Monday, January 31, 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia

Salam.

Sumbang masa, tenaga...baca sini, SEKARANG!

p/s:
ALLAHUMMAN SURIL ISLAM WAL MUSLIMIN, FI KULLI MAKAN. WA KULLI ZAMAAN.AMEEN YA RABB!

'ALLAH, selamatkanlah islam dan ummatnya, di setiap tempat, setiap ketika.ameen!'

Jangan lupa doakan saudara kita, terutamanya pelajar2 Malaysia di mesir sana, paling lekeh, setiap kali lepas solat.terima kasih.

Sunday, January 30, 2011

Tungguuuuuu...!

Salam.
Damia' @ Muzium Samudera, Melaka

p/s: Nanti kita sambung cerita.. ^_^

Sunday, January 23, 2011

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran

**STICKY ENTRY BERBAYAR**

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca.. moga berada dalam rahmat Allah 'Azzawajalla.. Entri kali ini di bawakan khas kepada anda oleh EDARQURAN khas buat semua pengunjung Dairi Damia'..

EDARQURAN....sebuah laman web yang dibangunkan oleh seorang sahabat dari UIAM Kuantan yang merupakan pengedar pelbagai variasi Alquran khas buat semua..

semua variasi Al-Quran, dijual dengan harga yang lebih murah dan berpatutan dari pasaran.. Mari bersama2 kita berusaha melahirkan generasi celik Al-Quran... Ayuh singgah di laman Edar Quran dan dapatkan naskah anda segera sebelum kehabisan stok..... di mana??

Mana lagi kalau bukan di...

bersiaran  dari 16/01/2011 hingga 23/01/2011

Isteri Samseng....hmm..

Metro Ahad hari ini..... tentang Isteri samseng...

APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.
Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.
Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Bagi membuktikan dakwaannya, Razman menghubungi beberapa ahli keluarga, rakan dan jiran supaya wartawan mengetahui sendiri kebenaran kisahnya.

“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.

KERANA kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya:

Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang SMS kat member-member ofis abang cakap yang abang ni berpenyakit...
Abang sayangkan sayang
Walaupun lebih 10 kali sayang minta cerai
Abang masih sayangkan sayang
Walaupun sayang hina adik-beradik abang
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang hina abang ada SPM saja
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang gunakan kaki sayang untuk gerakkan badan abang
Abang sayang lagi
Walaupun sayang keluar rumah tanpa izin abang

Abang harapkan SMS ucapan kerinduan dari sayang
Ucapan kasih sayang dari sayang
Ucapan puitis cinta dari sayang
Bukan caci dan maki daripada sayang...

Sekarang hati abang dah tawar
Tawar sangat
Sayang faham maksud abang?
Takkan pasal tak angkat telefon sayang nak hantar macam tu?
Dah tu sayang kenapa hantar SMS kat adik- beradik abang?
Malu abang, malu sangat
Tapi abang sayang lagi... tapi bukan kepada sayang
Abang sayang kat anak abang yang comel itu
Bagi abang sayang sudah tak wujud di dalam hati abang

Tapi sayang jangan risau...
Allah SWT maha mengasihani...
Hari-hari lepas solat abang berdoa...
Berdoa kepada yang Esa supaya cinta abang berputik semula...
Supaya kasih abang kepada sayang bertaut kembali...
Walaupun hakikatnya abang sudah benci sayang...

Yang dikasihi,
Suamimu yang tercinta.

From : Metro Ahad

p/s: Betapa sedih membaca kisah ini...siap merangkap sajak khas buat isterinya.. bukan sajak ungkapan cinta.. tp sajak penuh derita dan bnci nista....sebagai suami...walid amat memahami perasaan lelaki ini... semoga dia menjadi seorang lelaki yg tabah dan sabar... kepada isterinya...bertaubat la... jgn biarkan syurga terus menerus menjauhi mu dan membiarkan api neraka terus mendekati mu...

Fox in Socks by Dr. Seuss..

salam..hey guys.. wanna challenge u all to beat this girl.. Ahha..read the Fox in Socks book by Dr. Seuss within 2 minutes without error.. wanna try??

p/s: kan bagus kalau blh baca buku medic selaju ini dan grab semuanya dgn cepat.. sah2 akan study last minute punya tiap kali exam....apekah??

Friday, January 21, 2011

Keciknya Damia'

Salam.

