantar ke Lipis?
I  : Saya tak pernah ke Lipis dan jika Lipis dikategorikan sebagai kawasan pedalaman, saya tak punya masalah ke sana, kerana tanggungjawab utama saya adalah untuk memberi maklumat kepada masyarakat dan membantu meningkatkan taraf kesihatan rakyat..

TANGGUNJAWAB PHARMACIST
Tiba-tiba Dato’ mencelah,
D : Maaf saya ingin mencelah..katakanlah, kamu ditakdirkan berpisah, jauh dari suami, bolehkah kamu terima keadaan tu?
I  : Secara jujur, saya tidak kisah, tetapi secara personal akan jadi agak sukar kerana kami dah ada kemudahan di sini, ada rumah ada kereta, anak pun dah ada nursery. Jika berpisah, semuanya akan terbahagi dua..(nak tambah, kos akan bertambah, lebih2 lagi bila saya akan mulakan kerja dahulu)..
D : Baik, kita ni bila dah berkhidmat dengan kerajaan, kenalah utama rakyat, melebihi keperluan sendiri.Kamu tahu beza kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri?
I  : ...
D : Kamu nak kerja dengan kerajaan persekutuan ke, kerajaan negeri?
I  : Kerajaan Persekutuan
D :Ya. Kerajaan Negeri?
I  : Kerajaan Negeri Pahang..
D : Bukan..Kerajaan negeri, kamu tak boleh g mana2.Ada dalam negeri tu je. Kerajaan Persekutuan, the sky is your kampung. Campaklah kat mana pun, kamu tetap kena berkhidmat. Kita ni kena dahulukan rakyat. Family, tu hal belakang kira. Tak bolehlah kalau asyik nak ikut diri sendiri.. Sebab tu kita ada SPA, yang menguruskan penempatan..bla bla bla..Ya, kita tak bolehlah nak salahkan takdir, jodoh kamu awal, tapi tak bolehlah nak langgar peraturan. Kita ada laws, kena ikut law, tak bolehlah nak asyik break the law...bla bla bla
I  : Ya, saya faham(...bila masa pulak break the law?? =p)
D : Pharmacist ni, kena ingat. Kita yang kerja kat kerajaan ni, caretaker. Kita yang mempermudahkan urusan rakyat, Jadi, hal diri sendiri, tak bolehlah nak ikut sangat. Kena pentingkan rakyat.. Nak duduk dalam kerajaan ni, bukan senang. Tak terjamin pun. Boleh je nak jadi macam2.Siapa kata secure? Duit pun tak banyak sangat..sekadar nak selesa sikit tu, bolehla.. (sambil gelak kecil, tengok kat Mr. Leong).. Baiklah, kamu ni general knowledge kurang ni. Kena tambahkan ilmu lagi ye..Exam dah nak dekat kan? Bila exam?
I  : Akhir mac
D : Ha, belajar elok2..Kita nak kerja degan kerajaan, kena tahu dasar kerajaan..bla bla bla..
I  : Baik. Ya Dato’ (sambil terfikir, dalam exam nanti agak2 ada ke soalan camni.hehe)
D  : Ok. Setakat tu je. Terima kasih
I  : (Huh? Habis dah? Pandang Mr.Leong sambil cakap dalam hati, ‘bukan ada lagi nak tanya ka?’ Tengok Mr. Leong pandang, senyum..lalu cakap). Ok. Thank you Dato’. Tq. Mr Leong..
Lepas tu, bangun ambil balik fail dan keluar..
 Bila keluar, habis kena serbu. Yela. Orang pertama masuk bilik, tapi orang pertama yang masuk dari bilik A dah keluar dulu, baru saya yang masuk bilik B keluar. Masuk awal, keluar lewat.Lama betul dengan Dato’. Orang yang ke-2 pun habis lambat. Waktu tu, orang bilik A dah 4 orang masuk..
Secara jujur, ni pengalaman kedua di interview oleh interviewer yang peramah dan banyak cakap. Baru bagi jawapan satu perkataan, dah kena tanya yang lain, pastu soalan lain pulak, pastu soalan lain pulak..Terbantut habis idea =p At some point, rasa malas nak argue, dan iya kan aja.
Bila keluar je, pakat dok kongsi soalan. Saya jeles dengan kawan2 yang kena temuduga di bilik B. Soalan yang sangat santai diberikan oleh penemuduga. Erm, ada juga yang tak santai, tapi pharmacy-related things. Jadi bolehla jawab dengan senang hati =)
Cth :
1.       1.What do you do during your free time?
2.       2.Ceritakan pengalaman posting
3.       3.Ceritakan posting yang paling best dan mengapa
4.       4.Ceritakan apa2 sahaja berkenaan bidang farmasi
5.       5.Apa resepi masakan yang kamu nak kongsi dengan saya?
6.       6.Kamu boleh menyanyi/main alat muzik?
7.       7.Kenapa tak jadi penyanyi?
8.       8.Kenapa nak jadi pharmacist?

