Monday, May 31, 2010

DOA AGAINST AN ENEMY

اللّهُمَّ إِنا نَجْعَلُكَ في نُحُورِهِم، وَنَعوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِم“

(allahum-ma in-na naj'aluka fi nuhurihem wa na'uzu bika min shururihem)

'O Allah, we place You before them and we take refuge in You from their evil.'

[Dawud 2/89, Al-Hakim 2/142]

اللّهُمَّ أَنْتَ عَضُدي، وَأَنْتَ نَصيري، بِكَ أَجولُ وَبِكَ أَصُولُ، وَبِكَ أُقاتِل

(allahum-ma anta 'adhudi wa anta nassiree,bika ajulu wa bika assulu wa bika 'uqatel)

Oh Allah, You are my strength and You are my victory. For Your sake I go forth and for Your sake I stand firm and for Your sake I fight. [Dawud 3/42, At-Tirmidhi 5/572]

حَسْبُنا اللهُ وَنِعْمَ الوَكيلُ“

hassbunallah wa ni'mal wakeel

'Allah is sufficient for us, and how fine a trustee (He is).'

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكتابِ، سَريعَ الحسابِ، اهْزِمِ الأحزابَ، اللَّهُمَّ اهزِمْهُم وزَلْزِلْهُم

O Allah, Revealer of the Book, Swift at reckoning, defeat the confederates. O Allah, defeat them and convulse them.’

URGENT!! doa dan solat hajat buat LifeLine4Gaza (LL4G) Palestine

salam semua pembaca sekalian... baru sebentar tadi walid dapat SMS dari ibu...mnyatakan yang kapal kargo konvoi LifeLine4Gaza yg sedang menuju ke Gaza, Palestine untuk mnghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat2an dan bahan binaan beribu2 tan kepada rakyat palestine.. terus walid buat pengumuman di kelas td dan mohon doa beramai2 utk sahabat kita yg berjuang di jalan Allah itu.. terus, walid bergegas mnghadap komputer ini...untuk merayu dan memohon agar kita sama2 bersolat hajat dan berdoa memohon bantuan Allah dalam mnjayakan misi ini.. (baca lagi)

Friday, May 28, 2010

Big Fish Moment with Pizza Hut

Di suatu petang yang hening...... bersembang la seorang anak bersama walid a.k.a ayahnya..

maka...bersiap lah mereka anak beranak menuju ke tempat memancing yg di sebutkan itu.. err..Pizza Hut?? kata anaknya..mahu memancing Alaskan Pollock...ikan tu ade kat Malaysia ke?? boleh baca kat sini.. (read more utk tahu kisah selanjutnya)

CUTE PINK BABIES CONTEST

salam semua pembaca sekalian.. emm..pagi yang hening ye di Alor Setaq sekarang nih...=) emm...sgt seronok dan amat berbaloi dok dalam bas express hampir 10 jam dari Kuantan ke Alor Setaq ni semata2 rindu pada si isteri dan juga anak tercinta... dan malam td kami ramai2 jalan2 cari makan di Pizza Hut.. hihih... nnti next entri walid cerita pasal jalan2 Pizza Hut tu ye...

oh...entry ni sebenarnya khas buat tuan punya BLOG ini... hihih...contest ke 2 yg walid n ibu nak join... contest ni bertajuk CUTE PINK BABIES CONTEST.. sempena ulangtahun kelahiran kawan Damia'. .. SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010.... 

Powered by BannerFans.com

ok....walid n ibu nak share gambar ni utk semua.. hihi..rasanya ramai dah tgk gmbar ni dulu.. tp khas buat contest ini.. walid upload skali lg.. =)

nama: Damia' Rujhaa Binti Ahmad Zainol Arifin
umur: 10 bulan
tarikh lahir: 20 Julai 2009

wahai anakku Damia' Rujhaa... kelahiran kamu dalam dunia ibu dan walid benar2 telah memberi cahaya kepada kami.. kamu lahir penuh cabaran...moga kelak kamu menjadi muslimah sejati yang bakal berbakti kepada agama... insyaallah ibu n walid akan berusaha menjadi yg terbaik buat kamu... sebagai bekalan buat kamu mengharungi cabaran di zaman ini... wahai Damia' kekasih hati ibu walid...teruskan berusaha utk mnjadi Muslimah sejati ye sayang...=)

Sunday, May 23, 2010

My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest

salam semua..=) sambil2 berjalan2 tetiba terjumpa blog ni.... tak pernah sebenarnya join contest2 ni.. tp disebabkan ade masa terluang, so kami pun melayan... =) yang ade family2 tu pun blh join contest ni..yg penting bukan hadiah nya... yang penting, jalinan kekeluargaan yang terbit.. sesama blogger...

haa...kali ini..kami nak share kan gambar ini...

