Thursday, March 31, 2011

Freedom by Maher Zain (Official Video)

salam semua..

ingat lagi pasal lagu baru Maher Zain?? kat SINI... Awakening Record baru je release Official video utk lagu Freedom tersebut...better...and sedap...=)

and walid dah convert ke Mp3.. blh la download =)

nak lebih lagi??
klik gambar2 kat bawah ni..

Wednesday, March 30, 2011

Hari ni sangat bermakna

Salam.

Tadi lepas balik dari UIA, kakngah tiba2 call..

Dari jauh dengar suara macam sebak, pastu teringat

'Hari ni result pro exam kakngah keluar..'

Angkat telefon, bagi salam, dan terus cakap,
'Lulus eh?'

Dia cakap,
'Lulus'

^___________^

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH! This is SO MEANINGFUL to us. Kakngah la graduan pertama, sebab kakngah matrik KKM. Kalau UIA, matrik 2 thn..

The doctor of the family is here, and so does the pharmacist, insyaALLAH..

I'm making my way...to 'final' final exam yang akan bermula esok..

Plz do pray for me! ^_^

P/s:
1.Mak dan abah, ini untuk kamu!
2. Tiba2 walid dok komplen pasal UIA yang lambat grad. matrik 2 thn, pro lambat pulak.lg satu hal, thn depan intake bulan 9, bkn bulan 7 macam selalu.Lagiiila lambat nak kerja, eh walid? =p Sabar je la... =)

Monday, March 28, 2011

Solehah I

Salam.

Lama tak cerita pasal Damia',kan? Erm, ibu tengah nak start engin untuk final yang akan start hari Khamis ni. Walid pula, memang dah sedia dengan rutin dia.

Tengah study ni, tiba2 rasa nak upload gambar Damia'..

Damia' ni, SOLEHAH orangnya. Nak tau kenapa? Sebab dia memang suka tolong ringankan beban ibu/walid ^_^ Di suatu malam yang indah, dia pun memulakan operasi solehah dia, dengan turut join ibu lipat kain. Damia' memang, pantang...semua nak join =p

SOLEHAH I - LIPAT BAJU
Assalamualaikum semua. Hari ni Damia' nak tolong ibu lipat baju. Macam selalu ^_^  
Erm, mana satu nak ambil ni ye? 
Cari, cari, cari...!
Ha, jumpa dah! 
Damia' lipat baju Mia je ibu ye. Baju ibu dan walid, ibu lipatlah. Besaq sangat =p 
Eh, ni kot mana nak lipat ni?? 
Ehem, macam fokus kat benda lain pulak tu
Berhenti tiba2, siap bersila lagi ni.. 
Bertepuk tangan pulak dah.. 
La, ni ke yang menarik perhatian Damia'.. (-_-)
Kesudahannya?

*

*

*

*

*

Err, take 5 ibu..nak tengok Barney& frens sat!
(Botol air + makanan takleh tinggal)

p/s: 
Bila lagu dah habis, dia ambil baju, gulung2 bagi kecik dan 'nah!', pas kat ibu suruh simpan. Ok, next ibu!

Saturday, March 26, 2011

Dato T and Anwar Conspiracy =p

p/s: komen anda?

VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK

VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.
Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.
Samada PAS, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.
Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi s.a.w
“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
video.jpg
- Gambar Hiasan
 Aib Peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.
Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.
Firman Allah(maksudnya):
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Bukan Bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza Dengan Kes Kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat.
Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).
Tidak Perlu Suruhanjaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan HisbahHisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf(menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.
Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).
Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…
Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
Bangkit Generasi Baru!
Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

Monday, March 21, 2011

Pulled elbow

salam 'alaik..lama tak tulis dalam blog nih.. hih...tgh2 nk tulis entri nih, rupanya2 ibu dah post dulu satu entry tentang kejayaan Wardina Saffiyah didik anak dia tentang solat.. but its ok...=)

walid nak cerita tentang satu perkara yang mungkin kite sebagai ibu bapa terlepas pandang.. tentang keselamatan anak2.. kebetulan pulak walid skrang nih tgh posting ortho.. jadinya ade perkara yang walid nak share kat cni..