Apa-apa pun, Alhamdulillah, dah habis pun. Biarpun sekadar prosedur je, tapi pengalaman diinterview pasal hal swasta yang bagi saya tak jumpa dalam paper sebagai isu utama, hanya yang kerja lama dalam kerajaan yang nampak dan faham isu tu kan, amatlah memberi impak. Agak2nya, kalau lah bidang pharmacy ni betul2 diswastakan, macam mana lah keadaannya kan? Tak mustahil, sebab isu ni telah didedahkan oleh Dato’. Erm, kena ada plan B untuk masa depan ni ^_^ Bak kata Dato’, kerajaan tak dapat jamin apa-apa..Moga ALLAH kurniakan yang terbaik untuk kita semua. Ameen.

Wednesday, February 23, 2011

Temuduga SPA Jawatan Pegawai Farmasi Gred U41

Salam.

Hari ni, ada temuduga SPA.Ada 2 panel. Ada 2 bilik. Setiap bilik, ada sorang penemuduga dari SPA dan satu pharmacist. Dato' Mustapha Nainar Merican dan Puan Jaazah Jaafar dari SPA..

Ok. straight to topic. Saya adalah orang pertama untuk hari pertama, kena temuduga dengan Dato'..U know what? Haih, dato' ni sangat lah peramah, cakap sikit2, kena potong, lagi dia tak puas hati, lagi tu dok tanya.. =) Banyak nasihat pulak tu..

Dato' : D
Ibu    : I
Mr. Leong (Pharmacist) : P

GREETINGS
I  : Assalamualaikum Dato', good morning Mr Leong.
D : ok. sila duduk
I  : Terima kasih..
D : Ok, perkenalkan diri kamu.
I : Blah..blah..blah..

