Thursday, November 7, 2013

Cutest Baby Photo Contest

Salam.

Bulan puasa lepas, kawan sekerja ibu ada bagitau ada kedai menjual barangan bayi dekat juga dengan rumah buat pertandingan Cutest baby photo contest. Alah, yang tangkap gambar comel comel tu, lepas tu masuk pertandingan, lepas tu tunggu berdebar-debar dapat call, untuk bagitau jadi pemenang pertandingan =p

Ibu tak pernah terfikir langsung nak masuk ( seumur hidup takde impian nak bertanding2 macam ni =p), tapi entah kenapa tergerak hati nak tangkap gambar comel anak-anak untuk buat kenangan.. =) Kawan ibu cakap, beli apa-apa barangan bayi kat kedai tu, kemudian bayar rm30 untuk dapat 3 keping gambar.

Wednesday, October 30, 2013

Ihtifal Day

Salam.

Hari Sabtu lepas, Ihtifal Day sekolah Damia'. Ihtifal Day tu, macam hari kecemerlangan sekolah lah. Kat Dewan MBAS, tingkat 7, City Plaza.

Kat Kedah ( terutama Alor Setar ), tak banyak pilihan sekolah/nurseri yang menekankan pembelajaran agama ( sudah tentu swasta la =p). Jadi awal, tahun hari tu sebelum ibu bersalin, sempatlah daftarkan Damia' di An-Najah. Rasanya, orang Alor Setar memang maklum lah pasal sekolah ni.

Saturday, October 26, 2013

Bismillah...

Salam. 

Setiap kali nak ambil feel menulis semula setelah lama tingal blog, mesti ibu try 'make up' blog dulu. Walaupun dh lama tinggal blog tanpa apa2 update, masih ada yang perasan perihal ibu block sekejap blog utk hal 'make up' nih =p Huu, sorry girls tak dapat baca blog (takde update papepun =p) Dulu bolehla. Sekejap ja, dah boleh jadi cantik. Sekarang, mahu 2 minggu juga ambil masa. Kata pun, mom of two =p

Semenjak ada 2 orang anak ni, hidup jadi lebih 'penuh'. Ha, macam ni rasanya! Rumah sentiasa kelam kabut. 'Ceria' hidup! =p

Thursday, June 20, 2013

Who Am I?

Salam.

(This is a personal experience-based entry)

Who am I?
I'm A Pharmacist.
(Baca nada macam 'I'm Spiderman..' =p)

Dah hampir setahun ibu kerja kat unit farmasi pesakit luar ( outpatient department- OPD), tapi ibu perhatikan kebanyakan orang yang datang ambil ubat, tak kenal pun kami ni siapa.. Kebanyakan masa, kami  dipanggil 'misi' (jururawat) ataupun doktor (sebab pakai white coat,kot?)

Friday, June 7, 2013

Pigeon Peristaltic PLUS : Berjaya! ^__^

Salam.

Kita sambung cerita pasal direct feeding to bottle feeding =) Alhamdulillah, Darwisy mahu minum susu guna botol Pigeon Peristaltic PLUS.

Sebelum tu nak cerita, kenapa namanya Peristaltic? Sebelum ni, banyak je produk yang pigeon keluarkan. Tapi sekarang ada satu siri keluaran baru nipple peristaltic, hasil teknologi baru jenama ni. Jadi, apa kelebihannya?

a) Super - stretchable
- Puting ni kenyal. Kalau kita 'study' cara bayi menyusu, sebenarnya ini kelebihan ketara puting peristaltic. Bila menyusu, lidah bayi bergerak secara peristalsis ( Pergerakan lidah bayi secara 'berombak' ke depan dan belakang untuk hisap susu ibu). Jadi, puting ni dicipta untuk disesuaikan dengan pergerakan lidah bayi semasa menyusu.

Direct feeding to bottle feeding : A PERSONAL review

Salam.

....Maka tamatlah riwayat cuti bersalin 3 bulan pada 2 Jun baru2 ni... =)

Alhamdulillah minggu ni dah kembali bekerja semula di farmasi. Alhamdulillah juga, Darwisy yang ditinggalkan bersama maktok (buat sementara waktu) tak banyak meragam. Harap maktok dan makcik2 yang jaga Darwisy tak serik lah =p

Erm, salah satu cabaran yang dihadapi oleh ibu sebelum memulakan kerja adalah membiasakan diri darwisy dengan botol susu. Disebabkan Darwisy ada rezeki minum susu ibu (alhamdulillah, tq ALLAH!), maka bila dah nak masuk usia 3 bulan, mestilah dia dah 'kenal' yang ORI vs TIRUAN, kan?

Wednesday, May 29, 2013

Once Upon A Time In... NOT Shanghai =p

Salam.

Saje letak macam tajuk filem =p hehe.

Lama tak menulis. Ada saja masa buka blog, tapi tak berapa ada masa untuk duduk depan laptop dan update semua cerita. Sekarang dah hampir jam 12am, semua pun dah tidur, jadi ibu ambil kesempatan untuk coret sedikit kenangan di sini (walaupun ibu pun dah pening2 lalat sekarang =p)

Alkisahnya, ibu dah lama mengidam nak ke Cameron Highland (CH) sebab nak makan strawberi dan rasa udara segar ( Almaklum cuaca sekarang panas kering juga, kan?). Tapi sebab utama, ibu nak g pasar malam Brinchang. Kalau baca blog tentang CH, mesti cerita pasal pasar malam ni. Macam best je ibu rasa =) Dari waktu ibu mengandung lagi dok minta kat walid, dok cadang macam2 plan A, B, C..etc, asyik kena reject,dok merajuk sampai entah ke berapa kali dah ( merajuk sayang, ofkos =p), akhirnya ALLAH rezekikan kami sampai ke sana pada 26hb Mei lepas. Seminggu sebelum ibu masuk kerja semula =)

Sunday, April 14, 2013

Lai , lai lai !

Salam.

We're letting go our Sweet Cherry Travel System, friends! =)

Items : Stroller (SCR 6) + carrier (SCR 7)

Colour : Blue

Condition : Used. 9/10 tip top condition (Only have minor scratch at SCR 7 'handle'. Stroller never been used, coz used SCR 7 mostly). 

Price : Current market price ( stroller : RM 654, carrier :RM239)
Let go price : RM650 for BOTH ^_^

Reason to let go: Upgrade to new travel system

COD : Alor Setar area only

* This item is not for fussy buyer.
* Adapter is provided.

Tq!

SCR 7 on SCR 6

SCR 6

SCR 6

SCR 7

SCR 7 (minor scratch only, as seen)

SCR 7

Availability : Call/SMS 013-4062336

Update : SOLD!

Saturday, March 30, 2013

Majlis Aqiqah

Salam.