Pulled Elbow???

ape benda Pulled Elbow ni?

Pulled elbow ni sangat common berlaku..dan walid dah beberapa kali jumpa kes Pulled elbow ni kat Clinic Ortho..

mungkin certain disease atau kemalangan tak dapat dielakkan.. contohnya tulang patah sbb kemalangan atau kes ketumbuhan/kanser dan sebagainya.. tetapi bg kes Pulled elbow ni, kita sebagai ibubapa perlu ambil perhatian agar ia tak berlaku.. So ape benda pulled elbow ni??

Pulled Elbow ni also known as Nursemaid's Elbow ataupun kadang2 dipanggil Babysitter elbow berlaku apabila sendi siku terkeluar dari tempat asalnya disebabkan ditarik atau disentap dgn kuat oleh seseorang dan ianya sgt kerap berlaku dikalangan anak2 kecil...

kerap juga walid terserempak ibu bapa bawak anak2 terutamanya yang baru nak pandai berjalan ni siar2 sekitar taman permainan...atau dimana.. dan bila nak angkat anak tersebut..lintas longkang ke, panjat tangga ke, angkat tangan budak tu keatas terus instead of dukung betul2 di bahagian ketiak..

perlu diketahui bahawa tulang2 dan sendi anak2 kecil ni belum develop sepenuhnya dan tak berapa kukuh.. jangan lah kita main sentap je anak2 nih..kadang2 mungkin kita rasa perbuatan kita tu tak mendatangkan mudarat..sebenarnya ya..ia memudaratkan... mungkin sekali dua tu tak nampak sgt..tp bila kerap sgt, mungkin berbahaya..

anak2 yang dapat Pulled Elbow ni biasanya kita dapati tangan nya nmpak lembik dan tak bermaya.. kalau berlaku pada dua2 belah tgn, kita akan dapati anak ni akan jadi pasif dan kurang menggunakan tgnnya.. kalau sebelah je, kita akan dapati anak ini akan mngelak dari menggunakan tangan tersebut.. kadang2 kita juga akan perasan siku anak kita tu bengkak sedikit dan anak2 ni jadi kerap menangis tanpa diketahui punca..

..dan tak pasal2 anak kita terpaksa ke hospital dan rawatannya hanyalah manual reduction..ohho...sakit tu... sedangkan perkara ini boleh dielak...

mungkin kita tak buat tp orang lain pulak yg buat..terutamanya pengasuh anak kita.. so pesan lah pada pengasuh agar tak amalkan perbuatan yg walid sebutkan tadi...

tu je kot yang nak share setakat ni... rasa bertanggungjawab nak share sbb kebanyakan ibubapa yang bawa anak dia ke klinik tak tahu yang perbuatan menarik tangan anak nih merbahaya..

--> jgn la buat anak macam ni..kesian kat budak tu..

p/sd: kadang2 walid pun TERtarik tangan Mia main papan gelongsor haritu... mujur takde pape yang berlaku..=p

Wardina Safiyyah cakap...

Salam.

Dalam membesarkan Damia' Rujhaa, kami kadangkala dihujani dengan pelbagai pertanyaan tentang cara membesarkan dia.

Contoh:
1. Awat kecik2 dah paksa pakai tudung..dia kecik lagi..
2. Kenapa pakai tudung, tapi pakai skirt/baju tenagn pendek? tak cukup tutup aurat tu..
3. Kenapa tak letak Damia' jauh2 waktu solat..? Nanti dia kacau dok lari sana sini atas sejadah.
4. Damia' kecik lagi..tak perlu strict sangat..ajar berdoa sebelum makanla, ajar solat kat sebelah, ajar dia tengok lagu2 nasyid..Relaks2 sudey..

Ok.

Ni jawapannya..Ibu copy paste dari Wardina Safiyyah tau..Inspired!

