Friday, January 21, 2011

Keciknya Damia'

Salam.

{Ini bukan untuk orang tertentu. Justifikasi untuk semua, harapan kami berdua}

Alhamdulillah,sekejap saja masa dirasakan berlalu,sekarang usia Damia' sudah mencapai satu tahun setengah ^_^ Setengah tahun je lagi untuk Damia' celebrate birthday yang kedua, insyaALLAH.

Hari ni, ibu takde kelas sebelah pagi, hanya sebelah petang je. Kebetulan Damia' dah berumur satu tahun setengah, walid ingatkan ibu untuk bawa Damia' g klinik untuk suntikan terakhir..

Bila sampai klinik, hampir sejam tunggu sebelum kene cucuk, sebab jururawat cari buku rekod Damia'.Tak jumpa2.Rupa2nya, rekodnya dah 'ditutup'. kononnya kami ni 'defaulter' (kes tercicir). Jururawat cakap, dah setahun setengah ibu tak g follow up, padahal, baru je ke sana untuk suntikan 2nd last Damia' (-_-)

Bila dah panggil jururawat lagi satu, baru jumpa. Rupa2nya buku Damia'  diletakkan kat rak special. Untuk kes 'kekurangan zat makanan'(KZM)

Hmm, Damia' ni kecil kan? Kalau perasan, dari dulu macam sama je saiz badan dia. Kecil bagai budak tak sampai setahun lagi..Kalau keluar, RAMAI sangat yang tegur, kadang2 terasa kononnya kami kurang peka terhadap hal pemakanan Damia' (-_-). Tapi, hakikatnya, dia makan banyak! Erm, kadang2, ibu pun tertunggu2 pertambahan berat dia tau..

Perkara ni memang PERNAH suata masa dahulu mengganggu fikiran. Yela, takut sangat Damia' ni tak 'catch up' seperti budak2 lain. Kawan2 kulliyyah dietetics juga ada yang menyuarakan kebimbangan, risau kalau2 Damia' ni kes Failure To Thrive (significant interruption in the expected rate of growth during early childhood. Tak reti translate ke Bahasa Melayu takut salah). 

Kami pernah merasa keadaan berat Damia' yang statik. Dari usia 7 - 11 bulan, beratnya cuma 6-6.5kg.Sedih kan? =( Sedih, dan pelik kenapa tanak naik2 berat dia. Macam kurang sihat. Lalu doktor syorkan minum susu rumusan khas Pediasure untuk tambah berat badan. Selalunya, berat bayi akan naik lepas minum susu ni.
Walau suatu masa dahulu doktor dah cakap pun yang Damia' ni bukan FTT, tapi kata2 kawan2 yang bagi ibu lebih berpengetahuan (compared to me yang belajar pasal ubaaaaaaaaaaat je memanjang), tambah pula bila usaha menaikkan berat dengan minum susu Pediasure turut kurang menampakkan kesan. Dah hampir setengah tahun guna, tapi badan Damia' tak 'berketul2' pun macam baby lain lepas ambil Pediasure =( Dah tu, ibu makin yakin Damia' ni FTT.

Sudahnya, temujanji dibuat dengan doktor pakar. Setelah diperiksa, doktor sekali lagi mengesahkan Damia' ni bukan FTT. FTT,bukan saja terganggu dari segi fizikal, tapi aspek mental dan sosial juga turut terganggu, kata doktor. Kes Damia' ni,  kes poor weight gain..

Lama ibu consult dengan doktor. Biar terkeluar habis semua persoalan yang bermain2 kat fikiran. Doktor pula dengan yakin menerangkan :

Satu, fakta bahawa Damia ni lahir dengan berat 800gm cuma dulu, tak boleh dipandang sepi. Tak adillah nak 'paksa' dia membesar seperti yang lain. 

Dua, berat badan susah naik sebab selesema atau demam yang menjengah kadang2 mengganggu selera makan dia. Dia tak naik berat bukan sebab masalah FTT, tapi sebab sistem imun yang terganggu turut sama ganggu proses naik berat.

Tiga, dia sangat aktif, walau tak banyak cakap. Almaklum budak kecil yang tengah nak 'explore' dunia ALLAH, kadang2 didahulukan main melebihi makan. Nasib baik bukan jenis kena pegang hanger, baru nak makan. Hanya perlu 'act' macam makanan yang ada depan mata tu sebagai 'sangat sedap!', dia akan makan.Alhamdulillah.

Empat, Damia' mewarisi genetik ibu dan walid yang kecil2, slim2 belaka..jadi, kalau dibandingkan antara kami, saiznya normal. Jika dibandingkan dengan yang lain, sudah tentu dia ni nampak kecil.

Lima, doktor cakap yang penting bukan berat sahaja, yang paling penting sihat. Bagi bayi seperti ni, dia akan start membesar apabila mencecah 3-4 tahun.

Alhamdulillah, puas dengar justifikasi dari doktor..Sebenarnya, semua fakta yang doktor bagitau, ibu dah tahu dah, cuma belum hadam betul. Kadang2 'terganggu' bila ada yang mempersoalkan kenapa berat Damia' tak naik. Kenapa masih macam dulu..Kadang2 juga, walid turut rasa tempias rasa 'terganggu' ibu. Kesian walid, tadah je telinga.Bila turn walid, ibu pula tadah telinga.. =p

Lepas jumpa doktor, keyakinan ibu terus bertambah dari hampir kosong terus kepada 65%. Semangat datang balik untuk teruskan usaha mencuba naikkan badan Damia'.Balik2 je, terus beli sirap multivitamin Appeton with Lysine, untuk tambah selera makan Damia' ^_^

Setelah hampir 2 bulan, berdebar2 nak timbang berat Damia' semula tadi.

Guess what?

It's 7.3kg....and i'm impressed! ^_^

Alhamdulillah, sangat memberangsangkan, selepas asyik melihat kepada berat yang sama sejak dulu (around 6-6.8kg). Ibu doa, moga Damia' tumbuh membesar dengan sihat sejahtera..tambah lagi sikit....'demok-demok' dan 'berketul2' juga. Ameen =)

Yang penting, ingat kata2 Stuart Little selalu, 'Walaupun saya kecil, tapi hati saya besar' ^_^

p/s: Ibu harap semua pakat akur la ye dengan justifikasi ni. Kita bagi masa sikit dekat Damia' ye =)