Sunday, June 28, 2009

..Belajar..

(Siri bercakap dengan baby)

Semalam, ibu and walid hepi sebab dapat belajar sesuatu yang baru. Ya, kami belajar macam mana nak palpate u, our baby..by a still-learning-to-be doc : Kak ngah. Em, kak ngah balik rumah sat sebab nak pi makan kenduri kahwin kawan dia. jadi, ibu mengambil kesempatan ni untuk minta dia ajar on how to palpate the baby (ni, kes tak puas hati dengan i-pun-tak-tau nurse =p)

Kak ngah kata selalunya, saiz baby akan diukur dengan tape setiap kali cek up, done by nurse di klinik kerajaan, dengan merujuk kepada symphisis pubis.. atau menggunakan ultrasound done by doc. Walau bagaimanapun, tu hanya assumption je. Doc dia ajar cara yang lebih tepat untuk ukur baby, manually, iaitu secara merujuk kepada fundus (anatominya, salah satu bahagian dari bahagian2 perut).

...Dan yang bestnya, bila dicek, baby memang develop pun.Yay! \(^_^)/ Sebab ukuran tu menunjukkan pembesaran baby dah melebihi dari 22 minggu. In fact, ikut perkiraan tu, memang baby tengah dalam phase 24-25minggu. Jadi, bila nurse tu claim dia develop sampai 20 minggu je pada last cek up, memang tak kena la, sebab time tu fundus ibu dah menunjukkan baby dah 22-23 minggu..Lagipun, tak perlu risau jika baby develop seminggu atau dua minggu lewat dari tarikh sepatutnya, sebab itu normal, as long as dia gerak dan takde complications yang lain.. Sebab tu la doc ada tarikh seminggu extra untuk baby lahir, selepas dari expected due datenya. Selepas tu, tak boleh dah la, sebab placenta akan berhenti berfungsi selepas minggu 40, theoretically. Em, alhamdulillah.

Then, kak ngah ajar macam mana nak cari kedudukan baby - melintang ke menegak. Sepatutnya, baby dalam keadaan menegak, tapi baby ibu syok dalam keadaan melintang(means songsang).Ha, sebab tu la perut ibu kecik, tak 'bulging' pun. Dia lie down kiri-kanan badan ibu, jadi perut nampak 'flat' je. Em, keadaan ni adalah normal pada usia baby sekrang, sebab dia tengah mobile. Seronok bergerak2 kot,tapi bila dah dekat EDD nanti, baby dok betul2 tau.Hee, ibu mohon agar dipermudahkan, sebab ibu harap sangat tak perlu extend sem depan.. =p Tapi ibu faham, apa2 pun, ALLAH akan bagi yang terbaik =)

Lastly, kak ngah ajar cara nak cari kepala baby..tapi sebab rushing tak sempat nak konfirmkan betul2 kedudukan kepala dia, cuma assume je pada satu spot ni. Ada cara untuk konfirmkan, tapi sebab rushing, kami sekadar detect je bahagian yang agak keras sedikit compared to bahagian yang lain.

Dear baby, ibu harap kamu sihat selalu ya..Biar secara manual dan tak nampak, tapi apa yang kakngah ajar semalam mampu buatkan ibu dan walid tersenyum, tak risau sangat dah. Dah tu, walid asik dok test je apa yang dia belajar..hihi. Sat2 cek, sat2 cek..Ahha~ itu namanya proses aplikasi tau baby =p heh! Haish, ibu berkira2 untuk makan banyak2 supaya baby besar, tapi susah betul berat ni nak naik. Sampai kenyang sangat2 dah makan..Em, moga ibu dan baby 'membesar dengan sihat'. Sama2 tau..Tanak ibu sorang je yang demok, okay? ~_^ Baby, membesar dengan sihat - itu keyword kita, otei? Good luck..Both of us love u veghi much tau! Cepat2 membesar ya..

Love,
Ibu

Friday, June 26, 2009

Award..again and again.. ^_^

Salam semua. lama tak update blog. Em, sebetulnya baru hbs posting kat pharmacy outlet dan insyaALLAH akan ikut walid balik KL Ahad depan, right after ambil semula report yang telah disemak oleh Puan Pharmacist tu. Hee, dah nak habis cuti, baru nak tunjuk muka kat mak mentua.haish..!