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

p/s: Marilah sama2 melentur buluh..bermula dari rebungnya ^__^

Tuesday, March 15, 2011

'Jika kamu orang2 yang berfikir '

Salam.

Sekarang kita digemparkan dengan tsunami dan gempa bumi di Jepun. Dan banyak pihak yang mucul memberi pelbagai respon. Ibu tak bercadang untuk memanjangkan hujah2 yang ada, cumanya ingin sekali mengajak semua memandang ini dari satu aspek lain.

Sebagai Muslim, kita memang tahu akan perkataan 'kiamat'. Sejak kecil lagi belajar, rukun iman ada enam. Yang kelima, BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT.

Sebenarnya, banyak hadis memberitahu tentang kiamat. Tak kurang, AL-Quran juga ada cerita tentang hari Kiamat..

Melihat kepada apa yang terjadi sekarang, sejujurnya timbul rasa gerun terhadap betapa hampirnya hari itu dengan kita semua.

Sedarkah anda tentang perubahan drastik Bumi kita? 

Lihat saja pada negara ni. 

Dah 4 tahun kat Kuantan yang terkenal pada setiap hujung tahun, akan menerima hujan lebat / musim tengkujuh. Tapi tahun ni, lebatnya melebihi biasa. Hatta sampai sekarang pun, cuaca masih tak menentu. Ada hari panas terik, ada hari hujan tak henti. Apakah ini?

Keluar sikit dari Malaysia, tak yah pergi jauh.Lihat saja pada Jepun. Tsunami dan gempa bumi yang melanda, bagai mengulangi kejadian tsunami acheh yang takkan luput dari ingatan. Tsunami tu jugalah yang mengubah sedikit geografi peta dunia sekarang. Adakah ALLAH sedang mengingatkan kita semula tentang kelalaian kita pada masa lalu? Bagai tak pernah belajar dari kesilapan.. 

Lihat saja pada dunia. Negara2 lain turut merasa tempias. Bezanya, mendapat liputan luas atau tidak saja. Hakikatnya, bumi yang tua ini sedang memuntahkan isinya..Dan ini adalah antara tanda2 kiamat makin hampir.Bumi ini sudah mahu 'pencen'.

Kejadian gempa bumi, gunung berapi, puting beliung, banjir, tsunami, hutan terbakar, iceberg makin mencair, tanah runtuh..isyarat apa ini?

ALLAH...

Ini baru satu bahagian.Belum lagi sentuh pasal gejala sosial yang sangat meruncing! 

Jika diperhatikan, penyakit ummat2 terdahulu, memang ada pada kita. buang anak, minum arak, clubbing (kaum Nabi Lut), hiburan yang melampau (tengoklah. Kecil2 lagi, anak2 sudah diajar menyanyi. Sipa ada pertandingan lagi!) gay, homoseksual, berzina..etc Yang terbaru, pakaian yang bagai bertelanjang, pakai tudung yang ada bonggol (obvious kot!)

ALLAH...

Makin diingat, makin gerun rasa di hati. Bukanlah banyak sangat amalan yang ada, entah ALLAH kira atau tak, juga tidak bersedia mana menghadapi saat itu yang makin hampir...tambahan lagi tidak tahu adakah diri ini akan tergolong dalam golongan yang ALLAH redhai...........

Namun, sedaya mungkin marilah kita kembali pada ALLAH. Bukankah ALLAH dah bagi hint, 'Sesungguhnya, agama yang berada di sisi ALLAH itu adalah ISLAM'...? (Surah Ali Imran 3:85)

Buat semua,

Marilah sama2 muhasabah diri.

Yang suka menipu, belajarlah cakap yang benar2 saja. Juga berhati2 dalam perbuatan. Orang  tak tahu tapi ALLAH tahu.

Yang suka melawak tak patut, buatlah bila perlu saja. Nabi kata, 'Jika kamu athu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dari ketawa'.

Yang cakapnya asyik menyakitkan hati orang, cuba2lah cakap 'slow2'. Kurangkan tahap 'laser'

Yang suka mengumpat/bergosip, tahanlah diri.Cakap bila perlu saja.