{Ini bukan untuk orang tertentu. Justifikasi untuk semua, harapan kami berdua}

Alhamdulillah,sekejap saja masa dirasakan berlalu,sekarang usia Damia' sudah mencapai satu tahun setengah ^_^ Setengah tahun je lagi untuk Damia' celebrate birthday yang kedua, insyaALLAH.

Hari ni, ibu takde kelas sebelah pagi, hanya sebelah petang je. Kebetulan Damia' dah berumur satu tahun setengah, walid ingatkan ibu untuk bawa Damia' g klinik untuk suntikan terakhir..

Bila sampai klinik, hampir sejam tunggu sebelum kene cucuk, sebab jururawat cari buku rekod Damia'.Tak jumpa2.Rupa2nya, rekodnya dah 'ditutup'. kononnya kami ni 'defaulter' (kes tercicir). Jururawat cakap, dah setahun setengah ibu tak g follow up, padahal, baru je ke sana untuk suntikan 2nd last Damia' (-_-)

Bila dah panggil jururawat lagi satu, baru jumpa. Rupa2nya buku Damia'  diletakkan kat rak special. Untuk kes 'kekurangan zat makanan'(KZM)

Hmm, Damia' ni kecil kan? Kalau perasan, dari dulu macam sama je saiz badan dia. Kecil bagai budak tak sampai setahun lagi..Kalau keluar, RAMAI sangat yang tegur, kadang2 terasa kononnya kami kurang peka terhadap hal pemakanan Damia' (-_-). Tapi, hakikatnya, dia makan banyak! Erm, kadang2, ibu pun tertunggu2 pertambahan berat dia tau..

Perkara ni memang PERNAH suata masa dahulu mengganggu fikiran. Yela, takut sangat Damia' ni tak 'catch up' seperti budak2 lain. Kawan2 kulliyyah dietetics juga ada yang menyuarakan kebimbangan, risau kalau2 Damia' ni kes Failure To Thrive (significant interruption in the expected rate of growth during early childhood. Tak reti translate ke Bahasa Melayu takut salah). 

Kami pernah merasa keadaan berat Damia' yang statik. Dari usia 7 - 11 bulan, beratnya cuma 6-6.5kg.Sedih kan? =( Sedih, dan pelik kenapa tanak naik2 berat dia. Macam kurang sihat. Lalu doktor syorkan minum susu rumusan khas Pediasure untuk tambah berat badan. Selalunya, berat bayi akan naik lepas minum susu ni.
Walau suatu masa dahulu doktor dah cakap pun yang Damia' ni bukan FTT, tapi kata2 kawan2 yang bagi ibu lebih berpengetahuan (compared to me yang belajar pasal ubaaaaaaaaaaat je memanjang), tambah pula bila usaha menaikkan berat dengan minum susu Pediasure turut kurang menampakkan kesan. Dah hampir setengah tahun guna, tapi badan Damia' tak 'berketul2' pun macam baby lain lepas ambil Pediasure =( Dah tu, ibu makin yakin Damia' ni FTT.

Sudahnya, temujanji dibuat dengan doktor pakar. Setelah diperiksa, doktor sekali lagi mengesahkan Damia' ni bukan FTT. FTT,bukan saja terganggu dari segi fizikal, tapi aspek mental dan sosial juga turut terganggu, kata doktor. Kes Damia' ni,  kes poor weight gain..

Lama ibu consult dengan doktor. Biar terkeluar habis semua persoalan yang bermain2 kat fikiran. Doktor pula dengan yakin menerangkan :

Satu, fakta bahawa Damia ni lahir dengan berat 800gm cuma dulu, tak boleh dipandang sepi. Tak adillah nak 'paksa' dia membesar seperti yang lain. 

Dua, berat badan susah naik sebab selesema atau demam yang menjengah kadang2 mengganggu selera makan dia. Dia tak naik berat bukan sebab masalah FTT, tapi sebab sistem imun yang terganggu turut sama ganggu proses naik berat.

Tiga, dia sangat aktif, walau tak banyak cakap. Almaklum budak kecil yang tengah nak 'explore' dunia ALLAH, kadang2 didahulukan main melebihi makan. Nasib baik bukan jenis kena pegang hanger, baru nak makan. Hanya perlu 'act' macam makanan yang ada depan mata tu sebagai 'sangat sedap!', dia akan makan.Alhamdulillah.

Empat, Damia' mewarisi genetik ibu dan walid yang kecil2, slim2 belaka..jadi, kalau dibandingkan antara kami, saiznya normal. Jika dibandingkan dengan yang lain, sudah tentu dia ni nampak kecil.

