Thursday, June 20, 2013

Who Am I?

Salam.

(This is a personal experience-based entry)

Who am I?
I'm A Pharmacist.
(Baca nada macam 'I'm Spiderman..' =p)

Dah hampir setahun ibu kerja kat unit farmasi pesakit luar ( outpatient department- OPD), tapi ibu perhatikan kebanyakan orang yang datang ambil ubat, tak kenal pun kami ni siapa.. Kebanyakan masa, kami  dipanggil 'misi' (jururawat) ataupun doktor (sebab pakai white coat,kot?)

'Thank you aaaa, MISI..'

or

' Doktor, ni ubat apa? makan macam mana?..'

Hehe. Rasa lawak pun ada mula-mula tu. Tapi lama kelamaan rasa macam tak best sebab orang kenal kita, bukan dengan 'nama' kita yang sebenarnya.

PHARMACIST

Pharmacist. atau Pegawai Farmasi. Itu nama kami yang betul, 'kena' dengan bidang tugas yang dipikul, kena dengan ijazah yang diambil.

Kadang2 tu rasa pelik juga, kenapa jadi macam ni? Adakah pharmacist ni, susah nak diingat atau disebut. 
Kalau betul lah susah disebut, mungkin kena bagi nama macam dulu kot. AKU- Ahli Kimia Ubat, macam zaman dulu-dulu nun =p Nak paggil pun senang. AKU. Heh!

Kalau sebab pakai white coat, mungkin boleh buat white coat yang bukan berwarna putih untuk pegawai farmasi. PINK coat ke, BLUE coat ke, bagi jadi ceria sikit..dak? Baru nampak beza dengan doktor =p

Kalau panggil misi, lagilah tak logik. Tengok pakaian seragam pun dah tahu.Hehe.

Atau orang ingat, pharmacist tu merujuk kepada TEMPAT ambil ubat, yang orang selalu panggil farmasi.
Erm, betullah tempatnya,dipanggil farmasi. Jadi, orangnya sudah tentu adalah pegawai farmasi. Logik, kan?Mana mungkin misi atau doktor dok kat situ =)

BUAT APA?

Waktu temuduga SRC dulu, seorang panel bertanya, apa yang pharmacist buat? Bila dijawab, dispense (bagi) ubat, dia terkejut. Dia cakap, impossible! Takkan tu kerja seorag farmasi. Jadi, yang menjawab tu (kawan ibu, kebetulan kos farmasi) jadi pelik, sebab memang itulah yang muncul di fikiran bila sebut perkataan pharmacist.

Bukan calang-calang orang yang boleh bagi ubat kepada pesakit sebenarnya. Orag lain boleh bagi, dengan pantauan pegawai farmasi ( contoh : kedai farmasi, klinik ), kalau ikut undang-undang.

Memang banyak lagi keistimewaan pegawai farmasi, tapi ingin difokuskan kepada tugas di kaunter farmasi dahulu, tempat yang masyarakat kebanyakannya dapat nampak jelas tugas pegawai farmasi berkaitan ubat.

Don't judge a pill by it's colour.
Ask your pharmacist =)

KAUNTER FARMASI

Selalunya, farmasi menjadi tempat terakhir/kedua terakhir bagi seorang pesakit setelah selesai berurusan dengan doktor. Kedua terakhir, kalau pesakit baru keluar wad. Ambil ubat, dan tempat terakhir adalah tempat nak buat pembayaran =)

Bila dah jadi tempat terakhir ni, biasalah bila emosi dah makin tak stabil. Ada sesetngahnya cepat sahaja nak melenting kalau ubat lambat siap,kan? =p Padahal tunggu doktor sampai berjam-jam, takde masalah pun. Hehe.  Datang farmasi, terus cakap nak ubat, jumpa doktor dari pagi tadi lagi..Hmm, memang tunggu doktor dari pagi tadi, tapi ke farmasi..? Baru sampai kot..? Kena la bagi masa kami sediakan ubat =p Ni tak, letak je kad temujaji, terus cakap nak ubat. Tak register pun lagi.. =p 

Di mana-mana tempat yang kita pergi, semua ada cara kerja masing-masing. Jadi, ibu nak bagitau apa yang terjadi bila nama diregister di kaunter farmasi hospital ( bukan di kk, bukan di kedai farmasi, sebab ibu kerja di hospital). Kenapa kena tunggu lama? Kenapa nombor giliran lompat-lompat? Kenapa kena jumpa balik doktor? Kenapa saya tak dapat ubat? Kenapa ubat tak cukup?Kenapa nombor siri berbeza?Kenapa kena top up level SABAR? =)

APA YANG TERJADI?

1. REGISTER
- Ini standard biasalah di mana-mana tempat pun. Beratur, untuk register nama dan dapatkan nombor. Bila bagi kad temujanji/slip nama, kat situ ada ID pesakit. Pegawai farmasi akan scan, dan order dari doktor akan muncul di skrin komputer.