Kali ini, nak paparkan award yang kami dapat dari Puan Chanana dan Puan Qila =) Terima kasih banyak2 ye ! ~_^

Ini, dari Puan Chanana..Terima kasih banyak2 ye..Uhuu~ So, u think our blog is adorable eh? ahha~ we think so too.wink! hihi. Tq! Em, mengikut rule, perlu list kan blog yang dirasakan adorable oleh kami..Em, tanak banyak2..jadi kami pilih satu blog je ye..

...and the the adorable blog award goes to...

blog INI..Tahniah! Ha, cepat2 grab dan pemerkan award ni di blog anda ye =) Saya suka tengok tulisan wane wani kat blog kamu itu..soo cute!..and adorable too! macam tuan dia..hehe (nih, kes puji lebih2 untuk dapat duit raya secara advance nih =p)

Em, award ni pula dari Puan Aqila.Tugasannya, perlu ceritakan tentang pemberi award dan penerima award :

a) Pemberi award - Puan Engku Aqila
Dikenali ketika sama2 terlibat dalam program terbesar di Matric UIA, Raudhah Festival (RAFEST), tapi sejujurnya memang tak ingat dah tentang beliau bila dah masuk Kuantan ni. Beliau pula study nun jauh di Gombak nun =p Tetapi, dipertemukan semula melalui blog dan apabila terjumpa gambar kami dalam Friendster beliau, terus ter'flashback' balik saat2 buat kerja sama2 time RAFEST tu. Alhamdulillah, sudah berkahwin dan ada syarikat sendiri pun. murah rezeki nih. Em, kalau ada sesiapa yang nak tempah kat dia hal design2 ni, insyaALLAH, dia boleh buat.. (promote2..hee) . Wish u best of luck ye, fiddunya wal akhirah.ameen =)

b) Penerima Award - Puan Nur 'Atiqah Md Hussin

1. Nama diberi oleh arwah tok wan. Untuk adik2 yang lain, semua abah yang bagi nama.
2. Anak sulung dalam family. Satu2nya yang mendapat pendidikan agama secara formal berbanding adik2 yang lain.
3. Happily married to Encik Ahmad Zainol Arifin bin Ibrahim (yang tak pernah terfikir2 pun..haish, mcm mana boleh 'terberkenan' ni =p Hihi. lawak je..Ini la namanya kerja ALLAH)
4. Masih belajar dalam bidang Pharmacy di UIA Kuantan, Pahang. Tahun ke 3, this July 09.
5. Bakal menjadi ibu dalam masa terdekat, insyaALLAH..doakan moga dipermudahkan semuanya ya.ameen.
6. Hobi? Paling suka dan akan jadi mengada2 dengan 'Encik' saya, biar tahu dia rasa diri ini 'annoying'.hehe. Padan muka walid kena layan.
7. Suka makan benda pedas..paling tak suka makan ayam..tak lalu..tapi sejak pregnant, ayam dah boleh masuk dalam list yang agak faveret.
8. Cerewet, tapi takpe..walid layan je..sebab dia pun cerewet untuk certain hal =p
9.. Mempunyai adik ipar yang sama nama, cuma ejaannya lain - 'Atiqah dan Atikah. Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, kadang2 dipanggil sebagai AtiQOH oleh depa, takpun panggil kakngah je (sebab walid anak kedua dalam family dia)..
10.Nak jadi isteri solehah, tapi macam tak tercapai lagi je pun target nih..perlu usaha dan usaha dan usaha lagi..yang penting , dapat Redha 'encik'..tu je..dan alhamdulillah, beliau tak kedekut dalam hal ni =)

p/s : Promotion..