----------------------
-------------------
----------------
-------------
----------
------
---
-

We are F.A.M.I.L.Y!

Dari kiri : Nur 'Atiqah (ibu), Damia' Rujhaa (baby), Arifin (walid)

Gambar ni diambil dalam kereta sewaktu menunggu kawan2 kami untuk konvoi ke perkahwinan rakan sekelas Pharmacy IIUM Rx6th ke kenduri kahwin kawan ibu, Pn. Baizura, pada 1 May 2010 yang baru lepas ni..Haa, dah lama sangat tunggu kawan2 yang tak sampai2 (janji melayula katekan =p), makanya kami pun ambil gambar ni. Ye, ini kenangan terindah sebab ni la first time mia sertai konvoi perkahwinan kawan2 ibu. Ibu dan walid pun sama. Ni, first time kami berkonvoi dengan rakan2 untuk ke majlis perkahwinan..Dua tahun yang lepas, kami yang jadi pengantinnya.. =) Tahun ni, kami menambah bilangan ahli kecil kelas ibu..Konklusinya, memang happening lah ! ^_~ Tgk muka Mia tu...excited nye la dak kecik nih..
Cerita lanjut di sini dan juga sini..Memang happening kan? ^_~

p/s: amacam tuan punya contest?? lulus tak?? heeee

Friday, May 21, 2010

Damia' dah 10 bulan..

...Alhamdulillah..

Damia' semakin membesar, walaupun masih kecil jika dibandingkan baby lain seusianya..erm, diterima atas sebab beratnye semasa lahir hanyalah 800gm cuma..

Sekarang, Damia' dah tak batuk2 dah..balik kedah ni, dia makan banyak betul..non-stop! i mean it..non stop! sampaikan orang kelantan ckp, 'se-eh' perut.tu pun, nganga lagi bila disuap.. =p (read more)

Thursday, May 20, 2010

Gugur kandungan???!!

salam...entri pendek sahaja.. seperti biasa walid view account Nuffnang walid..saje nak analyze mcm mana taburan pelawat2 blog ini sepanjang mggu ini... terkejut bilamana pada bahagian keywords.. iaitu, bahagian dimana walid blh tahu pembaca2 yang samapi ke blog ini melalui enjin carian samada google, yahoo dan sebagainya.. ade somebody di luar sana yang masuk ke blog ini utk mncari sesuatu....
klik gmbar utk besarkan imej.. lihat pada baris 6..

Ya Allah..there's somebody out there sedang cuba untuk menggugurkan kandungannya secara merbahaya dengan cuba mncari caranya melalui internet.. Ya Allah, disini bukan tempatnya..blog ni tak ajar itu semua.. mungkin org itu main terjah je kat enjin carian itu.. yang pasti bkn itu caranya wahai manusia yang bergelar insan.. kalau dah buat salah itu..jgn di tambah dgn kesalahan kali kedua...utk membunuh.. ingat...walau ape pun status anak itu, dia tetap ada hak utk hidup..dan kamu tak layak utk tarik hak itu dari dia.. dia tak bersalah..

Ya Allah, selamatkanlah anak2 dalam kandungan sesiapa sahaja di muka bumi mu ini Ya Allah... dia tak bersalah... ku mohon dengan sgt..amin..

p/s: congratz to kawan2 yang telah menyambut kelahiran ahli baru dalam rumah.. to najib-naili, izani-nadiah dan yang lain2.. moga kita mnjadi ibu bapa yg terbaik buat anak2 kita.. aminn..

