Thursday, July 29, 2010

'Home made' Creamy Mushroom Soup + Garlic Bread

Terliur kan?

Salam.

Ni resepi yang dah lama nak buat, tapi baru terlaksana.Almaklum, bila time2 puasa camni, mula la rasa nak makan macam2.. =p Tiap2 hari, asyik kerja cari resepi je kat internet ni..tambah2 bila dah dapat oven, lagila 'ligat'..!Sampai dalam kelas pun dok sibuk bertukar resepi lagi =p

Memandang pada kegilaan terkini ibu, walid pun tegur akan 'kefanatikan' ibu terhadap hal yang satu ni, '..Ayang ni abang tengok asyik cari resepi je kat internet..risau abang takut tak study je..' hehe. Dan memang ibu tak study pun..Biasala awal2 gini, ibu jenis yang kena fokus dalam kelas, bkn pulun baca nota tanpa paham pape..Huu~

Lagipun, ibu suka walid makan dan habiskan semua..rasa dihargai.. being celebrated,it does feel GOOD =) tapi, biasala kalau suruh rasa waktu tgh masak (ibu mls nak rasa sbb puasa), MESTI ada punya yang kena komen.tak sedapla.tawar la.rasa 'pelik' la..atau ini yang paling ibu tunggu, tapi jarang dapat.. 'SEDAP!' Tapi, bila dah masak, laju je makan. Last2 habis licin.haha..Sampai walid komen, 'Ayang ni...cane abang nak kurus ni....'..heh! Acam-acam la walid ni =p

Ok. Tanak ngomel lagi..Ibu nyatakan cara nak buat mushroom soup yang mudah ni ye, atas permintaan seorang kawan..

a) Mushroom Soup
250 ml susu segar
3 cawan air
2 kiub pati ayam
1 tin cendawan butang, potong kecil2
(Ibu guna setengah je.Tu pun dah penuh dengan cendawan. Ibu cincang kecil, tapi tak halus sangat)
1 sudu besar marjerin
1sudu kecil lada hitam (letak sikit je, nanti 'hot' sgt. Pastu, orang yang tak tahan pun takleh makan kan?)
1/2 cawan tepung gandum (larutkan dengan 1 cawan air)

Arahan -
1.Susu segar + Air. Masuk dalam Periuk. Panaskan dengan api perlahan.
2. + Kiub pati ayam, cendawan, marjerin, serbuk lada. Kacau perlahan2 sampai mendidih.
3. Kecilkan api. Guna penapis, masukkan larutan tepung gandum.
4. Kacau sampai sebati. Masukkan garam/ gula secukup rasa. (Ibu tak masukkan pape. Dah sedap. )

b) Garlic bread

Roti Perancis aka France Loaf (Kami guna roti gardenia yang sedia ada je)
7 ulas bawang putih - kisar
Air
125gm butter (separuh saiz biasa)
Daun parsley kering
Lada hitam
Arahan -
1.Bawang putih + air. Kisar halus.
2. Tapis bahan yang dikisar. Buang air yang berlebihan.
3.+ butter + daun parsley + lada hitam. Gaul semuanya bagi rata. Letak sedikit garam, jika perlu.
4. Tadaaa! Jadila garlic spread =) Sapu atas roti dan bakar.kalau makan terus pun takpe..

Alhamdulillah, personally kami berdua sangat berpuas hati dengan mushroom soup ni. Sama macam cendawan goreng dulu..Memang jadila, macam kat pizza hut. Serious, tak tipu! =) Dengan pekatnya, creamy lagi, hot juga..Memang rasa macam 'tapau' dari pizza hut je.

Yang bestnya, kuantiti soup ni sangat banyak. Walaupun tambah lagi air setiap kali panaskan semula, rasanya masih sedap..tak rasa 'cair' (tapi pandai2la bajet air =p) Bagi kami, bertahan hingga 3 hari ke, tak ingat dah..Tu pun, asyik makan yang tu je..Tak berani simpan lama takut basi, walid habiskan semua walaupun kenyang sangat dah..