SWASTA
D : Apa perancangan kamu?
I  : Saya akan masuk hospital selepas ni..
D : Ok, why do u want to work with kerajaan?
I  : Ok, from my father's experience who has worked as Telekom Malaysia executive previously, he suggested to work in the government because u'll get privileges, like pencen...(nak sambung lagi, tapi kena potong)
D : ...Telekom syarikat swasta ke kerajaan sebelum ni?
I  : kerajaan..
D : Ye, habis kenapa jadi swasta..
I  : ......Tak tahu.
D : Habis ur father kerja swasta, takkan tak tahu?
I  : Abah saya dah lama bersara..
D : Ye la dah bersara, tapi kenapa syarikat tu diswastakan?
I : ........(berfikir2, sambil tanya dalam hati,'hello i'm working with the government, kenapa dok tanya pasal swasta swasta pulak dah...?' nak jawab apa, mana cek tau kisah Telekom tu.. (-_-'))
D : Ok, kamu tahu pasal polisi penswastaan negara?
I  : Maaf, saya tidak tahu (Sambil tengok kat Mr. Leong dan buat muka, 'awat dia tanya soalan macam ni?' =p)
D : Baik, apa pendapat kamu kalau bidang pharmacy ni diswastakan?
I  : ..People will have to pay for everything then..
D : No, it's not that..What do u think will happen when the pharmacy become company?
I : In my opinion, i'll think the business is not about concerning on people's health anymore, but it will be more on getting profit.
D : Ya,kerajaan sekarang dah tak larat tanggung semua benda. Semua benda perlu maintenance.Kalau swasta, orang akan maintain perkhidmatan. Semua nak bersaing. Kalau kerajaan, tengok jadi apa..Lambat..Sebab tu ramai yang suka ke swasta. Kalau kerajaan, bayar murah je, Tapi kamu rasa murah ke? Patut ke?
I : Memang rakyat bayar murah, tapi sebenarnya kos selebihnya ditanggung oleh kerajaan..
D : Ya, kerajaan berhabis duit tanggung kos kesihatan. beban banyak, sebab tu la sekarang kerajaan fikir nak privatizekan company2 tertentu , macam lebuh raya..Dulu takde tol..blah..blah..blah...
I  : (Ok..Dato' ni memang suka bercakap =) and all I do was saying 'ya', 'ok'..hinggalah sedar yang dah banyak sangat guna 'ya' dan 'ok'..lalu tukar kepada 'saya faham' =p)

WAITING TIME
D : yes, kalau kerja swasta cepat.Orang memang nak ke swasta sekarang. Mahal pun takpe, asalkan cepat. Apa pendapat kamu?
I : That's true. My mom also said that. Based on my experience, saya terpaksa tunggu selama 2 jam di A&E sebelum di rawat sebelum ni.
D : Sepatutnya?
I : Sepatutnya, polisi meletakkan sasaran 30 minit waiting time..
D : ...betul ke 30 minit?
I : Ya, betul. Pharmacy department mensasarkan masa tersebut sebelum seseorang pesakit dirawat.
D : Baik, apa cara nak kurangkan waiting time?
I  : Bagi saya, waiting time berkait rapat dengan proses dari prescribe ubat, hingga ke proses patient untuk dapat ubat..proses2 tersebut hendaklah dilakukan dengan kompeten..
D : Ya, dengan kompeten. Baik kita ambil satu servis la. Bank la contohnya.What is the best counter service?
I : Huh? (seryes sangat blur!)
D : Ya, kita ada bank islam, maybank, lain2 lagi..so what is the best counter service?
I  : (haha. Dengan muka konfiden jawab...) Tabung haji.
D : No.I know, ada banyak bank, but what is the best counter service?
I : (I was so blurred that i thought he wanted me to say my preference, what's the best counter service among those...but it was not that maa~)
D : Kan kita gi bank, ada urusan macam2..ada masukkan wang, ada ATM, ada deposit..so what is the best counter service?
I  : ..Maksudnya..?
D : What is the best counter service?
I  : (Seryes sangat blur, tahap tak-pernah-blur-apabenda-dato'-ni-nak..hehe)  ..Erm, urusan masukkan wang sebab memudahkan.... (i was about to say 'dengan adanya mesin ATM'..tapi terfikir balik soalan dia, dok terfikir pulak, ATM tu bukan counter..)
D : La, tak faham ke...?
I  : Maaf dato' saya tidak faham
D : La..what is the best counter service?
I : U mean, like smiling....(nak cakap lagi)
D : ..Smiling, kat rumah pun boleh...
I  : (Terdiam. Seryes tak faham apa benda yang Dato' ni nak...Pastu macam agak frust sebab dok tanya hal berkaitan bank pulak dah...adei~)
I  : (Pandang kat Mr. Leong...hantar telepati, 'Tolongla cek Mr. Leong oi.Tak faham soalan ni'....dan tiba2 Mr. Leong cakap.. )
P : ...Ciri-ciri..
I : (La, ciri2 ke???? Habaqla awal2.Cuba paraphrase soalan, mesti boleh jawab lama dah..! Dan dengan tu pun, laju je jawab..) Efficient, cepat...
D : Dia guna sistem apa bagi cepat?
I  : Angka giliran
D : Ya, angka giliran.. Yang tu memang dah lama dah pakai..Ha, kalau kat pharmacy, selain dari proses, macam mana nak kurangkan waiting time?
I : ...(Thinking hard)...
D : Ni, awak pernah dengar think out of the box?  
I  : (Angguk laju-laju. Nak gelak pun ada =p)..Pernah!
D : Ha, yang gambar orang kepala petak tu, pernah tengok?
I  : Pernah, yang kepala besar tu =)
D : Ya, yang tu..jadi now think out of the box..
I  : Erm. mungkin boleh tambah counter..
D  : Betul.Lagi? Bila dah counter banyak, apa kena ada..
I  : Staff..
D : Ya, staff kena kompeten
I : (cakap cepat2)Ya, adakan latihan supaya mencapai standard dalam perkhidmatan yang diberikan..
D : Ok. Good, now u r thinking...
I  : (...I have answers, but u owez cut me Dato' dengan tanya soalan2 on the spot.Dan saya jadi 'jawab dengan berhati2 sekali' Huhu~)
D : ..Kita ni ni bertanggungjawab untuk kesihatan umum. Tugas pharmacist ni, kena dahulukan pesakit. Ingat, customer is always right...bla..bla..bla
I  : (...Senyum..I doubt the concept 'customer is always right' dalam hal bagi ubat ni.... ^_^)