Yang auratnya masih kurang sempurna, tutuplah sebaik mungkin. Ini ALLAH punya arahan.Siapa kita untuk suka-suki pakai ketat2, tudung tak tutup dada, pakaian jarang, tudung ada bonggol..etc?

Yang dah sempurna aurat, istiqamahlah. Nabi suka.

Yang matanya suka kepada kefasikan, sudah2lah. Masa untuk bertaubat masih ada, sebelum ajal menjemput kita. Ajal pun, tak tau bila

Yang telinganya suka kepada hiburan yang melalaikan, kurang2kanlah. Cuba tune kepada alternatif yang ada.

Yang hatinya mudah berprasangka, jomlah fikir yang baik2 saja.

Yang langkahnya mudah saja ke arah kebinasaan, pelan-pelan atur jalan ke arah yang lebih baik.

Yang dok semangat couple, fikirkan masa depan betul2. Hidup ni, bukan ada dunia saja.
.
Yang bertunang tapi macam dah kahwin, cukup2lah kot. Simpan untuk kahwin nanti. Lepas kahwin datinglah puas2.

Yang dah kahwin, jagalah rumahtangga. Janagn goncang 'arasy! Bukan sedikit kes perceraian yang berlaku sekarang. Dulu, artis terkenal saja yang kita tahu bercerai, tapi sekarang saudara dan kawan sendiri juga tengah krisis

ALLAH...

Rasa nak menangis tulis entri ni. Ternyata diri ini kurang amat bersedia menuju Mu..Moga ruang untuk kita masih terbuka luas. 

Mohon dengan sangat, pandanglah kami, wahai ALLAH T__T

Berhati2lah kita, kerana sesungguhnya ALLAH telah berfirman, 

 (“Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggungjawabkan.”)
(QS. Al-Isra’ : 36)
P/s : Jika kamu orang yang berfikir, 'Atiqah

Tuesday, March 8, 2011

'Abang terharu...'

Salam.

Fuh, berjaya satu misi penting dalam hidup - Nak buat dan nak 'feel' buat suprise sewaktu birthday walid! ^____^

Misi 1 : Nak makan kat Sara Thai - walid tahu
Misi 2 : Nak tempah kek special untuk walid - walid tak tahu
Misi 3 : Nak ajak kawan2 walid datang sama2 time kami tengah makan - walid tak tahu.

Pada mulanya, ibu plan nak suprisekan walid dengan kek je. Kononnya time makan, tiba2 waiter datang bawa keluar kek. Lepas tu, ibu terfikir, apa salahnya ajak kawan2 walid sikit..Sebab ibu perasan lepas kahwin ni, walid memang mendahulukan family pun, berbanding kawan2 dia. Kadang2 kawan dia ajak main badminton pun, dia malas nak g, sebab dia kata, balik rumah, nak jumpa ibu dan Damia' dulu. Padahal, lepas tu dia pula semangat bawa kami jalan2 makan angin kat Taman Bandar =) (Tapi, ada juga kadang2, walid sendiri yang MALAS nak join =p)

Dalam aktiviti lain pun, walid akan cuba 'masukkan' ibu dan Damia' dalam plan dia. Waktu g rehlah batch walid ke A Famosa, walid sanggup je mandi 'tipu2', sebab nak ibu pun enjoy. Mula2 walid main dengan kawan2, pastu, datang kat ibu dan jaga Damia' pula. 