Untuk yang stay kat hostel ke, yang dok ramai2 ke, ada peralatan memasak..ibu sangat syorkan buat mushroom soup ni. Sengaja ibu share resepi yang mudah, tapi menjadi..tak yah risau terlebih sukatan ke ape..bak kata walid, kena kreatif tak leh rigid ikut cara biasa je(kalau bab komen, memang walidla juara =p) Share la duit, buat sekali sekala, pastu makan jemaah..memang sangat sedap! Dapat pahala juga, tambah2 yang memasak dan membasuh pinggan ^_~ Untuk isteri yang masih 'fresh' mcam ibu, baru nak belajar meneroka ni..cubala hidangkan jika suami suka..Kadang2 tukar selera, seronok juga kan ? =)

InsyaALLAH, berbaloi-baloi ^_^ Cubalah!

Wednesday, July 28, 2010

Update 'CUTE LIL' MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST !!'

Salam.

Ya, walid masih ingat tentang hal ni.Tapi, walid ada exam Jumaat ni.Biar walid fokus kejap ye ^_^ Nanti walid update lagi..Terima kasih atas kesabaran semua =) Sabar itu,indah. INSYALLAH..

Doakan!

Monday, July 26, 2010

Majlis Damia' Rujhaa

Salam.

Alhamdulillah, selesai sudah event yang ditunggu2 oleh walid dan ibu..

Pada 24hb7 lepas, kami sempat mengadakan sedikit majlis untuk Damia' sempena setahun umurnya. Makanan yang disediakan adalah mee kari, kek, agar2 sunquick, air sirap laici dan air laici..Alhamdulillah, semua makanan yang dibuat habis..sampaikan kawan2 yang datang selepas 4pm, mkn mee goreng dek kerana kuah kari yang telah habis..

Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi meulangkan masa datang.Terima kasih kerana meraikan hari 'kami'..Terima kasih kerana masih sudi makan walau ada yang tak menepati cita rasa semua.Almaklum, ni first time ibu masak untuk 100 orang..sebelum ni, untuk walid dan kawan2 terdekat je =)

Paling mengharukan, ada juga yang datang dengan hadiah..Ada satu hadiah besar dari kawan2 walid..punyalah dok berteka teki, rupa2nya OVEN yang diberi..untuk ibu! Alhamdulillah, syukur atas kawan2 yang begini..Ada juga yang bagi set cadar dan comforter, bagai memahami hati ibu yang dok bekira2 nak beli set baru..Juga untuk Damia'. banyak juga hadiah yang diterima..tak lupa duit..uish, kaya Damia' hari tu! =p Alhamdulillah atas aplikasi konsep 'brotherhood' dari semua yang terlibat.Terima kasih kami ucapkan.

Selain itu, maaf atas segala kekurangan ye..Kesian ibu tengok kawan2 lelaki yang makan kat luar rumah..berpeluh2..dahla mi kari pun pedas..=p Minta maaf ye..Kate hidup 3 orang je, serba serbi kekurangannya.Maaf sekali lagi.Terima kasih kerana terima seadanya..

Dahla..Jom layan gambar2 yang ditangkap oleh 3 photographer..Kami kumpulkan gambar2 tertentu untuk tatapan semua...

p/s: byk nih...abih ter kebelakang sume entry2 lame.. hihi

 Alhamdulillah

Orang kuat majlis ^_~. Tq walid!

Tadaa..!
Princess of the day
Senyum sikit ^_^
Assalamualaikum semua! =)
Majlis bermula dalam pukul 3pm, sebab menunggu kehadiran pentazkirah. Selesai tazkirah, terus ke sesi memotong kek..Erm bukan Damia' je yang dapat potong kek..Ada dua kawan walid juga dapat merasa memotong kek yang dibelikan untuk mereka, sempena hari lahir mereka, sehari sebelum majlis ni..