Monday, June 22, 2009

tahniah SMSAH!!

salam...entri ini khas di tujukan buat adik2 junior wind orchestra SM Sultan Abdul Halim, Jitra kerana berjaya menempatkan diri dalam tiga yg terbaik Finale SBP Wind Orchestra 2009 pada 21hb yg lalu bertempat di PICC, Putrajaya..takpe, walaupun tak berjaya mengalahkan TKC dan SDAR, namun berada dalam kelompok 3 terbaik mengalahkan sekolah2 primier yg lain amat membanggakan... jd again, tahniah sekali lagi dan mintak maaf sbb tak dpt turut serta memeriahkan kerusi2 penyokong2 sekolah kita...huhuh...walaupun dah dkat sgt dgn rumah tp 21hb tu ada di A.Star jd tak dpt lah nak enjoy dgr koran main.. so,tgk performance u all kat youtube je la... congratz yek... =)

Friday, June 19, 2009

respons dr pembaca..

salam...alhamdulillah...akhirnya dapat jugak walid kluarkan blk file2 dalam harddisk laptop walid yg dah lama tersadai sbb rosak.. terima kasih kpd external hard disk casing yg berharga RM19 tuh... hadoih...sshnya nak cari casing utk IDE.. yg byk nya skrang nih utk SATA punya...

so bertitik tolak dari itu, seperti yg pernak di janjikan kepada pembaca2 yg membaca entri ini... inilah dia slide powerpoint yg walid dan ibu maksudkan.... so, kpd yg ade mntak slide2 nih dulu atau sesapa saja, silalah download di link ini...insyaallah apa2 bahan yg walid ada akan di kongsi dari masa ke masa...

KLIK DAKU

..My Wish..

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.

But more than anything, yeah, and more than anything,

This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big

p/s : Tq AsBob utk wish kamu ini.. =) Juga untuk wedding CD yang dengan susah payahnya di pos tanpa kira waktu terhad time dok bz posting..dan juga 'a must-cry' lagu Arab yang mmg dah lama dicari..Hadiah best..^_^

Tentiu, auntie! =)

Tuesday, June 16, 2009

..bukan dari pandangan seorang ahli farmasi..

14Jun2009

Hari Ahad lepas adalah tarikh routine antenatal check up ibu bagi memastikan baby ok selalu. Em, ini kali kedua ibu ke klinik kerajaan untuk follow up, dan kali kedua g tanpa walid, sebab di Kuantan, ibu di cek oleh doktor di IIUM Health Centre

Sebelum ni, ibu memang bersangka baik dengan khidmat dari 'pihak kerajaan', tetapi kejadian yang berlaku hari tu, sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) mengubah tanggapan baik ibu pada perkhidmatan kerajaan.

Antara perkara yang berlaku :
1. Sampai klinik pukul 9am.First thing first : pendaftaran. Selepas tu, cek berat dan blood pressure.
Yang tak best hari tu, proses untuk cek berat and cek BP amatlah slow. Tunggu selepas 1jam 40 minit, baru dipanggil nama..hanya untuk procedure yang pertama. hadui~ Pukul 10.40am baru masuk. Nasib baik takde sakit yang acute. Tak cukup nurse yang bertugas kot. Lamanya kena tunggu, kalau kt UIA, tak sampai 5 minit, SEMUA procedure siap, yang mkn masanya, proses consultation je dgn doc..

2. Selepas tu, ke check point seterusnya - Ambil darah untuk cek hemoglobin level. Almaklum, dr masa ke masa, HB mungkin kurang, berkadar langsung dgn saiz baby yang makin besar.
tapi yang tak bestnya, bila nurse tu ambil darah, kasar betul. macam nak 'korek' vein je.Adoi~ tahan jela..Dan seperti yang dijangka, memang lebamla tempat tu, tp kalau compared to last check up,lebam yang lps lagi teruk.Ambil masa dekat seminggu nk lega.Bengkak siap..Before this, doc buat, tak pernah2 lebam pun.huu~ Ibu pun jadi trauma skit bl nmpak jarum skrg. I was not like this b4..

3. Check point selepas itu - makmal, untuk tau keputusan HB dan urine..Alhamdulillah, my HB level was 12.3.Sihat..Urine pun ok, takde gula berlebihan,means no sign for diabetes.