Lima, doktor cakap yang penting bukan berat sahaja, yang paling penting sihat. Bagi bayi seperti ni, dia akan start membesar apabila mencecah 3-4 tahun.

Alhamdulillah, puas dengar justifikasi dari doktor..Sebenarnya, semua fakta yang doktor bagitau, ibu dah tahu dah, cuma belum hadam betul. Kadang2 'terganggu' bila ada yang mempersoalkan kenapa berat Damia' tak naik. Kenapa masih macam dulu..Kadang2 juga, walid turut rasa tempias rasa 'terganggu' ibu. Kesian walid, tadah je telinga.Bila turn walid, ibu pula tadah telinga.. =p

Lepas jumpa doktor, keyakinan ibu terus bertambah dari hampir kosong terus kepada 65%. Semangat datang balik untuk teruskan usaha mencuba naikkan badan Damia'.Balik2 je, terus beli sirap multivitamin Appeton with Lysine, untuk tambah selera makan Damia' ^_^

Setelah hampir 2 bulan, berdebar2 nak timbang berat Damia' semula tadi.

Guess what?

It's 7.3kg....and i'm impressed! ^_^

Alhamdulillah, sangat memberangsangkan, selepas asyik melihat kepada berat yang sama sejak dulu (around 6-6.8kg). Ibu doa, moga Damia' tumbuh membesar dengan sihat sejahtera..tambah lagi sikit....'demok-demok' dan 'berketul2' juga. Ameen =)

Yang penting, ingat kata2 Stuart Little selalu, 'Walaupun saya kecil, tapi hati saya besar' ^_^

p/s: Ibu harap semua pakat akur la ye dengan justifikasi ni. Kita bagi masa sikit dekat Damia' ye =)

Wednesday, January 19, 2011

kalau dah rezeki...=p

salam semua.. anda sihat hari ni?? so amacam? sudah melawat ke blog sahabat walid yang jual pelbagai variasi AlQuran tu?? kalau blum, rugi laaa.. g kaih kat edarquran.lot.my.

so, tinggal lagi beberapa hari je lg utk walid exam.. tp makin byk baca, makin byk yg tak tahu... lumrah la tu.. harapnya dgn usaha yg tak seberapa ini mampu mghasilkan keputusan yang baik... Insyaallah.. janji tak putus asa dan terus usaha hingga ke titisan dakwat yg terakhir...chewaahh!!

eh, kawan2..ingat lg tak pada entry ini?? 

ni habaq mai ni... hahhaha.. tgh dok syok2 blogwalking, ttba tgk Sasha Basyir update blog dia.. saje je la dok pi melawat..tup2 dia buat giveaway lagi.. hat ni pun sama jugak..dok bagi barang make-up..kali ni dari Shiseido-ntah-cane-ntah-nak-sebut... tangan ni pulak ttba jadi gatal nak join.. -padahal bukan nak pakai pun..ibu pakai?? lagi la takkan.. saje jek...hahha..mengisi masa lapang yg tak berapa lapang nih..

tup2..masa Sasha umum kan pemenang dia...once again name walid keluar... hahha..time tuh dok tergelak sorang.. dok kesian kat gadis2 lain kat luar sana tuh yg dok mengharap menang set make-up ni.. sory ye wahai gadis2 skalian..=)... hihi..

Shiseido mascara, lip gloss, eye colour, lipstick and concealer

ok cerita lain...ni pasal damia'.. laa ni Damia dah pandai kenal beberapa Anatomy badan dia.. hihi.. penting woo Anatomy ni.. senang nak jadi doctor.. huhu..padahal ibu nak Mia jadi arkitek sbb nk mintak Mia design umah ibu dgn walid.. huhu.. jom tgk..

p/s: to awa ke, iha ke,shahida ke, kak ngah ke..kakchik ke..oops..jauh sgt.. huhu.. kalau nak set Shiseido tu, pi mntak kat kaklong..haha.. mak marah, abglong tak tanggung ek... =p..

Tuesday, January 18, 2011

Sony Ericsson Xperia X10 mini dan Samsung Soul U900 for sale!

entri tanpa gambar =)

seperti yang tertera di atas tu... sape2 yang berminat je blh email ke zainolarifin@yahoo.com untuk mendapatkan  gambar phone tu dan bertanya tentang urusan jualbeli.. harga dijamin murah dan still negotiable sampai jadi beli.. sangat comel and still in a good condition..seswai utk lady... chewaah!

p/s:

saje taknak buh gambar bg suspen sket...^_^..
specs phone blh refer pada GSMarena dan juga di GSMarena

and kalau nak menang Iphone ke Macbook ke jom ke SINI... ahha!! promote baik punyeee....

