Tuesday, November 30, 2010

Damia' in Acer Happy Snappy Contest

Assalamualaikum...Alhamdulillah...ada rezeki lebih, walid telah pun memiliki sebuah netbook baru berjenama Acer Aspire One Happy.. walid beli masa PC Expo di Megamall hari tu.. bkn ape, letih berebut laptop dgn ibu.. hihi.. so dah alang2 beli netbook Acer ni, walid join la contest Acer Happy Snappy contest di Facebook...

So, nak mintak tolong kawan2 pengguna Facebook untuk undi gambar Damia sebagai yang paling menggembirakan orang.. hihi..

Acer tak bagi direct link untuk vote..so walid bgtau cara2 utk vote ye =).. tak salah mencuba kan..

Langkah2 dia:

1. Search 'Acer Malaysia' di Facebook. sila LIKE..

2. Klik pada Tab "Happy Snappy". dan klik pada "vote now"

3. Buka pada page no "2" dan cari gambar Damia'..

4. ahha!! sila la Vote utk Damia =)

Kalau walid menang, walid akan dapat OSIM U-Vision eye massager yang akan walid hadiahkan buat tokma..dan juga another Acer Aspire One HAPPY yang akan walid hadiahkan buat ibu!!..

ohho...wahai pembaca sekalian, tak kira la silent reader ke tak silent, Do VOTE For Damia'...

adakah anda Happy bila lihat budak tecit ini???
VOTE!!! =p

Tinggal lagi 6 hari je =) sampai 6hb Disember je..

Sunday, November 21, 2010

Chantek

Salam. sekarang kat bilik Kakngah kat UKM. Saje datang penuhi masa lapang, sempena seminggu pertama cuti yang akan dihabiskan di Ampang.. 

InsyaALLAH akan pulang ke Kedah 25hb ni. Bila awal2 dulu abah dengar tarikh ni, abah cakap, 'awat balik lambat sangat. Kami makan daging korban dah habis dah time tu =p' ..Hee, nak buat cemana, tiket takdak. Nak g KLIA, jauh sangat, nak naik bas, walid tak izin..jadi pilihan terkhir adalah train. Tu pun, tarikh yang paling awal, untuk katil bahagian bawah.. =) Takpa la ye.Ada 2 mak dan 2 abah, kena la bahagi sama rata ^_^

Ok. Jalan2 blog tadi, baru sedar dapat satu anugerah.. anugerah blog CANTIK ^_^ Ni ha..

Sebenarnya, dah lama tak dapat award. Jadi, terima kasih banyak2 ye Fairuz

Ok, meh buat keje sekolah ;

1) Nickname untuk pemberi award
- Along!! Sape taktau, bukan kawan die =) Tapi, memang dah tau sangat, dia sangat suka satu nama ini :  Aliesya. Mungkin anaknya, akan diberi nama dengan nama ni kot (Ha, kantoi, tkah dah tau apa nama baby girl fairuz =p)

2) Ucapan untuk pemberi award
- Terima kasih atas award ni. Rasa macam menang shout award, heh! Oh, btw kenapa cakap blog ni cantik? Ha, jawab jangan tak jawab..Hee,kadang2, rimas juga dengan gadget banyak2 yang walid letak ni. Nak delete, walid cakap, biarlah.Banyak lagi ruang kosong =p 

3) 6 favourite artis/singer/group yang minat
-kami ni jenis yang dengar je lagu, asalkan lirik bagus, tak kesah penyanyi sape pun.Tapi selalunya yang  kategori 'bingit', tak masuk dalam senarai la. Banyak yang suka, tapi nak list yang berbekas di hati. Antaranya :

a) Menjemput bidadari by Seismic
Ni lagu dari kumpulan nasyid indonesia. Memang all time faveret lah lagu ni. Kenangan sewaktu zaman melalui zaman 'genting' sebelum bergelar isteri dulu. Lirik sangat menyentuh hati. No wonder, i rename the song in my playlist, as 'suka sampai mati' ^_^

b) Chantek by Fabulous Cats
Lagu ni, saya kenalkan kepada suami. Then, suami suka sangat2 dan menjadi antara lagu yang wajib dimainkan dalam playlist, sewaktu awal2 perkahwinan dulu =)

c) If you're not the one by Daniel Bedingfield
Ni lagu kegemaran kami berdua. Kalau pasang je, memang akan sama2 ber'feeling', lawan nyanyi sama2 ^_^

c) I will always love you by Connie Talbot
Lagu ni diperkenalkan oleh seorang klasmate. Sangat suka sebab budak sekecil Connie, mampu sampaikan lagu ni dengan sangat mendayu2..Kebetulan, ni lagu first yang walid 'tampal' kat blog ni, ketika awal2 tempoh kehamilan dulu..Cuba dengar. Cayalah!

