Friday, September 30, 2011

Tips Perkahwinan buat yang plan nak nikah, akan bernikah, telah bernikah dan sudah berkeluarga.. ^_^

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

p/s: Dinda, masih belum terlambat kan kita nak apply petua2 ustaz azhar idrus ni... =) Love u!!

Thursday, September 29, 2011

High Quality Replica Watch

Salam.

Siapa nak beli jam replika yang berkualiti tinggi ni, boleh msg 013-4062336 ^_^

Hanya tinggal satu
Harga : RM75 sahaja (Including postage)

Monday, September 26, 2011

Out patient Department

Salam.

Semalam, hari pertama ibu night shift. Masuk kerja pukul 11pm. Balik pukul 7am. Tapi tadi sampai rumah pukul 9am..Terus zzzzzzzzzzzzz =) Erm, hari ni walid dan Damia' je yang ke sekolah. Japgi, ibu g ambil lah kat hospital nun. Ibu 'off ' hari ni..

Alhamdulillah, permukiman di bahagian OPD(Out Patient Department) fasa 1 sudah berakhir. Erm, kat bahagian OPD ni, ada 3 fasa. Fasa 1, di Farmasi Makmur(FM) dan fasa 2 di Farmasi Klinik Pakar(FKP). Then, ulang lagi sekali kat FKP nanti.

Sepanjang kat FM, ibu belajar cara screening prescription, filling ubat dan akhirnya dispense ubat. Banyak juga lah kaunseling yang dibuat, terutama pasal ubat antibiotik, anti-asthmatics dan ubat kencing manis.

KAUNSELING
Secara amnya, ni adalah beberapa tips untuk ubat2 yang biasa digunakan.

1. ANTIBIOTIK - untuk 'bunuh' bakteria (kuman).
- Tablet/ Kapsul   : Selalunya kena makan antibiotik untuk 5-7 hari. Ubat biji, pharmacist akan kira bagi cukup2. So, kena habiskan. Kalau tak habiskan, bimbang nanti bakteria jadi kebal. Kena pakai ubat yang lagi kuat pula nanti. 

- Sirap/Suspension  : Makan hingga beberapa hari sahaja, seperti yang ditentukan doktor. Lepas dari hari tu, kalau ada baki, buang je. sebab dos dah cukup. Ni selalunya untuk pesakit2 cilik/muda lah. Depa kan susah nak telan ubat biji.

2. UBAT ASMA
-Selalunya, ubat asma ni, melibatkan penggunaan inhaler lah. Ubat sedut tu. Ubat sedut ada 2 jenis yang selalunya dipakai:
a) Warna coklat (Budesonide) : Ni ubat untuk maintenance. Nak bagi salur pernafasan sentiasa ok. So, ubat ni memang kena sedut setiap hari. Semput ke tak, kena sedut, nak maintain bagi ok.
b) Warna biru (Salbutamol)     : Ni ubat untuk kelegaan cepat. Pakai waktu kena serangan asma. Kira untuk fast relief lah. Yang ni, guna bila perlu sahaja (bila dapat serangan akut).

3. UBAT KENCING MANIS
- Ubat kencing manis, selalunya kaunsel pasal teknik pakai insulin pen lah. Panjang ceritanya. Boleh rujuk sini. Selalunya, orang anggap, kalau guna insulin, tu maksudnya kencing manis dah teruk. Orang ramai kadang2 skeptikal sikit. sebenarnya, penggunaan insulin lagi bagus untuk jangka masa panjang, sebab dia membantu menjaga si pankreas yang dok hasilkan insulin tu. Tapi, ramai yang takut sebab fikir, insulin tu kena inject. Sakit. Ubat biji, senang, telan je..