Lama betul menyepi. Hari tu kerap update sebab walid dapat cuti 7 hari. Jadi, sempatlah nak update cerita. Sekarang, walid dah start balik kerja, tinggal ibu je dengan Kakak Damia' dan Darwisy.. Hmm, still in adaptation period..walaupun dah nak sebulan dah. Hello, hidup sepanjang masa dengan 2 anak kecil tak mudah okay =p

Nilah budak kecik yang bagi ibu hadiah 'eye bag' dengan konsepnya, 'siang mengantuk, malam berjaga'. Hehe. Sebelum ni walau stress kerja macam mana pun, takdelah sampai ada eye bag. Hebat eh penangan seorang bayi kecil =p

Yelah. Dulu kakak Mia' duduk kat NICU hampir 2 bulan. By the time balik rumah, dia dah besar dan dah ada pattern tidur. Darwisy? Masih lagi dok bereksperimen mencari pattern tidur yang bermanfaat untuk kedua-dua ibu dan baby. Cepat2la baby ye, make sure bila ibu dah mula kerja nanti, semua dah teratur.Ameen =)

Ok.

Alhamdulillah, ada rezeki lebih dapat buat sedikit majlis aqiqah untuk Darwisy pada 26 Mac 2013 hari tu. Nasib baik ada maktok dengan wan. Semua mudah diselesaikan. Kambing beli kat mana?, Khemah sewa mana? Nak makan lauk apa? Nak tempah dengan sape? bla bla bla... Ibu dan walid hanya sediakan rumah sewa.kad jemputan dan duit sahaja =)

Rupa kad jemputan yang simple. 
Asalkan cukup maklumat pasal majlis,kan?

Sejak baby belum lahir, ibu dah plan nak pakai apa waktu majlis. Kuat berangan ibu nih! =p Mula2 nak pakai tema ungu. Dah beli kain pasang pun, tapi tak sempat nak buat. Jadi, tukar kepada tema lain seminggu sebelum majlis.

Akhirnya, tema family kecil yang dipilih - merah hitam. Sebab Darwisy pakai tuxedo =p Hee, dengar macam gah, tapi it's a baby ROMPER actually! Ibu punya survey lama bukan main, cari sana sini, last2 jumpa juga kat sini.
Like a boss eh? =)

Kebetulan walid dah ada baju kemeja. Ibu pun dah ada jubah berbutang (senang nak menyusu) guna waktu AGD walid dulu, Damia' pula dapat hadiah mokde pos dari Ireland. Malas dah nak keluar membeli belah, tambah2 nila nak kena keluar ramai2 sekarang.

Cumanya, walid putuskan nak pakai jersey merah je sebab tak tahan panas pada hari kejadian (Alasan orang malas tukar baju bila dah buat kerja macam2 =p)

Sepatutnya walid pakai baju ni, macam waktu celebrate birthday Damia' dulu

Erm,. majlis aqiqah ni takdelah meriah mana.Cukuplah sekadar meraikan Darwisy mengikut sunnah Nabi  dan tetamu je. Jadi memang simple. Takde marhaban dan upacara berendoi. Cukur dan tahnik pun dah buat. Ada tahlil je sat sebelum majlis bermula.. Jadi, bila tiba hari tu, hanya 'display' Darwisy kat tetamu sahaja. Makanya, kami pilih letak dia dalam Blossom farm Sit Me Up Cosy .

Gambara penuh tuan besar pada hari tersebut.
Blossom Farm Sit Me Up Cosy beli dari sini.

Zoom set pakaian Darwisy.
Beli booties&mittens sehari sebelum majlis, selepas balik check up hospital.

Our Darling little Ds ^__^

Majlis yang bermula pada pukul 12pm sepatutnya dah habis pukul 4pm. Tapi ada juga tetamu yang datang sikit2 je lagi. Jadi, dapatlah tetamu yang akhir2 merasa bawa balik makanan. Masuk je pukul 4pm, ibu dah tak larat sangat dah. Dari pagi dok rasa tak sihat, last2 memang kena makan panadol, terus tidur. Orang datang, Darwisy je yang dibawa keluar, ibu nya selamat dah berehat =p

Alhamdulillah, terima kasih semua yang sudi datang ye. Daripada kaum-kerabat hinggalah sahabat handai hinggalah kenalan mak abah semua. Terima kasih atas kesudian memenuhi jemputan. Terima kasih juga bagi    duit dan hadiah kat Darwisy. Esoknya, walid terus buka akaun Darwisy. Moga2 nanti makcik pakcik semua dapat pahala juga bila Darwisy dapat ke Mekah. Ameen =)

Ha, ni gambar family kami yang paling baru =)

Ibu. Darwisy. Damia'. Walid

Friday, March 15, 2013

Orang kata, Ad hoc!

Salam.

Sekejap je, dah nak masuk 2 minggu Darwisy lahir ke dunia. Bersempena dengan 7 hari kelahirannya, Darwisy telah selamat dicukur kepala oleh walid. Juga ditahnikkan. Alhamdulillah.

Alkisahnya, ibu tak ingat pun hari ketujuh Darwisy. Kan Darwisy lahir hari selasa. Ingatkan hari selasa minggu depannya tu lah hari ketujuh. Tapi, sebenarnya hari Isnin tu dah cukup 7 hari, sebab hari selasa tu sendiri dah kira hari pertama.

Kebetulan ada sorang kawan yang lahirkan anak dia pada hari tersebut juga, tengok2 dia upload gambar anaknya yang dah siap bercukur kat Facebook. Terkejut ibu! =p Jadi, terus adakan proses bercukur adhoc.

Mujurlah walid kerja sampai 5pm je hari Isnin. Jadi, balik je, walid terus cukurkan Darwisy. Walid pun terlupa juga sebenarnya =p Mujur wan tolong cari doa-doa dan adab2 bercukur yang berkaitan. Wan cakap, alang2 cukur, tahnik terus lah. Jadi, walid pun terus buatkan selepas proses cukur rambut bayi.

Ni kali pertama kami cukur rambut bayi. Waktu Damia' dulu, tak dapat cukur sebab Damia' kat NICU hampir 2 bulan. Mujurlah baby tak menangis. Tidur nyenyak, ALLAH mudahkan urusan. Rasa sangat excited sebab dapat amalkan satu sunnah Nabi. Alhamdulillah.

Walaupun dah berlalu, ibu saja nak letak gambar, untuk kenang-kenangan nanti =)

Kakak Damia' tangkap gambar dengan Darwisy, sebelum proses bercukur.

Sebelah kanan dah selesai. Yay!
Sebelah atas kepala pula =)

Erm, lama juga walid nak habis cukurkan rambut Darwisy. Almaklum, tak biasa buat kan? Walid cakap, letih juga, tak padan dengan rambut sikit =p Dah dekat maghrib, baru nak siap. Jadi, walid g solat. Ibu siapkan Darwisy.. 

Hasilnya.... TADAAAAA! 
I've got new look, people!
Handsome eyh? *wink!*

Monday, March 11, 2013

Officially Registered

Salam.

Sejak hari baby lahir, ibu dan walid dapat BANYAAAAAAk sangat cadangan nama untuk baby. Semuanya nama yang bagus2 sekali maksudnya. Alhamdulillah. Terima kasih atas cadangan =)

Jujur.