4. Last cek point - Konsultasi dengan nurse.Ini part yang paling menyakitkan hati.

After seeing my tummy yang tak berapa besar dan buat kerja yang sepatutnya, she said ,

Nurse : Kenapa perut U ni kecik sgt? Ur baby sepatutnya dah 25 weeks kan?
Ibu : Em, taktau. Sebab mmg dr awal pun tak nampak sgt.
N : Pada pandapat I, ur baby is not developing..I ukur ni, 2o minggu je tahap pembesaran dia. (dan nurse tu tunjuk muka tak puas hati)
I : Hah, 20 minggu? (tunjuk muka tak puas hati gak). Tapi hari tu br g scan pd 23rd weeks, doc ckp normal je. Macam mana boleh jadi 20 minggu je.
N : (Trapped by my question)...I taktau..yang pasti baby U tak membesar. Ni ukuran untuk 20 minggu, bkn 25 minggu.
I : (Wondering whether ada ke possibility untuk baby mengecut semula)..Em, hbs tu nurse, yang p scan 2 minggu lepas tu, tak betul ke? Saya tgk doc ukur kepala dia, mmg normal pun..tapi perut saya mmg tak nampak. (maybe sbb tak byk lemak kot.heh! Plus, ktrunan kami mmg jenis kecik2, cute belaka)
N : I tak mau komen apa2..U balik Kuantan nanti, U scan lagi, kot2 depa tersilap tarikh ka, U mintak depa fix sendirila..lagipun, U bukan bersalin kat sini kan? I takmau la ckp lebih2..U balik Kuantan and let them betulkan semua.
I : (confused. ape benda yang tak betul sgt? U should give me an explanation, at least, bukannya cover dgn 'I taktau' 'I malas nak komen'.. Ape ke hal mcm tu?)
Em, hbs tu nurse, kalau baby tak membesar, kenapa ya? ade apa2 yang tak kena ke?(hoping that at least she could explain some possibilities that may happen). kalau scan boleh ke nurse?
N : Em, I pun taktau..Ur baby is not developing..hmm (senyum sinis) Tak taula nak cakap apa. Scan tak dibuat kat sini. Doc je yang buat. (a very cold answer)
I :(Sgt terpukul dgn senyum sinis tu.) Em, ok..kalau saya makan byk skit, ok kot nurse? Sebab sy br je lega demam, jadi baru nak lalu makan balik. (soalan yang nak galakkan dia bercakap.Hadoi, ur not helping at all dear I-pun-taktau nurse)
N : Kalau makan banyak, tapi baby tak besar, tak boleh jugak..
I : (kenapa la dia dok stress on my baby is not developing, walhal, dia gerak dan aktif je tiap2 hari..hmmm..)
N : Habis, U nak vitamin ape ni?
I : (Err, terpinga2).Vitamin? Em, untuk apa?
N : Kot2 la U nak vitamin..U kan pharmacist, mestila tau nak makan ambil ubat apa kan?
I : (Terbakar betul dgn soalan tu. Semua soalan2 panas. Ni bukan komunikasi berkesan ni. I was there as a first time mom-to-be, not a pharmacist.Dia lagila well-experienced, lagila tau apa yang diperlukan..Isk..)
Saya ambil Obimin, supplement Omega3, spirulina dan Roselle.Ade lagi vitamin yang perlu? Saya rasa dah cukup kot.
N : Em, ok la tu, U punya HB level pun ok, tapi tula..baby ni kecik sgt, bukan size dia ni untuk 25 minggu..takpala u balik Kuantan, U scan balik nnti, let them fix apa2 yang tak kena..
I : Ok. Nurse, saya nak dapatkan 1st dose ATT.Boleh kan?
N : Boleh, no problem. Tunggu di bilik 3. Nanti I bg nama U kat depa.

(...Dan di bilik 3, I was given my first dose of ATT. supposed given bila baby dah gerak lama dulu lagi, tapi prosedur di sini, after 24th weeks, br blh suntik..Br je duduk atas kerusi, tak sempat betulkan tempat duduk pun lagi, nurse tu trs suntik bahu. Then she said, 'Dah'.. Terkejut, tak sempat pape pun lagi..GREAT!)

Isk, tak best betul hari tu. Walau baru 2 kali follow up kat klinik kerajaan, rasa mcm taknak dah..Em, kalau sebelum2 ni, ibu tertanya2 apela yang tak best sgt dgn klinik kerajaan, then hr tu ibu 'terkena'..Em, i'm not blaming nurses, i'm blaming the attitude..ahha~ Bukankah anda tgh deal dgn manusia yang ada rasa.Jadi, bertimbang rasa la..Hadoi~ Mungkin sebab dah terbiasa sgt, jadi anda merasakan anda perlu bertindak sebagai 'ketua' untuk mengawal keadaan, bukan 'kawan'. Hish, tak betul tu..Moga pengalaman ni memberi ibu pengajaran, agar tak buat perangai mcm nih nnt..nak berlagak sgt, kita nih sape? Em, tak selesa la guna I-U..taktaula org lain mcm mana but above all, we are still HAMBA ALLAH..jdi, taraf kita sama je..