Wednesday, May 19, 2010

khas buat pembaca...terimalah..

salam semua.. entri kedua hari ini.. wah..ntah knapa sejak akhir2 ni rajin pulak walid menulis ye..mgkin sbb kesunyian...ataupun kerinduan... hihi...

emm...entri kali ini..walid ade hadiah yang ingin dikongsi bersama.. sebenarnya bkn sorang yang mintak..tp dah ramai...jadinya walid dengan berbesar hati berkongsi bahan ini kepada pembaca sekalian terutamanya kepada....you-know-who-you-are...ok..

mungkin ramai yang telah membaca entri walid tentang bagaimana walid boleh melepasi halangan keluarga untuk mndirikan rumahtangga semasa msih belajar.. boleh baca DISINI..

dan mungkin juga ramai yang yg tertanya2 slide ape yang walid mksudkan..tak kurang juga yang minta walid emailkan slide itu kepada mereka.. emm..oleh itu..walid dgn ini memberi kepada sesiapa sahaja yang mahukan slide itu.. (klik pada Read More)

jom main masak-masak!

salam semua pembaca sekalian... ini utk lelaki2 bujang atau lelaki2 yang isterinya berada dikejauhan je...ok?? baiklah..pada malam ini walid akan ajar bagaimana kita hendak menyediakan Nasi Goreng Sotong Pulau Kapas Cincai..ye kawan2..nape tetiba je nak  citer pasal masak2 ni?? hihi.. sbb ni haa..

Mula2..pastikan isteri kite tiada berhampiran ye..ini utk memastikan yang proses pemasakan kita tak diganggu.. penting!! huhu..

ok....bahan2 nya adalah:

sepinggan nasi yang telah dimasak
bawang besar dan bawang putih sesuka hati nak byk mana..
minyak masak.
telur...ikut la nak buh byk mana.. disini walid buh sebijik je..sbb nak jimat..hahah.
sayur kubis.. nape kubis?? bkn sawi ke,kangkung ke.. haaa, sbb dalam peti ais ade kubis je..layan..
cili giling..disini walid guna yang cap Anna's.. sbb tak pedas sgt..
sos tiram cendawan cap Nona..
Fishcake HPA punya..ade lebih pak mertua bawak hari tu..
Sotong Pulau Kapas.. haha..blh juga digunakan sotong Tunas Manja atau sotong pasar besar.. walid pakai sotong ni sbb ade lagi sotong hasil candatan di Pulau Kapas.. heee
dan bahan2 lain...sbgai penambah rasa...

ok..ni bahan2 dia..potong siap..satgi takyah nak kalut2..

nasi tu ikut kapasiti la..jgn bazir..kalu tuk makan sorang2,budget sepinggan sudah..

ok cam biasa..mula2..tumis la bawang besar n bawang putih..api takmo kuat sgt..

 pastu buh cili giling..then buh sotong.. tambah sket garam dan sos tiram.. taram je nak byk mana.. 
nak lagi sedap...sila masak sambil dgr lagu ramlah ram...yeah!

pastu buh nasi..then gaul2..then buh la kacang peas..bg nampak warna warni sket.. then buh teloq...

gaul hingga rata.. haaa,time ni sebenarnya walid ade buh bahan rahsia..iaitu.....

.......
...

susu pekat manis F & N...buh sket ja..bg rase berkrim sket.. jgn buh byk.. korang bukan nak buat teh tarik..

pastu buh sayur kubis...

then....

siap utk dibantai.....sorang2... huuuuuu... sedihnya.. masak utk diri sendiri jek...
ibu mesti terliur kan tgk nasik goreng sotong cincai walid ni kan...hahaha...

p/s: selamat mencuba....resepi ni ade pantang larang dia...iaitu dilarang sama sekali merasa hasil masakan sehingga lah ia siap utk di hidang.. pastu time nak makan, kalu rase tekak tu pedih je...buh kicap manis cap kipas udang sket...beres!!.. haa.. barulah namanya.... Nasi Goreng Sotong Cincai!!

Sunday, May 16, 2010

penambahbaikkan...

salam pembaca semua... short entri only... blog ini akan mngalami beberapa perubahan dan penambah baikkan dari semasa ke semasa.. antaranya:

1. shout box kini telah di hidekan di sebelah kanan sekali dibawah label 'shoutbox' utk memudahkan pencapai kotak menjerit itu..

2. Nuffnang Analytics blog ini telah disediakan di bahagian bawah header blog ini utk memudahkan pembaca mengetahui perkembangan semasa blog ini..