Banyak lagi contoh yang lain pun. Tapi takleh cakap banyak2, ibu taknak walid masuk neraka, sebab riak hasil dari pujian ibu =p

Ok. Nak tempah kek pun sebenarnya dah last minit, lagi 2 hari je..nasib baik kakak tu nak terima tempahan. Ibu bagitau nak tempah untuk birthday walid, kakak tu offer nak buat kek choc moist special..Erm, memang special!! sedap sangat. Kalau tak percaya, tanya kawan2 walid =)

Bila nak ambil kek, mencabar sikit. Yela, isteri kalau nak keluar, kena minta izin suami. Dah tu walid ni, jenis tanya spesifik  pula. Dah tu lagi, ibu ni sangat 'amatur' dalam bab berdalih ni. Tak yah tunggu lama, memang akan kantoi lah lepas tu =p Takpun, ibu yang akan 'serah diri'. Last2, cari kawan sorang, sebagai alasan untuk keluar sama2. Konon2 ada hal nak selesaikan. Padahal, kami g ambil kek dan terus buat reservation kat restoran.

Bila kat situ, baru terfikir nak ajak ramai2, mesej kawan walid sorang ni. Bagi ibu, the more, the merrier..Jadi, ibu buat keputusan nak ajak kawan2 satu 'Mr.Shuk' walid. Ibu ada 2 je nombor kawan walid, untuk kes kecemasan. Mula2, dia bagitau ada hal, ibu dah lemah semangat. 'ok. ALLAH taknak bagi ajak kawan2 kot'. Pastu tengok2 kawan walid ni pas kat kawan lain, carikan orang lain untuk datang. Tq!

Jadi, pada malam tu, kami g Sara Thai, nak jadi cerita, penuh, dengan satu table tertulis perkataan 'reserve' 

 Ibu      : (senyum)
Walid  : cane ni yang? Penuhla. Ada ke tempat..?
I          : Jap, ayang tanya dia..
W       : (Tengok2 keadaan sekeliling)
I       : (Pergi kaunter. Walid ikut dari belakang..). Saya 'Atiqah. Ada buat reservation pukul 8.30-9.00pm tadi..
W       : Reservation?
I         : (senyum kat walid)
W       : (Mula senyum..)Eh ayang, betul ke?
I         : Betul la ^_^
(Bergerak pergi ke meja yang ada 8 tempat duduk)
W      : Eh, ayang ajak sape lagi? ramainye..O, ni mesti geng2 as ni..
I         : (Senyum) Rahsia ^_^

Tuggu punya tunggu, lambat juga kawan2 walid datang. Jadi, kami order dulu..Rupa2nya sebab kuliah magrib habis lewat. Hee, patutnya, mereka yang awal. Ni tak, birthday boy yang tunggu pula. Tapi takpe je, hal solat kan. Lagipun, seronok juga tengok walid tertunggu2 tengok sape yang nak jenguk muka =p

Sempat lagi test wifi
 Damia', bila kawan walid nak sampai ni..Jom order dulu lah

Sementara tunggu makanan sampai, Damia' mula meragam, sebab dia tak sihat sangat. walid keluar bawa Damia' jalan2. Kebetulan tak lama lepas tu, kawan2 walid sampai. Jadi, ibu panggil walid masuk. Bila dah tengok mereka, walid senyum lebar je =) 

W  : Oh, dyorang ke. Ingatkan geng2 as...
I    :  (Senyum. Tak lama pastu ibu tanya) Abang expect tak?
W : Tak..
I    : Yes! (sambil buat gaya sikit)

Jadi, sesi makan2 pun berlangsung dengan cerita masing2.Update hal masing2..almaklum, tak semua posting sama. Makanan pun, macam2 ada, ikut selera masing2..

Ibu & walid
Menu wajib - Ikan siakap 3 rasa
Bila ada telur goreng, taulah nasi siapa kan?  --} Damia'
Bila dah dekat habis makan, ibu 'signal' kat waiter, minta keluarkan kek..Dan senyuman walid bertambah lebar =) Tak sangka kot. Lalu walid pun potonglah kek tu.
Kek ni sangat sedap! Kalah oreo cheesecake~
Walid nyanyi, 'ALLAH selamatkan aku' =p
Kami pada malam itu

Lebih kurang pukul 11pm, kami bersurai. Terima kasih tak terhingga ibu nak ucapkan kat :
1. Nur Salwani Rosely 
Terima kasih sebab sudi jadi 'alasan' untuk tikah keluar =) 