* P/s : Next on rakyat didahulukan

Thursday, February 17, 2011

Kenyataan Ikhwanul Muslimin Sempena Kejatuhan Regim Mubarak

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ المُلْكِ تُؤْتِي المُلْكَ مَن تَشَاءُ وتَنـزِعُ المُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الخَيْرُ إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

يا جماهير مصر الصابرة الصامدة، يا أبطال الحرية وأنصار الحق، يا أهل التضحية والفداء، نحييكم فردًا فردًا، رجلاً وامرأةً، شابًّا وفتاةً، طفلاً وطفلةً، مسلمين ومسيحيين، تحيةً من أعماق قلوبنا ونشدُّ على أيديكم ونقبل جباهكم، ونحمد الله أن أزاح عن صدورنا جميعًا كابوسًا خانقًا، وطاغيةً مستبدًّا، وأزاح عن شعب مصر العظيم غلالة الغبار حتى ظهر معدنه النفيس للعالم أجمع بأنه شعب- وإن كان صبورًا- إلا أنه يأبى الضيم ويثور على الظلم ويعشق الحرية والكرامة، فهنيئًا لكم هذه اللحظات الكريمة المباركة التي كانت ثمرة عظيمة لثورة مباركة

Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai kuasa! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang dikehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Wahai rakyat Mesir yang sabar teguh, wahai pahlawan kebebasan dan kebenaran, wahai sang pejuang yang sanggup mengorbankan apa sahaja, kami menyambut anda semua, lelaki dan wanita, pemuda dan pemudi, putera dan puteri, Muslim dan Kristian. Salam takzim daripada lubuk hati kami dan kita bersama saling berpegangan tangan, dan syukur kami kepada Allah yang mengeluarkan kita semua daripada mimpi buruk dan cengkaman kezaliman. Kini telah dihapuskan daripada kita rakyat Mesir segala debu yang menjadi tayangan kepada alam seluruhnya bahawa mereka adalah (selepas lama bersabar) rakyat yang tidak sekali-kali tunduk mengalah menuntut kebebasan dan maruah. Nikmatilah saat-saat penuh keramat dan barakah hasil kebangkitan yang diberkati.