MASALAH
- Kadang-kadang bila order, takde pape keluar kat skrin. Jadi, pegawai farmasi akan telefon doktor tanya, ada ubat tak untuk pesakit atau kemungkinan doktor terlupa order ( sebab doktor jumpa ramaaai pesakit kan? ada kemungkinan terlepas pandang) atau mungkin masalah teknikal berlaku (doktor order ubat, tapi tak muncul kat skrin komputer)

2. SCREENING
- Bila dah dapat order ( prescription) dari doktor, proses screening berlaku. Nak tengok kategori ubat, dos, frequency, duration, ploypharmacy, indikasi. Jika ada sebarang masalah, doktor akan ditelefon untuk kofirmasi.

MASALAH
- Kategori ubat : Tak semua ubat boleh diorder oleh seorang doktor. Contoh, ubat klinik tulang, klinik kulit tak boleh order. Ada sesetangah ubat, hanya doktor pakar yang boleh order. Ubat jenis terkawal ni, perlu pakar sign bila kali pertama nak makan. Sign dari pakar ni, tanda kebenaran dan 'acknowledgement' dari pakar tersebut. Maksudya, beliau maklum akan penggunaan ubat tu kepada pesakit. Ada sesetengah ubat, ketua jabatan klinik tersebut sahaja yang boleh order, sebab nak pantau penggunaan ubat. Kenapa nak pantau? Sebab nak elakkan pembaziran kos beli ubat yang mana jika penjimatan berlaku, dapat diuruskan untuk beli ubat-ubat lain untuk tampung keperluan pesakit. Setiap klinik, ada bajet tersendiri. Jadi, kena ikut bajet. Salah satu cara nak uruskan bajet adalah dengan hadkan penggunaan ubat-ubat tertentu, mengikut persetujuan antara pakar-pakar di klinik dan pihak farmasi. Ada ubat yang sangat mahal, dihadkan kepada beberapa bilangan pesakit tertentu sahaja setahun. Jadi, kadang-kadang pesakit mungkin tak dapat ubat walaupun pakar dah sign sebab kuota ubat dah penuh. Kalau mampu, pesakit boleh pilih untuk beli sendiri. Kalau tak, kena tunggu minta kuota ubat baru. Proses tambah kuota ni, bukan ambil masa sehari je. Proses ni melibatkan banyak pihak termasuk pengarah hospital, sebab urusan bajet hospital adalah bawah tanggungjawab pengarah juga.

- Dos, frekuensi ubat : Kalau salah atau ada yang meragukan, akan ditanya kepada doktor yang order.

- Polypharmacy : Polypharmacy ni berlaku bila ubat dalam kumpulan yang sama yang punya aksi yang sama, cuma nama lain-lain, diberikan kepada pesakit. Contoh : Ubat kolestrol simvastatin dan atorvastatin. Dua-dua dalam kumpulan statin. Dua-dua aksi yang sama kepada badan. Jadi, bagi satu dahla =) Contoh lagi : Ubat darah tinggi. Amlodipine dan felodipine. Dua-dua adalah kumpulan Calcium Channel Blocker. Jadi, tak payah bagi kedua-duanya kepada pesakit. Bila telefon, doktor ada justifikasi, pegawai farmasi akan bagi ubat ikut apa yang doktor kata lah.

- Indikasi ubat : Pegawai farmasi kena tahu ubat ni, guna untuk apa. Kena pandai 'tengok' padan tak dengan keadaan pesakit. Contoh : Doktor nak bagi ubat titis mata sodium chloride (normal saline) eye drop, tetapi tersalah order ubat titis telinga sodium bicarbonate ear drop. Jadi, perlu tanya balik doktor.

Ubat titis mata, BOLEH guna untuk titis telinga. 
Uba titis telinga, TAK BOLEH guna untuk titis mata.

SCREENING adalah proses penting untuk kurangkan kesalahan dalam pemberian ubat. Bukanlah niat nak cari kesalahan doktor, malah kat sinilah peranan pegawai farmasi dalam meyediakan khidmat kesihatan terbaik untuk pesakit =)

3. ALLOCATE/LABELING
- Disebabkan guna komputer, label ubat perlu di 'print' dan tampal pada sampul ubat, untuk diberi kepada pesakit. Pegawai farmasi akan tengok doktor order ubat dan beri mengikut masa. Doktor akan order ubat , cukup sehingga tarikh temujanji seterusnya. Ubat selalunya akan dibekalkan untuk tempoh sebulan, sebelum pesakit perlu datang lagi untuk ambil bekalan seterusnya, sampailah masa temujanji dengan doktor.

Kalau kat hospital yang tak guna sistem komputer, selalunya ubat disediakan dulu, sebelum dilabelkan kemudiannya.

MASALAH :
- Preskripsi tamat tempoh: Ubat takkan dibekalkan jika dah tamat tempoh. Kalau doktor order untuk seminggu, kena ambil dalam masa seminggu. Kalau datang minggu depannya, memang dah tamat tempoh. Tak dapat ubat lah.

- Bekalan penuh : Walaupun tak tamat tempoh lagi, tapi kalau ubat dah habis diberi mengikut kuantiti yang di order, farmasi takkan bagi lagi kepada pesakit. Contoh : Doktor order ubat untuk 4 bulan. Tapi pesakit minta ambil ubat untuk bekalan 2 bulan. Jadi, bulan kedua dah cukup bekalan 4 bulan, tak dapat dah bekalan ubat.