Lagi, komunikasi berkesan amat perlu dalam berkongsi maklumat dengan patient. Penjelasan seharusnya dibuat berdasarkan topik, untuk mengelakkan salah faham, bukan dengan melarikan diri dari soalan..Hmm, moga2 attitude yang sebegini dpt dikurangkan.Kesian kat orang yang takde duit, takde pilihan ke tempat yang lebih selesa..I REALLY8 hope that semua org yang akan dan sedang bertugas dalam medical-related field akan menjadi lbh tahu untuk consider. Tau, ini hanya kes terpencil, some may say that, but still, this kind of thing happens..moga dapat dikurangkan.Jika semua pun tau, sebetulnya kerana apa dia bekerja, insyaALLAH semua pun akan ok.

P/S :Emosionalkah entri ini? Hmm. 'I pun taktau.I takmau komen'..

Monday, June 15, 2009

old-skul (^_^)

assalamualaikum...

so here i am... taadaa... walla ~ lame nye walid mnyepi kan..sampai ibu dah mntak post je pape pun.. huh.. bkn walid nak mnyepi...tp mmg masih dalam mood nak melepak je kat rumah lepas bertungkus lumus study utk pro dolu2 tu.. hnya berminat 'jump' dari satu blog ke blog yg lain..membiarkan blog diari darwisy ni sepi dari garapan walid.. tp kini walid terasa nak menulis.. lepas dapat satu email dari bekas cikgu skolah rendah walid di SK LEMBAH JAYA, ampang.. cikgu zulkifli hasan.. kebetolan hari tu dia ade ajak g kenduri doa selamat.. patut pun dia ade mntak email walid hari tu.. sebabnya nak hantar sesuatu buat bekas pelajar dia nih.. dan ini lah dia yg di hantar pada walid baru2 nih.. mmg terkejut besar sgt2 sbb tak sangka cikgu zul ade snap beberapa picture walid dan kawan2 masa skolah rendah dulu.. zasss terus ter'flash-back' ke zaman dolu2.. kira sejarah la nih..buat tatapan baby..huhu... confirm ibu gelak tgk gmbar2 nih...

huhuhu.. ni gambar mase walid jd ketua platun sempena perbarisan hari sukan skolah..

ni plak member lama walid..waa lame tak jumpa dia nih.. nama dia Syerinderjeet Kaur...ntah btol ntah idak eja nama dia nih

nih gambar walid masa darjah 3 ke 4 ntah.. walid jadi ketua pustakawan masa tuh.. huhu..mase tu kami kene dok sebelah pempuan..tp relax arr..tak de rasa pape pun..buli bdak pmpuan ade la.. tu dia beg walid..besaq gedabak..huhu. tp sampai sekarang walid tak dapat nak recall name cik adik pengawas sebelah walid tuh..

bile tgk gambar nih, baru walid tau pasai pa depa ckp gelak walid dari dulu sampai sekarang same jek. huhuhu..

haa..dua org yg tgh pandang camera nih la yg selalu walid lumba2 kejar sape dapat nombor 1 dalam kelas.. huhuh.. si Syahirul dgn Lailey.. dua2 nih pandai gak nih.. now Syahirul ade di Jepun n Lailey ade di Uitm... n walid?? hahaha...tgh ngorat sape ntah dalam gmbar nih.. tp dia tak layan sbb nak tgk camera gak... huhuhu

nih classmate walid..huhuhu..walid dok paling kiri pada line ke tiga dari depan..

haaa..ni paling best..persembahan angklung... huhuh...dulu walid pakar nih.. tgk seluar laa.. hahahaha

nih dgn team kompang dulu.. walid duduk kiri skali..

dan gambar nih membuktikan knapa walid still 'cute' sampai skarang...katik.. huhuhu

and the last picture.. bdak2 laki kelas walid.. ganas2 kitorang nih...haa.. cari lah sendiri mane walid..

emm..nih yg rindu zaman kanak2 nih... (-_-) paling di ingati skali..kenangan kene sumbat kapur dalam mulut sbb tak buat keje skolah.. oleh cikgu suba...huhuhuh

Sunday, June 14, 2009

Maaf lambat...

