Friday, June 7, 2013

Pigeon Peristaltic PLUS : Berjaya! ^__^

Salam.

Kita sambung cerita pasal direct feeding to bottle feeding =) Alhamdulillah, Darwisy mahu minum susu guna botol Pigeon Peristaltic PLUS.

Sebelum tu nak cerita, kenapa namanya Peristaltic? Sebelum ni, banyak je produk yang pigeon keluarkan. Tapi sekarang ada satu siri keluaran baru nipple peristaltic, hasil teknologi baru jenama ni. Jadi, apa kelebihannya?

a) Super - stretchable
- Puting ni kenyal. Kalau kita 'study' cara bayi menyusu, sebenarnya ini kelebihan ketara puting peristaltic. Bila menyusu, lidah bayi bergerak secara peristalsis ( Pergerakan lidah bayi secara 'berombak' ke depan dan belakang untuk hisap susu ibu). Jadi, puting ni dicipta untuk disesuaikan dengan pergerakan lidah bayi semasa menyusu.
Pergerakan peristalsis bayi semasa minum susu

b) Ultra- soft silicone
- Silikon yang digunakan untuk buat puting ni memang SANGAT lembut dan elastik tau! Hampir2 menyamai yang ORI, kalau dibandingkan dengan jenama lain yang kami dah cuba.

c) Air Ventilation system
- Sistem pengudaraan berkesan untuk memastikan bayi senang nak minum susu. Susu hanya keluar bila bayi menghisap, jadi tak bimbang susu tumpah bersepah merata. Bayi juga boleh sesuaikan aliran susu, ikut sedap  dia. Juga bersifat anti-colic.

Ok. Peristaltic nipple pula ada 2 jenis, macam ibu cerita kat sini. Cuba tengok perbezaan kat gambar bawah ni :
Peristaltic wide neck nipple
Peristaltic PLUS wide neck nipple

Dari segi saiz puting, ada 2 jenis - standard atau wide neck.

Wide neck  
Standard

Baik. Itu untuk nipple (puting susu). Sekarang untuk botol pula.

Dari segi material yang digunakan untuk buat botol ni, ada 2 jenis - Polypropylene ( PP) atau polyphenylsulfone (PPSU). PP ni selalu digunakan dalam kebanyakan produk seharian. PPSU ni yang gred tinggi, lagi bagus dan tahan lama. Botol yang diperbuat daripada PP, warnanya lutsinar (crystal clear). botol yang guna material PPSU, warnanya yellowish gold/honey-like colour.
Material : PP
crystal clear bottle

Material : PPSU
Yellowish gold/honey-like colour bottle

Dari segi saiz pula, ada yang besar ( untuk fit wide neck nipple) dan slim ( untuk standard saiz nipple).  Boleh pilih nak botol yang 160ml atau 240ml juga =)

Jadi, tilik punya tilik, kami beli Pigeon Peristaltic PLUS Nipple Wide Neck Bottle (PP) BPA Free 160ml =)
Kenapa?

a) Peristaltic PLUS : Kami fikir kalau beli yang peristaltic, puting sama macam TT, yang darwisy dah tolak. Jadi, bimbang sia-sia je nanti, kami beli yang bentuk panjang menirus. Balik rumah baru sedar, macam Medela Calma.

b) Wide neck        : Sebab 'closer to nature', if you know what i mean. Hehe. (Lebih menyerupai ORI, berbanding standard) . Lagipun, senang sikit nak pegang botol susu =)

c) PP material          : Ikut hati, nak yang PPSU. Warna cantik, nampak unik. Tapi, ikut perbezaan harga, beli yang PP je. Sebabnya taktau lagi nasib botol susu tu, akan diterima atau ditolak nanti =p Lagipun, beli yang PPSU yang gred tinggi, sampai satu masa, kena buang juga sebab ciptaan manusia ni tak kekal, kan? (Ayat penyedap hati. Hehe) Kalau diterima boleh tambah lagi, walid ye? =)

Komen : Bila balik rumah, keesokan harinya ibu mula bagi. Awal-awal pagi lagi bila Darwisy bangun, semangat je ibu bagi botol susu ni. Mula-mula memang dah jangka Darwisy tolak. Maktok kata, bagi masa sebab dia nak 'belajar' sesuaikan diri. Tengah hari tu, ibu cuba lagi, terus berjaya! ^_^ Petang tu, ibu cuba lagi, berjaya juga! ^__^ Dan esoknya, Darwisy pun memulakan kontrak dengan susu botol pada waktu siang dengan jayanya. Belum ada lagi kes penolakan susu botol sejak dia nak minum hari tu. Anak suka, ibu setuju. Alhamdulillah!

