Monday, August 8, 2011

Mengomel

Salam.

Sudah seminggu bekerja, sudah seminggu juga Ramadhan menjenguk kita semua..

FARMASI TDM
Macam yang ibu bagitau dalam post sebelum ni, tulah tempat kerja ibu untuk sebulan yang pertama di hospital ni. Jujur, yakin ALLAH faham situasi ibu, maka diberinya tugasan di unit yang tak memenatkan. Ya, unit TDM adalah satu unit yang tak perlu banyak bergerak ke sana ke mari, kadang2 ada ubat yang perlu dianalisis, kadang2 boleh jadi satu atau dua sampel sahaja sehari. Boleh duduk, tak yah berdiri lama macam unit lain.

Di unit ni, selalunya 'drug analysis' akan dilakukan untuk setiap sampel ubat yang dihantar. Ha, selalunya untuk orang yang ambil ubat Theophylline, Gentamycin, Vancomycin, Phenytoin ke, penting untuk tau paras ubat dalam darah, supaya tak lebih atau kurang dari tahap berkesan sesuatu ubat tu.  Ni antara ubat2 yang sangat penting ntuk dianalisis parasnya. Kalau kurang, bahaya, kalau terlebih, lagi bahaya!

Pagi2 bila dapat sampel ubat, terus akan buat analisis. Lepas tu dapat keputusan paras ubat dalam darah pesakit, maka rekomendasi akan dibuat. Kalau tak cukup dos, dicadangkan kepada doktor untuk tambah. Kalau terlebih, di cadangkan supaya 'tangguh' dahulu pengambilan dos seterusnya, sehinggalah mencapai paras ok.

Lepas kira2 dibuat(jika perlu untuk  tambah/kurang/tangguh dos), borang TDM yang dihantar bersama sampel tadi akan dihantar semula kepada pesakit untuk dijadikan rujukan.(Hantar borang je, sampel kan guna untuk analisis) Kalau banyak sangat ubat yang perlu diproses, tak sempat naik wad tengok pesakit, akan telefon bagitau doktor siap2 supaya tindakan pantas dapat diambil.

Sepanjang seminggu ni, masalahnya adalah ibu selalu blur untuk bagitau keputusan yang patut diambil. Yelah, equation yang belajar kat universiti berbeza dengan yang digunapakai oleh hospital, maka kadang2 tak dapat dinafikan, terpinga2 lah ibu =p pastu, ada juga kadang2 rakan PRP yang lain datang tolong ajar, tapi mereka juga turut dibetulkan oleh 'preceptor'. Well, the key is to master the tricks in TDM actually. Tak semua kiraan yang dibuat, boleh diaplikasikan kepada pesakit. bak kata 'preceptor', bila dah lama sikit, baru boleh 'baca', apa yang patut dibuat sebenarnya.Kena pandai baca 'pattern' masalah, dan cara mengatasinya. Ibu doa, moga ibu cepat2 belajar dan master 'tricks' in treating patient. Ameen

DAMIA' DI MANA
Memandangkan walid dah bagitau siap2 yang dia nak kerja part time sewaktu bulan puasa ni, sementara tunggu cuti semester yang akan berakhir pada awal september, makanya awal2 lagi dah plan sape yang nak jaga Damia' sepanjang ibu dan walid bekerja.

Survey sana, sini..akhirnya keputusan dibuat untuk hantar Damia' ke nurseri dalam hospital sahaja. Memandangkan nurseri tu dibuka 24 jam, 7 hari seminggu, makanya amat sesuailah Damia' di situ. Selain dekat dengan ibu, ia juga menepati jadual waktu kerja ibu yang bekerja extended hours ni. Ye, pharmacist sekarang bukan kerja office hour ye. Nanti dalam temuduga, kalau ditanya kenapa ambil Farmasi, bukan Medic, ha jangan dok bagi jawapan 'sebab pharmacist kerja office hour' lagi dah. Takde maknanya =p Sekarang, dah pakai sistem extended hours, dalam shift. Ada yang kerja 7am-4pm, 3pm-11pm dan night shift pun ada juga..So, be ready then =)

Pada hari pertama sekolah, Damia' rileks je, siap babai walid lagi sebab excited dengan persekitaran baru. Ceria je sekolah dia tu. Tapi, masuk hari ke-2 dan seterusnya, ibu yang hantar dia ke nurseri. Jadi, berlakulah episod jerit-menjerit ,'taknak, taknak!' ke arah 'teacher'nya, gara2 takmau p sekolah. Pagi2 jenuh pujuk, sampai je depan pintu sekolah, automatik start 'enjin' =p 

Poor you Damia'.. =( Makin besar, makin bijak, makin manja. Walid cakap, kena bagi 'adik' sebagai peneman dia time ibu walid sibuk sikit..Hmm, nak buat macam mana, ikutkan hati,tak harap orang lain jaga anak sendiri, kerana 'acuan' seorang ibu tak kan mungkin sama dengan 'acuan' yang lain...tapi tulah, ikut hati, mati..Jadi, kena rasionallah. Ibu doa ni, moga damia' cepat adapt ye dengan sekolah baru damia'.Ameen. Jangan dok teriak2 lagi, malulah! =p

KERJA WALID
Hari kedua ibu kerja, walid terus cari kerja lepas tolong ibu setelkan Damia dengan hal sekolahnya. Alhamdulillah, laju rezeki walid, dapat offer kerja kat kedai nasi ayam. Kerja dari pukul 12pm-8pm..Jadi, seronoklah walid. Yelah, kalau tak, walid cakap, dia akan mati kebosanan dok rumah sorang2 bila ibu kerja =p Sekarang, kami berjumpa pada waktu malam sahaja. Balik kerja, ibu ambil damia', pergi bazar (beli juadah sebab berbuka sorang je), dalam pukul 6.30pm-7pm sampailah rumah. Tunggu sat je untuk berbuka, lepas tu walid pun balik rumah. Lepas tu, keluar balik untuk terawih.