Salam. Maaf Husna atas kelewatan meng'grab' award dari kamu.Ada beberapa perkara yang terjadi dalam masa 2 minggu nih, seterusnya melimitkan masa untuk mengadap laptop lama2..But, all in all, trm kasih ye atas kesudian memberi award ini kepada blog kami =)

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini(Ummu Huraiyah)

1. Kenal melalui blog, link dari sahabat baik, Murshida Mustafa Kamil
2. Alhamdulillah, married already to a-doc-to-be too. Selamat berjaya!
3. Suka memasak (dapat di'detect' apabila dah lama baca blog ni), especially untuk zaujnya.
4. Berpeluang menerima perhatian ALLAH, dari pengalaman kelahiran anak pertama beliau.Em, sungguh, ujian tanda kasih ALLAH kan? =)
5. Bakal menimang cahaya mata kedua sedikit waktu lagi..alhamdulillah wasyukurillah =)

Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta @ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

1.Alhamdulillah, kami adalah salah satu daripada golongan married students yang wujud di muka bumi ini, yang akan ditaklifkan dengan satu lagi tugas berat sedikit waktu nanti- menjadi ibu bapa, insyaALLAH..dan kami bersyukur atas antara nikmat ALLAH yang satu ini. Doakan kejayaan kami sebagai ibu bapa muda dan pelajar yang grad dgn result yang bagus. Kerana ALLAH, untuk Islam, insyaALLAH.ameen..
Arifin : Medical student of IIUM, Kuantan
'Atiqah : Pharmacy student of IIUM, Kuantan

2. Kami masih dalam mood 'dibius cinta' walaupun dah hampir setengah tahun berkahwin. Kami berani gerenti yang bercinta after kahwin memang best! Bukan nak promote, nak bagitau je.Apa2pun jalan yang dilalui, pandai2la kita membawa diri..hee, ni juga disebabkan oleh tanggungjawab yang tak berapa besar lagi kot, takde beban kerja dan hal2 lain, tapi dah makin terasa dengan kehadiran baby. Terima kasih ALLAH atas proses mematangkan diri ini =) The truth is, we are so glad to get THIS GIFT from You!

3. Walaupun ramai yang berpendapat, persamaan itu penting untuk pasangan berkahwin, tapi hakikat bahawa keperluan perbezaan dalam perkara2 tertentu juga amat menarik untuk diraikan.Antara yang nyata antara kami berdua :

Arifin : Tak suka makan pedas. Tak tau sangat, noted, time makan2 dengan faciteam kat satay zul, tu pun, Cik K yang tegur
'Atiqah : Sangat2 suka makan pedas, dah namanya orang Utagha pun.Sambal mmg tak takleh tinggal. Jadi, kadang2 kesian kat suami yang 'kena' paksa makan benda2 pedas...hee, tapi sekarang kira dah ok la sikit tahap 'tahan pedas' beliau.

Arifin : Tak reti melenting atau marah (mungkin sebab dia tak suka makan 'hot stuffs', jd dia cool je) , tapi AMAT berbakat dalam leteran.huu~
'Atiqah : Panas baran, tapi sebab tak pandai terjemah dalam bentuk leteran, akan terkeluar dalam bentuk 'silent mode', yang lepas tu akan merunsingkan si suami..(hish, 'baguslah' awak ni 'atiqah oi.ubah cepat2)

Arifin : Cermat dan 'gentle'.Barang2 dia akan tersusun rapi, terjaga elok..Boleh kira la berapa kali je handset beliau jatuh dari katil..Cakap pun pandai berlapik (sbb tu la mak mentua dia berkenan sangat)
'Atiqah : Sangatla tak cermat. Orang Kedah panggil 'culas' (kot). Tak senonoh.hihi. Cakap, terlampau straight, terlampau jujur. sampai kadang2 ter'hangatkan' hati orang lain tanpa sengaja

