Friday, November 2, 2012

Chocolate hand bouquet : A Review

 Salam.

Tak pernah-pernah review apa2 produk pun sebelum ni. Tapi, sebab suka sangat, jadi nak hebahkan pada semua lah~

Sebelum konvo, asik tercari2 apakah hadiah yang sesuai nak bagi kat walid. Selalunya, memang banyaklah flower bouquet yang dijual kat luar dewan pada hari konvo, tapi harganya boleh tahan juga. Lepas tu, kebanyakannya adalah bunga, yang ibu fikir kurang praktikal sebab nanti bunga akan layu =p Pendek kata, tak berbaloi dengan harga lah, pada pendapat ibu.
Konvo ibu tahun lepas, dapat bunga =)

Bila dok survey2 internet, terjumpa satu page ni : Cha chocolate & cupcakes.

Bisnes ni diterajui oleh sepasang suami isteri dari Ampang. Antara servis yang ditawarkan adalah :

* Chocolate & Cupcakes Bouquet
* Chocolate Hand Bouquet
* Homemade Chocolate, Cupcakes, Muffin, Cookies
* Surprise Give, Doorgift for Wedding, Cukur Jambul, Kenduri Doa Selamat.
* Gubahan Hantaran for Wedding & Engagement
* Wedding Cakes, Wedding Cakes Tiers
* Fresh Flowers / Artifial Flower Arrangement
* Fruit Basket & Hamper
* Class Baking & Deco Cakes / Cupcakes
* Class Choc Hand Bouquet & Cupcakes Bouquet

Yang best, ada perkhidmatan suprise delivery! =) jadi, tak yah susah2 nak pergi ambil tempahan dah, boleh terus dihantar kepada yang tersayang =)

Produk2 dia banyak juga, kan? Yang paling ibu berkenan, chocolate hand bouquet ni lah! lawa2 belaka. Tengok dari page tu, banyak dah jemputan media yang dijayakan oleh tuan empunya bisnes. Harga pun ok, boleh ditawar mengikut kemampuan, jadi ibu pun buat keputusan untuk cuba. 

Untuk Choc hand bouquet ni, ada 2 jenis coklat yang digunakan - Coklat praline dan coklat ferrero rocher. Berdasarkan dari pemerhatian, ferrero mahal sikit dari coklat praline. Lepas tu, boleh pilih nak hias dengan fresh flowers atau bunga 'tipu-tipu'(artificial) je. Secara standard, Kak Zariza selalunya buat 15 atau 30 pcs coklat. Tapi, boleh minta kalau nak kurang atau lebihkan lagi bilangan coklat. Fleksibel, bak kata orang. harga pun berubah mengikut tempahan =)

Ok, bila dah tilik-tilik, tanya-tanya, akhirnya ibu pun pilihla untuk letak 15 coklat praline + 15 ferrero rocher. Bunga, ibu pilih yang tipu je, sebab ibu fikir walid tak dapat nak appreciate pun kalau bagi fresh flowers. Yap, i was being relevant then =p Untuk mood konvo, ibu minta diletakkan bear konvo dan buat sedikit ucapan.Lepas tu, set masa untuk delivery. Caj akan dikenakan untuk delivery ye.

Memandangkan walid konvo pada waktu petang, jadi ibu curi-curi pergi ambil tempahan pada waktu yang dijanjikan dalam pukul 3pm. Mujur tak masuk dalam dewan, kalau tak taktau nak ambil macam mana.

Tapi, berlaku satu keadaan tak dijangka, bilamana suami Kak Zariza terperangkap dalam jem hampir 2 jam! dari Ampang ke Gombak, kebetulan hari tu memang jem teruk sangat. Jadi, suaminya minta ibu patah balik, tunggu kat UIA je. 

Ibu dah bimbang, takut tak sempat. Nanti walid dah keluar dewan, tapi hadiahnya belum sampai2 lagi..Tapi alhamdulillah, hadiah walid sampai dalam setengah jam sebelum walid keluar dewan.Phew!~ 

Masih 'panas' lagi, sebelum diserahkan kepada pemiliknya 
Alhamdulillah, dapat pun! 
Tunjuk sikit 
Bear konvo + Ucapan 
Saiz hand bouquet sedang elok je untuk dipegang =)

Setelah simpan beberapa hari (sebab nak tangkap gambar outdoor), akhirnya semua coklat tu selamat dimakan. Ibu sempatla rasa dua coklat praline + dua ferrero rocher, sebelum yang lain ditelan zaman! =p Walid sempat makan satu je yang ibu bagi. Huhu, sape je yang tak minat coklat kan~ 

Tapi takpe, at least dapat juga merasa. Sedap! Coklat praline yang dibuat manis biasa2 je dan sedap! Jadi, secara keseluruhan memang tak rugilah cuba. Sampai sekarang ibu teringat-ingat coklat tu. Mungkin tunggu apa-apa peristiwa penting lain, sebelum order lagi. 