وأنتم أيها الشهداء يا من ضحيتم بحياتكم في سبيل الله، ومن أجل تحرير أهلكم ووطنكم، تحيةً خالصةً لكم في أرقى مكان وأكرم جوار، في أعلى الجنان وجوار الرحمن، ومع حزننا العميق لفراقكم فإن سلوانا أنكم لستم أمواتًا ولكنكم أحياء في الجنة تمرحون (ولا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ * فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ويَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ ولا هُمْ يَحْزَنُونَ

Dan untuk para syuhada yang telah mengorbankan nyawa demi Allah dan demi kebebasan keluarga juga negara mereka, setulus ucapan kami kepada mereka yang kini di sebaik-baik tempat termulia di sisi Ar-Rahman. Meskipun perpisahan ini menyedihkan, namun kami penuh yakin bahawa anda tidak mati bahkan akan hidup selamanya di syurga Allah

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

وتحيةً لجيش مصر العظيم الذي حمى الثورة منذ نزل إلى الشوارع وأمن الناس والمؤسسات بعد انسحاب الشرطة، وتلاحم مع المتظاهرين، ورفض محاولات توريطه والإيقاع بينه وبين الشعب، ولا عجب!! فالجيش هو جيش الشعب، وأبناؤه هم أبناء الشعب، ونحن نثق في أن السلطة التي اُئتمن عليها بصفة مؤقتة سوف يتم نقلها بطريقة سلمية إلى أهل السياسة؛ للحفاظ على مدنية الدولة وديمقراطيتها وإقامة المؤسسات التشريعية فيها وفق انتخابات حرة نزيهة

Salam penuh hormat kami juga buat angkatan tentera Mesir yang memelihara kebangkitan ini sedari awal semenjak ia bermula di jalanan, juga menjaga keselamatan rakyat dan harta benda selepas tindakan pihak polis yang berlepas tangan. Mereka juga menolak segala usaha dipergunakan untuk bertembung dengan kehendak rakyat. Tiada yang pelik. Kerana tentera ini adalah tentera rakyat, mereka adalah sebahagian rakyat ini, kami memberi kepercayaan bahawa kuasa pemerintahan sementara yang diamanahkan kepada mereka ini akan diserahkan secara aman kepada ahli-ahli politik, demi sebuah negara madani demokrasi dan pembentukan pemerintahan yang berdasarkan pilihanraya yang bebas dan adil.

وإلى الثائرين فى كل ربوع مصر، ولا سيما الشباب منهم، نقول: إن المرحلة الأسهل قد انتهت، رغم مرارتها وقسوتها؛ ألا وهي مرحلة هدم النظام الفاسد، أما المرحلة التالية فهي المرحلة الأصعب، وهي مرحلة بناء نظام جديد على أسس صحيحة تحترم فيها الحريات العامة وحقوق الإنسان وكرامته، وتتوزَّع فيها الثروة بطريقة عادلة، ويقام فيها العدل والمساواة وتكافؤ الفرص بين المواطنين، وتطبق فيها قواعد العدالة الاجتماعية، وتبنى مؤسسات الدولة على مبادئ وقيم وقوانين سليمة، ويكافح فيها الظلم والفساد، ويحارب الاستبداد حربًا لا هوادة فيها ولا تهاون معها

Dan untuk penuntut-penuntut perubahan di seluruh pelusuk Mesir, khususnya kepada pemuda, kita katakan: “Sesungguhnya fasa yang sebenarnya mudah telah berakhir, meskipun dipenuhi kepahitan dan kekejaman; iaitu fasa menghancurkan regim korupsi. Kini, fasa berikutnya adalah tahap yang lebih sukar, waktu untuk membina sistem baru berdasarkan asas kebenaran di mana kebebasan dan hak-hak asasi manusia dan maruah dihormati. Seterusnya pengagihan segala sumber kekayaan berasaskan keadilan, penegakan keadilan dan kesamarataan peluang antara warganegara. Perlaksanaan peraturan keadilan sosial serta pembinaan asas negara berteraskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai serta undang-undang yang sejahtera. Menumpaskan semua ketidakadilan dan kerosakan moral juga menentang sebarang bentuk kezaliman tanpa noktah apalagi untuk berkompromi dengannya.