Sunday, January 16, 2011

Sepetang di Teluk Chempedak..

Salam 1 Islam semua=)..

Alhamdulillah..selesai sudah 10 minggu posting ComMed dan FamMed.. dua2 posting ni mmg best..atleast takde lah bosan sgt asik ngadap patient di ward.. menarik!! g jalan2.. adventure di Ulu Tembeling, g lawat Klinik Kesihatan, g lawat DiC, Rumah Ehsan (utk pesakit kronik), dan sebagainya..

so skrang dah masuk fasa yang paling penting iaitu study week selama seminggu.. time ni laaa nak susun blk semua input2 yang dah blajar selama 10minggu tu and revise blk ape yang dah blajar utk hadapi end block exam pada 24Januari ni...Tp takkan nak terus study kan kan kan?? Jadi walid lantik la hari Sabtu iaitu semalam sebagai Hari Meronggeng Sedunia sebelum struggle tahap tertonggeng selama seminggu sebelum exam.. hahhaa... sempena Hari Meronggeng ini, walid bawa sekeluarga jalan2 di Teluk Chempedak..

...dan ofkos la aktivitinya bukan mandi laut.. satu sbb laut sgt bergelora...sbb lain, Mia sgt takut pada bunyi ombak.. dia akan meraung sekuat2 nya kalau bawak dia g dekat dgn laut.. mmg akan peluk walid sekuat2 hatinya laa.. ayai!! So, mandi laut tak blh, kami pun buat la aktiviti lain iaitu......

BERMAIN BOLA DI TEPI PANTAI!! hihih

jomm...

ahhh..seronoknya! 

jadi nya bila dah letih2 bermain tu..perut pun berdondang sayang laa..apo laie.. kami pun serang laa KFC kat situ.. hihi..yummy!!

aummm!!
 p/s: to ibu..haha..walid dah post satu entry dah... huhu..- ibu komen lame walid tak post entry kat blog nih.. =p

Saturday, January 15, 2011

50 years 'young'

Salam.

Dear beloved mother bear,
Puan Khotijah Yasin

HAPPY BIRTHDAY!

Tergelak bila call tadi, mak cakap, 'separuh abad dah ni...!' ^_^ Hehe. memang pun. But, you're always young at heart mom =) Sebab tu orang cakap, 'nenek rock' =p

Tapi, bila tengok/teringat mak, terkenang semua susah payah, jerih perih mak membesarkan kami semua. Dahla Ikah ni paling 'songeh' dalam keluarga =p Hingga kini, belum ada anak2 mak yang mampu tolong ringankan beban mak (at least dengan duit), sebab semuanya masih belajar.

Jujur, tak sabar nak habiskan semester terakhir pengajian ni, supaya dapat mula membantu apa yang patut, insyaALLAH. Justeru, hati ini sentiasa saja berdoa agar dirimu dikurniakan umur yang panjang, kerana anak2mu ini perlu AMAT doamu untuk kebaikan dunia dan akhirat kami, dimurahkan rezeki yang halal, diseri dengan keberkatan dalam hidup (berkat tu penting untuk hidup dunia), dimasukkan dalam golongan yang sentiasa 'dipandang' dan 'dipimpin' ALLAH, untuk jalan ke akhirat. Ameen ^_^ Moga kita semua dimasukkan dalam golongan yang ALLAH sentiasa redhai.

Bila ada Damia' ni, baru faham apa rasa membesarkan anak. Mencabar! untuk dilengkapkan dengan pengetahuan yang baik vs. melawan 'anasir2' tak bagus yang makin berleluasa. Ha, sebab tu Ikah masih perlu doa mak, supaya dapat didik cucu2 mak ke arah jalan terbaik menuju Negeri Abadi. Mak doakan selalu ye.Terima kasih.. ^_^ I know u will..

Bila ada anak, baru faham bagaimana nak kawal emosi agar tak memberi impak negatif kepada mereka. Dulu, Ikah selalu persoalkan cara mak 'menzahirkan' perasaan mak. Kita selalu berkonflik kan? =p That was   'once upon a time' la. Tapi, sekarang bila dah ada anak, baru faham, bukan senang nak jadi positif sentiasa.   Ikah yang ada Damia' ni pun, kadang2 'terbabas', apa lagi mak yang punya 7 orang anak,kan? Masing2 ada kerenah tersendiri pulak tu..Oleh itu, maafkan kesilapan dan kekhilafan sewaktu zaman kanak2 yang Maha Nakal dulu ye mak.. =(

Terima kasih kerana menerima kami semua seadanya.