Walid dan ibu tak fikir sangat pasal nama 'fancy' untuk baby. Ibu, memang suka sangat nama Darwisy. Dah lama simpan nama ni sejak sebelum kahwin lagi. Malah, nama asal blog ni juga adalah 'Diari Darwisy', sebelum ditukar kepada Diari Damia' (bila dapat anak sulung perempuan).

Walid pula, takde suka nama2 tertentu. Bila dah kahwin, ibu bagitau walid, ibu sukaaaaa sangat nama Darwisy.Maksudnya, yang warak/ahli sufi. Harap baby yang bakal lahir nanti jadi seorang yang berilmu, beriman, beramal dengan agama sehabis baik. Harapannya, biar lah dia mampu jadi imam soleh dan musleh., sepadan dengan namanya.(Sebab tu walid letak nama 'Diari Darwisy' mula-mula tu, walid pun suka  ^_^).

Jadi, bila baby dah lahir..banyak sangat cadangan nama yang 'mengancam', sedap2 belaka..lagiilah tergugat nak pilih nama untuk baby. Semua pun ada 'reason' yang bagus, kenapa nak nama baby,macam ni, atau macam tu. Last2, kami jadi 'keliru' dan tergugat.. =p

Banyak juga konflik yang timbul, tambah2 bila tau lepas ni tak pasti lagi dapat baby lelaki atau perempuan..Secara peribadi, ibu suka nama yang ringkas. Tak panjang berjela sampai nak tulis nama atau nak panggil pun susah. Almaklum, walidnya pun dah punya nama panjang. 3 patah perkataan gitu =p Walid pula, tak kisah, tapi kurang gemar satu patah perkataan nama je (Sebab tu la,nama  kakaknya punya 2 patah perkataan).

Dalam dok fikir2 tu, satu hari maktok bawa balik buku 'Al-Ustaz' edisi no.9, fokus kepada hukum hakam kehamilan & kelahiran. Allah, punya banyak hal yang dibincangkan menjadi 'pencerahan berganda' kepada kami. Dari sekecil2 hal hingga sebesar2 hal tentang kehamilan & kelahiran.

Apa yang menarik, ada persoalan tentang pemberian nama kepada bayi yang baru lahir. 'Kena' pula dengan kami yang dok tercari2 nama terbaik untuk anak.

Ibu nak kongsi sikit tentang hal ni.. =) 

Para ulama' ada menggariskan panduan dalam memberikan nama terbaik untuk anak-anak. Syeikh Muhammad Soleh al-Munajid menyatakan, ada 5 martabat dalam memilih nama terbaik untuk anak :

Martabat 1 :
Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya : ' Sebaik-baik nama di sisi ALLAH ialah 'Abdullah dan Abdul Rahman.' (Riwayat Muslim)

Martabat 2 :
Semua nama yang dinisbahkan kepada nama-nama ALLAH yang mulia seperti Abdul Aziz, Abdul Rahim, Abdussalam dan lain-lain lagi.

Martabat 3 :
-Nama terbaik, sudah tentu nama nabi kita Muhammad SAW. Antara nama lain baginda juga adalah Ahmad. 
- Kemudian diikuti dengan nama-nama Nabi 'Ulul Azmi (Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi Muhammad SAW).
- Kemudian diikuti dengan nama nabi-nabi dan rasul yang lain.

Martabat 4 :
-Nama2 para sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali.
-10 sahabat yang dijanjikan syurga seperti Abu Ubaidah, Talhah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas, Abdurrahman 'Auf.
- Termasuk juga dalam martabat ni adalah nama para isteri Rasulullah.
- Kemudian, insan2 soleh solehah seperti yang termaktub dalam sejarah agung Islam seperti Muhammad Al-Fateh, Solahuddin Al-Ayubi, Masyitah dan lain2 lagi.

Martabat 5 :
Semua nama baik yang mengandungi maksud yang baik untuk anak. 
Dinasihatkan agar merujuk kepada panduan daripada ulama/ orang soleh dalam memberi nama anak.

Jadi, bila dah baca ni, sudah tentulah timbul keinginan untuk namakan anak dengan martabat paling bagus,kan? =) Ibu cadangkan 'Abdullah Darwisy (Hamba ALLAH yang warak), walid lebih berkenan dengan nama Ahmad (Yang terpuji). Walid kata, memang nak nama baby dok kat bahagian 'depan/atas' dalam kelas nanti . Setelah berbincang sehabisnya, kami sepakat namakan anak lelaki ini dengan nama Ahmad Darwisy.
Simple yet meaningful, bak kata walid =)

Buat Darwisy,
Ibu dan walid dah usaha habis baik bagi nama terbaik untukmu. Moga saja kamu membesar sihat sejahtera, menjadi penyejuk mata kepada kami berdua,menjadi wali terbaik buat saudara perempuanmu,menjadi tiket syurga ibu dan walid di akhirat sana. Ameen. Kami akan cuba habis baik tunjukkan jalan menuju negara akhirat untuk anak2 semua, dengan berimamkan walid yang soleh ni, insyaAllah =)

Kakak Damia' dan Adik Darwisy

Harapan ibu, secara peribadi..tolong kami untuk tambah nama kamu bagi panjang sikit lagi pada masa akan datang ye.. Ahmad Darwisy Al-Hafiz...Biiznillah. Ameen ^__^

baru bangun tidur
Dah nak tidur semula =)

Friday, March 8, 2013

Special delivery

Salam.
I've been safely brought to this beautiful world on 5th March 2013.
Ibu said i'm special coz i share same birth date as darling walid.
Walid said so too. He told me that i'm his best birthday gift..ever.
ALLAH's plan is beautiful,indeed ^__^
Alhamdulillah!

Fresh from 'oven' 
Oh, by the way,
Call me Darwisy (The Pious)

P/S : 
Kakak Damia' & I wanna be 'Qurratu a'yun' for both ibu&walid.
Do pray for us, ya!
Thank you ^__^

Monday, March 4, 2013

Silly talk with the doctor husband

Salam.

Ibu masih tak bersalin lagi ni..Plannya, nak mula bercuti bila dah bersalin, tapi kat tempat kerja, kawan2 dok suruh ambil cuti supaya bersedia nak bersalin. Erm, ibu malas cuti awal2 sebab nanti jadi manja dan jemu kononnya dok kat rumah tunggu apa pun taktau, tapi tak bersalin2 juga =p Kalau kat tempat kerja, tak sedar sangat kalau sakit sebab ghalit buat kerja..kononnya la =p

Tapi sekarang ni ibu dah kat rumah. Minggu lepas, kawan2 'paksa' minta cuti. Depa dah tak letak nama ibu dalam jadual dah.Jadi memikirkan yang ibu punya tarikh last adalah esok - 5hb3 (Selasa)..Ibu pun mintalah cuti rehat 2 hari (Ahad & Isnin). 

TAPI...