3. kalu anda perasan, apa2 bahan dalam blog ini blh di'share'kan secara direct ke beberapa laman sosial utama utk tujuan perkongsian.. contohnya,gmbar2 dan video2.. anda cuma perlu drag kan bahan tersebut ke column yg dikehendaki..cuba try...ok!!

4. kalau perasan ada tag khas tentang detik kelahiran damia di bawah header blog ini.. sekadar perkongsian bagaimana damia dilahirkan...[for our next children,walid tgh berkira2 samada mahu membina sebuah lagi dairi ataupun stay dgn dairi ini..cuma ditukar title... maybe...Dairi Damia' dan adik2..huhu..mcm tak sedap je... any idea??]

5.kalau sedar juga, terdapat widget baru iaitu scrolling recent post di bahagian kanan side bar..utk memudahkan pencapaian entri2 lama..

6. utk memudahkan kami mengetahui siapakah pembaca2 diari2 ini, kami amat berbesar hati andai kamu2 menjadi follower blog ini..mudah sahaja, cuma klik pada gmbar hitam putih Damia' yg tgh senyum tu.. tentu Damia' suka!! =P kami juga boleh melawat blog2 anda..

7. kepada sesiapa yang mahu kami meletakkan adress blognya kedalam blog list kami, blh la request pada shoutbox kami.. insyaallah kami berbesar hati =)

8.juga ada widget baru iaitu cuaca di kuantan sepanjang seminggu.. ni saja2 gatai pi bubuh...sbb cantik dia pusing2..hahha..ada kat side bar...bawah sekali..

9. andai ade request utk kami tulis tentang apa2 tajuk, blh la di hantar ke zainolarifin@yahoo.com.. kalau kami layak utk menulis,kami akan cuba.. ok.. ataupun jika ada cadangan utk menambah baik blog ini..amat kami alukan.. sebarang kritikan membina juga dgn lapang dada kami ingin mendengar.. =)

...dan blog ini akan kami kekalkan insyaallah dan akan diperturunkan kepada Damia' sendiri andai dia dah reti menaip.. hihi... =) TQ dan selamat membaca semua...=)

Saturday, May 15, 2010

Islam Di Malaysia makin hancur!

Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.

BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010

BACA PETIKAN BERITA BERKAITAN

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

sumber: ustaz zaharuddin

p/s: Syarikat Berjaya diketuai oleh Tan Sri Vincent Tan telah pun berjaya mndapat lesen judi tersebut seperti di umumkan.. Wahai blogger...di seru utk copy paste artikel ini utk disebarkan dalam blog anda.. diseru dengan sangat.....from walid.

Ya Allah...aku hambaMu yang amat lemah..aku tak mampu melawan apabila syariat mu terang2an dilanggar sebegini oleh pentadbir negaraku sendiri...Islam dinegaraku sudah semakin hancur Ya Allah.. Kau bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka yang mahukan Islam ditegak dinegara ini Ya Allah.. ku pohon dengan sgt..tiada yg mampu ku lakukan melainkan benci dihati tentang perkara ini..

Thursday, May 13, 2010

Ibu Bapa D.E.R.H.A.K.A.

Salam.

Pertama sekali, terima kasih walid atas dedication lagu ye..Tengah dok syok tengok semanis kurma tadi, walid mesej suruh tengok blog, rupa2nya, ada 'hadiah' ^_^ Lama dah tak dapat.Tq darling walid =) Erm ,sekarang ibu tengah cuba download lagu tu, yang masih tak dapat2 lagi dari tadi..Dahla tak sempat nak ikut cerita tu.Tak larat nak buka tv, kadang2 dekat 7pm baru sampai rumah..

Ini, ibu nak tulis sesuatu tentang tajuk di atas..

Sempena Hari Ibu, rancangan tadi berbincang pasal tajuk di atas. Ada banyak input yang boleh diteladani, tapi ada 3 isi utama yang paling ibu ingat :

1 - Hak ibu bapa terhadap anak

- Ada 3 hak bapa kepada anak : Mencari ibu yang baik dan solehah untuk anaknya, memberi nama anaknya dengan nama yang baik (kerana nama itu akan dipanggil oleh ALLAH di akhirat kelak) dan mengajarkannya Al-Quran..

