Salam. lama tak menulis, gara2 attachment dan praktikal industri..
Alhamdulillah, attachment selama 2 minggu kat community pharmacy telah selesai. Sekarang, tengah dok pulun nak habiskan praktikal industri pula, 2 bulan tempohnya.
Alkisahnya, kami, student yang terlibat,kena apply untuk latihan industri, untuk cover subjek 4 kredit hour. Since ibu sorang je yang tak isi borang lagi, sebab baru lepas bersalinkan Damia', makanya ibu isi je mana2 syarikat yang masih available..Ibu pilih nak dekat dengan family, jadi kebanyakan syarikat yang dipilih terletak di Kedah dan Putrajaya.
At first, ibu plan nak dok Putrajaya je, dekat dengan walid sikit.In case walid rindu, takdela jauh sangat rumahnya dari Kuantan tu. Senang juga, sebab tokma tak keje..Tapi, takdir ALLAH, ibu dapat tawaran dari syarikat kat Alor Setar..Lagila senang hati! ^___^ (Mind u , at first only..). Then, bila dah konfirmkan kehadiran, baru tawaran dari Hospital Putrajaya sampai..Erm, ibu pun tolakla..since ramai juga yang masih menunggu tawaran dari syarikat2 yang dipilih.Pendek kata, bagi peluang dan ruang kepada kawan2 lain.
Bila dah balik Kedah, semangatla ibu pergi lapor diri kat officenya, tak jauh la dari rumah. Tapi, bila dah sampai, baru la situasi sebenar dapat digambarkan..
Rupa2nya, company ni ada 3 bahagian yang berlainan di tempat yang berlainan! =( Ada main office kat Alor Setar, Kilang di Sungai Petani dan Stor produk di bahagian lain di Alor Setar juga..Ha, pastu, mula la ibu kelam kabut. Sebab tempat ibu yang sepatutnya adalah di kilang, which is situated about 60km from Alor Setar (-_-)..
Sangat sedih dan tak bersemangat bila tau macam tu..Ibu kesian kat Damia'..Dahla kena pisah dengan walid yang nun jauh di Kuantan..Sekarang, perlu pula pisah dengan ibu yang akan keluar kerja awal dan balik lewat.
Alhamdulillah, atas budi bicara bos, ibu ditempatkan di kilang selama sebulan dan di admin pun sebulan.Cukup 2 bulan..
Minggu ni, ibu mula ke Sg. Petani selepas berada di Alor Setar selama seminggu..
Hmm, kalau nak dibandingkan dengan Alor Setar, MEMANGla BANYAK SANGAT maklumat yang ibu dapat..Kalau kat Alor Setar, rasa nak menangis je, g keje, tercongok, tak buat pape, dari pagi hingga petang..seryes! I did nothing...jadi tak ketahuan..duduk je sepanjang hari..tu pun menumpang meja staff lain..
Hmm, walaupun ibu agak sedih sedikit(banyak juga sebenarnya), buat semua benda sendiri..tapi hati ni sedikit terubat dengan bahan yang ibu dapat kat SP tu..Berbaloi jugakla walau terpaksa berulang-alik selama 120km setiap hari, dengan tol sebanyak RM14.20, tak termasuk duit minyak, memakan masa selama 1 jam pergi dan 1 jam balik Alor Setar-Sg.Petani..(berbaloi ke?)..makan lagi..Hmm, memang menguji keadaan, especially bila tak jangka macam tu berlaku. Mati-mati ibu ingat kilang company kat Alor Setar. kalau ye, takde la banyak duit melayang tiap2 hari kat tol tu..(Huu~ how i wish bos akan bagi elaun, tapi ntahla..bukan perkerja situ pun..).
Buat walid, i'm sorry for all whiny things that u have heard from me before..Tentang hal penjagaan damia' time ibu g keje, tentang ibu yang kesian kat mia sebab jumpa ibu time malam je..tu pun bila ibu sampai, dia dah nak tido (Mia' masih tido awal, habis lekeh selepas isyak)..pagi2 pula, ibu sempat kiss goodbye time dia masih lena lagi..Ibu sebak, sebab ibu tak suka macam tu..Kalau walid ada, at least ibu tahu, Mia tak sorang...=( Tentang kewangan kita..Duit biasiswa baru habis, nasib baik ada duit spare yang lain..Dengan duit tu la ibu dan Mia hidup kat sini..nak harap mak tok, kesian pula sebab adik2 semuanya masih bersekolah dan perlukan duit..malu la kalau ibu minta duit, apatah lagi claim duit pengangkutan dan duit minyak..Hmm, tentang hati dan perasaan ibu bila berdepan dengan masalah2 'dalaman'...Hmm, banyak, kan? I thought it wud be easier when the family is around, but now i learnt that it's not necessarily be like that..U still have to live on ur own, coz..the fact is, u DO have ur own life..(Tq to tokwan yang tak jemu2 jaga Damia' tiap2 hari..nasib baik tokwan dah pencen..) Things wudbe much more easy when walid is around..(u know what i mean)
Well, sumtimes i regretted this decision to do industrial training and make u unhappy in Kuantan..(coz u owez get sad when i'm sad but u will be sadder coz u can't do anything bout that).. Tapi, ibu juga tak sanggup nak ambil banyak subjek untuk cover 4 kredit ni tahun depan..The thing is, ibu tak ready untuk berpisah dengan Damia' rupa2nya.Ibu tak ready untuk jauh dengan Mia, to be exact.Ibu tak harapkan orang lain jaga Damia'. Ibu sebak bila balik je, bagi salam kat muka pintu, Damia' tengok ibu..dia terus nangis...maktok cakap, itu RINDU.. Kat rumah pun, tokwan cakap asyik nangis je..Erm, Masa ibu dan Mia terhad sangat...Macam dalam drama je..
But now i learnt that, maybe ALLAH nak bagi ibu gambaran tentang kerjaya kita pada masa depan kot, kan walid?..Walid akan jadi doktor, ibu pula akan jadi pharmacist..Dua2 akan ada kehidupan kerja yang menuntut pengorbanan yang tinggi..Mungkin nanti, kita perlu berjauhan ke..(hopefully not)...Maybe ALLAH nak ajar ibu berdikari..supaya ibu lebih tau apa yang perlu dihandle...sama macam Nabi Muhammad SAW yang diuji ALLAH dengan kehilangan mak abah pada usia kecil..tanpa sedar bahawa rupa2nya ALLAH sedang menyediakan dirinya untuk menjadi manusia hebat sepanjang zaman..kan? Dan bila ibu fikir2kan semula..Damia' ni beruntung juga sebenarnya, kerana lahir pada waktu kita masih ada masa yang banyak juga untuknya..Alhamdulillah, ALLAH sebaik2 perancang...
Hmmmmmmmmmm, ok...Now, i CAN smile...a little..
Moga ibu dan Damia' lebih happy untuk masa akan datang...Walid juga ye! =) Ameen.
p/s: '...abg rindu family kite.....'