Saturday, August 13, 2011

PCM Poisoning

Salam.

Salah satu isu bila berada dalam TDM unit, adalah analisis level ubat PCM. PCM ni selalu dikaitkan dengan salah guna sehingga menyebabkan kesan toksik. Kes PCM ni selalu datang waktu malam di hospital. Hmm,pernah dengar pasal ni? Meh sini nak cerita sikit.. Kena ambil tahu, ini penting! 

APA ITU PCM?
PCM ni singkatan nama untuk ubat Paracetamol@ Acetaminophen (Amerika panggil nama ni) @ Panadol. Sebenarnya, Panadol tu, nama brand company yang keluarkan ubat tu, tapi mungkin sebab dah terbiasa, ramai orang akan ke kedai Farmasi dan minta ubat Panadol.

Macam Pampers, sebenarnya ia adalah lampin pakai buang (disposable diapers), tapi sebab dah biasa, semua orang cakap pampers. Macam juga Colgate, tu nama brand, yang sebetulnya adalah ubat gigi. Tapi kadang2 sebab malas, semua kita bantai pakai colgate.. =p Pendek kata, Panadol tu sebenarnya ada ubat Paracetamol dalam dia. Nak pendek lagi, panggil PCM.

Ha, cuba try g kedai farmasi dan minta PCM, boleh jadi dia keluarkan semua produk yang ada, dengan nama brand yang lain. Bukan panadol je yang ada. Jadi, bolehlah pilih ikut kemampuan ye.Erm, jangan risau semuanya berkesan, memberi efek yang sama juga. Kalau tak berkesan, pengeluaran ubat tu takkan dibenarkan =) 

PCM UNTUK APA?
Ok. PCM ni ubat yang paling selamat di dunia. Dia ada dua ciri utama : penahan sakit & anti-demam. Jadi, kalau sakit sikit2(eg : sakit belakang, sakit tengkuk, sakit kepala, period pain) atau demam yang biasa2, bolehla ambil ubat ni. 

MASALAH
Masalahnya, walaupun PCM ni diiktiraf sebagai ubat yang paling selamat, tapi PCM ni jugalah punca utama keracunan di seluruh dunia. Punca utama orang bunuh diri. Ye, gaduh ngan pakwe/makwe sikit2, telan panadol 20 biji, berpuluh2 biji. Ada masalah sikit, telan panadol.Stres sikit, bantai lagi. Adoi.. Selalunya orang yang cuba nak bunuh diri dengan cara telan Panadol ni, lebih kepada para-suicide action. Maksudnya, sekadar nak tarik perhatian je, bukan nak bunuh diri sangat pun..Entah2 dia turut berharap sempat diselamatkan.. =p

Tapi..

Ye, tapi..

Awak ingat awak telan berpuluh2 biji tu takde efek pape ke, kononnya tu ubat paling selamat di dunia..? Oh, salah sungguh la kalau fikir macam tu cik2 adik oi (Yang belum cukup matang, yang nak perhatian, yang masih tak kenal diri, yang masih mencari diri..)

PCM hanya selamat dimakan, maksimum 8 biji sahaja sehari (4g). Sila ambil perhatian. Lebih daripada tu, memanglah menempah maut.  

ANTIDOTE
Untuk masalah keracunan PCM, ada antidot tersendiri - N-acetylcysteine (NAC). NAC akan diberi untuk nyahtoksik PCM yang terlebih dos tu.  NAC ni diberi secara IV (kena inject) dan ada 3 fasa. Mestilah tak best kalau gitu kan? Untuk kesan toksik PCM, walaupun sekadar luaran nampak ok, hanya rasa loya, pening kepala, muntah, sakit badan, pucat, berpeluh2, pengsan, tapi sebenarnya kerosakan hati (liver) akut boleh berlaku.

Tau apa fungsi hati? 

Hati organ yang SANGAT penting untuk badan. Segala 'chemical reaction', dia yang tolong handle. Banyak sangat fungsi dia. Antaranya :

1- Proses nutrien dari makanan
- Lepas kita makan, bahan2 tu akan diproses menjadi tenaga. supaya kita boleh buat kerja, gerak sana sini dengan mudah. Segala proses metabolisma karbohidrat, lipid dam asid amino, dia yang uruskan.
- Simpan gula (glucose) dalam bentuk glikogen. Jadi, kadar gula dalam darah boleh dikawal. Penting! terutama untuk orang yang ada kencing manis. Kena jaga paras gula dalam darah.
- Simpan vitamin dan garam mineral tertentu.

2. Menghasilkan hempedu
- Hempedu yang tersimpan dalam pundi hempedu, penting untuk sistem penghadaman.

3. Menghasilkan protein
- Oh, kita memang tak boleh hidup tanpa protein tau. Dalam badan, banyak sangat protein, dan stoknya perlu ada selalu supaya perjalanan sistem badan tak terganggu.  Contoh, hati menghasilkan faktor2 pembekuan darah. Kalau takde faktor, darah lambat berhenti kalau luka. Kan bahaya? 

4. Menyahtoksik darah.
- Kalau kita ambil ubat, dia akan masuk ke salur darah dalam badan, sebelum memberi kesan kepada badan. Tapi, sebelum pape, darah yang ada ubat tu akan ke hati dahulu. Di situ, hati lah yang nyahtoksik ubat, supaya ia tak membahayakan kita. 

Ha, banyak lagi. Malas nak taip. Banyak fungsi hati ni. Kalau rosak, habislah kita, kan?

ISLAMIC INPUT
Jadi, kenalah jaga hati baik2. Diri kita ni, amanah dari ALLAH tau. Esok2, ALLAH tanya apa yang kita buat
dengan diri kita, Jadi, jangalah seksa badan =) Memanglah sel2 hati boleh tumbuh semula, tapi bayangkan macam cermin yang pecah, kita sambung balik dengan salotep, takkan sama dah kan? Tak efektif mana dah.. Nak suluh muka sendiri pun tak best. Maka jadila ia cermin yang kurang menarik fungsinya.

Jadi, bila ada masalah, janganlah cepat nak menghukum diri. ALLAH tak suka. Dahla seksa diri,kalau mati betul2, memang konfirm tak bau syurga. ALLAH, nak dapat syurga pun susah, inikan pula hanya sekadar bau..

Ingatlah, ALLAH pesan dalam Quran, 

Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa". (Al-Hijr :56)

Ibrahim berkata, 'Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-Nya, kecuali orang-orang yang sesat'." (Al-Hijr: 56).

Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar : Ayat 53)

KESIMPULAN
Ibu tulis ni sebab kes keracunan yang datang setakat ni, dari Melayu Muslim. Allah, geram pun ada. Kalau dah tak nak fikir orang lain sangat, fikirlah diri sendiri tu. Sayang diri sendiri. Nak buat apa2, fikir dulu. Allah tak zalim untuk cipta kita dan biarkan kita kat dunia ni macam tu je. Allah ada selalu, insyaALLAH.

Renung2kan, dan selamat beramal! ^__^ 