M.A.N.J.A
Ini hadiah yang dia paling berkenan
Kiss sikit.. =)
Terima kasih..Mia' amik ye..
Damia' Rujhaa
ALLAHU yubarik fik, amin..
Ok. bersedia untuk potong kek
Err, ibu Mia' tanak potongla..blh tak?
Ibu, Mia' tanak !
Walid pun ambil alih.. 
Kena paksa..hehe
Ok dah..Turn yang lain pula
Kek Uncle Aiman & Iman (Twins)
Selamat Hari Lahir, Uncles!
'Ok, ha..belah kek tu..bagi semua dapat rasa ye,' kata walid
Setelah selesai, acara makan2 pun bermula..Dimulai dengan sisters, disusuli oleh brothers selepas itu..Damia' pula kebetulan selesema hari tu, jadi meragam sikit dia. Dah tu, tinggal lah dia dengan 'ibuku, ratu hatiku' je..walid yang ke sana sini, tak sempat makan mee kari pun..tengok2 dah habis! hehe..Nasib baik ada kawan ibu yang cepat bertindak, buat mee goreng pula..Tapi time tu, dah ramai yang beransur balik..Tinggal kawan2 ibu je yang datang selepas tu, makan mee goreng..sedap woo! =)
Suasana
Larger view
Berborak2 sambil merapatkan ukhuwwah ^_^
Mamarazzi
Dengan uncles =)
Aunties juga =)
Ok..Bye semua..nanti jemputla datang lagi ye! ^_^ Terima kasih sudi datang.
Setelah orang mulai surut, kami pun melayan si Damia' ni, sementara menunggu kawan2 ibu datang...Kawan walid + ibu yang ade kamera besar (DSLR), terus2an tangkap gambar gelagat Damia'..Banyak, tapi malaslah nak upload semua kat sini..berat nanti..
Ralit dengan hadiah
Gaya lagak seorang kakak yang penyayang =p
Dan acara disudahi dengan acara family potrait ^_^ tapi, biasa2 je sebab Damia' dah tak larat sangat dah..Bila semua tetamu dah balik, terus lena dia tidur dalam carrier..Penat kot die jadi princess =p
Candid!
Family potrait 1
 
Family potrait 2
Alhamdulillah..Sekian, terima kasih..

Thursday, July 22, 2010

Hukum Menyambut Hari Lahir

Salam.

Entri ni bukan ditujukan khusus kepada sesiapa. Hanya satu sebab, kami ingin berkongsi dengan semua ye.. =)

Semakin dekat dengan majlis Damia', tetiba ada yang kemukakan keperluan menyambut hari lahir untuk Damia'.

Sila rujuk sini. Mesti dengar untuk tambah ilmu.

dan tak lupa di sini.

Sebenarnya, dah lama kami merancang untuk adakan majlis makan2 untuk kedua2 batch - medic + pharmacy, atas sebab tak pernah ajak semua orang datang rumah kami lagi..dah nak grad dah pun, baru nak ajak , kan? =p.

Selalunya, majlis makan2 ni diadakan oleh kawan2 yang tinggal sekitar Kuantan sempena Hari Raya Eidul Fitr a.k.a rumah terbuka...Tapi, memandangkan kami agak akan sibuk untuk preparation rumah terbuka, makanya kami memilih event 'hari lahir' sebagai ganti.. Tu pun, bukannya betul2 pada hari lahir Damia', pada hujung minggu.. =)

Harap kita semua berlapang dada ye.. Ini perkara furu' (cabang), bukannya perkara asas dalam Islam. Jadi, terdapat banyak pendapat pasal hal ni.. Contoh :

1- Kenapa ada sesetengah orang tak baca doa qunut waktu subuh, sedangkan yang lain baca qunut? Jadi, takyahla dok berdebat sangat..Berlapang dada..Yang salah, bukan qunut ke tak..Yang salah, TAK SOLAT SUBUH! Confirm berdosa.

2- Kenapa ada wanita yang pakai purdah, tapi on dan off..kejap2 pakai, kejap2 tak..Lagi sekali, itu benda 'cabang' dalam Islam..Yang salah, bukan nya on off tu, yang salah, orang yang TAK PAKAI TUDUNG. Confirm HARAM..