d) Zawjati by Ahmed Bukhatir
Lagu ni dengar waktu ada sorang kawan blogger attachkan video berkenaan Saidatina Khadijah dari pandangan mata Nabi Muhammad. This song made me cry T__T Sangat sayu lirik dia tau. Lepas tu, lagi suka bila walid dedicate lagu ni.

e) Baik-baik sayang by Wali Band
Sebenarnya tak tau pun ada lagu ni dalam kumpulan depa tu. Tak minat. Tapi, ada satu waktu ni, suami sangat suka nyanyi 'hanya satu pintaku, untukmu dan hidupmu, baik2 sayang, ada aku untukmu'.. Mula2 bosan asyik dengar part tu je, tapi satu hari tu, bila dengar baik2, 'erm, bolehla..' =)  Pastu, bila suruh suami nyanyikan dari awal sampai habis, malu pulak dah =p Sampai sekrang, tak dengar dah.

Erm, tu antaranya lah. Kalau ikutkan banyak lagi. Tapi kan ada penyanyi sorang ni yang saya memang minat sangat lah - Zain Bikha. Lagu dia, takyah letak muzik sedap2 macam Maher Zain (MZ pun sedap.alhamdulillah, alternatif untuk yang suka nasyid macam kami), sebab lirik dia sendiri pun sangat menyentuh hati..Membuat kan kita rasa nak jadi baiiiiiiik je =) Told ya, i'm more into lyrics!  

Monday, November 15, 2010

..Hanya Tuhan Yang Tahu..

Salam.
9 ZulHijjah 1431

ALLAH,
Terima kasih kerana membenarkan kan ku merasai nikmat perkahwinan, suka duka bersama suamiku. Masa begitu pantas berlalu, hingga kurasakan cepat sahaja usia kita meningkat naik.

Ketika dulu waktu ku samar-samar dalam lamaran darinya, maka aku hanya bersandarkan agama yang ada padanya wahai ALLAH.. dan ternyata benar kata hadis, memilih yang beragama, tidak mengecewakan. Hakikatnya, memilih yang BERAMAL dengan agama, tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

ALLAH,
Aku berterima kasih kerana mengurniakan suami sebaik dirinya. Selalu saja aku terfikir bahawa aku tidak layak untuk dirinya. Aku yang miliki latar belakang agama yang lebih baik, tapi suamiku yang lebih menjadi contoh buatku. Mengingatkan aku tentang itu dan ini..Hingga kadang-kadang aku malu dengan diriku sendiri ALLAH..

Aku bangga punyai suami sepertinya. Sungguh! Dialah suamiku yang tidak segan silu memegang tanganku ke mana sahaja ketika berjalan. Dialah suamiku yang tidak segan untuk mencium dahiku setiap kali usai solat dan ketika hendak berpergian. Dia jugalah suamiku yang tidak berkira menolongku menyelesaikan kerja rumah. Membuat itu dan ini, tanpa banyak kata..Dialah ALLAH, suamiku yang boleh diharap untuk menjaga anak kami saat ku terpaksa penuhi tuntutan lain. Yang paling ku terharu, dialah suamiku yang akan memberiku nafkah bulanan, walau hakikatnya, dia juga adalah pelajar sepertiku.

***********************************

Suamiku,
Aku tahu aku tidak mencapai tahap solehah yang engkau dambakan. Aku faham, selalu saja engkau kecewa dengan sikapku. Ya, kita punya rasa, dan kadang-kadang matlamat yang berbeza. Bukan sedikit kalinya, aku berkecil hati dengan sikapmu yang bagai tiada minat untuk mendengarku. Kadang-kadang, ditolak mentah-mentah begitu sahaja. Jika tidak pun, diam membisu seribu bahasa..Suamiku, aku faham kamu punya ego, tapi diriku juga punya rasa..

Kadang-kadang, apa yang perlu bagiku, tidak perlu bagimu. Bagiku, hidup boleh diindahkan dengan usaha. Bagimu, cukup sekadar sederhana sahaja. Bagimu, cukup sahaja jika boleh  makan nasi berlauk garam setiap hari. Asalkan dapat makan. Bagiku, kadang-kadang ada lauk-pauk yang sedap-sedap, itu sangat beerti..