Sedih betul minggu lepas cek baby, doktor ni kata kalau tak bersalin juga, akan diberi tempoh lagi 7 hari extra. Dia bagi masa supaya sakit datang sendiri. Sebelum tu, doktor lain kata 5hb3 tu tarikh akhir dah. Walid pun dah minta 'reserve' cuti untuk dia siap2 dah. Jadual pun dah atur..Huu, ibu dah stress sebab kalau tak bersalin, kena pergi kerja balik la. Ibu bukan minta cuti bersalin awal pun ='(

Tapi tula, maktok kata, biar je la sakit tu datang sendiri. Takyah paksa2.Mungkin baby masih tak habis lagi perjanjian dengan ALLAH..Anak sulung la katakan..Tak biasa lagi.. (Anak sulung konon2, sebab hari tu Damia' lahir awal sangat..Jadi rahim masih tak 'biasa' dengan kondisi sekarang)

Erm, walid sekarang dah mula posting medical. Alhamdulillah dah selamat habiskan posting pertama - bahagian O&G (Bahagian wanita dan sakit puan). Sementelah walid bertugas kat situ, banyakla juga soalan2 ibu yang keluar dari mulut.

Yela, dulu masuk Labour Room(LR) dalam keadaan lemah. Jadi, tak sedar sangat apa yang berlaku. Bila dah lepas bersalin, ada sekali walid ajak masuk LR teman dia sambut baby, ibu tak berani sebab dengar orang jerit kuat sangat =p

Sekarang, memangla teringin sangat nak tau pasal hal2 macam ni, sebagai persediaan bersalin. Jadi selalu je tanya walid soalan2 BODOH.Hehe. Kesian walid kena jawab, sampai kadang2 dia senyum dan geleng kepala saja =p

Banyak yang ibu tanya, tapi tak ingat lah nak senaraikan semuanya kat sini. Ni, apa yang boleh dikongsi bersama :

1- SWASTA VS. KERAJAAN
a) Boleh tak orang kerja swasta, nak bersalin kat kerajaan?
    Boleh.
    Kalau takde buku merah(buku rekod perkembangan baby), boleh ke?
    Boleh je. Kerajaan ni, dia terima je semua. Kalau tak nak g mana lagi..?Haa..
    ..So, kalau takde buku merah..?
    Hentam saja la labu..! Hehe
    Kalau ada?
    Bagusla! =)

b) Boleh tak ayg nak bersalin kat swasta? Malu la nanti orang kenal. Staff hospital.
    Oh, itu abg tak galakkan..
    Kenapa? 
    Sebab dulu ayg ada komplikasi. Belum tentu swasta nak ambil risiko terima kes ayg. Lagipun, kalau jadi      
    pape, dyorang refer sini juga..
    Ye ke?
    Ye..Banyak je kes yang refer kat sini. Padahal, kes simple je. Contoh kes bleeding (tumpah darah). 
    Dia hantar mai sini juga, walaupun simple je nak manage hal tu. Swasta ni, kena jaga nama. 
    Jadi, kalau ada risiko pape, dia akan refer GH(general hospital). Yang penting, nama dia bersih, 
    sebab dia bisnes. Kena jaga nama.
    Ooooooooo  =p
    Ayg bersalin sini je la, okay? Sini lagi legkapla peralatan dan fasiliti dia..
    Okay.. =)

2- KEHADIRAN SUAMI
Suami boleh masuk tak LR?
Mestilah boleh.
..Ada tak yang taknak masuk..
Ada je
Sebab apa?
Entah. Takut pengsan kot
...Habis, isteri dia tak takut ke?
............
..Apalah..kalau dia takut, isteri dia lagi takut tau.Sebab isteri yang nak MERASA semua tu..Tempat lain boleh teman, tapi tempat paling penting, taknak masuk pulak..rugi betul!
....Abg teman ayg tak nanti?
Mestilah!
..Ayg takut?
Mestilah!
..Takpe, abg ada =)
^___^ (La la tu jugak rasa lega~)

3- PEMERIKSAAN VAGINA (VE)
VE tu memang kena buat ke?
Memangla. Dah nak bajet, bukaan banyak mana dah. Tengok tunggu lagi berapa lama.
Last2 cek up baby kat klinik, doktor cek ke? Kawan ayg ada yang kena.
Takdelah. Bukannye suka2 je nak buat. Bila perlu, baru buat.
So, nanti last cek up baby, doktor tak paksa la kan?
Takdelah~
O,okay..Janganla paksa. Tak perlu, takyah la kan? =)

4- PRIVASI
Malu la kalau bersalin ramai orang tengok~ Kalau doktor laki, lagi malu.
..Boleh request..
Tapi, kalau time tu doktor laki yang on-call?
Boleh request..Tapi tengok keadaan la. Kat O&G sini, tak ramai pun doktor laki. Selalunya doktor perempuan yang on-call.
..Habis, nanti kalau bersalin, semua HO datang ke?
Takdelah. Tambah2 kalau staf, dyorang dah faham. Takde yang masuk la..
..Ye ke..? Kawan ayg cakap, ramai je yang serbu.
Dyorang taktau kot. Ada je yang datang bersalin, berpurdah siap, nak ada privasi. So, kat bilik dia dah tulis siap2 'Not for man to enter'
...Habis ada orang masuk tak?
Takdela. Kalau masuk jugak,  bodoh la tu =p
..Erm, abg jaga ayg eh?
Haah Ye.
Janji?
Jangan risau, abg ada~ =)

5- ENEMA
Nanti sebelum bersalin nurse bagi enema eh?
Enema? Apa tu?
Ala, ubat yang nak 'clearkan' najis tu..
O, tak tau..Setakat ni takde pun..
Aik, ye ke?
Erm, tak semua tempat praktis benda tu. Kalau tak praktikal, nak bagi buat ape..?
Ooooo. Tapi kan, kalau time push baby, terkeluar najis cane?
Aloh, benda biasa la tu. Tak sedar pun kadang2..Kita tukar la lapik yang lain.
Habis, takleh makan la dah nak bersalin. Takut nanti terbe***?
Makan je untuk energy. Tapi janganla dekat2 nak bersalin pun dok pulun makan banyak lagi..
..Erm, tapi kan abg..Kalau TER juga, macam mana? Malu kot~
La, takde benda pun. Biasa sangat je benda tu. Abg pernah je sambut baby orang yang tengah cirit..
...Seryes?
Haah.
Habis tu?
..Tahan je la.. Nak buat cemana~

6- SAKIT
Abg, soalan fames. Sakit tak bersalin?
..Sakit..
Kesian tak?
..Kesian..
Tapi, nak buat cemana..memang kena rasa sakit supaya boleh push the baby out.
Ada tak orang yang taknak push?
Ada je.
Sebab apa?
Takut sakit ada.Tak reti push pun ada..Ada je abg jumpa mak yang anak ke-7, ke-8, taknak push sebab sakit. Tak reti push pun ada.
Pastu?
Abg marahla. Takkan tak reti2 lagi..?
Ala~ Nak buat cane. Tengah sakit. Semua benda tak kena.
..Habis tu..?
...Kena la push..Sakit tu memang confirm dah. Tapi kenala push..
..Tapi, sakit..
..Sakit tu, memang dah..Kesian kat baby. Dia bergantung kat mak dia tau. Nak jadi apa dengan dia, semua bergantung kat mak dia. Kalau taknak push, susahla..Nanti lemas, komplikasi lain lagi.Lagi banyak kerja nak buat.
Sebab tu, pahala bersalin ni, besar ganjaran. kalau mati, jadi syahid..Sebab tak mudah..tapi tak mustahil juga. Ramai je yang boleh buat, even yang baru anak sulung..
Erm..
Baby pun sakit juga sebenarnya.. Ingat senang ke nak keluar, nak jenguk dunia. Sempit tau. Kepala dia, muat2 je nak keluar..Baby lah yang paling bertawakkal, sebab dia terpaksa serahkan nasib kat ALLAH, kat usaha mak dia..Nak jadi apa pun, berserah je..