Thank you for your unconditional love mom. I love u much more now, day by day. Thank you ALLAH for a mom like YOU. Trully, a one that-can-never-be-replaced. Alhamdulillah.

'Eidul Fitr 2010  ^_^
p/s: 
Lagu ni untuk mak..
She used to be my only enemy and never let me be free 

Catching me in places that I knew I should'nt be 
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad 
I never thought you would become the friend I never had 
Back then I didn't know why 
Why you were misunderstood 
So now I see through your eyes 
All that you did was love 
Mama I love you.Mama I care 
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend 
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now 
Every little thing you said and did was right for me 
I had a lot of to think about,about the way I usedto be 
Never had a sense of my responsibility 
Back then I didn't know why 
Why you were misunderstood 
So now I see through your eyes, all that you did was love 
Mama, I love you. Mama, I care 
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend 
But now I'm sure I know why, 
Why you were misunderstood 
So now I see through your eyes 
All I can give you is love 
Mama I love you. Mama, I care 
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend 
Mama, I love you, Mama ,I care 
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend 

Friday, January 14, 2011

Pengadil Lentik!!

salam...=) kawan2...rasa2 kan..kalau lah pengadil ni jaga game antara MU dgn Liverpool, blh ke dyorang fokus dgn bola tu???

Work, eat, sleep, work. Everyone needs a balanced lifestyle! Click and try the #NestleProfiler today!

Thursday, January 13, 2011

Damia' suka tolong ibu dan walid tau

Salam.

Hari tu kan, Damia' ikut ibu dan walid ke pasar raya. Sebab ape? sebab nak beli diapers Mia dan susu sekali =) Dah habis, jadi kena la keluar beli yang baru. Mia' minum susu banyak tau, tapi doktor kata berat Mia' tak naik sebab ikut keturunan ibu yang kurus kurus belaka..

Kalau dulu, ibu dengan walid letak Mia dalam stroller je, tapi hari tu, ibu bagi Mia jalan sendiri2 je. Yeay! Yela, Mia' kan dah besar? ^_^ Mia' pun nak berdikari la. Nanti kalau ibu dengan walid sibuk dengan kerja masing2, Mia' takde la susah sangat kan?

Eh, takpe ibu. Letak je. Biar Mia' bawakkan ye..Lagipun, nak beli barang2 Mia' kan?
Err, bakul merah ni pegang kat mana ibu?
Eh, ni kenapa panjang sangat benda ni?
O, kena pegang kat sini rupanya
kena tolak..
..ke kena tarik ni ibu? Erm, cane ye..
Ha, macam ni la senang!
1. Diapers
Ha, sampai dah. Stop ibu, stop!
Erm, yang ni ke?
Ololo~ chumilnye baby!
O, bukan yang kaler merah la.. yang ni ke walid?
Ha, ni macam best
Meh Mia' tolong ambil letak dalam bakul ye..Uish, berat nih (-_-!
Uish, berat angkat diapers tu. Rehatla kejap
O, ibu ni asyik tangkap gambar je. Nak gurau la sikit
'aaaaaachak!'

2. Susu

Ok, jom ambil susu pulak. Kat sini lah walid. Meh Mia' tunjukkan ye

Ha, bila dah selesai beli barang2 semua, kami pun balik. Dekat eskalator, Mia' teringin nak berdiri sendiri. Jadi, Mia' minta tolong walid diri kan Mia' kat tempat yang bergerak tu..

Walid, Mia' nak berdiri kat sini boleh? saaaaaaaat je
Uuuu~ best juga ye. Tapi, Mia' takut takut sebab dia bergerak-gerak.. Gayat!

Bila dah sampai tingkat bawah, Mia' dah tak larat nak jalan sendiri. Mia' jalan slow2 je. Jadi, walid letakkan Mia' dalam stroller balik. Nasib baik ada stroller kan? Kalau tak, penat la Mia' jalan dalam pasar raya yang luas tu (-_-)
Letih juga tolong ibu dan walid shopping. Tapi takpe dapat pahala. Dapat 'hadiah' juga sebagai tanda terima kasih dari ibu dan walid ^_^
Alhamdulillah. Sedap! 

Terima kasih ibu dan walid. Nanti kita shopping lagi ye ^_^ 