Akhirnya, selamat membuat tempahan dari Cha Choc & Cupcakes! =)

Saturday, October 27, 2012

28th Iium Convocation Ceremony Part II

Salam.

Nak sambung cerita pasal konvo walid lepas.

Pada hari ketiga konvo a.k.a hari terakhir, kami ke Gombak ssekali lagi sebab nak hantar set jubah konvo dan dapatkan gambar konvo yang ditangkap sewaktu naik pentas hari tu.

Walid dah pesan siap2 pakai lawa2 sebab nak tangkap gambar.Pada mulanya, walid beriya nak tangkap gambar kat Tasik Titiwangsa, tapi ditentang keras oleh ibu .Ibu cakap, tak best lah sebab takde suasana konvo tu. Lainlah kalau tangkap gambar anniversary kahwin ke =p Bila dalam perjalanan, hujan mula turun rintik2, lalu walid pun cakap, 'Tak yah g Tasik titiwangsa lah, kita ke Gombak terus. Yeay! =)

Antara tempat-tempat yang sempat dilawati :

1. Convest
Waktu ni, Damia' masih moody. Taktaulah apa yang tak kena, susah juga nak pujuk dia tangkap gambar. Bila jumpa je perkataan convest ni, dia teruja sebab ada miniature comel2 setinggi dia. Baru boleh diajak bergambar.

'Ha, Mia' nak pakai macam walid tak? tengok dia pakai macam walid'
'Taknak..Mia' nak tangkap gambar yang ni je'
Gambar Keluarga

2. Vespa + mini cooper
Jalan lagi, dekat satu kawasan lapang sebelah bangunan CAC tu, ada mereka setup satu tempat bergambar. Ada perkataan 'cogratulations', ada vespa dan mini cooper sebuah, dikelilingi banyak plastik yang dipenuhi air berwarna-warni.Cantik! 

'Congratulations'
Damia' sibuk explore huruf =p

Posing
Kat vespa pula
Gambar keluarga

3. Depan bangunan CAC
Bila keluar je dewan, ada satu lagi kawasan lapang yang sememangnya akan jadi hotspot setiap tahun. Sebabnya? kat situ lah letaknya tulisan IIUM Convocation Ceremony. Jadi, memang tak lepaskan peluang kat situ. Susah nak ambil gambar, sebab orang ramai tak putus-putus ke tempat tu. Jadi, kena pandai cari angle sewaktu nak tangkap gambar.

Gambar khas berdua, sewaktu tunggu giliran
Ibu dan Damia' test tempat
Dr. Ahmad Zainol Arifin
Gambar keluarga

Gambar-gambar lain :

Sewaktu tengah kalut tangkap gambar, tiba2 Damia' cakap, 'Ibu nak peluk!' Dan terus peluk ibu kuat2..Takleh nafas den! =p (Tengok muka bersungguh dia tu)

Sepatutnya Ibu dan Damia' kiss walid, tapi damia' taknak bekerjasama, dia asyik nak kiss ibu je. Last2 walid cakap, 'Ok, jom kiss ibu!' (Tapi tak kiss betul2 pun. malu! =p)

Susulan gambar tak jadi kiss, maka wujudlah gambar ni ^_^

Dr. Ahmad Zainol Arifin, MBBS (IIUM)
Alhamdulillah!

Alhamdulillah, lama betul perjuangan walid menghabiskan pengajian, sampai anak pun dah berumur 3 tahun. Siap nak ada anak kedua lagi dah =p Tahniah ye walid. moga ini bukan pengakhiran. Takmo jadi chronic MO eh =p Jadi specialist cepat2, supaya ibu boleh jadi House Manager yag berjaya, insyaallah =)

Damia' rasmikan chocolate hand bouquet walid. Insyaallah ada masa ibu review pasal ni okay? =)

Sunday, October 21, 2012

IIUM 28TH Convocation Ceremony

Salam.

Alhamdulillah, majlis konvo UIA tahun ni telah selamat berlangsung pada 6-8 Oktober 2012 yang lepas. Turn walid, hari pertama sebelah petang, jadi kelam kabut sikit lah. Selalunya Medic konvo pagi, tapi mungkin tahun ni bagi laluan kat kawan2 Dentistry dulu, sebab tahun ni adalah tahun produk keluaran dentistry yang pertama untuk UIA.