Komen : Kita selalu ungkit hak kita dari anak,sampai kadang2 lupa hak anak.Semua part tu, susah untuk dilaksanakan. Tambah2 bagi ibu, first part yang paling terkesan sekali..betapa perlunya ibu berusaha menjadi yang terbaik..kerana anak2 itu murid dan kita pula adalah guru..Apabila guru baik, insyaALLAH anak didiknya juga begitu..Selamat menjadi yang terbaik semua ibu ye! Part mengajar Al-Quran pula, selayaknya ayah sendiri yang patut memberi tunjuk ajar.Jika ayah jahil sedikit, cari dan pilihla guru agama yang baik untuk anak..

2 - Pendidikan anak mengikut fasa umurnya

- Saidina Ali telah membahagikan umur kepada tiga peringkat kritikal, sebagaimana yang dihuraikan oleh Ustaz Muhammad Naseh Ulwan :

a) 1-7 thn : Masa bermain dan melayan sikapnya
b) 8-14thn : Masa untuk memberi didikan dan mentertibkannya (mendisiplinkan)
c) 15-21thn: Masa untuk menjadi sahabat, bukan lagi masa untuk memukul-sayang, seperti fasa ke2.

Komen : Kita kadang2 lupa, respons yang patut diberikan kepada anak2 bila terjadi sesuatu. Selalunya, anak kecil dimarahi atas perkara yang belum mampu difahami. Selalu juga, waktu pertengahan itu dibaikan begitu saja, tanpa terapkan kepada anak2 tentang haluan mereka.. Jadi, membesarla anak itu tanpa didikan yang sterusnya menimbulkan masalah.Yang paling penting, didikan agama kerana agama itu, sifatnya memujuk.Jarangla orang yang serabut akan jadi tak keruan bila baca AL-Quran. Apa2 pun, kembalilah kepada ALLAH..nescaya tak rugi langsung..(p/s: haish, ibu pun kena rajin baca Al-Quran ni.Masa bukan alasan, 'Atiqah!) .

Lastly, part last ni yang banyak orang 'fail'..Bila anak dah besar, baru kalut nak minta air penawar la, bawa g jumpa ustaz la..Ibu bapa patut fahami dan selami hati anak, supaya mereka menjadikan ibu bapa sebagai rakan terbaik untuk mendengar masalah mereka. Hari ni, anak selalu lebih selesa untuk mengadu masalah kat kawan atas sebab mak bapak tak faham.Hu, tercabar juga~ Moga Damia' membesar menjadi anak solehah ye..amin.InsyaALLAH, ibu dan walid doa selalu..
p/s: ape yang keluar dari mulut ibu bapa especially ibu, itu DOA.Hati-hati dengan apa yang didoakan terhadap anak..

3- Orang Yang Mandul

- Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Tahukah kamu siapakah orangnya yang digelar MANDUL?' Lalu para sahabat menjawab, 'Orang yang tidak boleh melahirkan anak dan tiada anak'..Lalu baginda tersenyum, seraya menjawab, 'orang yang MANDUL itu adalah ibu bapa yang mempunyai anak, tetapi anaknya gagal menjadi manfaat kepada orang lain, setelah kematian kedua2 ibu bapanya'

Komen : Na'uzubillah..Moga semua anak kita membesar tumbuh menjadi muslim/muslimah solehah yang memberi manfaat kepada yang lain.Itulah sebaik2 manusia insyaALLAH..

p/s: Things to ponder 'atiqah..

kepada pen'demam' ADAMAYA.. =p

salam.. hihi..saje nak post entri ni..buat peminat tegar ADAMAYA.. haha..walid minat citer ni bukan pasai pa pun.. tp dah dok berkenan kat Lisa Surihani Amani tu ha...atau nama sebenarnya Mia Sarah.. hihi..

comey sungguh la budok nih.. haa..citernye pun dah habis..ape lg.. mereka2 yg tegar dengan cerita ni mesti sedang berkira2 nak buh lagu OST Adamaya ni kat handphone masing2.. kan kan kan??? alaa..tak yah dok geleng la.... nah...walid bagi ni ha...amik...

emm...Mia Sarah ni dah byk berlakon iklan sebenarnya.. korang2 yg tak sedar sebenarnya.. bila dah keluar citer ni..baru la cam si Mia Sarah ni..

haa...cam tak?? mesti dah cam kan.. haa..bgs2.. oh yaa.. citer ni pun kamu-kamu dah blh download kat post walid yg dulu..tak igt?? ish...ni yang...aiihh.. klik SINI..

emm..

tp rindu walid pada ibu dan Damia Rujhaa......lagi dalam... miss both of u sayang...so muchh.. T_T

lagu ni walid dedicatekan khas buat isteri tercinta..dan Mia Rujhaa yg walid rindui selalu...

