Friday, June 7, 2013

Pigeon Peristaltic PLUS : Berjaya! ^__^

Salam.

Kita sambung cerita pasal direct feeding to bottle feeding =) Alhamdulillah, Darwisy mahu minum susu guna botol Pigeon Peristaltic PLUS.

Sebelum tu nak cerita, kenapa namanya Peristaltic? Sebelum ni, banyak je produk yang pigeon keluarkan. Tapi sekarang ada satu siri keluaran baru nipple peristaltic, hasil teknologi baru jenama ni. Jadi, apa kelebihannya?

a) Super - stretchable
- Puting ni kenyal. Kalau kita 'study' cara bayi menyusu, sebenarnya ini kelebihan ketara puting peristaltic. Bila menyusu, lidah bayi bergerak secara peristalsis ( Pergerakan lidah bayi secara 'berombak' ke depan dan belakang untuk hisap susu ibu). Jadi, puting ni dicipta untuk disesuaikan dengan pergerakan lidah bayi semasa menyusu.

Pergerakan peristalsis bayi semasa minum susu

b) Ultra- soft silicone
- Silikon yang digunakan untuk buat puting ni memang SANGAT lembut dan elastik tau! Hampir2 menyamai yang ORI, kalau dibandingkan dengan jenama lain yang kami dah cuba.

c) Air Ventilation system
- Sistem pengudaraan berkesan untuk memastikan bayi senang nak minum susu. Susu hanya keluar bila bayi menghisap, jadi tak bimbang susu tumpah bersepah merata. Bayi juga boleh sesuaikan aliran susu, ikut sedap  dia. Juga bersifat anti-colic.

Ok. Peristaltic nipple pula ada 2 jenis, macam ibu cerita kat sini. Cuba tengok perbezaan kat gambar bawah ni :
Peristaltic wide neck nipple
Peristaltic PLUS wide neck nipple

Dari segi saiz puting, ada 2 jenis - standard atau wide neck.

Wide neck  
Standard

Baik. Itu untuk nipple (puting susu). Sekarang untuk botol pula.

Dari segi material yang digunakan untuk buat botol ni, ada 2 jenis - Polypropylene ( PP) atau polyphenylsulfone (PPSU). PP ni selalu digunakan dalam kebanyakan produk seharian. PPSU ni yang gred tinggi, lagi bagus dan tahan lama. Botol yang diperbuat daripada PP, warnanya lutsinar (crystal clear). botol yang guna material PPSU, warnanya yellowish gold/honey-like colour.
Material : PP
crystal clear bottle

Material : PPSU
Yellowish gold/honey-like colour bottle

Dari segi saiz pula, ada yang besar ( untuk fit wide neck nipple) dan slim ( untuk standard saiz nipple).  Boleh pilih nak botol yang 160ml atau 240ml juga =)

Jadi, tilik punya tilik, kami beli Pigeon Peristaltic PLUS Nipple Wide Neck Bottle (PP) BPA Free 160ml =)
Kenapa?

a) Peristaltic PLUS : Kami fikir kalau beli yang peristaltic, puting sama macam TT, yang darwisy dah tolak. Jadi, bimbang sia-sia je nanti, kami beli yang bentuk panjang menirus. Balik rumah baru sedar, macam Medela Calma.

b) Wide neck        : Sebab 'closer to nature', if you know what i mean. Hehe. (Lebih menyerupai ORI, berbanding standard) . Lagipun, senang sikit nak pegang botol susu =)

c) PP material          : Ikut hati, nak yang PPSU. Warna cantik, nampak unik. Tapi, ikut perbezaan harga, beli yang PP je. Sebabnya taktau lagi nasib botol susu tu, akan diterima atau ditolak nanti =p Lagipun, beli yang PPSU yang gred tinggi, sampai satu masa, kena buang juga sebab ciptaan manusia ni tak kekal, kan? (Ayat penyedap hati. Hehe) Kalau diterima boleh tambah lagi, walid ye? =)

Komen : Bila balik rumah, keesokan harinya ibu mula bagi. Awal-awal pagi lagi bila Darwisy bangun, semangat je ibu bagi botol susu ni. Mula-mula memang dah jangka Darwisy tolak. Maktok kata, bagi masa sebab dia nak 'belajar' sesuaikan diri. Tengah hari tu, ibu cuba lagi, terus berjaya! ^_^ Petang tu, ibu cuba lagi, berjaya juga! ^__^ Dan esoknya, Darwisy pun memulakan kontrak dengan susu botol pada waktu siang dengan jayanya. Belum ada lagi kes penolakan susu botol sejak dia nak minum hari tu. Anak suka, ibu setuju. Alhamdulillah!

Pengajaran untuk ibu :
1- ALLAH Maha Hebat
- Maha Suci Allah ( Subhanallah) yang menciptakan aset seorang ibu, khusus untuk anak-anaknya tanpa dapat diganti dengan apa pun. Punya susah nak cari botol susu darwisy ni, ibu rasa ada lagi yang lebih susah dari kami. Memang orang kata, patah tumbuh hilang berganti, tapi yang berganti takkan mungkin sama dengan yang diganti, kan? Itu baru satu bahagian 'keajaiban' ciptaanNYA. Allahuakbar!

2- Respon bayi
- Setiap anak itu unik. Damia' dan Darwisy. Kami melalui pengalaman yang sangat berbeza. Ibu hargai semua cadangan yang diberikan, tapi akhirnya terpulang anak bagaimana mahu menyesuaikan diri dengan perubahan yang ditawarkan. Sebab tu ibu tulis, ni personal review =)

3- Akhlaq ibu bapa
- Whatever happens, don't give up on your chilldren. Anak itu amanah! Allah mahu mendidik kita menjadi lebih baik dengan kehadiran anak-anak. Bila anak buat perangai, sila koreksi diri masing-masing. Hakikatnya, sikap anak itu adalah gambaran cara didikan terhadap mereka. Sabar, sabar dan terus bersabar! ... and don't forget to ENJOY being in parenthood zone =)

4- Hargai orang tua
- Bila dah ada anak, lagi bertambah kasih kepada orang tua, kan? Baru insaf, macam mana perangai kita terhadap mereka waktu kecil dulu. Teruk ngat aih! =p Minta maaf mak abah. Moga redha keduanya beserta redha ALLAH untuk kami selalu. Ameen =) 