Bab 'nyanyi' yang ditulis tu, bukannya nak nyayi 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU', tapi 'ALLAH SELAMATKAN KAMU'..Kami fikir, itu doa..Macam kanak2 nak belajar alif ba ta..dengan nyanyian juga..Itu yang kami fikir.Tapi jika salah, sila betulkan..Dengan lapang dada kami terima =)

Bab doa dan selawat, itu memang dalam plan..

Bab lilin, itu memang takde..membazir saja nanti..

Semoga jelas..Hakikatnya, ada misi lain yang lebih penting untuk diketengahkan oleh kami, value2 lain, selain gembira menyambut birthday ini..'Ibadah dan kebajikan itu kan, datang dari banyak cara, kenalah kreatif ^_~ ..Kalau nak terangkan semua, bimbang nanti TERriak, takde pahala langsung.. Jika takde event 'hari lahir' ni pun, kami masih ingin menjamu semua, insyaALLAH, cuma masalah masa je... ^_^

Sekali lagi, moga berlapang dada ye..Bak kata Ustaz dalam video tu, 'Islam ni bukan halang belaka..adat2 tertentu sahaja..Benda lain boleh ikut, takde masalah...'

Wednesday, July 21, 2010

Ke mana pergi subsidi kami?

sekian....

Jemputan ke Birthday Bash Damia' Rujhaa

assalamualaikum kepada semua pembaca Dairi Damia =) semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. semalam genap Damia' Rujhaa setahun.. kami berdua berkesempatan membawa budak tecit ini celebrate her 1st Birthday di Sara Thai.. alhamdulillah kami sekeluarga amat happy =)

so, seperti yang semua sedia maklum, kami akan mengadakan sedikit Majlis Kesyukuran sempena Damia' genap setahun.. detail adalah seperti dibawah:

Tarikh: 24 Julai 2010 (SABTU)
Masa: 2.30-5.30 ptg
Tempat: No. 17, Jalan IM 8/30, Taman Polo, 25200 Kuantan

Tentatifnya adalah seperti berikut bergantung kepada kesesuaian masa..

2.30-3.00ptg -- ketibaan tetamu
3.00-3.30-- majlis bermula dengan doa, sedikit tazkirah dari Saudara Aiman dari 11th Colony dan juga sedikit tayangan video tentang Damia' =)
3.30-5.30-- nyanyi2, potong kek dan makan2 =) menunya?? ahaa....nantikan nya..

dengan ini kami dengan besar hati ingin mnjemput sahabat2 yg mengenali kami terutamanya dari kalangan 11th Colony, Rx6TH, Geng Baktisiswa, Geng ex-DQ dan sahabat2 yang mengenali kami secara rapat untuk sama2 meraikan majlis yang serba ringkas ini =).. 

jadi nak mnta, siapa dari kalangan diatas yang berkelapangan hadir ke majlis ini, utk tulis sedikit komen mnyatakan anda boleh hadir..nyatakan nama dan siapa anda supaya kami dapat budget makanan so that takdelah berlebih2an.. kalau yang tak dpat datang pun its ok..kami faham akan komitmen anda kepada perkara lain =)

juga kami ingin mohon maaf siap2 andai majlis ini nanti banyak kekurangannya.. =) ini pengalaman pertama.. kami menjangkakan rumah ini akan sedikit crowded la..tp insyaallah muat utk tampung semua..moga dengan adanya majlis ini akan merapatkan ukhuwwah sesama kita insyaallah...

p/s:

1. sesiapa yang berkelapangan utk tolong2 set up rumah ini pada pagi Sabtu itu nanti blh msg saya atau isteri ye.. jgn msg Damia pulak =p

Tuesday, July 20, 2010

Damia' Rujhaa Ahmad Zainol Arifin

Salam.

Damia' Rujhaa Ahmad Zainol Arifin, secantik nama, moga indah jua peribadinya.Ameen..