7- MENANGIS
Abg, mesti abg malu kalau ayg menagis sebab tak tahan sakit, kan? Nanti semua staf mengata kat abg..
..Takdelah..Menangis je..Biasa je tu
Biasa ke?
Dah tu...?
Menangis je..Jangan dok jerit2 dah la.Semua orang pun sakit
..Tapi pain threshold kita tak sama abg~
Yela, sebab tu abg cakap, nangis je..Yang penting, try habis baik, keluarkan baby dengan cepat.Okay? =)

8- TEMPOH SAKIT
Lama tak sakit nak bersalin?
Depends.. Kalau anak sulung, lama la sikit sebab rahim tak biasa lagi. Esok2 dah ramai anak, cepatla sebab rahim dah biasa. Jadi, bersalin lah banyak2,kerap2..Hehe =)
Berapa cm, yang akan masuk LR?
4-5cm..Dah kira active phase of labour la tu
Habis, brapa lama nak tunggu?
..1cm,sejam..
Lamanya! Buat apa je dok dalam LR tu?
Tunggu je la sampai masa dia~
..Bila dah masuk, akan masuk branula dan ambil CTG baby kan? Dahtu, susah la nak gerak~
Haah.
Kalau macam tu, nak g hospital bila bukaan 6-7cm lah. Masuk2 je, terus bersalin.Hehe. Senang..
Jangan mengada. Jadi pape kat baby, cane? Takyahla. Nanti jadi pape,lagi susah~ 
Ala~ u're being way too serious la abg. Semua pun nak ikut tu, ikut ni. Letak ubat la, letak air la..Nak paksa2 semua..
..Dah tu..mana boleh ambil mudah. O&G ni lain. Mak kritikal, baby pun kritikal. Kena monitor dua2. Apa2 keadaan, kita kalau boleh nak dua2 pun selamat akhirnya..Mana boleh main2 kalau macam tu~

9- ASSISTED DELIVERY
Doktor bagi masa banyak mana untuk keluarkan baby?
Tengok keadaan. Kalau baby dah start tak okay, dah ada fetal distress, mungkin perlu assist.
Buat ape?
Vakum atau forcep
Last resort?
Bedah.
Ala~ Taknak bedah lagi dah..
Erm, kena cuba keluarkan baby cepat2 la. Jangan bagi dia distress.
..Kalau assist, yang mana satu?
Depends. selalunya vakum. Doktor sedut kepala baby.
Suami boleh ada?
Suami kena keluar.
Kenapa?
Procedure ni, traumatic sikit..Jadi, tak boleh stay.

10- TIPS-TIPS
Abg, bagilah tips2 sikit, berdasarkan pengalaman abg kat O&G tu~
Okay .

a) Relaks
- Cuba relaks.Bila relaks, oksigen masuk elok. Rahim boleh dilate dengan cantik. Lagi cepat bukaan.
- Baca Quran, Surah maryam banyak2. Quran bantu untuk relaks. Banyak je kes relaks dengan bacaan Quran.
- Amalan semasa mengandung akan banyak membantu sewaktu proses bersalin.

b) Jangan demand
- Cuba jangan demand nak tu nak ni. Yang mana boleh buat, buat sendiri. Lagi boleh tahan, tahan. Sebab nurse n doktor tak dapat bantu all the time. Jangan nanti, kena kutuk je dengan staf. Banyak lagi patient lain nak entertain.

c) Teran
- Jangan teran, selagi belum sampai masa. Nanti luka teruk. Lambat proses penyembuhan luka. Tapi, memang cabaran sangat lah, nak tahan sebelum sampai masa.

- Teran, ada teknik. Jangan teran muka. Teran, macam sembelit. Jangan menjerit kalau boleh. Nanti letih.

d) Kebersihan diri
- Kalau boleh, proper la sikit waktu nak bersalin. Kemas, bersih, tak busuk berpeluh2. Yang mana boleh uruskan, uruskan betul2 =)

Sekarang dah ada gambaran sikit pasal suasana bersalin tu. Tapi apa2 pun, mesti yakin dan tawakkal, setiap orang ada 'rezeki' masing2. Toksah comparelah pengalaman bersalin dengan sape2. Normal ke, assisted ke, bedah ke..Kalau boleh, semua orang nak rasa pengalaman paling 'natural'/normal..tapi, apa2 sahaja boleh berlaku, dengan izin ALLAH. Hanyasanya, pada ALLAH sahaja kita semua berserah, kan? 

Doakan agar ibu dapat bersalin esok. Ameen! =)

p/s: Swasta vs kerajaan. Pilihla ikut kemampuan, keperluan, kesediaan, keselesaan masing2. Takde sape betul, takde sape salah. Peace!

Saturday, February 23, 2013

False Labor Contraction secondary to UTI

Salam.

APA TERJADI?

Minggu lepas, ibu 'dikejutkan' dengan kontraksi berlarutan. Ibu fikir, tu adalah braxton hicks contraction. Kontraksi 'tipu' yang kerap berlaku, terutama di akhir minggu kehamilan, untuk sediakan rahim bagi proses bersalin sebenar.

Ibu ada google pasal cara nak bezakan kontraksi 'tipu' dan kontraksi sebenar. Lagipun, ibu tak rasa macam nak bersalin lagi waktu tu (walaupun dah 37minggu dah, yang mana dah selamat dah kalau baby lahir =p)

Kebetulan, walid punya shift last kat departmet O&G, bahagian wad saringan malam tu. Jadi, sebelum g kerja walid dah pesan, kalau tak hilang sakit, sila ke hospital. Jangan main-main! 

Maka, berlalu lah malam tu dengan tidur2 ayam saja. Sat2 terjaga, sebab sat2 ada kontraksi setiap 10 minit. Ibu set time, sebab tak hilang2 pun kontraksi tu sejak pagi tadi. Entah macam mana terlelap, sebelum terjaga balik pukul 5pagi sebab tiba2 rasa sakit kuat. Set time lagi, dan perasan kontraksi datag setiap 5 minit. Oh, terus ibu 'cuak!' 

Terus tak boleh tidur, mesej walid bagitau perkembangan diri. Walid suruh pergi hospital pagi esoknya tu. Jadi, waktu tulah baru kalut nak siapkan beg baby, kot2 satgi p hospital, kena tahan terus ke =p

Jadi, pagi tu awal2 lagi dah siap, hantar damia' g nursery, punch in kad perakam waktu, dan bagitau kawan nak naik wad saringan sat. Naik je, terus jumpa walid.