CARA HIDUP VS. UBAT
- Penyakit asma, kencing manis(diabetes), darah tinggi, tergolong dalam penyakit kronik. Maksudnya, dia tak boleh disembuhkan (setakat ni lah ye, merujuk kepada perubatan moden), tapi boleh dikawal. Untuk kawal sakit2 ni, sebenarnya cara hidup memainkan peranan yang amat besar berbanding tahap 'akur' dengan pengambilan ubat2an. Ye, kalau ambil ubat 'rigid' macam mana pun, tapi makan taknak jaga, nak riadhah pun malas, memang susahla. Makanan lah yang menjadi penyebab selalunya, bak sabda Nabi yang lebih kurang bermaksud, 'Banyak penyakit tu datang dari perut'. ALLAH pun dah ingatkan kita dengan firmannya dalam surah Al- A'raf, ayat 31 yang bermaksud :

"Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebihan, sesungguhnya ALLAH SWT tidak suka orang yang berlebih-lebihan. "

Ok. Cukuplah kaunseling sikit2. Benda basic je dulu..

NON-JUDGMENTAL

Baik, nak cerita, dok kat FM ni, fokus ubat-ubatan yang diberikan adalah untuk pesakit yang baru keluar wad (discharged patient), pesakit psikiatri (bahasa kasar : ubat orang gila), dan juga anti-retroviral drug (ubat untuk orang yang ada HIV/AIDS).

Duduk di sini, ajar ibu supaya tak jadi judgemental. Yap, dulu dok kat U, bila pensyarah tanya, apa ciri2 kita sebagai pharmacist, maka salah satu jawapan yang keluar adalah 'being non-judgemental'. Maksudnya, tak menilai pesakit lah. 

Contoh 1 : Dia ni datang nak ambil ubat yang HIV patient dok ambil, maka kita pun dok bayangkan yang dia ni dulu suka suntik2 lengan, kongsi2 jarum, tukar2 pasangan dalam seks bebas, 'liar'..tanpa kita ketahui pun, apa yang berlaku sebenarnya. Hakikatnya, hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu.

Contoh 2 : Dia datang nak ambil ubat terkawal, DD (Dangerous drug). DD ni, bukan semua orang pakai. Special case je.Ubat tidur tu, termasuk dalam DD. Ok, katakan dia datang nak ambil ubat tidur/ penenang, maka kita pun dok bayang dia ni, ada depresi, tekanan, gila (GILA,definitely, is a very strong word tau).. Tanpa tahu, pesakit ni sebenarnya memerlukan ubat tidur untuk sebab yang lain.

Contoh 3 : Doktor bagi ubat untuk anak dia, yang termasuk dalam kategori 'ubat psikiatri'. Maka, dia taknak bagi anak dia makan, sebab tu 'ubat untuk orang gila'.Ya, memang tu ubat yang orang gila selalu makan, tapi tak semua yang makan tu, gila. Erm, kadang2 blur juga nak terangkan pun..

Jadi, jangan dok sibuk2 lah nak fikir bukan2. Tengok ALLAH, Dia pandang taqwa kita je. Lagi satu, ALLAH pandang usaha, bukan hasil, macam manusia pandang. Ye, ni pun kadang2 buat ibu geram. Kalau fail exam, cakap tak cukup usaha lah, banyak mainlah,padahal hanya tuan badan je yang tahu, betapa pulunnya dia untuk lulus exam..pastu mula lah kita nak labelkan orang sebagai lembap, lampi, bodoh, payah bulih..etc..

Atau, kalau ada orang yang lebih berjaya, mulalah kita nak cakap, nasib dia lebih baik, padahal kita taktau, betapa pulunnya dia untuk dapat kejayaan tu..kan?

Atau, ahli pharmacist yang baru macam ibu (PRP), buat salah sikit, terus di 'mark', padahal we're still adapting ourselves into clinical (practical) setting. Konfirmlah lain dengan teori yang belajar selama 4 tahun di U. 

Jadi, let's try stopping ourselves from being judgemental then. Jom, layan buah tangan ibu untuk semua, mari belajar bersyukur dan menerima semua orang seadanya - fibromyalgia : true story & Aku HIV positif (true story)

P/s : 
Teringat Ustazah cakap, 'Keredhaan manusia itu tinggi, susah untuk digapai.  Maka, cari sahaja redha ALLAH. Dialah Yang Paling Maha Adil dalam menilai kita ' ^__^

Wednesday, September 14, 2011

Projek Khas

Salam.