- Ubat tiada stok : Tidak akan diberikan, tetapi pesakit boleh telefon farmasi dalam masa terdekat untuk 'claim' ubat yang tak dapat, SELAGI MANA masih tak tamat tempoh. Pesakit boleh beli ubat dari kedai farmasi, jika urgent nak guna ubat.

4. FILLING
- Tugas mengisi ubat, mengikut label yang telah disediakan sebelumnya.

MASALAH  
- Standard ubat yang perlu diberikan : Ini hal dalaman farmasi lah. Maksudnya, kalau doktor order sejenis ubat ni, mengikut strength(kekuatan) tertentu, ubat strength mana yang perlu diberikan kepada pesakit. Kena jaga standard, supaya pesakit tak keliru. Kalau salah, label baru akan dikeluarkan.

5. COUNTER CHECKING
- Ada pegawai farmasi bertugas untuk cek semula ubat yang telah diisi supaya tepat dengan label yang disediakan. 

6. DISPENSING
- Kaunter dispens ubat, pegawai farmasi akan cek semula ubat yang ada sebelum bagi ubat. Proses screening secara sepintas lalu berlaku, untuk kurangkan kejadian salah bagi ubat.

MASALAH

- 'Kenapa nombor saya tak panggil'?
Nombor dipanggil mengikut siri tertentu, ikut kategori yang ditetapkan farmasi. Nombor siri bermula angka 1 untuk apa, nombor 2 untuk apa, nombor 3 untuk apa..dan seterusnya.

- 'Kenapa nombor lompat?'
Nombor yang dapat, bukan nombor giliran, ianya adalah nombor pengesahan. Maksudnya, jangan pelik
kalau nombor lompat. Sebab ada yang didahulukan macam kes kecemasan, orang-orang tua yang tak berdaya sangat, bayi yang dok menangis, orang kuat usaha ( = orang kelainan upaya,OKU). Takkan saggup nak suruh tunggu lama-lama?

Atau keadaan seperti ni :
- Ubat si A lebih banyak dari si B.
- Ubat si A perlu direkod disebabkan ubat tu terkawal.
- Ubat si A, stoknya ada di unit farmasi yang lain.
- Ubat si A perlu konfirmasi dengan doktor.
- Dan lain-lain.

Jadi, dengan pesakit yang raaaaaamai menunggu, takkan nak tunggu ubat si A siap. Jadi, rasional lah kalau ubat si B, C, D,F keluar dulu kan? Ubat si E lambat, mungkin sebab masalah di atas =p

-'Kenapa saya tak dapat ubat?'
Sebab stok ubat habis atau kuota ubat dah cukup. Jangan marah bila jadi macam ni. Stok ubat, bukannya farmasi boleh simpan sebanyak mungkin sesuka hati. Ada prosedurnya. Bila pesakit minta bekalan ubat sampai berbulan-bulan, cepatlah stok ubat habis. Sebab tu kalau boleh, pesakit perlu faham kenapa bagi sebulan je dulu, supaya orang lain pun dapat juga ubat =) Kalau susah nak datang, ada banyak cara lain boleh guna untuk ambil bekalan ubat seterusnya.

Kalau kuota dah full, jangan marah. Memang kita semua bayar cukai, tapi adakah semua orang perlu dapat ubat, EXACTLY macam orang yang sakit? Tak, kan? Kena ikut keadaan lah. Awal-awal tahun farmasi dah 'deal' dengan doktor pasal kuota. Berapa yang doktor perlu. Jadi, kalau dah full, kena sabar tunggu kuota baru, atau beli sendiri.

Kalau tak dapat ubat, jangan marah kata farmasi kedekut. Atau pegawai farmasi ni, taktau pape. Bila dapat ubat kolestrol satu je, tapi doktor order 2, jangan marah. Tanya elok-elok, kita telefon balik doktor =)

Kalau tunggu lama-lama, jangan marah. Semua orang nak ubat cepat. Nak balik rumah cepat. Tapi kena faham, apa yang terjadi, 'di sebalik tabir'. Di hospital ni, hanya ada satu farmasi. Setiap hari, kami terima pesakit dari SEMUA klinik yang buka, dari kecemasan, yang keluar wad ( selepas pukul 5pm). Sedangkan nak jumpa doktor kat satu klinik pun lama, dengan kapasiti kurang dari 15 pegawai farmasi setiap hari ( tak tolak yang pergi kursus, yang cuti, yang tak kerja syif pagi), makanya rasional lah kalau kami ambil sedikit masa untuk sediakan ubat anda, kan? 

Farmasi hospital ni buka 24 jam. Jadi, kalau taknak tunggu boleh ambil nombor giliran dulu, datang balik kemudiannya untuk ambil ubat anda. 

InsyaALLAH, mari kita bekerjasama semuanya untuk kesejahteraan bersama.

Akhirnya, semua ada penyelesaian, kecuali mati =)