Kami sampai dah lewat juga sebenarnya. Ramai orang, jadi bila sampai je, terus masuk waktu zohor. Ingatkan lepas zohor semua nak makan tengah hari dulu, tapi tak sempat rupa-rupanya -_-. Jadi, terges-gesalah walid masuk dalam dewan tanpa makan langsung.
Dalam dewan
Tahun lepas warna turquoise, tahun ni warna ungu

Dalam dewan, tokma dan embah ikut turut masuk. Walid dapat 2 pas lebih. Mula2nya walid suruh ibu masuk, tapi memandangkan kesian nak tinggalkan damia' dengan makcik2nya, jadi ibu pun tak masuk. Tunggu kat luar je. Ayah cik dan yut (pangkat moyang eh?) yang isi tempat kosong tu.

Beratur ambil 'hadiah' =p

Kat luar, ibu, Damia', acik dan acu berjalan2 melihat kawasan.hehe. Kami g makan dulu, sebelum pick up suprise delivery untuk walid. Chocolate hand bouquet untuk walid, ibu tempah special punya. Jadi, kena g ambil kat tempat yang telah dipersetujui =)
Acu
Acik

Seterusnya, kami ke tapak Convest, tempat orang dok jual macam2 waktu konvo. Ada la beli barang sikit-sikit, sebelum walid telefon bagitau dah selesai. Sementara tunggu kami, walid ada lah tangkap gambar beberapa keping untuk kenangan.

Dengan Kak liyana
Dengan ayah mithali 11th colony =)
Dengan keluarga
Embah, tokma, walid, Yut

Bila dah habis tu, dah pukul 5pm lebih, jadi memang tak sempatlah tangkap gambar semua macam konvo ibu tahun lepas. Masing-masing pun dah lapar sangat, embah macam dah nak pengsan je =p jadi lepas solat asar kat masjid, terus je keluar dari UIA, cari kedai makan.
Damia' tunggu walid, nak pergi makan
Satu-satunya gambar keluarga pada hari tersebut. oh, memang sangat tergesa-gesa!

Sementara tunggu makanan
Semua pun lapaq! =p

Lepas makan, kami semua gerak ke Gombak, ke rumah yut sebentar, untuk lepaskan penat lelah. Dalam pukul 9pm lebih, kami selamat sampai Ampang dan tertidur keletihan.

kalau g rumah yut, kalau tak makan, memang tak sah =p
Saja-saja 1
Saja-saja 2

Pada hari terakhir konvo, walid perlu pulangkan jubah konvo dan selesaikan hal berkaitan, barulah kami sempat bergambar puas2 =)

K.A.M.I
Nantikan siri ke-2 yang entah bila nak bersambung.. =p

Till then, jumpa lagi!

Monday, October 8, 2012

Na'eem Bin Nabil

Salam.

Alhamdulillah, petang tadi berkesempatan melawat salah satu pasangan baksis yang glamer =p Erm, dah lama tak jumpa kawan-kawan baksis. Kali terakhir pun, kat Kuantan dulu, sebelum masing2 membawa haluan diri selepas konvo.

Nabil dan Najwa; dua-dua kawan baksis yang baik ni baru sahaja bergelar ibu dan bapa pada 28 Sepetember 2012 lepas. Jadi, minggu ni kami balik Ampang untuk konvo walid, hari ni kami melawat mereka.

Pukul 5pm lebih tadi gerak dari Ampang, dalam pukul 6pm sampailah ke rumah mereka. Tak jem pun, tapi berhenti beli hadiah sat =p Dah sampai tu, Na'eem tengah nak menyusu.Lepas menyusu, tidur kekenyangan. Jadi, tinggal ibu dan damia' lah yang banyak berposing =p

'Tunjuk gigi' 
'Juih mulut' 
'Jelir lidah'
Senyum betul2! =)

Duduk kat sana, sembang bukan main. almaklum dah lama tak jumpa, masing-masing nak catch up dengan kehidupan masing2 lah. Sedar tak sedar, dah azan maghrib, baru kalut nak balik =p Bila nak balik tu, Na'eem pun dibawa keluar sat dari bilik. kesian dia, kena kacau..Punya kalut, gambar kami sahaja yang ditangkap. Maaf takde pihak lelaki =p
Damia' sengaja buat 'aksi' =p

Akhir sekali, didoakan agar Na'eem membesar sihat sempurna menjadi mukmin soleh dan musleh. Bantu ibu ayah kamu dapatkan tiket syurga eh! =) Buat nabil dan najwa, selamat menjadi ibu bapa berjaya. Ada rezeki, kita jumpa lagi, insyaallah.ameen.