Alhamdulillah, Damia' berusia genap setahun hari ni -20Julai2010. Setinggi2 kesyukuran kami panjatkan atas kesudian ALLAH berikan kami 'hadiah' atas perkahwinan ini. Alhamdulillah, alhamdulillah..ALLAH juga sebaik2 perancang..

Setahun berlalu, bagai tak terasa langsung masa berjalan dengan pantas..Melihat Damia' membesar di depan mata, sungguh membahagiakan..Biar nampaknya macam susah, hakikatnya kami sangat 'enjoy' membesarkan kamu..Mungkin hikmah redha seorang hamba, ditolongNya kami sehingga semuanya nampak terurus...Alhamdulillah, lengkaplah kehidupan denagn wujud nya kamu Damia'..Ya, anak itu pengubat,duka penawar lara..Alhamdulillah, Moga berkekalan sehingga akhirnya..

Masih ibu ingat Damia', sewaktu awal2 kami mengetahui kehadiran kamu dalam rahim ibu, sungguh walid lah orang yang PALING gembira, hinggakan dihadiahkannya 'surprise' untuk ibu, untuk masa depan kita..

Masa berlalu, setiap hari kami lalui dengan gembira, membayangkan kehadiran buah cinta, 9 bulan akan datang..Dan untuk itu juga, walid tak jemu2 menulis dan menulis, bercerita untuk kamu..Tak lupa, walid juga pinta pada ibu untuk turut serta menulis...walid cakap, untuk masa depan ^_^ Makanya, ibu pun menulis, dan terus menulis sehingga tak dapat nak stop sampai sekarang =p

Bila usia kandungan makin meningkat, kawan2 walid pun dah start bagi hadiah, walaupun kamu tak lahir pun lagi..Ibu fikir, kamu bertuah punyai uncles + aunties yang sangat prihatin tentang kamu..Terima kasih semuanya..

Ibu masih ingat, bila kandungan ibu dah berusia 4 bulan, kami perasan saiz perut ibu yang tak mengikut saiz yang sepatutnya bagi usia begitu.Pada awalnya, doktor cakap itu normal, tapi lama kelamaan saiznya makin 'jauh' dari yang sepatutnya..

Ibu masih ingat, ibu sangat emosional bila g check up dan nurse bagitau, 'ur baby is not developing'..Ibu sangat moody hari tu..sebab ibu sayang kamu..Ibu tak sanggup dengar kata2 yang tak menyenangkan mengenai kamu..Ibu nak dengar yang happy2 je tentang kamu..Ibu sangat berharap kamu sihat, sayang..itu je yang ibu pinta dari ALLAH..asalkan sihat sejahtera, itu sudah SANGAT mencukupi bagi kami..

Masa berlalu, ibu sangat excited untuk masuk semula ke kelas sebagai pelajar tahun 3 setelah bercuti selama 3 bulan..

Ibu masih ingat, baru je tiga hari masuk ke kelas, ibu dah perasan kaki dan muka ibu bengkak semacam..Kebetulan, check up untuk bulan ke tujuh diadakan dan waktu tu lah, doktor kesan tekanan darah yang tinggi..Empat kali doktor ambil bacaan sebelum confirmkan..Lalu, doktor terus taipkan surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut..

Ibu masih ingat juga pada pagi hari appointment, masih ibu nak gagahkan diri untuk ke kelas, terasa rugi dengan ilmu yang tak dapat didengar sendiri dari telinga ni..tapi dihalang walid, dengan sebab appointment hospital lagi penting dari kelas..

Sampai hospital, diperiksa oleh dokor..dan bermula lah episod yang ibu takkan lupa sampai mati..sangat dekat di hati...

Ibu ditahan di hospital sebab tekanan darah yang terlalu tinggi, makin meningkat dari waktu ke waktu..Doktor cakap, ibu ada pre-eclampsia dan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu..