Hari ni dah masuk hari ke-3 Damia' kurang sihat. ALLAH izin, 2-3 hari lepas, asyik hujan saja, jadi tempias hujan tu menyebabkan damia' demam. Bila demam, kesian ibu tengok dia. Tak laraaat sangat. Selera makan pun berkurang. Dahla kurus, sedih ibu tengok. Lemah je, kejap2 nangis sebab tak selesa. Ada sekali tu, ibu dan walid tengah solat, dia nangis lama sangat,tiba2 senyap. Habis solat, kami jenguk, rupa2nya tertidur dalam dok nangis tu =(

Jadi, ibu ada projek khas untuk tarik perhatian dia..Semalam ada jamuan raya pihak hospital anjurkan, tapi since ibu puasa, ibu jalan kaki sat g beli barang2 keperluan kat Kuantan Parade. Ibu harap, projek ibu ni mampu tambah selera Damia'..Ibu tahu Damia' pasti suka..

Balik kerja, solat, rehat sat,terus masuk dapur untuk setelkan hal projek. Lucu juga, bila azan, ibu berbuka puasa dengan sebelah tangan makan, bersilih ganti dengan teruskan projek  =p Nasib baik, semalam ibu takyah masak, walid cakap beli je sebab balik kerja dah lambat..letih oh, tapi, demi anak, ibu tak kisah.. =)

Pulun punya pulun, dalam pukul 9pm siaplah projek ibu..Tadaaa..!! =) 

Kek chocolate moist

Pulun beli coklat, bubuh banyak2 nak bagi Damia' berkenan sikit =p Topping pun buh banyak2, sampai meleleh, jatuh habis coklat yang kat tepi. Heh!

Oh, kek ni merekah bila masak.. Jadi, buruk sikit..but, who cares =p Bila dah siap, terus simpan dalam peti sejuk, makan bila sejuk, sedap sikit..

Pagi tadi, dalam dok kelam kabut nak g kerja, sempat ibu bagi kat dia, bersama sedikit bekal ke sekolah..sekali suap je, takde respon. Senyap je..

Tapi kan, bila nak ambil Damia' tadi, 'teacher' dia bagitau, dia makan habis kek tu ^___^ Taknak share dengan sape pun, even teacher dia mintak sikit..This, surely made me smile widely. Alhamdulillah, pandai damia' appreciate ibu ye =) Makan juga akhirnya. Alhamdulillah,misi berjaya !

p/s: Cepat sembuh sayang. Ibu tak tahan tengok Damia' bila tak sihat tau. Cepat2 sihat, aktif macam biasa. I like it that way, dear. The USUAL you ^_^ Ibu tunggu ye...

Demam Day 1
Macam was-was je nak makan yogurt muffin. Hanya beberapa suap, sebab takde selera

Sunday, September 11, 2011

Adik Damia'

Salam.

Damia' sekarang ni, sikit2 'adik'. Sikit2 'adik'... Bukan takat ibu dan walid je yang tertunggu2, damia' pun rupanya nak teman bermain sekarang. Almaklum, dah besar, dah boleh jadi kakak =)

Ingat lagi, ada satu waktu dia beriya2 minta ibu bukakan semula baju2 lama sewaktu dia kecil dulu, simpan dalam bekas khas. Bila buka je, dengan excitedya dia cakap, 'Waaa, baby pungaaaa(punya)!!' Padahal, tu semua baju2 dia =p

Hari ni, kami keluar ke kedai sat. Ada masuk kedai pakaian, tiba2 dia nampak baju kecil2, terus Damia' cakap,'ibu, baju adik..' Senyum je kami berdua, sebab baju tu, saiz badan damia'. Hee, konon perasan diri sendiri besar sangatlah tu =)

Disebabkan damia' dah tak sabar2 lagi nak ada adik baru, habis semua teddy bear yang dia ada, dia buat macam adik dia. Perkara yang paling Damia' suka buat kat 'adik' adalah pakaikan pampers..