Ost Adamaya – Yang Terindah –
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

I LOVE U....from walid..
p/s: sila download ye lagu ni pade link yg walid bg tu..pastu kite nyanyi ramai2.. walid kadi solo..kamu-kamu backup singer..beres..

Tuesday, May 11, 2010

Ibu is busy doing praktikal

Salam. lama tak menulis, gara2 attachment dan praktikal industri..

Alhamdulillah, attachment selama 2 minggu kat community pharmacy telah selesai. Sekarang, tengah dok pulun nak habiskan praktikal industri pula, 2 bulan tempohnya.

Alkisahnya, kami, student yang terlibat,kena apply untuk latihan industri, untuk cover subjek 4 kredit hour. Since ibu sorang je yang tak isi borang lagi, sebab baru lepas bersalinkan Damia', makanya ibu isi je mana2 syarikat yang masih available..Ibu pilih nak dekat dengan family, jadi kebanyakan syarikat yang dipilih terletak di Kedah dan Putrajaya.

At first, ibu plan nak dok Putrajaya je, dekat dengan walid sikit.In case walid rindu, takdela jauh sangat rumahnya dari Kuantan tu. Senang juga, sebab tokma tak keje..Tapi, takdir ALLAH, ibu dapat tawaran dari syarikat kat Alor Setar..Lagila senang hati! ^___^ (Mind u , at first only..). Then, bila dah konfirmkan kehadiran, baru tawaran dari Hospital Putrajaya sampai..Erm, ibu pun tolakla..since ramai juga yang masih menunggu tawaran dari syarikat2 yang dipilih.Pendek kata, bagi peluang dan ruang kepada kawan2 lain.

Bila dah balik Kedah, semangatla ibu pergi lapor diri kat officenya, tak jauh la dari rumah. Tapi, bila dah sampai, baru la situasi sebenar dapat digambarkan..

Rupa2nya, company ni ada 3 bahagian yang berlainan di tempat yang berlainan! =( Ada main office kat Alor Setar, Kilang di Sungai Petani dan Stor produk di bahagian lain di Alor Setar juga..Ha, pastu, mula la ibu kelam kabut. Sebab tempat ibu yang sepatutnya adalah di kilang, which is situated about 60km from Alor Setar (-_-)..

Sangat sedih dan tak bersemangat bila tau macam tu..Ibu kesian kat Damia'..Dahla kena pisah dengan walid yang nun jauh di Kuantan..Sekarang, perlu pula pisah dengan ibu yang akan keluar kerja awal dan balik lewat.

Alhamdulillah, atas budi bicara bos, ibu ditempatkan di kilang selama sebulan dan di admin pun sebulan.Cukup 2 bulan..

Minggu ni, ibu mula ke Sg. Petani selepas berada di Alor Setar selama seminggu..

Hmm, kalau nak dibandingkan dengan Alor Setar, MEMANGla BANYAK SANGAT maklumat yang ibu dapat..Kalau kat Alor Setar, rasa nak menangis je, g keje, tercongok, tak buat pape, dari pagi hingga petang..seryes! I did nothing...jadi tak ketahuan..duduk je sepanjang hari..tu pun menumpang meja staff lain..

Hmm, walaupun ibu agak sedih sedikit(banyak juga sebenarnya), buat semua benda sendiri..tapi hati ni sedikit terubat dengan bahan yang ibu dapat kat SP tu..Berbaloi jugakla walau terpaksa berulang-alik selama 120km setiap hari, dengan tol sebanyak RM14.20, tak termasuk duit minyak, memakan masa selama 1 jam pergi dan 1 jam balik Alor Setar-Sg.Petani..(berbaloi ke?)..makan lagi..Hmm, memang menguji keadaan, especially bila tak jangka macam tu berlaku. Mati-mati ibu ingat kilang company kat Alor Setar. kalau ye, takde la banyak duit melayang tiap2 hari kat tol tu..(Huu~ how i wish bos akan bagi elaun, tapi ntahla..bukan perkerja situ pun..).