أيها المواطنون الشرفاء.. لقد حققتم بفضل الله مكاسب عظيمة، فلا بد من حراستها والحفاظ عليها، وهذا يقتضي الاستمرار في اليقظة والانتباه والوحدة والإيجابية، والحب والتواصل، وفقنا الله جميعًا، وسدد على طريق الحق خطانا وحقق آمالنا لشعبنا وأمتنا ووطننا

(وقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ ورَسُولُهُ والْمُؤْمِنُونَ)

Wahai rakyat yang penuh kemuliaan. Anda telah pun mencapai kejayaan dengan bantuan Allah. Maka peliharalah ia sebaiknya. Bersiap siagalah sepenuh perhatian, jagalah kesatuan, kasih sayang dan hubungan kalian. Semoga Allah membimbing kita semua dan membetulkan dengan tepat setiap langkah yang diambil demi memenuhi harapan kami dan juga rakyat, bangsa dan negara.

Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.

الإخوان المسلمون

القاهرة في: 8 من ربيع الأول 1432هـ= الموافق 11 من فبراير 2011م

===========

Ikhwanul Muslimin

Kaherah

8 Rabi’ul Awwal 1432 bersamaan 11 Februari 2011

===========
Sumber: IKHWAN ONLINE
 
Advertisemens:
 
Thank you for your amazing promos #CelcomEveryone!  We can have a new gadget & crazy promotions!  
 
For 2011, I am going to start my year with my latest Samsung Galazy tab! It's super amazing. Head over to #CelcomGreatSale to grab one now! 
 
Thanks to #5Gumcomesalive, you can now set your journey to an unforgettable adventure.  
 
All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut! 
 
Are you the ultimate man Axe is looking for? Think you have ALL it takes to be one? #axepolice 
 
Wanna watch the magic of American Idol live? Well then better be quick, join Ford Contest and win an all expense paid trip! 
 
Male  = can't browse for gifts in malls? :P Instead I head to #acmamall! Get RM30 voucher for only RM10+free delivery! only at #milkadeal 
 
Wants to know a good diet, a balanced life? Most importantly, how healthy you are? Thanks to Nestle, take the profile test to improve your well-being. #NestleProfiler 
 
My way of re-energizing my day is a large cup of #MiloFuzeJamPack and playing this crazy addictive game. I want to get the high score to win iPod Shuffle!

Friday, February 11, 2011

Bila dah sorang-sorang ni...

Salam.

Bila dah sorang-sorang kat Kuantan  ni, mula la jadi tak keruan. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Hati ni, terasa 'kehilangan' dua orang terpenting dalam hidup - walid dan Damia'. Jadi malas nak buat semua benda. G kelas, balik rumah, terperap je dalam bilik..Hari tu, tumpang tidur kat hostel, sebab tolong kawan buat banner sempena Qudwah Campaign (Untuk Maulidurrasul)..Tu je kot..

Erm, sekarang ni dah hampir seminggu ibu kat Kuantan sorang2. Walid masih lagi cuti sempena habis exam hari tu. Tapi takpe pun, esok dah nak balik sini dah..Have a safe journey ya!

Sebenarnya, ramai juga yang tanya, bagaimana kami boleh survive dalam keadaan cuti tak sama ni..

Jawapannya, tak lain tak bukan adalah KENA CEKAL HATI !

Ikut rasa, binasa..ikut nafsu, lesu... ikut hati, mati. Pernah dengar kan? Jadi, memangla kena cekal hati. Mujur ALLAH selalu ingatkan diri, ada tanggunggjawab lain lagi selain menjaga kebajikan keluarga kecil semata2..