Insyaallah, hidup ni perjuangan.dan perjuangan tu, perlukan pengorbanan =) Ibu percaya walid, walid pun percaya ibu, insyaALLAH. Untuk masa depan yang gilang gemilang (chewah!), perlu bersakit2 dahulu, supaya dapat bersenang2 kemudian. Ameen

RAMADHAN
Bercakap pasal Ramadhan, ibu down sikit. Oh, Ramadhan kali ni agak mencabar juga dengan Damia' yang makin 'songeh'. Seingat ibu, baru sekali g solat terawih kat masjid. Pada malam pertama Ramadhan. Allah, hari tu jemaah ramai sangat kat masjid yang kami selalu g, sampai ke pintu tandas. Ibu dok belakang pintu tandas pun..

Damia' ni jenis yang tak boleh ramai2.Dia serabut. Apa lagi, memang dia tak bagi ibu solat langsung! Not even solat isyak =( Ibu bangun, dia tarik kain, ibu tak layan, dia jerit. Ah, tebal muka bila para jemaah yang lain kaleh muka tengok kami (-_-). Nasib baik, ada kehadiran baby foreigner yang tarik perhatian dia. Pada rakaat terawih yang ke-6, baru ibu dapat solat isyak, sebab dia ralit dengan baby tu.Sudahnya, ibu habis terawih lambat sikit, hingga walid dok tertunggu2 kat luar.

Hari ke-2, tak ikut jemaah kat masjid.

Hari ke-3, ibu punyalah siap awal, semata2 nak ambil tempat yang lebih selesa. Dapat tempat yang selesa, Damia' dok tersengih2 sat, bila azan isyak berkumandang, ibu ready nak solat, lalu terdengar Damia' tarik kain dan cakap, '...bu...balik.'. Allah, nak balik pulak dah! Punyalah dia nak balik sungguh2, sedangkan jemaah mula mengambil tempat di saf masing2, makanya ibu pun beralah, keluar dari ruang solat, bila dia start 'enjin'.. (-_-). Bila dah reda sikit, ibu cuba masuk lagi, tapi dia takmau juga berganjak dengan pendirian. Dok nak balik. Ibu ajak solat dia cakap, 'anak (taknak)'..sedih betoi! =( Kesimpulannya, malam tu tak solat langsung. Balik rumah baru solat. Ibu merajuk, tak cakap dengan Damia' sampai tido. Huh! =p

Lepas pada hari tu, dah tak berani nak g masjid dah. Terutamanya, bila teringat mata2 jemaah lain yang memandang ke arah ibu dan Damia'. Rasa macam nak sorok muka dalam badan, macam kura2..I was,like, 'Hey, after all, she's still a kid lah. Don't gimme that look..Like u dun have one'. haha. Jahat kan? Tapi ibu fahamlah. Bila Damia' berbunyi, depa tak khusyuk..Tu yang tak jadi nak g masjid tu.. How i wish they provide a special place for mom+baby..Kate nak biasakan kids dengan rumah ALLAH kan..jadi kenapa kehadiran mereka tak dialu2kan..? Hmm..

Setiap hari dok fikir cane nak handle masalah ni. Ingat nak g masjid negeri sebab ruangnya lebih besar, tapi memikirkan hari tu kena tegur sebab bawa Damia' masuk dalam masjid, walid jadi malas pula. Lagipun, masjid negeri jauh sikit dari rumah. kena mujahadah sikit kalau nak g. Ibu pun baru teringat, ada sign kat masjid yang bgaitau, tak boleh bawa kanak2 kurang dari 5 tahun ke ruang solat. huu, pastu nak solat kat mana then? (-_-)..

Hari ni, kami ingat dah jumpa solusinya sewaktu berbuka tadi. Walid cakap, kita g solat pukul 9.30pm. Time jemaah dah start keluar sebab dah habis solat 8 rakaat. Time tu, dah tak ramai orang. Jadi, mungkin Damia' lebih selesa. Yela, ibu nak juga merasa 'ruh' solat di masjid ramai2, tapi malangnya hari ni damia' demam. Jadi, mungkin plan ni akan disambung bila dia dah sihat nanti..

Ha, sape yang baca entri ni, wajib doakan tau. Moga kita sama2 menjadikan bulan ini bulan yang dimanfaatkan. Banyak pahala ALLAH offer ni, lebih dari jualan mega raya =) Cuma, tak nampak pahala tu jatuh, macam duit jatuh dari langit *kaching!*Jadi, sama2lah kita ye. Moga dipermudahkan segala urusan..Doakan kami. Terima kasih ^__^