2. Haidar
Terima kasih sebab sudi panjangkan usaha, supaya dapat datangkan kawan2 ipin.

3. Faidhi
Terima kasih sudi kumpulkan semua bagi cukup

4. Helmi, Feroz, Yeh, Adam, Syafiq
Terima kasih sudi datang semata2 untuk makan sama2, cukupkan tempat.

Ibu berbesar hati sebenarnya atas usaha mereka untuk lengkapkan usaha ibu. Atas nama ukhwah, walaupun tak pernah bersembang sama2 (kecuali Salwani), namun kawan2 walid tak berkira untuk turut sama raikan walid. Terima kasih!

Untuk Damia', terima kasih juga. Walaupun Mia' tak sihat sangat, sampai tertidur keletihan, Damia' hanya meragam sikiiiit je. Selalu bagi peluang kat ibu dan walid. Tq sayang!

Untuk walid, 
'Apa yang kurasakan ini...persembahan untuk dirimu...'  ^_^

p/s: Sewaktu nak keluar dari restoran, tiba2 walid panggil dan cakap, 'Terima kasih ayang...abang terharu....'. Ibu pandang semula ke arah depan. Senyum lebar. Puas.

Saturday, March 5, 2011

Sanah Helwah, ya walid!

Salam.

Happy 24th birthday darling walid! 
^_^

Walid dalam posting orthopaedics sekarang ni. Erm, busy..busy..Selalu on-call, sibuk dengan case write up, sibuk dengan assignment tambahan (nak jadi doktor cemerlang, kan =p)..Yang kerja2 tu memang biasa, tapi bila ada on-call, masa walid kat rumah tak sebanyak dulu. Bila balik pun, ibu dan Damia' dah tidur. Bangun pagi2, dah sibuk nak gerak g hospital semula..

Hee, kadang2 bila walid serabut, ibu pun jadi serabut..Tapi takpe, sekejap je. Nak dapat ilmu, kenalah susah sikit =) Nanti dah pro, takpelah kan? Walid jangan risau ye. Kami MEMANG sokong walid. Belajar rajin2 tau! Ingat janji dengan ibu, sebelum kita kahwin..apa akan jadi dengan pelajaran kita selepas kahwin..
'...akan grad sebagai.....'  =) So, be tough!

P/s: Sem ni, kita tak sempat g makan kat Sara Thai lagi, kan?...Erm, do you mind..? ^__^

Tuesday, March 1, 2011

Freedom by Maher Zain (LIVE in KL)

Salam..baru2 ni tanggal 26 Februari 2011 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, Maher Zain telah membuat konsert solo besar2an beliau ; Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind..

sayang sgt tak dapat turut serta memeriahkan konsert tu yang katenya berjaya menarik hampir 7000 orang datang ke stadium tersebut.. dan dgr cerita jugak, dengan sempoinya dan tak berkira dgn peminat, Maher Zain sanggup menyanyikan beberapa lagu antaranya For the Rest of My Life sehingga 2 kali... waa...

dan yang paling meruntun jiwa bila dengar single terbaru dari beliau... Freedom.. lagu ni beliau sendiri cipta lebih kurang seminggu lebih sebelum tarikh konsert tersebut.... lirik dan melodi lagu ni sgt catchy.. menarik.. tp yang paling penting adalah lagu ini di dedicatekan khas buat pejuang2 pembebasan negara2 Asia Barat seperti Tunisia, Mesir dan Libya dari pemerintahan kuku besi dan zalim..

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

semoga dengan kehadiran lagu ini akan membakar semangat pejuang2 di sana untuk terus bertahan bagi menggulingkan pemimpin yang korup dan zalim tersebut.. juga buat pemuda-pemudi Malaysia... teruskan perjuangan kita.. walaupun landasan kita berbeza..tp matlamat kita sama... mencari redha Allah.. InshaAllah..

p/s: walid upload lagu ni versi mp3.. mungkin tak berapa kualiti la.. kita yang versi original dari Awakening Record k =)