Arifin : Pernah dapat 100 dalam add maths time kat sek. men dulu.Tapi tak brapa menyerlah dalam hal ingat mengingat (hee, sbb tu study last minute kot.short term memory)
'Atiqah : I'm so much allergic to numbers! Pernah dapat 16/100 dalam subjek yang sama time exam akhir tahun, tp still dapat no satu..heh! sebab terer menghafal subjek2 Arabic..depa tolong cover

Arifin : Berjiwa halus. Mungkin sebab rapat dengan mak, jadi beliau mengerti dengan lebih sikit hal perempuan, lalu menjadi gentleman sikitla.. =p
'Atiqah : Less sensitive compared to him. Kadang2 benda yang takde pape pun, menjadi isu untuk si suami. The fact that ramai perempuan dalam family menyebabkan kaklong ini dilatih menjadi 'kasar' sikit.Bila dah besar sikit, baru la reti berlemah lembut sikit.

Arifin : Dia enjoy benda2 yang 'berseni' dan 'berjiwa halus' ni..like suka pantai, alam semula jadi, suka nak tgk sunrise and sunset..ape2la yang menyebabkan beliau 'berfikir' tentang kejadian ALLAH. Some people say that he's romantic! (ye ke, abe weh!)
'Atiqah : Tak berapa sangat dalam usaha mencintai alam sekitar ni, especially pantai..trauma kot..sebab pernah lemas..plus, i always have the instict that bila dekat dengan air, tiba2 boleh je ikan paus yang besaq tu muncul dengan badannya yang ultra giant tu.wuish,hitam, besaq sangat.. gerun!

Arifin : A sistematik manager. Semuanya di plan dengan cermat.handset penuh dengan 'to-do-list' dan 'hal2 penting' dalam kalender.Tak cukup dengan tu, ditambah pula pada bahagian 'notes', divisiblekan pada skrin handset untuk hal yang urgent.
'Atiqah : Spontaneous. Selalu plan on the dot. Dari dulu, mmg menjadi orang yang dicari untuk last minute event..kira untuk emergencyla..Tapi, after kahwin, i'm becoming more like him =) Dah pandai dah ikut style 'maklumat di dalam handset'. Semuanya rasa teratur bila di plan. Dah tu, sekarang ni, 'kaku' kalau orang ajak jadi last minute person =p

4. Kami berdua dah pernah merasa zaman nakal time kecik2 dulu, jadi sekarang kami ingin sangat menjadi lebik baik dan lebih baik, kerana kami sedar, hidup ini bukan untuk dunia sahaja.Akhirat penentu segala,kan? =) Ihih, tapi kenkalan tu tak hilang 100 peratus, masih ada..ha, cuba teka sapa yang terlebih nakal sikit sekarang nih? =p

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya describe tentang mereka
Em,nak tag semua yang ada dalam my 'bloggers around' list..Ha, buat kerja sekolah tau..

Saturday, June 6, 2009

Ibu...Baby...Walid..

Salam. setelah sekian lama meninggalkan blog untuk majlis walimah (Alor Star - 31hbmay09 + Ampang - 06June09), kami kembali untuk meneruskan tabiat 'tak-boleh-berhenti-menulis' di sini.. =p Buat baby,ini cerita ibu dan walid..tentang walimah..dan juga kamu.. =)

{Walid dan ibu } Ahmad Zainol Arifin Ibrahim dan Nur 'Atiqah Md Hussin

Sekitar kejadian seminggu yang lalu :

IBU

310509 -Kenduri di Taman Sri Belimbing, Alor Star.

[Bersama family walid - Abah dan Lan takde dalam gambar]

[Bersantap]

[Bersama keluarga ibu - Hadi takde sebab g main bola]

[Bersama kawan2 BAKSIS]

Terima kasih diucapkan kepada sahabat yang mengahadirkan diri..kawan2 SKBL, MMAS, DQ, BAKSIS Sabah, iiumrx6th, 11thcolony..tq so much! =) sungguh, kehadiran anda AMAT dihargai, biar tanpa hadiah yang besaq2 ke (hee..)..hmm, it's a matter of celebrating one of the biggest day in our lives..and tq for being a part of that ya!

