Erm ,kalau ikut peraturan, perlu pass award ni pada lg 15 bloggers. Sejujurnya, banyak bloggers yang ibu rasa mencapai tahap fantastic(kriteria yang dia nak) ni..Tapi, ibu malas nak tag kan sape2, sebab kalau tak buat nanti ibu sedih.Huu~ Jadi, sape yang nak award ni, amikla ye.. ^__^
Selain itu, syaratnya juga perlu cerita 7 hal tentang diri sendiri..Erm, sebenarnya taktau nak tulis apa, tapi atas sebab nak mengenali diri ini wahai mamakiniey, ibu tulis ye.. =)
1) First and foremost, saya AMAT pantang sangat2 dengan orang yang 'rude'. saya akan cepat terasa dan malas nak berurusan dengan dia.Rasa macam orang tu tak habis sekolah je, sampai tak tau nak cakap elok2..hehe.Nak cakap pun malas..Even when my younger sisters/bro talks that way, i would ask them'...tak sekolah ke..yang cakap sampai camni?' heh! So, sila jangan bercakap kasar ye..
2) Dulu sebelum kahwin dan time awal2 kahwin dulu, saya AMAT fanatik dengan bintang aka star dan kaler hijau! Semua benda pun nak ada kaitan dengan star dan kaler hijau..Jadi, memang kalau nak bagi hadiah ke, kad ke, kawan2 akan bagi star atau pun ada kaler hijau..antaranya, kerongsang star,baju star, tudung star kaler hijau (latest,walid bagi), botol yang pnh dengan star, bantal star, bantal lembik yang-ada-biji2-kecik-kaler-putih-kat-dalam-tu star, glow-in-the-dark star dan macam2 lagila yang semuanya ada kaitan dengan star..sampai hidup ni memang hijau je dan dipenuhi bintang..hihi.sampaikan email pun terkena tempias juga - startique_2468@yahoo.com. tapi, sekarang tak lagi.warna kegemaran pun, bukan hijau dah sekarang..kaler lain pulak =p
3)Bercakap pasal email, sebanarnya tercetus dari gabungan star dan nama sendiri, tapi macam dieja konon nak bagi nampak unikla kan..=p sekali bila pronounce, bunyi macam 'statik' je..tetapi, ingin ditegaskan kat sini, i'm not that kind of 'static' lady, ok =) Orang terdekat mengatakan bahawa saya nakal sebenarnya, sesuai dengan walid yang suka 'pekena' orang juga...humm, ye ke?
4) Saya rasa, tarikh lahir saya agak unik -4.2.86..No tu, bila disusun boleh jadi susunan no. genap- 2468..Dulu, selalu keliru mana satu grup yang akan dipanggil nombor genap, mana satu pula yang dipanggil nombor ganjil..Bila dah igt tarikh lahir saya adalah geng no. genap, takdela keliru lagi..
5) i'm sooo much allergic with numbers! A simple reason on why i got B (the only B in fact) in add maths dalam SPM dulu..Hee =p Taktaula kenapa gelabah kalau nampak nombor banyak2..Tak minat langsung..Walaupun saya amat suka main crossword puzzles dan yang seketurunan dengannya, sudoku would'nt be in the group..Never! =p
6) Otak saya adalah jenis yang simple..Saya akan senang menghafal dan belajar dalam bentuk diagram..Erm, i dunno whether everybody is like this or not..Sampai sekarang pun kalau study, guna highlighter bukanla cara saya..hee, nanti nampak serabut nak baca semula nota..But i'm used to mind maps..yap! sampai sekarang..kalau nak final, memang akan buat mind map..tapi semenjak banyak sangat nota yang ada, takdela semua notya buat mind map dah skrg..Dulu first year rajinla buat camtu =p habih sume nota ada mind map.. dan dengan sebab itulah, saya tak pernah ada buku sasbadi time nak PMR dan SPM dulu..hihi.Bila mana orang lain sibuk beli buku tu, saya pula sibuk beli buku 'Longman' yang pnh dgn diagram..Err, taktaula orang lain pernah dengar ke tak jenama Longman ni..Sasbadi amatla fames time tu
7) Lastly, music can never be separated from me.. =) Membesar dikelilingi music (dulu kecik mak selalu beli kaset nasyid kanak), saya amat senang suka dengan lagu kanak2..Sungguh! sampai sekarang, Barney and friends wudbe my choice..sampai Damia' pun dah berjangkit..walid pun sama =p Time sekolah rendah dulu, pernah jadi wakil sekolah nyanyian solo 'she's ll be coming round the mountains'. Then, tahap dua pula start main alat muzik- pianika dan keyboard. selalu kena main dua benda tu time sekolah rendah untuk function dan event pape kat sekolah..Pernah waktu hari anugerah cemerlang, dapat je hadiah, terus lari pi tukar pakaian seragam dan main lagu untuk audiens pastu..kenangan manis ni!Rasanya, kalau tak masuk sekolah agama time sekolah menengah, dah boleh jadi ahli muzik kot =p Tapi, bersyukur amat bila ALLAH bg peluang belajar agama secara formal..Alhamdulillah, takde keliru sangat antara yang 'boleh' dan 'tak boleh'..
P/s: kini...satisfied? =)