Thursday, April 22, 2010

40 mat rempit kepung, baling batu bas pasukan bola sekolah

JITRA: Kira-kira 40 pemain dan penyokong pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di sini, cemas apabila bas yang dinaiki dikepung serta direjam dengan batu dan kayu oleh penyokong pasukan yang kalah dalam pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kubang Pasu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 40 remaja bermotosikal dikatakan mengekori bas berkenaan sebelum mengepung kenderaan itu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan Changlun.

Kejadian itu menyebabkan bahagian tepi bas berkenaan kemek dan tiga cermin tingkapnya pecah. Bagaimanapun, tiada pelajar atau guru yang mengiringi pasukan itu cedera. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawalludin Hamenudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSAH, Harrison Othman, berkata kejadian itu berlaku ketika pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC).

Dalam pertandingan yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Changlun, SMSAH menewaskan SMKC 1-0.

Harrison berkata, kumpulan remaja bermotosikal itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pasukan SMSAH. 
Beliau kesal kerana penyokong pasukan terbabit tidak dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan. 

p.s: hihi..tetiba rindu kat pakcik fauzi nih.. emm,pelik..nape sampai begitu sekali tahap kekecewaan dyorng.. dah skolah menengah masih kebudak2kan.. relax la.. bkn piala dunia pun.. haa..nnti world cup dah stat, kita layaaaann ramai2 k sampai bengkak mata2... =) oohh..i miss my school..esp my nasyeed team.. bila nak reunion ni???