BABY

010609 - Ibu start demam panas..Actually, dah plan dengan walid nak g scan baby hari ni..Jadi, alang2 g ambil ubat, kami trs scan baby, tgk mcm mana keadaan dia sebab ibu tak selesa sangat2 dengan perut yang rasa tak best..erm,setelah discan, rupa2nya, baby songsang, hmmm,patutla ibu senak..sampai nak jalan pun susah..hehe..walid pun tegur dengan senyum nakal dia bila gi pacific dengan family,'ni first time abang tengok ayang jalan macam orang mengandung betul2'... (sebab ibu jalan slow sangat, dok cover perut yang sakit time gerak.heh!) Almaklum, before this, jalan laju je, orang tengok pun seriau.hihi. in fact, hari kenduri, ibu aktif sangat, sampai kena tegur dengan walid, suruh duduk..hee, dah sakit, baru reti nak dok diam2..(uhuu~ i'm allergic to pain!)

Hari ni juga, ibu berjaya komplot tak-berapa-rahsia dengan mak untuk surprisekan walid, special untuk professional exam beliau..em, ni ha..sedap!! em, yang jadi tak bape rahsia tu, sebab mak yang dok pecah rahsia kat abah, depan walid pulak..haish! last minute pulak tu..geram walid dapat teka surprise dia..takpela..tunggu yang lain ye..nak cuba buat lagi =p em, malamnye, pakat2 makan RFC - Radix Fried Chicken, mak belanja..yay!! =) (maka, bergambarla ibu bersama family dengan muka yang amat tak sihat sekali.

020609-030609 - Dah plan macam2 aktiviti bersama walid, tapi tak dapat buat sebab demam tanak lega..sebetulnya, kat Kedah memang tengah musim demam.Doc pun selesema, time kami g ambil ubat.Right after kenduri, rumah jadi macam rumah sakit je, semua 'collapse', tinggal mak je yang sihat..hee, mak cakap sebab mak dok minum alpha lipid (promosi percuma), sebab tu imun..Nasib baik walid pun tak jadi join demam (mana tak demam, ibu dok asik batuk kat walid.hehe) sebab kena paksa minum alpha lipid dengan jayanya (hee, takleh ingat muka walid berkerut tahan rasa tak lalu minum susu, mesti rasa nak gelak jahat sgt)

Erm, dear abang, kita makan piza lain kalila ye...=) (sbnrnya, ibu yang nak makan.heh!)

040609 - Alhamdulillah. demam makin ok, perut pun dah ok..sebab walid dok pujuk baby,suruh dok betul2..2 hari woo ambil masa pujuk dia =p Tq baby for ur full cooperation ya! Sayang kamu sangat8..Bertolak ke rumah pak uda dan bermalam di Kuala Kangsar, sebagai permulaan perjalanan untuk kenduri Ampang.

050609 - Bermalam di Putrajaya, rumah walid sekarang. Sempat shopping kat Alamanda, untuk cukupkan barang2, sebagai persediaan ke Ampang
WALID
060609 - Kenduri Ampang , Desa Dato' Mufti, Kampung Bukit Sungai Putih

[Bersama kawan2 medic]

[Bersama rombongan pengantin perempuan yang ramai]
Alhamdulillah, bertemu dengan lebih ramai kawan di sini, berbanding di Alor Star..Terima kasih banyak2 atas kesudian meraikan dan memeriahkan majlis =) Em, sampai pukul 5pm pun ada lg yang datang..
Sungguh, kami terharu atas kesudian anda bertandang.. =) Waktu inilah kita mengenali kawan yang sebenar2 sahabat, sanggup datang jauh2, sampai tersesat,even masing2 busy dengan tanggungjawab yang lain. U R MUCH APPRECIATED dear frenz! tak tersebutla nama2, yg pasti, anda tahu siapa anda, kan? =)
Untuk hadiah yang diberi, trm kasih juga..hee, ada juga buah tangan untuk baby, even dia belum keluar pun lagi..Tq Namie untuk hadiah baby buggy! yang lain2 pun, trm ksh..Walau tanpa hadiah, kami ingin anda tahu bahawa kehadiran anda memberi makna dalam satu episod besar hidup kami ni..Kami doakan kejayaan anda untuk jodoh yang kekal hingga Negeri Abadi =)

Erm...Alhamdulillah, we are officially tied now..tq ALLAH! (wink!)

p/s: maaf tak dapat upload banyak gambar.internet slow sangat