Buat walid, i'm sorry for all whiny things that u have heard from me before..Tentang hal penjagaan damia' time ibu g keje, tentang ibu yang kesian kat mia sebab jumpa ibu time malam je..tu pun bila ibu sampai, dia dah nak tido (Mia' masih tido awal, habis lekeh selepas isyak)..pagi2 pula, ibu sempat kiss goodbye time dia masih lena lagi..Ibu sebak, sebab ibu tak suka macam tu..Kalau walid ada, at least ibu tahu, Mia tak sorang...=( Tentang kewangan kita..Duit biasiswa baru habis, nasib baik ada duit spare yang lain..Dengan duit tu la ibu dan Mia hidup kat sini..nak harap mak tok, kesian pula sebab adik2 semuanya masih bersekolah dan perlukan duit..malu la kalau ibu minta duit, apatah lagi claim duit pengangkutan dan duit minyak..Hmm, tentang hati dan perasaan ibu bila berdepan dengan masalah2 'dalaman'...Hmm, banyak, kan? I thought it wud be easier when the family is around, but now i learnt that it's not necessarily be like that..U still have to live on ur own, coz..the fact is, u DO have ur own life..(Tq to tokwan yang tak jemu2 jaga Damia' tiap2 hari..nasib baik tokwan dah pencen..) Things wudbe much more easy when walid is around..(u know what i mean)

Well, sumtimes i regretted this decision to do industrial training and make u unhappy in Kuantan..(coz u owez get sad when i'm sad but u will be sadder coz u can't do anything bout that).. Tapi, ibu juga tak sanggup nak ambil banyak subjek untuk cover 4 kredit ni tahun depan..The thing is, ibu tak ready untuk berpisah dengan Damia' rupa2nya.Ibu tak ready untuk jauh dengan Mia, to be exact.Ibu tak harapkan orang lain jaga Damia'. Ibu sebak bila balik je, bagi salam kat muka pintu, Damia' tengok ibu..dia terus nangis...maktok cakap, itu RINDU.. Kat rumah pun, tokwan cakap asyik nangis je..Erm, Masa ibu dan Mia terhad sangat...Macam dalam drama je..

But now i learnt that, maybe ALLAH nak bagi ibu gambaran tentang kerjaya kita pada masa depan kot, kan walid?..Walid akan jadi doktor, ibu pula akan jadi pharmacist..Dua2 akan ada kehidupan kerja yang menuntut pengorbanan yang tinggi..Mungkin nanti, kita perlu berjauhan ke..(hopefully not)...Maybe ALLAH nak ajar ibu berdikari..supaya ibu lebih tau apa yang perlu dihandle...sama macam Nabi Muhammad SAW yang diuji ALLAH dengan kehilangan mak abah pada usia kecil..tanpa sedar bahawa rupa2nya ALLAH sedang menyediakan dirinya untuk menjadi manusia hebat sepanjang zaman..kan? Dan bila ibu fikir2kan semula..Damia' ni beruntung juga sebenarnya, kerana lahir pada waktu kita masih ada masa yang banyak juga untuknya..Alhamdulillah, ALLAH sebaik2 perancang...

Hmmmmmmmmmm, ok...Now, i CAN smile...a little..

Moga ibu dan Damia' lebih happy untuk masa akan datang...Walid juga ye! =) Ameen.

p/s: '...abg rindu family kite.....'

Monday, May 10, 2010

Trip Candat Sotong Pulau Kapas

SALAM semua... so ini adalah entri kedua hari ini.. seperti di janjikan, hari ni ada dua entri buat pembaca semua.. dan entri kali ni walid tujukan khas buat isteri walid yang tertunggu2 walid ceritakan tentang trip kali ini..

Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu walid dan beberapa kawan2 UIA Kuantan ni, berpeluang ikut serta dalam trip mencandat sotong di Pulau Kapas, Marang.. best ke??? yeah!!! memang best... last walid turun ke laut nangkap ikan ni masa matrik dulu, walid ikut pakcik walid g Port Klang.. kebetulan dia ade bot sendiri.. dan trip kali ni amat2 bermakna sebab target kami ialah...........S.O.T.O.N.G! hihih..

so kami bertolak dari Uia dalam pukul 2 ptg...hahha..janji melayu..cakap pukul 2, sebenarnya pukul 3 lebih baru nak gerak.. kami gerak dalam 3 kereta.. 2 kereta lg kereta outsiders yg turut serta dalam trip ni.. dan satu kereta lg khas buat kami.. siapa?? yg join ialah walid, pokyeh, faidhi, omar, apip pmcy, Bro Zir, haidar dan munir..

kami sampai ke Jeti LKIM Marang dalam pukul 6 ptg.. set2 barang semua, terus naik bot dan bergerak ke port sotong yg dikatakan bermaharajalela...huhu.. lebih kurang sejam berlayar, sampai la ke port itu.. lebih kurang 1 KM ke 1 Batu Nautika ntah dari Pulau Kapas.. pemandangan yang amat best sbb mlm tu laut bercahaya dgn bot2 yg turut serta mncandat sotong ni..

lepas solat jama' Maghrib dgn Isyak atas bot.. yg terhuyung hayang tu.. kami pun memulakan misi mncandat.. haha..walid berjaya menaikkan 6 ekor sotong yg boleh tahan besar.. yang paling juara skali siapa lg kalau bukan pokyeh... huhu.. sampai pukul 1 pgi masih gagal menaikkan apa2 tangkapan.. bila kitorang semua dah tido,dia stay up dok mncandat..haha..mana buleh..tercabar beb!! mujur dapat 4 ekor..kalu tak..pakat kene gelak la ramai..peace!!

aktiviti mncandat diteruskan dari pukul 8 malam tu sampaila ke pukul 7pg esoknya sebelum kami kembali berangkat ke jeti selepas solat subuh..di temani sun rise yang amat chaannnntik!! bot kami saja blh la menaikan lebih kurang 60 ekor sotong... alhamdulillah.. part yang paling best skali ialah masak Maggie atas  bot berlaukkan sotong fresh!! fuhh..lazat berkrim disukai ramai..

so kami sampai ke jeti dalam pukul 9 pagi keesokannya..dan terus ke Masjid Marang utk membahagi2kan hasil tangkapan.. then ramai2 ke Restoran Jeri Wan makan nasi kerabu..=) dan kemudiannnya kami bertolak ke Kuala Terengganu utk mandi di rumah akhi Faidhi..dan membuat sotong goreng tepung resepi walid yang amat lazat..huhu... thank idi..

kemudian kami terus bertolak dari K.T ke Kuantan.. dalam kereta semua tido kecuali driver la...selepas semua letih mengenakan pokyeh dgn hasil tangkapannye yg memberangsangkan itu.. =p

enjoy de pictures!!

peralatan memancing pokyeh

sebelum bertolak..semua tgh cuak..takut mabuk laut..kalu mabuk laut,cnfirm kene gelak..huhu

haidar merenung masa depan....

semua ceria..termasuk pokyeh... tp hanya sementara je pokyeh tu..

barang2 mncandat..

setting barang candat

mudah je ni...huhu

dan inilah hasilnya..pok yeh pakar pasang candat je..tp bab mncadat...fail!! huhu

faidhi khusyuk belajar

bersama pakcik bot...

ni plak pakcik drebar bot...

jom berlumba bergerak!! 

haidar tido dulu sebelum berjaga malam

hari makin gelap...

mujur ade flash..kalu tak,bkn nmpak muka pokyeh tu..huhuh

tgh dok menerawang..

haa!! start mncadat gaya santai..kate pro...hahah

tgk...relax je...hihihi..pokyeh msti tensen kalu tgk ni...

melepak sambil tunggu tangkapan mngena...

sudah semakin bosan nampaknya...

hihi.tp hasilnya tetap ada...

gaya yg paling smart oleh faidhi...=p

huu...dah pagi..nak blk dah

gaya muka puas!!

kecuali budak yg tgh mncangkung tu...hahah

sunrise yg amat cntik...

ni la kenangan yg walid bawa blk... injured kene mata candat..

faidhi puas dgn hasil candatannya

dan terus tidor...

sotong2 yg bakal mnjadi santapan

oleh manusia2 yg kelaparan...

sampai di masjid marang...utk bahagikan hasil..

bergambar kenangan bila dan smpai blk ek UIA...

Alhamdulillah..trip kali ni mmg best...!!