Hakikatnya, sejak mula kehidupan berumahtangga lagi, kami dah biasa berpisah. Hatta selepas akad dulu pun, walid terus balik Kuantan kerana tuntutan belajar.

Mula2, memangla handset tak lepas dari tangan. Yela, orang baru bercinta =p Lama2, bak kata orang 'alah bisa, tegal biasa'..terutamanya bila dah ada Damia' ni, tak terasa sangat sunyi.............untuk pihak yang tengah bercuti =p

Kami dah setuju, sape yang cuti, dia akan balik rumah (Alor Setar/ Ampang) bersama Damia'. Yela, cuti tak banyak, kalau nak tunggu sama2 cuti, memang tak baliklah melawat ibu bapa. Lagipun, tengok muka mak abah, dapat pahala, kan? =) Kalau tak silap, ibu dengar ada sorang ustaz/ah bagitau, jika tengok muka ibu kita yang tengah tidur dengan pandangan kasih sayang, pahalanya sama macam pahala haji mabrur. Saape taknak kan?

Bagi pihak yang tengah kat Kuantan (belajar/berkulliyyah) memangla rindu sangat2..Kalau ikut hati, mahu saja terbang balik berada bersama2 keluarga kecil, namun hakikatnya, tanggungjawab itu bukan hanya pada menjadi 'isteri' dan 'ibu' dan 'anak', ia juga pada menjadi 'pelajar'.. 

Belajar ni, bukan untuk saja2. Ini untuk ummah. Sape taknak ummat Islam kembali gemilang? Jadi, kenalah cekal hati untuk berjuang dapatkan ilmu..sedangkan remaja2 Palestin yang sibuk berperang pun, sanggup hadapi mati, ke sekolah yang jalan belum tentu selamat, semata2 kerana ilmu..apatah lagi kami yang hanya tak sampai 5 minit sahaja jarak rumah dan universiti..Lagiiiiila kena semangat!

Ibu ingat pesanan seseorang..Kita ni, bertanggungjawab untuk 'master' dalam bidang yang kita pelajari.  Analoginya, kita sang pelajar ni adalah penjaga 'pintu2' ilmu dalam Islam. Ahli farmasi perlu jaga 'pintu' bidang farmasi, supaya tak dimonopoli oleh golongan kuffar. Begitu juga doktor, nurse, dietitian, etc.. Semestinya, setiap Muslim perlu menjaga pintu2 ilmu, dari banyak2 cabang ilmu, untuk kemajuan UMMAH, khasnya. Sebab tu lah kita belajar. Bukan untuk saja2, bukan untuk suka2.. Kita semua mesti nak terlibat dalam 'comeback' Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang kan? Rugila sape yang taknak..

Masa depan Islam, terletak di tangan anak muda. Jadi, sama2lah kita berusaha. Ya, ini juga jihad.. ^_^

Erm, apa lagi....

Yang tak best bila time berjauhan ni, akan susah nak contact pihak satu lagi.Baik ibu mahupun walid, dua2 akan 'lupa diri' bila ada kat rumah =p Sibuk dengan mak abah, adik2, aktiviti keluarga, kadang2 tak sedar, kesian kat pihak yang kat Kuantan nun, sorang2 je..Mesej tak reply, call tak angkat..Bila ada masa lengang, lagiiiiiiiila teringat... =(  

Tapi, tula..ALLAH gantikan semua pengorbanan ni dengan sesuatu yang lebih baik..

Bila dekat, kadang2 asyik nak gaduh2 sayang je..Bila berjauhan, datangla rindu, bertambah juga sayang..Setiap kali jumpa balik, tahap CINTA tu dah recharged jadi 150% =p Alhamdulillah! 

p/s: 
Tulis entri ni, sebab susah sangat nak reach walid dalam masa cuti ni....isk3, balas dendam eh? =p

Friday, February 4, 2011

sekitar forensic posting di HSB..