Maka, walid pun buatlah apa yang patut. Ambil sampel urine untuk cek jangkitan bakteria (UFEME), ambil sampel HVS untuk jangkitan kulat, monitor pergerakan jantung baby (CTG) dan tengok kontraksi yang berlaku sama ada regular ke irregular (TOCO). Sampel yang diambil dihantar ke makmal untuk keputusan seterusnya.

Setelah beberapa ketika, CTG baby cantik je. Maksudnya baby ok, takde 'fetal distress'.Kontraksi yang berlaku, ada, tapi bukan dalam pattern yang regular. Bila cek bukaan pun, 0 cm, maksudnya takde pape lah sebenarnya. Walid cakap, ni adalah false labor sahaja. Jadi, ibu dibenarkan balik berehat. Dapat MC 1 hari =) Fuh, lega sebab ibu tak ready lagi nak bersalin dari segi emosi =p

Sementara tunggu keputusan, walid bagi ubat anti-kulat dulu. Ubat anti-bakteria (atibiotik) hanya akan diberi bila dah nyata keputusannya. (Yelah, antibiotik tak boleh makan suka-suki je. Nanti jadi kes resistant).

Dalam beberapa hari, dapat keputusan sampel yang dihantar. Untuk sampel anti-kulat, takde jangkitan pun. Alhamdulillah. Untuk sampel urine, peningkatan jumlah sel darah putih (leukocyte) menunjukkan adanya jangkitan pada salur kencing, tapi tak 'significant'. Ibu dipanggil untuk bagi sampel air kencing lagi sekali untuk culture & sensitivity (C&S), nak tengok bakteria jenis apa yang ada dalam air kencing tu.

*************************************************************

Minggu ni, ibu perasan yang ibu muntah setiap pagi waktu gosok gigi. Muntah tu, memang keluar cecair kuning pahit, bukan makanan.Maksudnya, muntah tu bukan dari perut, tapi itu adalah 'bile' (cecair hempedu).

Bila sampai waktu antenatal check up, ibu bagitau doktor. Doktor kata, muntah bukanlah satu simptom yang biasa di akhir usia kehamilan. Kemungkinan besar disebabkan jangkitan kuman atau faktor2 lain. Mugkin juga petanda Impending Eclampsia (IE). IE ni komplikasi ibu pada kehamilan lepas. Haih. Ibu dah takut. Punyala doa, harap sangat kali ni takde komplikasi, dapat bersalin normal. (Ameen, Ya Rab!) 

Bila ibu cerita kat doktor apa yang berlaku sebelumnya, doktor terus 'trace' keputusan sampel air kencing.
Rupa2nya, ada bakteria dalam air kencing ibu - Klebsiella pneumoniae. Kuman ni selalu terlibat dalam jangkitan paru-paru. Sebab tu doktor pelik. Selalunya, E.coli peyebab utama jangkitan.

Jadi, doktor putuskan ibu dapat UTI, berdasarkan bukti2 yang ada. Makanya, ibu pun kena makan antibiotik sekarang. Alhamdulillah, sekarang memang dah tak muntah lah lepas makan ubat. Harapnya, sempat makan sampai cukup tempoh, sebelum bersalin. Ameen =)

Ibu nak kongsi sikitlah pasal UTI dengan semua. Moga bermanfaat =)

APA ITU UTI?

Urinary Tract Infection (Jangkitan salur kencing) adalah jangkitan salur kencing yang boleh berlaku kat mana2 sahaja bahagian sistem perkumuhan - dari urethra ke buah pinggang. Selalunya, UTI disebabkan oleh kuman dari kulit, vagina dan rektum yang masuk melalui salur kencing ke bahagian 'atas' sistem perkumuhan. Kuman biasanya berkumpul di bahagian pundi kencing, 'beranak' banyak2 dan menyebabkan inflamasi(bengkak) kat kawasan tu. Sesetengah kes, kuman boleh bergerak ke 'atas' lagi sampai ke buah pinggang dan menyebabkan jangkitan yang lebih serius (Pyelonephritis). Pyelonephritis ni merupakan komplikasi yang biasa berlaku kalau tak diubati. Paling teruk lagi, boleh merebak ke dalam salur darah yang semestinya akan membahayakan nyawa (salur darah penuh dalam badan. Satu badan kena jangkitan, mesti bahaya lah, kan?)
SIMPTOM-SIMPTOM

Atara tanda2 UTI adalah :
1 - Asyik rasa nak kencing
2 - Kencing sikit-sikit, tapi kerap
3 - Kencing sakit
4- Air kencing 'cloudy' (berbuih) 
5 -Air kencing merah, merah terang atau macam warna 'coca-cola' - (pendarahan berlaku)
6 - Bau air kencing yang kuat dari kebiasaan.
7- Sakit bahagian pelvis (perempuan) / bahagian rektum (lelaki)
8 - Demam (petanda biasa untuk jangkitan)

UTI SEWAKTU HAMIL

UTI boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tapi, kehamilan merupakan faktor penting kerapnya terjadi UTI. Sebabnya? 

1- Waktu hamil, hormon progesterone dalam badan lebih tinggi dari kebiasaan. Jadi, perubahan hormon menyebabkan perubahan pada salur kencing wanita hamil. Perubahan salur kencing menyebabkan aliran air kencing menjadi lebih perlahan. Lagi lama air kencing berada dalam badan, lagi senanglah nak dijangkiti kuman.

2- Semakin lama usia kehamilan, semakin membesar rahim seseorang wanita mengandung. Bila makin besar, rahim akan 'tekan' pundi kencing. Jadi, proses perkumuhan air kencing terganggu, menyebabkan senang berlaku jangkitan.

3- Kelancaran proses perkumuhan turut terganggu bila pundi kencing jadi 'kurang berkesan' dalam mengosongkan air kencing yang ada padanya. Sesetengah kes, air kencing boleh 'reflux' (naik/masuk semula) ke pundi kencing, meningkatkan risiko jangkitan.

Secara umum, ini menyebabkan kuman punya banyak masa untuk tinggal kat dalam sistem perkumuhan, 'beranak' banyak2 dan menyebabkan jangkitan.

BAGAIMANA UTI MEMBERI KESAN KEPADA BAYI?

UTI boleh menyebabkan kontraksi. Jika tak dirawat, boleh membawa kepada kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang berlaku apabila membran ketuban pecah terlalu awal,menyebabkan keluarnya air ketuban. Bila air ketuban keluar, kelahiran mesti diteruskan dalam masa 24 jam (Kalau usaha untuk kawal kelahiran tak berhasil)

Jadi, sebab tu lah kena makan ubat bunuh kuman kalau kena jangkitan ni. Selalunya, doktor akan bagi Cefuroxime 250mg bd ( 2 biji, 2 kali sehari ) selama 7 hari. Rawatan awal mengurangkan kebarangkalian kejadian kelahiran pramatang dan komplikasi lain, insyaallah.

