...Alhamdulillah..
Damia' semakin membesar, walaupun masih kecil jika dibandingkan baby lain seusianya..erm, diterima atas sebab beratnye semasa lahir hanyalah 800gm cuma..
Sekarang, Damia' dah tak batuk2 dah..balik kedah ni, dia makan banyak betul..non-stop! i mean it..non stop! sampaikan orang kelantan ckp, 'se-eh' perut.tu pun, nganga lagi bila disuap.. =p (read more)
Erm, dulu kami tinggalkan Kuantan dengan keadaan Damia' yang nak belajar merangkak..Tapi kan, bila dah balik Kedah, baru dia dapat skill baru - mengengsot..Ha, dah tu..takdela nak praktis merangkak lagi dah.. (-_-) Sebab ape?...sebab Damia' 'belajar', yang mengengsot tu lagi mudah dari merangkak.Hihi..Patutnya, baby akan mengengsot dulu, pastu baru merangkak..patutnye la..tapi sekarang, dah terbalik.. =p Moga Damia' akan merangkak denagn cepat la ye..
Harapannya agar Damia' dapat jalan dah by the time nak sampai usia setahun..tp ibu faham doktor bagitau dulu, tak boleh letak harapan tinggi sangat, sebab dia premature..So, kena slow2..Tapi, slow2 pun, Mia' ni kira banyak juga hal yang advance.. =) tq ALLAH .
Selain tu, Damia' dah boleh panggil 'mama' dalam sejak usia 9bulan lepas..Alhamdulillah, sekarang makin ligat dan cekap dah bunyinya..siap boleh buat belon lagi dengan air liur, bila sebut 'mammmaa'...Tapi kan, ibu musykil juga, Mia' ni..kot2 terbawak2 sampai besar perkataan 'mama' tu...ha, sape nak panggil 'ibu' ? =p Tapi kan, ibu faham je, baby memaang senang sebut mama, papa or baba..sebab sama kan suku kata..tapi takpe..kita tengok cane nanti ye.. =)
Erm, lagi..patutnya gigi Damia' dah boleh start tumbuh, tapi setakat ni, belum ada lagi gigi yang tumbuh..Erm, takpe ibu faham..ni bukan kerja ibu, ni kerja ALLAH, ibu terima je seadanya..
Alhamdulillah juga, makin ligat anak ibu ni bergerak sekarang..aktif sangat! Hmm, terkena 'perangai' ibu kot yang gerak tak berhenti dulu..In fact, time nak walimah pun, ibu tido pukul 3 am..Sudahnya, esok tu pucat je muka dan terus demam panas malamnya =p Takpe, bagusla jadi aktif ye..ibu suka ^_^
Ha, rasanya takat tu je dulu kot.Sebenarnya, banyak gambar dan video yang ibu nak tunjuk, tapi takde kabel kat rumah ni sekarang, makanya tak boleh nak letak gambar.. =(
All in all, kami amat bersyukur kepada ALLAH atas kurniaan Damia' sebagai buah cinta kami..Ibu dan walid akan terus doakan kamu dan sokong kamu ye sayang, moga membesar dalam peliharaan ALLAH..Moga juga ALLAH sentiasa lorongkan ibu dan walid ke arah jalan yang ALLAH redhai..Ameen
'..Rabbi habli min ladunka dzurriyyatan thoiyibah. Innaka samiuddua'..'