Bebear 
'bebear, pakai pampers. Nanti tecin (kencing) '
Macam ni. Dok diam2. 
Ok. Tutup pulak.. 
Ibu, tolong.. Tak lekat! 
Okay, lagi sebelah pulak 
Eh, terbukak pulak 
Kita betulkan balik ye..
Ha, ok dah. 
Du du du~ (Nyanyi lagu sambil tepuk2) 
Eh, bebear biyak(berak)..? 
Bukan la..Saaaaayang bebear. Mmuah!

P/S :
Ni lah yang terjadi bila ibu dan walid sibuk. Walid dengan tugasan presentation, ibu dengan tugasan case write up yang masih belum siap..Hai, nasib baik lah ada kawan bermain ye Damia' =) Punyalah dia leka, sampaikan ibu berhenti untuk tangkap gambar tengok keletah dia. Damia'. Damia'. Mesti jadi kakak yang penyayang ye nanti =). Ameen

Wednesday, September 7, 2011

The Granted Wish

Salam.

Lama tak menulis. Waktu raya dok pi mai p mai, tak sempat update blog.

30/8/2011
Hari raya pertama dan kedua, di Ampang. Raya ketiga ke rumah saudara mara/kawan di Perak (on the way back to Kedah, singgah merata). Bertolak pukul 12tgh hari dari Ampang, pukul 12.30pagi baru sampai rumah! Raya ke-4 dan ke-5 kat Kedah, yang mana fokusnya adalah rumah kawan2 dan saudara mara. Balik rumah sendiri untuk tidur sahaja. Lepas tu, 4/9 dah balik Kuantan semula. Letih tapi seronok =)

Dengan darling walid yang ada rambut baru. He claimed himself as Zakuan adha =p

Husband, Daughter, In-Laws & I =)

4/9/2011
Ketika dalam perjalanan, waktu tu kat Kuala Kubu Bharu, tengah nak ready naik Genting untuk sampai cepat ke Kuantan,dapat panggilan dari seseorang. Seseorang yang dirindui selalu. I didn't recognize you at first, good friend, only to realize later that you're someone i've been always waiting for. Murshida Mustafa Kamil ^_^

Murshida. Ya,nama ini sangat bermaksud bagiku, hinggakan selalu saja suamiku berasa jeles dengan dirinya. Masakan tidak, asik2, SHIDA. SHIDA. SHIDA... Waktu awal2 kahwin dulu lah, sekarang tak dah =p 

Mengimbau kembali pertemuan kami di DQ. Kami tidak rapat di sana, walau kedua2nya berasal dari negeri yang sama. Hanya sewaktu penghujung permukiman di DQ, barulah agak kenal2 sedikit. Tu pun, sebab si dia suka sangat pinjam handset Samsung C100 tu, untuk dengar lagu (I'm a die-hard-fan samsung! ) yang ringtonenya best, as compared to other available handsets that time.

Kemudian, masa berlalu begitu sahaja, tiada saling call/ mesej, follow-up, update cerita masing2 pun,tiada apa-apa, hingga kami dipertemukan semula di Pusat Matrikulasi PJ sebagai kawan sebilik. Maka bermulalah cerita, episod suka-duka bersama selama 2 tahun di sana.

Setelah tamat matrikulasi, aku menerima perkhabaran yang mengejutkan bahawa beliau akan berhenti belajar di UIA, dan akan menyambung pengajian di universiti lain. Erm, hilang kawan yang amat baik/ yang amat memberi makna agak menyakitkan, namun demi sebuah impian, kurelakan kau pergi.Chewah! =p Jujur, dialah satu2nya kawan yang amat aku kagumi, amat aku kasihi, amat aku sayang, amat banyak aku ada 'sharing moments'..Dia mengajarku banyak hal tentang hidup. Dialah sahabat yang aku sanjung tinggi budi pekerti diri.Aku belum pernah jumpa insan semurni pekerti dirinya, hinggakan usia 2 tahun perkenalan singkat kami, sudah cukup untuk dirinya meninggalkan impak maksima buatku. Sungguh! Aku belum puas berkawan dengannya Tuhan....