Suamiku,
Aku faham adat berumahtangga. Kadang-kadang ada yang merasa, ada yang terasa. Apa-apapun yang berlaku, ingin ku tegaskan bahawa aku sangat bahagia bersamamu. Walau jarang-jarang aku berkata begitu, aku sangat senang dan bersyukur memilikimu. Aku fikir, aku tidak mungkin dapat mencari pengganti dirimu. Yang benarnya, aku tidak pernah terfikir begitu sekalipun.

*************************

ALLAH,
Aku punya cita-cita. Agar aku menjadi bidadari suamiku di syurga. Aku tahu, bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina.Maka oleh itu ALLAH, kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku..Janganlah kau palingkan dirimu dari diriku. Hakikatnya, aku perlu mu ALLAH.

Suamiku,
Aku punya cita-cita. Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga sana. Aku tahu , bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina. Maka oleh itu suamiku, bimbinglah daku..supaya aku berhasil menjadi penghuni syurga.Agar dapat menemanimu sampai bila-bila..Tegurlah aku. Bimbinglah daku..Janganlah putus asa denganku. Hakikatnya, aku perlu kamu, suamiku..

******************************************
ALLAH,
Bimbinglah kami mencapai redhamu. Pandanglah kami dengan kasih sayangMu. Penuhilah kehidupan kami ini dengan keberkatan, mawaddah dan rahmah dariMu. Tiada yang lain kami dambakan selain redhaMu.. Masukkan kami ke syurgaMu ALLAH. Temukan kami semula di syurga sana..Ameen

Suamiku,
Aku bahagia. Aku mahu kekal begini sahaja sampai bila-bila. Moga ALLAH sentiasa menjadikan dirimu memahami diriku, dan menjadikan diriku memahami dirimu. Aku tahu, kita baru sahaja berkenalan. Baru 2 tahun cuma. Oleh itu, aku harap agar kita akan berusaha kuat bersama-sama untuk masa depan yang kita inginkan. Untuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Moga kita mampu menjadi sahabat terbaik mereka.

Aku tahu aku banyak salah. Banyak khilaf dengan dirimu. Maafkan ku suamiku. Aku tidak bermaksud untuk tidak menghormati kamu. Malah, aku junjung tinggi dirimu, suamiku. Cuma, mungkin kita perlu lebih masa untuk saling memahami dan mengenali dengan lebih mendalam. Kadang-kadang, kita tersalah tafsir perbuatan masing-masing.Yang pasti, kita tidak punya banyak masa bersama. Kiamat makin dekat. Jadi, aku ingin gunakan masa yang ada untuk kamu suamiku. Aku minta maaf atas segalanya. Maafkan aku..

Aku tahu aku tidak setabah Siti Hajar atau sepintar Saidatina 'Aisyah atau setinggi semangat Khaulah Al-Azwar, tapi aku tetap mahu jadi seperti Khadijah.. Yang diingati Nabi sepanjang hidupnya..Yang dirindui selalu oleh Nabi selepas ketiadaanya..Yang ditangisi Nabi bila terkenangkannya..

Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk dirimu dan keluarga kita, insyaALLAH..

***********************
Suamiku,
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-2.
I H.E.A.R.T you, L.O.V.E
                                                                                                                                                 
p/s:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” 
 (HR At Tirmidzi disahihkan Al-Albani)
Hampir maghrib tadi, wukuf hari Arafah. Maka, ini doaku.. Ameen ya Rabb.

Sunday, November 14, 2010

20 random facts

Salam.

Alhamdulillah, exam dah habis. Moga semua pun akan beroleh natijah yang baik. Amin..

Ni, kerja sekolah tertunggak dari kawan baik Namie.. =) Sebelum tu nak minta maaf la ye, tak daya nak fikir sampai 25, sebab setiap satu pun diexplain secara panjang. Hanya isi waktu senggang, tunggu walid habis buat kerja kat library ni.

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated.''