Sebak hati ini bila doktor bagitau yang peluang hidup kamu 60%, tapi demi ibu, kami relakan hal kecemasan ini..Pagi selepas membuat keputusan, pagi itu la juga kami ketahui jantina kamu..Alhamdulillah, ibu dan walid ingat, kamu lelaki..rupa2nya perempuan ^_^ Dan malamnya ibu diusung masuk ke dewan bedah......Dan alhamdulillah syukur bagi ALLAH, kamu selamat dikeluarkan untuk menemui ibu dan walid, tepat jam 8.50pm...

Sepanjang di hospital, walidlah yang meng 'update' kan maklumat tentang ibu..Terus update, dari waktu ke waktu..Ibu faham, walid sangat penat , dengan ibu dan posting OnG nya yang sibuk tu..dan sebab itu ibu amat 'sayang' dengan kenangan kisah kelahiran kamu (siap diambil video lagi oleh walid untuk tontonan ibu, atas kebenaran doktor walid)..Terima kasih walid..Ibu sangat hargai.. ^_^

Ibu belajar, walaupun kisah kelahiran kamu sangat spontan dan tak di plan oleh ibu dan walid, hakikatnya ALLAH mengajar kami bahawa planNya PALING terbaik..Itu pelajaran sangat berharga yang kami dapat dari kamu,sayang..Sebagaimana kita mahu ALLAH redha dengan kita, begitulah juga kita yang hamba ni perlu pasrah dan berserah kepada ketentuanNya..

Dan selepas itu, hari2 berlalu dengan moment2 yang sangat indah dan bermakna, hinggkan ibu ditegur rakan sekelas..betapa 'berseri' nya wajah selepas kelahiran kamu, terserlah bahagianya Damia'..Alhamdulillah...Sungguh kami bersyukur..

Hari ke-4 menjeguk dunia
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
5 bulan
6 bulan
7 bulan
8 bulan
9 bulan
10 bulan
11 bulan
Buatmu anak,

Walid dan ibu mendoakan yang TERBAIK, dari ALLAH untuk kamu..Sebagus mana pun kami cuba menjaga dirimu, hakikatnya ALLAHla penjaga terbaik untukmu..Maka, kami serahkan kamu dalam tanganNya Damia'..Moga kamu membesar menjadi mukminah solehah ye sayang..Dengar cakap ibu dan walid, taati perintah ALLAH dan jauhi larangannya, beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah, berbangga dengan ISLAM sebagai agamamu dan mendahulukannya dalam semua perkara..InsyaALLAH, walid dan ibu cuba bantu.. =)

Ini ada nasyid untuk Mia'.. Itu ucapan lengkap untuk Mia tau..Dengar baik-baik...
(Nasyid yang buatkan ibu nak nangis setiap kali dengar...)

Selamat Ulang Tahun, Sayang ibu dan walid! ^_^

p/s: Bila dah ada anak sendiri, baru ibu faham apa maksud, 'ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi untuk anak mereka, agar menjadi LEBIH baik dari mereka...'..Ya, itulah sebetulnya.

Penyertaan Cute Lil Muslim & Muslimah . (^_^)

assalamualaikum semua.. ok seperti yg semua sedia maklum...hari ini adalah Birthday Damia Rujhaa yang pertama.. jadi seperti yg diketahui tepat jam 12 tgh malam td, tutup la penyertaan utk Cute Lil Muslim & Muslimah Contest yg kami anjurkan..tapi disababkan ade beberapa request jadi walid buaka lg penyetaan sehingga tgh malam hari ini... hihi..penyertaan tidak berapa memuaskan tetapi cukup buat kami meraikan Birthday Damia ini bersama kawan2 baru Damia.. =)

hihi..walaupun ade beberapa peserta yang tak berapa ikut syarat2 penyertaan tp bedal sajalah.. kami buat pejam mata aje.. hihi.. takperlu seryes2 sbb contest ni pun saje2 je.. ok..buat semua peserta, nantikan ye keputusannya kelak.... minggu ni kami busy sket jadi insyaallah keputusan akan di umum selepas Birthday Bash Damia pada 24hb ni.. haa jemput datang tau.. =)

ok KLIK SINI utk mengetahui senarai peserta terlatest.. dan cepat.. selepas tgh malam hari ini contets akan ditutup dan tiada lagi anjakan akan di buat.. =)