Di kampus Kuantan, aku sudah semakin sibuk dengan kuliah yang amat padat jadualnya, manakala dirinya pula bertungkus lumus untuk persediaan ke Universiti, dalam bidang yang diinginkan. Alhamdulillah! Masa berlalu, aku masih dengan UIAku, manakala dia dengan universiti barunya. Tiada apa yang berbeza, hingga saat menerima perkhabaran tentang perkahwinannya.

Dalam terkejut tergempar, sempat juga sekalung tahniah diucapkan, sempat juga hadir ke majlis beliau, sebelum aku pula yang menuruti langkahnya tidak lama selepas itu. Entah, 'terkenan' kot =p Dia kahwin awal tahun, aku kahwin akhir tahun ^__^

Masa berlalu lagi, kami menerima perkhabaran tentang 'berita gembira' yang ditunggu2 oleh pasangan berkahwin, hadiah dari ALLAH - anak =) Aku juga menerima hadiah yang sama tidak lama selepas perkahwinanku. Sama sepertinya, aku juga mahu permata hati, pengikat kasih sayang sewaktu dalam tempoh pengajian, cuma bezanya, dia berani, aku agak penakut =p

Masa terus-terusan berlalu, hingga usia anak masing2 meningkat..Aku sangat menunggu untuk detik waktu pertemuan semula sebenarnya. Aku belum puas berkawan dengan dia hakikatnya, hingga aku sering saja ternanti2 detik yang punya kebarangkalian tinggi untuk bertemu. 

Beberapa kali merancang, tapi masih belum diizinkan ALLAH, hingga tarikh 4/9/2011. Selepas dok asyik berbalas SMS, masing2 berdoa dengan sangat agar dapat bertemu. Punyalah suamiku drive tak berhenti, demi isterinya ini, walaupun sebenarnya dia letih amat, minggu cuti raya tu kami 'berjalan' merata. Terima kasih sayang!

KUANTAN
Kuantan menjadi saksi pertemuan kami. Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke rumah selepas maghrib. Punyalah dia dan suaminya sanggup tunggu kami balik, semata2 kerana ingin meluangkan masa bersama, hatta sedetik pun tak mengapa. 

ALLAH, cantik sungguh perancanganNya. Kebetulan, keluarga mertuanya datang ke Pahang kerana ada urusan, urusan selesai selepas asar, maka  mereka menunggu dan berehat sejenak sebelum datang ke rumah kami.

Malamnya, masa di'habiskan' dengan mencari kedai makan (sebab banyak tokey kedai masih dalam mood raya), sebelum akhirnya ke restoran mamak Taj saja. Baru je plan nak bawa ke kedai faveret kami, tapi tutup..Makan sambil sembang2, update cerita masing2, dalam kalut2 melayan anak yang tengah membesar (baca : pandai meragam)....ah, so sweet! ^__^

Balik makan, hanya mampu tersenyum keletihan. Kedua2nya pun sama. Melalui perjalanan hampir 10 jam yang memenatkan dari rumah. Tidur dengan lena sambil sekali sekala tersenyum bahagia (Aku lah tu =p ).

5/9/2011
Pagi2 esoknya, aku sibuk bersiap ke tempat kerja, suami sibuk juga kerana ini hari pertamanya memulakan persekolahan sebagai pelajar tahun akhir, Damia' juga sama. Mahu ke sekolah. Mereka pula bersiap2 untuk pulang awal, untuk mengelakkan trafik jam.

Dalam kalut-kalut, sempat juga tangkap gambar untuk kenangan. Thank you ALLAH for this short-but-significant moment. Alhamdulillah, puas!! ^_^

Ibu . Mama = F.R.I.E.N.D.S =)
Right before going to work. Pintu kereta terbuka, sebab baru letak Damia' yang sedang lena tidur. 
Walid. Papa ^_^ 
The cheeky girl - Batrisya Balqis
Baru bangun tidur, cakap dengan dia nak tangkap gambar, terus dia duduk dan buat 'peace'.
 Mama dia tegur,'posing ye..?'
Damia' Rujhaa yang baru bangun, ready nak ke sekolah =)

p/s: 
Please pray for me, Murshida. I want to be like you. The CURRENT you. You know what i mean ^_^ Good luck and best wishes from us here!