Salam. Minggu lepas, walid takde kelas start hari khamis..So, ape lg walid pun pecut balik Kedah malam tu jugak..Almaklum, ni kes rindu la ni.. pada ibu dan juga Damia'.. ^_^
Bila sampai je, kami spend masa together2 la..walaupun tak seberapa..Haa, bila dah dok jauh2, mula la nak terasa rindu..so, bila jumpa, mesti nak spend dengan bagus la kan?..tanak gaduh2 sayang dah =p
Erm, sepanjang khamis-ahad, takde peristiwa menarik pun yang berlaku, kecuali ada majlis perkahwinan kawan sekelas ibu, Siti Baizura Wan Chek..Tahniah ye Bai. Selamat bercinta hingga ke syurga! (Ibu suka wish macam ni, supaya jadi peringatan kat diri sendiri juga)
Ini ada sedikit gambar buat tatapan :
Bersama pengantin
Bersama kedua2 mempelai
Damia' yang ber 'baju kembang', sama macam ibu
Maksu Awa, Mia' yang dah salin baju, Ibu dan Walid
p/s: Ini kes panas terik!
Alhamdulillah, setakat ni dah ada 5 pasangan yang dah berkahwin dalam kelas ibu :
1.Nurul Syazwani yang dah berkahwin sejak matrik dan kini ada 2 anak
2. Siti Nadiah Suhane + Mohd Izani yang berkahwin pada bulan 11/2008 dan kini sedang menanti kelahiran bayi mereka.
3. Nur 'Atiqah Md Hussin (me!) + Ahmad Zainol Arifin Ibrahim yang berkahwin pada 07122008 (sehari sebelum raya haji) dan kini mempunyai Damia' Rujhaa.
4.Abdul Muhaimin Mohd Noor + Nurul Akmal Liyana Rosli yang berkahwin pada bulan Jun 2009 dan masih 'enjoy' =p
5.Siti Baizura binti Wan Chek + Redzuan Rosly
Erm, alhamdulillah..dan bilangan ini akan bertambah dalam waktu terdekat..=) Ibu suka sebab ahli kelas ibu sedang berusaha untuk mencegah maksiat..cuma satu je yang kita perlu ingat..Perkahwinan bukan sekadar mencegah maksiat semata, kerana ia adalah pilihan jalan ke neraka atau syurga..Jadi, pilihla pasangan yang beramal dengan agama ye..supaya sama2 kuat untuk usaha dapatkan tiket syurga =) Pilihan seumur hidup, perlukan kepada fikiran yang 'masak'..Kalau tak ready, keep on being steady dulu..kalau dah ready, silakan =) Bak kata ustaz hasrizal, jangan tergesa2, tapi jangan juga bertangguh2..
Whatever it is, umur bukan menjadi persoalan..yang penting, tahap kesediaan menggalas tanggungjawab yang ada..Buktinya, takde satu hadis pun yang mengharamkan nikah waktu belajar..kan? ^_^ Malah, ALLAH akan tolong kita, especially dalam exam..(proven! ^__^)
Jadi, buat yang dah ada pilihan hati, jagalah diri baik2..Saya pernah merasa berada dalam situasi itu, dan sungguh, AMAT terer la syaitan 'menghiasi' amalan jahat kita agar nampak baik..Mujur ALLAH tak panjangkan episod perkenalan kami..Hati-hatilah..
Setiap orang mempunyai jalan cinta tersendiri, saya faham kerana saya juga melalui fasa yang sama,tapi ingatlah..kitalah jua yang paling berhak untuk menentukan jalan baik atau sebaliknya.
Moga saja kita tak menjadi fitnah kepada agama Islam ini..alangkah berdosanya diri jika berlaku begitu..
Hmm, teringat kata2 ustazah kt sekolah dulu..'Dalam apa hal yang kita buat, buatla macam mana pun, tapi buat pelajar sekolah ini (Maktab Mahmud Alor Setar), jangan sampai orang anggap kita tak belajar agama'....Oh, sangat berbekas hal ini dalam hati...
Doa saya, moga ALLAH selalu memelihara kita semua dan moga kita tak terus2an cinta pada dunia fana ini...Oh, pasal hal2 lain, jangan risau..Just do the best, Coz ALLAH will DEFINITELY help!
p/s: Walid, kalau ada cuti lagi, balikla sini lagi ye..=)