Pengajaran untuk ibu :
1- ALLAH Maha Hebat
- Maha Suci Allah ( Subhanallah) yang menciptakan aset seorang ibu, khusus untuk anak-anaknya tanpa dapat diganti dengan apa pun. Punya susah nak cari botol susu darwisy ni, ibu rasa ada lagi yang lebih susah dari kami. Memang orang kata, patah tumbuh hilang berganti, tapi yang berganti takkan mungkin sama dengan yang diganti, kan? Itu baru satu bahagian 'keajaiban' ciptaanNYA. Allahuakbar!

2- Respon bayi
- Setiap anak itu unik. Damia' dan Darwisy. Kami melalui pengalaman yang sangat berbeza. Ibu hargai semua cadangan yang diberikan, tapi akhirnya terpulang anak bagaimana mahu menyesuaikan diri dengan perubahan yang ditawarkan. Sebab tu ibu tulis, ni personal review =)

3- Akhlaq ibu bapa
- Whatever happens, don't give up on your chilldren. Anak itu amanah! Allah mahu mendidik kita menjadi lebih baik dengan kehadiran anak-anak. Bila anak buat perangai, sila koreksi diri masing-masing. Hakikatnya, sikap anak itu adalah gambaran cara didikan terhadap mereka. Sabar, sabar dan terus bersabar! ... and don't forget to ENJOY being in parenthood zone =)

4- Hargai orang tua
- Bila dah ada anak, lagi bertambah kasih kepada orang tua, kan? Baru insaf, macam mana perangai kita terhadap mereka waktu kecil dulu. Teruk ngat aih! =p Minta maaf mak abah. Moga redha keduanya beserta redha ALLAH untuk kami selalu. Ameen =) 

Direct feeding to bottle feeding : A PERSONAL review

Salam.

....Maka tamatlah riwayat cuti bersalin 3 bulan pada 2 Jun baru2 ni... =)

Alhamdulillah minggu ni dah kembali bekerja semula di farmasi. Alhamdulillah juga, Darwisy yang ditinggalkan bersama maktok (buat sementara waktu) tak banyak meragam. Harap maktok dan makcik2 yang jaga Darwisy tak serik lah =p

Erm, salah satu cabaran yang dihadapi oleh ibu sebelum memulakan kerja adalah membiasakan diri darwisy dengan botol susu. Disebabkan Darwisy ada rezeki minum susu ibu (alhamdulillah, tq ALLAH!), maka bila dah nak masuk usia 3 bulan, mestilah dia dah 'kenal' yang ORI vs TIRUAN, kan?

Walaupun ibu dah lama membiasakan darwisy dengan susu botol sejak lahir, kononnya taknak nanti susah  nak tukar pakai botol susu bila nak bekerja (takde la hari2 bagi melalui botol, tak sampai hati sebab dekat dengan baby, tapi taknak direct feeding. Tapi tak pernah berhenti bagi melalui botol dalam tempoh yang lama), akhirnya lebih kurang seminggu sebelum bekerja Darwisy memang melancarkan boikot habis2an terhadap botol susu =(

Pada mulanya, memang takde masalah. Hingga seminggu akhir pun, Darwisy masih terima botol susu. Cumanya ibu rasa darwisy tau kot dia nak kena tinggal, jadi dia boikot terus, sampai meraung2, rasa macam nak g 'berperang' je (padahal minum susu je. hehe ) -_-' 

Antara produk yang dicuba :

1- Medela feeding bottle with teat

- Botol susu ni dapat bersama set medela freestyle yang diberi. Pada mulanya, Darwisy minum macam biasa, takde masalah pun. Tapi, bukan setiap kali pun dia nak. Kalau dah takde pilihan baru dia hisap susu. Disebabkan puting dia macam biasa je, ibu fikir nak beli yang lebih bagus untuk darwisy.

- Apa yang ibu pertimbangkan? macam tagline Tommee Tippee ' Closer to nature ' lah hendaknya.
a) Bentuk puting susu - Hendaklah hampir menyerupai yang ORI supaya Darwisy tak konfius =)
b)Tekstur                   - Lembut, bukan macam getah atau keras sangat sampai nak hisap pun susah.
c) Anti-kembung        - Kebanyakan botol susu sekarang ada kelebihan ni ( anti-colic).                 

2- Medela Calma 

- Ni adalah teknologi dari jenama Medela untuk sesuaikan dengan keperluan bayi menyusu. Untuk seorang bayi yang menyusu badan, sudah tentu para ibu kalau boleh nak elakkan bayi konfius antara ORI vs. TIRUAN, kan? Jadi, Medela Calma telah dicipta untuk memenuhi keperluan tersebut. Dikatakan lembut, (siap ada 3 parts yang perlu dicantum untuk jadi macam gambar kat atas), bentuk puting yang agak panjang (kenapa? baca kat gambar atas) untuk memudahkan penyusuan berkesan, ada sistem anti-colic ( anti-kembung) lagi, maka ibu pun beli lah dengan niat nak upgrade dari no.1.. Ibu beli sendiri sebab tak disertakan bersama set medela versi baru. Sebelum ni, ada versi yang dapat free bersama set medela freestyle yang dibeli.