Alhamdulillah, selesai sudah posting Forensic di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar...seperti yang walid listkan kat atas ni haa..

Alkisahnya, sepatutnya walid kene buat Forensic di HKL, tp disebabkan permintaan ibu yang nak blk kampung sempena cuti raya cina ni, so walid pun mintak tukar ke HSB.. kebetulan pula kene time cuti raya cina, kami berdua cuti, so blh la blk kampung lama sket..

Alhamdulillah, sepanjang berada di sini, kebanyakan perkara dipermudakan.. bahagian forensik ni best gak sebenarnya, sbb kita terlibat bukan dgn pesakit hidup, tp pesakit yang sudah mati.. tp yang tak bestnya, kebetulan pulak posting kali ni bertindih dgn cuti umum, so posting yg sepatutnya seminggu, kami buat 3 hari je.. dan yang kureng best nya lg pulak, daripada 8 orang psoting-mate di HSB ni, walid sorang saje laki.. huhuh... sgt depressed..=p ye la..benda yang unplanned dari awal, jd gini la..

hari pertama...

...adalah hari yang membosankan.. kami tunggu dari pagi mmg takde kes..last2 semua blk...dan hanya tunggu call dari MO if ade kes...uhuhu..sgt bosan ok.. tunggu punya tunggu punya tunggu...satu je kes yang ade.. tu pun hanya walid yg berpeluang join.. sbbnya postmortem tu buat dalam pukul 6.50 ptg.. time tu yang gadis2 nih sumenya dah pulang dan tak dapat nk datang spital blk.. walid ape lagi, start kete terus g spital..

postmortem hbs dalam pukul 8.10 mlm.. hbs tu terus bergegas cari surau..hohoho..agak meremang gak dok situ sorang2 time2 maghrib ni..doctor dgn MA masing2 dah g blk masing2... selesai solat, g la buat report utk kes tu.. kes biasa je.. mati mengejut di rumah.. hasil postmortem,  arwah meninggal sbb intracerebral bleeding secondary to most probably undiagnosed hypertension.. further investigation, arwah pernah kene serangan sakit jantung..salur darah utama jantung dan kebanyakan salur darah yang lain penuh dgn artherosclerotic plaque.. alkisahnya suami arwah bgtau, arwah mmg selalu mngadu sakit kepala dan dada...tp taknak gi spital.just cuba makan ubat2 kampung je...

hari kedua..

....juga amat membosankan..tunggu punya tunggu mmg takde kes...last2 dalam pukul 11pg HOD Forensic, Dr, Suhani ajak g mahkamah, beliau perlu beri keterangan.. huhu.. kes yang dibicarakan ialah kes bunuh tahun  2006 yang lalu...dan ianya sgt membosankan sbb pendakwa raya sgt slow.. =p  last2 kami keluar dan terus pulang kerumah masing2... huhu...

hari terakhir..

pun sama....takde kes.. tp yang best nya, kami di hidangkan dgn nasi beriyani yang sgt sedap...sempena meraikan seorang kakitangan yang akan dinaik pangkat..

itu je la kisah posting forensic di sini.. gambar pun tak byk..ade la sket..

alatan bedah siasat

apekah??

pintu ape lah agaknye nih?

siap penceroboh blh di tembak..huhu
di depan kompleks mahkamah

possing sket...

so tu lah serba sket...oh yaa..hari nih genaplah usia ibu 25 tahun.. =) sanah helwah ya zaujati.. moga panjang umur dan di murahkan rezeki... 

p/s: byk bnda nak tulih kat blog nih..tp tak tertulih... heh!

and hey...jom join CHURPCHURP..blh tambah wang saku.. tak pun, jom klik kat sini

Thursday, February 3, 2011