Ni doa untuk bayi =) 

p/s : Eh, tadi lupa tanya Na'eem panggil Nabil dan Najwa, apa ye? =)

Sunday, October 7, 2012

Convocation

Salam.

It's konvo mood everyone! =)

Will update later, insyaallah! 

Tuesday, September 18, 2012

Riadhah time (again)!

Salam.

Dah mula kerja, susah pula nak update blog ye =p

Alhamdulillah, ALLAH tempatkan kat Hospital Sultanah Bahiyah sekarang, urusan hidup makin lancar. Hee, masa lapor diri kat HSB, ibu tanya unit mana kosong kat Farmasi ni. Ketua Jabatan Farmasi(KJF) cakap, semua unit kosong, sebab sekarang ramai pegawai yang keluar tapi belum diganti. Pendek cerita, ibu ditempatkan di Farmasi Klinik Pakar, bahagaian Out Patient.

Hmm, dah lama tak kerja almaklum sebab cuti raya panjang, bila masuk je OP, terus sibuk, sampai macam nak patah kaki =p Lalu, hari2 berikutnya terasa sangat panjang, lambat waktu berlalu..Balik rumah terus 'collapse' =p

Dah minggu kedua, ibu mula rasa bosan sebab ulang rutin yang sama. Jadi, ibu ajak walid membuat lawatan semula ke tempat yang pernah kami pergi dulu. Tasik bandar Darul Aman =) Walid layan je, sebab walid lagi bosan tak buat pape =p

Jadi, petang tu dah agak lewat sebenarnya, sampai dalam pukul 6pm, terus tanya Damia', 'nak main mainan ke, nak naik 'boat' (kami taktau nak panggil ape bahasa mudah benda yang kayuh keliling tasik tu =p). Damia' jawab,'ibu, mia' nak main BUUT'. hehe.

Ok. Jom!
Pakai safety jacket
...Sambil makan. 
Ibu beli makanan siap2, sebab sekarang ibu dalam kategori tak boleh kalau tak makan sekarang ni=p

Bila dah sampai tengah2 tasik, kami pun asyik dok tangkap gambar la. Tapi, memandangkan ruang yang sempit, nampak muka kami padat je semua =p
Gambar pertama
Lagi gambar.Damia' sangat gembira. Dia asyik menjerit sebut apa yang dia nampak, terutamanya ,'BIRD!, bird banyaklah!
Tengah2 tasik macam ada satu pulau kecil, boleh singgah situ sekejap. Tapi kami tak singgah sebab tak pandai nak imbangkan badan, naik, turun 'boat' tu

Percubaab  ambil gambar berlatarbelakangkan tulisan 'D'Aman Park', tapi gagal sebab tak muat ruang

My darlings ^_^

Nak dijadikan cerita, sewaktu kami betul2 berada di tengah tasik, tiba2 ada masalah skru, jadi 'boat' tu tak bergerak ke mana2, walaupun puas walid kayuh!. haha. waktu ni memang kami gelak sakan lah, terutama tengok muka walid yang gelabah (walid ni selalu gelabah tak kena masa tau!=p). gelabah2, tapi takleh buat apa2, pastu gelak kuat2 ramai2.hehe. Dahla cari nombor telefon takde kat tiket yang diberi tu. Adoi!~

Dahla waktu tu dah hampir pukul 7pm, orang lain semua dah mula balik ke tempat asal, tapi kami dok terkial2 boat tak mau gerak. Nasib baik ada betul2 satu je keluarga yang lalu, jadi walid jerit panggil depa, depa pun cakap, nanti depa bagitau person in charge, bahawa kami ni tertinggal kat tengah2 tasik.

Berlakon konon2 tengah ambil gambar padahal hati dah takut kena tinggal tengah2 tasik. haha

Akhirnya, bantuan tiba!
Person in charge datang dengan REAL boat nak ambil kami. Hee, memang segan lah semua mata tertumpu kepada kami, dok tengok apelah jadi dengan kami yang terkial2 kat tengah tasik tu =p
Gambar dalam REAL boat. Laju.
Damia' cakap, 'Ni lagi best ibu!' =p
Dapat cari 'boat' kami yang tertinggal nun jauh di sana..?
Itulah alkisahnya waktu riadhah kami petang tu. Sampai je semula ke tempat mula2 tu, kami diberi tawaran untuk naik 'boat' yang lain secara free, tapi dah nak mahgrib waktu tu, jadi walid cakap lain kali lah. Err, tak tau lah bila nya lain kali tu, sebab tak sangguplah ibu rasa tebal muka, malu kot tertinggal kat tengah2 tasik =p