Komen : Walaupun punya sistem teknologi bagus untuk keperluan bayi, seringkali Darwisy tolak bila bagi susu guna medela calma ni. Ibu perhatikan, susah sangat dia nak hisap puting tu ( walaupun dikatakan lembut). Sebenarnya keras juga macam getah. Ibu nampak Darwisy 'struggle' untuk menghisap dan akhirnya dia nangis sebab tak dapat minum. Walid pun dok frust sebab anak nangis tak dapat bagi susu ibu tengah buat kerja, ibu pun frust juga sebab tak dapat fokus pada kerja yang tengah buat ( terutama waktu tengah solat) =p Jadi, kami kembali kepada no.1.. Semuanya baik2 saja, sampailah darwisy meragam seminggu terakhir tu. 

3- NUK baby teat
- Darwisy minum guna susu botol elok je, sampailah dekat dah nak kerja, dia boikot terus. Tak dapat nak suap sikit pun, terus nangis teresak-esak. Agaknya, dia tau ibu dah nak mula kerja =p Buntu ibu dengan walid dok fikir apa nak buat. Tanya pendapat kawan-kawan, macam2 jenama yang dicadangkan. Memandangkan botol dah ada, jadi cari puting yang sesuai dengan botol je.
Bentuk puting NUK
Kenapa berbentuk special? Baca kat gambar tu =)
Rupa botol medela bersama puting NUK

Komen : Balik dari kedai barangan bayi, sangat teruja untuk cuba puting ni, tetapi kecewa terus pada waktu tu juga.haha. =p Walaupun tulis puting tu untuk bayi yang baru belajar menyusu ( lubang kecil je), tapi laju betul susu keluar. Darwisy tak sempat tarik nafas, sampai tersedak-sedak. Beberapa kali juga jadi macam tu. Last2 walid tak approve dah puting ni. Takut tersedak susu pula.

4- Tommee Tippee
- Tinggal kurang dari seminggu dari tarikh mula bekerja. Ibu dah jadi macam desperate nak cari botol susu yang sesuai. Bila darwisy tolak NUK, esoknya terus beli botol ni. Sebenarnya dah lama dok baca review pasal botol ni. Ramai yang bagi respon positif.   

Pada mulanya memang nak beli TT, tapi cuba dulu NUK kononnya nak jimatla =p Jadi, bila NUK ditolak, terus cari semula TT

Komen : Darwisy main tarik tali dengan TT ni. Sekejap nak, sekejap taknak. Hari pertama memang nangis sesungguh hati, sampai terlelap tanpa minum susu. Hari kedua ok sikit, tapi masih ada menangis teruk sebab tak puas menyusu. Hari ketiga ibu direct feeding sebab kononnya nak cover balik dia minum susu tak puas selama 2 hari. Ibu bagi bottle feeding juga tapi tak lama. Hari keempat, terus Darwisy tolak secara total! Sua je kat mulut, terus menangis.. Huu, haru betul ibu rasa. Tak boleh jadi ni =(

5- Pigeon Peristaltic 

- Botol ni kawan ibu cadangkan. Anak2 mereka takde masalah dengan botol ni. Jujur, ibu agak skeptikal dengan brand pigeon mula-mula.. Like, 'what? pigeon..? Dari mana tu, tak glamer pun?' Haha. Sebenarnya kawan ibu dah cadangkan awal2 lagi, tapi sebab ibu rasa jenama tu tak pernah dengar, ibu abaikan je. Tapi sebab dah takde pilihan, kami beli juga botol ni. Sebelum beli, walid siap 'bertaruh' (bet) lagi, Darwisy akan tolak juga botol ni. Separuh hati je beli, sekadar nak cuba tanpa ada harapan menggunung pun =p

Botol pigeon ni ada 2 jenis - Peristaltic dan Peristaltic PLUS
a) Peristaltic
- Bentuk puting : Panjang 'membulat' kat hujung (Macam TT) 
- Tekstur          : Licin
- Warna           : Lutsinar

b) Peristaltic PLUS
- Bentuk puting : Panjang menirus ( macam Medela Calma)
- Tekstur          : Kasar sedikit
- Warna           : Lutcahaya 

Dari segi tekstur dan warna, seolah2 perbezaan pada kertas pembalut buku teks kita yang beli dulu. Ada 2 jenis kan? Satu yang betul2 jernih dan licin, satu lagi keruh sikit dan macam kasar. Pendek kata, gitu lah. Panjang kata, g cuba tengok sendiri kat kedai bayi =p

Komen : Berjaya! ^___^

p/s: Eh, dah macam panjang sangat entri ni , kan? Ibu ceritakan hal berjaya ni kat entri seterusnya. Jom!