Sunday, July 18, 2010

Senarai peserta CUTE LIL' MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

salam semua... berikut adalah senarai peserta Cute Lil Muslim & Muslimah Contest yang muktamad..huhuh...amat sikit pesertanya..mungkin kerana kurangnya promosi dari kami...almaklum, masa agak kurang seswai dengan ke'busy'an sbb new academic year sudah pun bermula.. jom kita tgk siapa peserta contest ini (^_^)

Nama : Arisya Nur Iman binti Hussain Ahmad
Umur : 4 tahun 1 bulan
Tarikh Lahir : 8 Mei 2006

********************************************************

Nur Nabihah Azmi
Tarikh lahir:12 Januari 2008
Umur: 2 tahun 6 bulan

************************************************************

Nur Kasih Humaira bt Abdul Latif
Tarikh Lahir : 23 September 2009
Umur : 9 Bulan

***************************************************

Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran
1 tahun 10 bulan
17 Ogos 2008

*****************************************************************

nama: nik hibriyah ar raudhoh binti nik mohd fareez
umur: 7 bulan
tarikh lahir: 18 november 2009
tempat lahir: hospital batu pahat, johor.

********************************************************************

Syauqina Ardhini Binti Jumadi
Umur: 3 tahun 6 bulan
Saya dilahirkan pada: 15.12.2006
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Ahmad Uwais al-Qarni bin Jumadi
Umur: 7 bulan
Saya dilahirkan pada 17.11.2009
Tempat Lahir:HospitalAmpang

*************************************************************

Dzaatin Nithaaqain Auni Binti Muhammad Elias..
1 tahun 1 bulan
11 May 2009 di Hospital Besar Perlis

*******************************************************

 Alif Mikhail Bin ABD.Rahman Md.Taib
4 tahun
27 jun 2006

*******************************************
Salsabila Azma Binti Mohammad Azziyadi..
15 October 2008 @ Hospital Putrajaya..
1 tahun 9 bulan

******************************************
SOFIYA IMANI BT MOHAMMAD IZANI
2 month
12th MAY 2010

*****************************************
NURMAWADDAH FATINAH BINTI FAIRUL SHAM SUHARDI
 1 BULAN 2 MINGGU
29 MEI 2010

**************************************
Nama : Auni Nafeesa binti Mohd Fikry
Umur : 11 bulan
Tarikh Lahir : 29/08/2009

********************************************
Nama : LYNA NURFITRINA BINTI MOHD HILMY

Umur : 1 TAHUN 10 BULAN

D.O.B : 29 SEPTEMBER 2010
http://ejanblog.blogspot.com/2010/07/cute-lil-muslim-muslimah-contest.html

****************************************

Nama: Nur Syifa' Izzati Ahmad Najmul Khairi

Tarikh Lahir: 23 Julai 2008

Umur: 2 tahun

Nama: Nur Najwa Farhani Ahmad Najmul Khairi

Tarikh Lahir: 07 Oktober 2009

Umur: 9 bulan

http://lamansyahid.blogspot.com/2010/07/cute-lil-muslim-muslimah-contest.html

*************************************
Nur Adelia Khairul Annuar
20 bulan
03 September 2008

************************************

Nama: Fathimah az-Zahrah binti Mohd Razif
Umur: 1 tahun 3 bulan 3 minggu
Tarikh lahir: 28 Mac 2009

*********************************

nama :Ahmed Akif Wirdas

umur:1Thn 3bulan

tarikh lahir :25 APril 2009

..maka secara rasminya tamatlah sudah tempoh Contest simple ini... semuanya cute2 belaka =) Subhanallah..
insyaallah bersempena dengan Damia mencecah setahun ini, satu majlis kesyukuran akan di adakan di teratak usang kami.. sila nantikan entry seterusnya.. ok..

so, selepas majlis 24hb itu nanti kami akan umumkan hadiah bagi pertandingan ini beserta dengan pemenangnya skali... ok =) selamat berkenalan kawan2 =)