Akhir sekali, tips untuk kurangkan risiko dapat UTI :

1- Minum banyak air kosong
2- Jangan tahan kencing
3 -Jaga kebersihan diri.
4- Elakkan penggunaan sabun, spray, cream yang punya bahan kimia kuat.
5- Elakkan pakai seluar ketat. Pakai ikut keselesaan.

Friday, February 15, 2013

My favourite maternity wear

Salam.

Dulu mengandung, perut tak sempat besar, dah kena bedah sebab ada komplikasi. Sekarang, alhamdulillah dah masuk minggu ke 37, dan masih bertahan.

Tapi, perut ibu ni memang jenis kecil kot. Sampai sekarang orang tak percaya dah 9 bulan pun sebab tak nampak besar sangat. Tapi, dalam tak besar sangat pun, berat baby dah 2.6kg dah sekarang.Doktor kata, mungkin capai 3kg bila bersalin nanti (Big enuff for me, i believe =p). Kita tunggu dan lihat tak lama je lagi =)

Erm, sampai usia kandungan 7 bulan, ibu memang masih pakai baju kurung. Takde nak fikir pasal nak borong baju mengandung banyak2..Ada satu kali tu, ibu beli baju kurung saiz xs siap. 'Denial' kan? =p (Tapi, tak dapat pakai la baju tu sebab 'lekat' kat perut. Walid kata, nanti tunggu lepas bersalin baru pakai)

Bulan ke-8, baru mula cari baju mengandung sebab baju kurung dah tak muat. Ibu ada lah beli beberapa blouse mengandung. Walid pun baik hati belanja ibu seluar dan skirt mengandung. Jubah mengandung pun ada satu, beli laaaaaaama dulu sebelum mengandung lagi (silap beli, ingatkan dress sebab lawa sangat =p)

Tapi kan...dalam banyak2 pilihan, SATU jenis ni je yang ibu berkenan sungguh.

It's ABAYA! ^__^

Sebenarnya, ibu memang dah lama berkenan dengan abaya, tapi takdelah sampai pulun beli sebab harga dia boleh tahan la kan? Tak mampu nak ada banyak2.Berangan boleh la =p

Tapi, keinginan untuk miliki abaya makin membuak2, lebih2 lagi bila tokma bagi satu abaya merah balik dari umrah tahun lepas. Lepas tu, maktok bagi abaya juga kat kami adik-beradik semua dari Tanah Haram, sempena raya haji tahun lepas.Alhamdulillah rezeki maktok dan wan g haji, jadi depa kirim abaya untuk kami pakai pada hari raya =) Ibu suka sebab shayla abaya tu, labuh tutup dada.
Sebahagian dari adik-beradik ibu
KENAPA ABAYA?

Dulu, kalau pakai hitam dari atas sampai bawah, macam pelik je. Macam berkabung. Tapi sekarang dah ramai pakai abaya kat malaysia ni. Jadi, tak pelik pun kalau pakai bawa g jalan2. Senang, terutamanya untuk orang yang pemalas macam ibu ni. Yap,pregnant kali ni, memang ibu malas sungguh. Malas serba serbi. Haish! -_-'

Abaya ni senang. Iron, je, terus pakai. Macam2 jenis, macam2 pattern dan design ada. Boleh masuk dengan apa jua majlis..PRAKTIKAL gitu =p Walaupun orang kata hitam ni panas, menyerap haba, tapi sebenarnya SELESA je. Takdelah peluh satu badan pun ibu dok pakai abaya ni. Yang paling penting, abaya ni menutup aurat. SOPAN je orang tengok, kan? Yang paling2 penting, sekarang ni abaya je yang masih muat untuk perut ibu. Baju lain kalau pakai, dah nampak bentuk badan..Lagi, pakai abaya,nak solat pun senang. Kalau ibu tak bawa telekung travel, ibu terus je solat pakai abaya.

ABAYA & SHAYLA

Once upon a time, ibu memang keliru sikit tengok gaya pemakaian shayla ni. Ibu selalu konfius, kenapa orag arab ni, pakai abaya dah cantik, longgar, tutup dada semua, tapi pakai shayla singkat. Ibu fikir, dalam Al-Quran kan dah sebut, kita kena labuhkan tudung sampai menutup bahagian dada..Ibu suka je nak cuba pakai sejujurnya, sebab kebanyakan shayla datang satu set dengan abaya. Jadi, cantik je pakai baju beserta tudung satu set. Tapi, bila shayla tu singkat, ibu jadi konfius.

Ibu tanya pendapat ramai orang juga, tapi takde satu pun yang ibu puas hati dengan jawapannya. Sampailah akhirnya terjumpa jawapan yang memuaskan hati =) Sejak hari tu, ibu dah takde masalah tengok orang pakai abaya dan shayla. Tambah2 sekarang, banyak dah pilihan shayla labuh menutup dada =)

Ibu dah tau konsep, jadi ibu pun cuba2 pakai shawl/shayla. Tapi, ibu pakai bukan untuk 'event' penting. Ibu akan pakai kalau nak cepat/tak sempat/malas nak iron tudung sahaja (waktu malam la tu selalunya) =p Most of the time, ibu pakai time walid ada dengan ibu. 

Punyala macam2 gaya orang pakai shawl ni, perasan tak? Ibu tercari2 yang betul2 SENANG,SIMPLE dan ofkosla MENUTUP AURAT. Dok try pakai macam2 cara, sampai akhirnya ibu jumpa cara yang menepati kehendak diri. Tak payah nak belit2 banyak kali, tak payah nak berbutang, pin, kerongsang banyak2..I loike it this way! =) Tapi, ibu ubah sikit cara pakai, guna 2 kerongsang je. Ya, simply because i'm TOO LAZY to 'bersolek2' sekarang =p
                                         
                                                                 Steamboat dengan keluarga
Kenduri aqiqah baby arissa
Makan dengan keluarga
Kalau rajin, pakai tudung macam ni la =)

KAT MANA BELI ABAYA?

Jujurnya ibu ada 3 helai abaya je yang selalu pakai. Semua pun orang bagi. Kali pertama ibu beli abaya kat Abaya Elegan Lovers, sempena clearance sale yang dibuat. Beli sebab lawa sangat, harga berpatutan selepas sale (RM200). Paling best, ada matching shayla yang labuh =) Ni lah baju paling mahal yang pernah ibu ada tau! 
Mula2 walid geleng kepala bila beli baju mahal sangat, tapi bila dah sampai depan mata, memang cantik dan puas hati untuk dipakai. SANGAT berbaloi dengan harga yang diletakkan tu. Walid pun setuju =)
Pakai satu set, sempena dating dengan kekasih hati =)

Alhamdulillah, sekarang pun banyak je kedai2 online yang jual abaya. Tapi ibu nak sangat promote 3 kedai ni yang bagi ibu, harga abaya yang dijual amat berpatutan. Harga mampu milik, orang kata. Sila klik Abaya Makkahwal Madinah, Abaya Haramain dan Jubah Abaya ye =)

Antara semua ni, Jubah Abaya punya kredit lebih sebab semua abaya yang dibuat adalah custom made. Maksudnya, boleh tempah ikut saiz badan, untuk lebih selesa. Boleh tempah bila2 masa, takyah dok pre-order atau kalut habis stok ke..Ada pilihan untuk letak zip breastfeeding juga. Warna satin trim yang disediakan, memang rambang mata jadinya..Harga pun sangat murah tau!Paling best, owner selalu buat promosi. Ibu pun dah 'sangkut' dengan promosi yang diadakan 2 hari lepas. 
JUBAH peplum harga promosi RM55 sahaja!
(Menyamai harga satu BLOUSE peplum. Untung kan?)

