Salam.Pada hari rabu hari tu, kami berpeluang ke Hari Kantin Sek. Keb tunku Raudzah, sekolah maktok..Erm, memang tiap2 tahun, ibu ada kesempatan ke situ..kebetulan kena time ibu cuti, macam sekarang =)
Tahun ni, ibu bawak Damia' sekali..Uish, memangla menjadi 'rebutan' cikugu2 kat situ..Hihi.Semua pun tak percaya maktok dah ada cucu..sebab maktok tu, kecik dan masih lincah =p Kata orang, nenek moden la ni..rock sikit, bak kata maktok ^_~
Er, kami g sekolah dah lewat, sebab Damia' nyenyak tidor pagi2 tu (ibu pun sama.heh!). jadi, bila dah sampai, makanan pun dah nak habis, panas terik pulak tu...Alamatnya, kami stay je dalam salah satu kelas2 yang ada..Almaklum, damia' ni, kalah dengan panas..
Bila dah dalam kelas..haa, tau2la aktiviti dia ni kan, selain MAKAN..iaitu.. BACA BUKU =) Meh, tengok gambar2nya
Salam semua..Mia nak baca buku ni..jomla baca buku sama2..!
Ha, sekarang Mia' tengah baca flowers..nampak tak princess tu? Mia la tu! =)
Eh, cu Awa tanak baca buku sekali ke?
Erm, kawan2..nak ikut Mia' baca tak? Jomla baca buku..best ni..
(mak tok dok menjual makanan kat luar, Mia ngantukla..Mia tido sat ye)
Caak! Tengok, sat je Mia tido..Hee, nak balik dah ni..Jumlpa lagi ye kawan2!
Asssalamualaikum