Apa tunggu lagi. Jom terjah! =)

Wednesday, February 6, 2013

Tahun ke 27

Salam.

Dua hari lepas, 3 Februari, ibu kerja shift petang. Masuk pukul 2pm, balik pukul 11pm. Menyedari yag ibu akan sampai rumah dekat2 jam tengah malam, sajalah ibu mesej walid , 'waiting eagerly for a suprise tonight.. =)', sebelum dapat reply dari walid, 'sorry, no suprise tonight' n bla bla bla bla. Hmm, terus rasa down tau, tapi tak down mana pun la sebab dah jangka walid mesti takdan punya nak fikir suprise2 segala ni.. Sejak walid bekerja, ibu dah belajar untuk tak punya harapan tinggi sebab walid tak dan nak layan dah =p

Balik rumah punya dok tunggu pukul 12am walid wish birthday, tapi sampai2 je rumah, walid buka pintu, kemudian dia g sambung tidur. Huh, tak aci betul! Maka berlalulah detik 12am, 4 februari begitu sahaja =(

Tapi malam tu tak rasa nak merajuk pun sebab fikir walid letih kot kerja, jadi terus siapkan hal2 berkenaan untuk hari esoknya. Siapkan baju mia, iron baju kerja ibu dan walid, solat, siapkan diri, tengok facebook (mesti! =p) dan tidur dekat pukul 1pm.

Esoknya, pagi2 lagi walid dah keluar rumah tak salam macam selalu pun.. Walid terlambat bangun pagi tu, jadi tergesa2 ke hospital. Ibu masih ok, tapi tak puas hati bila dapat mesej pertama dari kawan wish birthday. 'Sampai hati walid lupa, tapi takpe lah walid sibuk kerja. bukan tak biasa. tu pun nak merajuk' Pulun dok pujuk diri.. haha

Kat tempat kerja, terharu sangat bila kawan2 wish birthday, siap tanya walid bagi apa. Lalu dengan nada relaks ibu jawab,'Wish pun tak dan, mana ada hadiah pape..dia sibuk', kata ibu. Sambil dok pujuk diri lagi. Ada PPK mengusik, 'tak wish pape, tengok2 satgi sampai bunga pa kat farmasi.' Ha, ibu terus jadi berharap sedikit, sebelum fikir, 'Impossible! That's truly not him! haha.

Kebetulan hari tu, handset mati sebab dah beberapa hari tak cas, jadi memang tak dapat berhubung langsung. Bila balik kerja, ibu terus beli makanan untuk dinner siap2. 'Mesti tak g mana2 lah hari ni, walid tak cakap pape pun' fikir ibu.

Balik rumah tunggu punya lama walid tak sampai2, lapaq sangat sebab tak makan tengah hari, lalu ibu curi makan sikit sementara tunggu walid balik , sambil tertanya2 bila la walid nak balik =p

Tiba2 maktok dengan wan mai rumah, maktok bagitau, walid suruh siap lepas maghrib, nak ajak dinner kat tempat kegemaran kami. Walid tak dapat telefon ibu..

Huish, terkejut lah ibu bercampur tak percaya! Bila ibu tanya maktok, maktok cakap, walid nak buat suprise kat ibu, suruh maktok bawa ibu ke tempat dinner...tapi silap banyakla, maktok dah kantoikan walid sebab dah bagitau details semua kat ibu.  Maktok cakap lagi walid dah plan nak belikan kek =p

Lalu, dengan hati berbunga2, malam tu kami pun ada dinner special =) Bertambah suprise lagi bila walid bawa kawan baik ibu, fakhriyah..bertambah suprise lagi bila walid bagi ibu hadiah, siap ada kad lagi,  TANPA ibu minta pape kali ni..sesuatu yang JARANG2 sekali walid buat sepanjang perkahwinan kami ni...bertambah suprise lagi bila walid bagi hadiah MAHAL =) Sempat eh g cari ? Terima kasih walid!

Menunggu walid.. Kami sampai dulu!
Rupa2ya walid lambat sebab g ambil kawan baik ibu.
The more, the merrier. yeay!

Semua orang makan sedap2. 
Makanan ibu : Grilled fish salmon
Tangkap gambar dengan Damia',dengan makanan masing2

Aip, buat apa tu?
*Kantoi!*
Walid tengah baca doa, tapi tengok reaksi Damia'
*Yes, ibu punya lagi sedap!*
Walid order nasi kat damia'. Rupa2nya tu nasi goreng cili api. Pedas sangat untuk Damia'. Sebab tu dia ambil makanan ibu =p Waktu nak tangkap gambar, dia tak peduli pun sebab dok minum air banyak2.

Strawberry sponge cake. yummylicious! =)

Damia' sibuk nak potong cake. Dah la potong macam tu =p Bila dah potong, baru dia bagi pisau tu kat ibu. heh!
Damia' menikmati kek sedap

Ada kad, hadiah untuk ibu dan hadiah untuk masa depan =) 

Jujur, ibu sangat gembira dapat makan sama2 malam tu. Rasa jatuh cinta macam awal2 kahwin dulu balik. Chewah! =p Yelah, bila dah lama kahwin, sibuk dengan kerja, anak2, hal rumahtagga, hal kedua2 orang tua....jadi, hal2 kecil macam ni lah yang buatkan kami 'RAPAT' kembali.

My BFF n I @ 36 weeks - boyfriend forever, insyaallah =)
(Ya, i KNOW i'm fat!)

Terima kasih ALLAH sebab kurniakan orang yang betul2 sayangkan ibu. Erm, lepas kahwin, memang kehidupan ibu ni lebih tertumpu kepada orang2 tertentu ja, tapi berbaloi2..Ya, biar tak punya ramai teman, tapi yang penting punya kehebatan kasih sayang untuk dikongsi bersama. Alhamdulillah! =)

P/s :
Thank you mak sudi join kami makan2.
Thank you fakhriyah bagi cekolet yang lama mengidam dengan kurma + susu sedap!
Thank you Damia' sebab behave malam tu, walaupun ada songeh sikit =p
Thank you darling walid atas sebab usaha untuk gembirakan ibu yang suka demand pelik2 ni =p Ya, now i'm not sure how to celebrate ur next birthday anymore dengan keadaan sarat macam ni..Ibu bagi baby je la sebagai hadiah ye! =)
Thank you ALLAH. Indeed, hadza min fadhli rabbi. Alhamdulillah!