DULU

1. Saya adalah anak sulung dari 7 orang adik beradik. 6 perempuan, 1 lelaki. Anak sulung, dan anak paling nakal. Mak cakap, tak jumpa dah anak macam saya..Tapi, sekarang saya dah makin berubah menjadi baik..Dah puas jadi nakal dah..Erm , nakal juga sebenarnya, tapi dengan suami je kot =p

2. Zaman sekolah, zaman yang cemerlang, terbilang bagi saya. Secara akademik dan kokurikulum. Masuk kuiz, pantun, sukan, lompat tinggi, lompat jauh, lari 4x100m,4x200m, merentas desa, koir, solo singing, main piano, pianika, recorder.. serba serbi boleh! =p Aktif lah.. Tapi antara semua2 tu, yang berbekas sampai sekarang, adalah kegemaran pada muzik. Hee, rasanya kalau abah tak hantar masuk sekolah menengah agama, sekarang ni saya boleh jadi ahli muzik kot.. =p Sekarang ni, kalau jumpa piano baby yang kecik tu pun, sempat lagi nak lepas 'gian', main lagu2 yang cikgu 'wariskan' kat sekolah rendah. Siap ajar suami lagi, dengan BANGGAnya

3. Sepatutnya sambung belajar di Sekolah Menengah Sultanah Asma, tapi selepas seminggu orientasi, kami dibenarkan balik rumah masing2. Masuk je dalam kereta, abah bagitau dapat tawaran ke Maktab Mahmud. Esoknya bila g daftar, saya sorang je yang pakai baju sekolah biasa, yang takde cekak tu, dan tudung biasa, bukan tudung labuh yang MMAS pakai (MMAS ada style tudung unik dari yang lain).

4. Sebenarnya, saya tak pernah tahu kewujudan sekolah tu pun, hanya g interview, sebab ustaz KAFA yang suruh..Tu pun, kat Langkawi, sebab dah terlepas interview cawangan utama. Jadi, haruslah sesat hari pertama kan, g daftar kat sekolah 'putera', bukan 'puteri'

5. Kat MMAS puteri, semuanya kena 'dijaga'. Hasilnya, habis hilang semua nilai2 'muzik' (tapi tak lupus) yang diajarkan oleh cikgu sekolah menengah. Sukan semua tak aktif dah. Kokurikulum pun, ada pilihan bulan sabit merah dan puteri Islam je. Masuk Puteri Islam, sebagai ahli lelap sahaja. =p Dulu, selalu kondem MMAS sebab tak hebat macam sekolah lain. Bangunan buruk, belajar banyak 17 subjek..Tapi, tiap2 tahun, sultan Kedah akan bagi hadiah. Time PMR, first time dapat merasa terima hadiah dari Sultan. Excited! =)

6. Antara semua dalam famili, saya je yang sekolah agama. Dulu, saya memberontak dan ada krisis identiti sebab 'lain' dari adik2, tapi sekarang saya sangat berterima kasih kepada kekerasan hati mak abah hantar ke sekolah agama. sekarang, saya adalah saya. Alhamdulillah.. =)

7. Dulu lepas SPM. dapat tawaran ke PLKN. First batch tu. Saya suka, memang suka pada hal yang 'adventure', kawat2, ala-ala camping gitu. Sewaktu belajar, tak pernah ikut camping sebab abah tak bagi. Tapi, tak dapat teruskan hasrat sebab sambung belajar kat DQ..Lepas tu, tiap2 tahun datang surat suruh mintak tangguhkan PLKN, dan akan dapat sijil penangguhan. Tapi, setelah beberapa tahun kebelakangan ni, dah takde pun. Rasanya, kerajaan dah tak sempat handle dah kot. Ramai kan yang masuk program tu..Hmm, mencapai objektif ke tak, kenalah tanya orang yang pernah merasa..

SEKARANG

8.Saya adalah pelajar tahun akhir kursus farmasi, UIA Kuantan kampus. InsyaALLAH bakal menamatkan pengajian pada April depan. Doa-doakan ye

9. Dulu tak pernah terfikir pun untuk menjadi ahli farmasi, tak tau pun 'pharmacist' tu ape..Tapi memang berminat untuk involve dalam medical-related field. Agaknya, ALLAH nak tunjukkan jalan kehidupan kot, sewaktu isi permohonan, saya letak pilihan 1. Medic 2. Pharmacy 3. Allied Heatlh Science. Tapi, right before hantar borang, tergerak hati untuk padam pilihan 1 dan 3.. And here i am now. Alhamdulillah.. =) Anda boleh jadi pharmacist yang pelbagai, tambah2 bila anda adalah pelajar UIA

10. Happily married to Ahmad Zainol Arifin Ibrahim, pelajar kursus perubatan dari universiti yang sama. Tq ALLAH! Mahu kekal begini..Betul orang cakap, ALLAH akan 'bagi' orang yang complement, kerana ALLAH Maha Tahu =) Bagaimana ceritanya? Sini . Moga kekal hingga syurga. Amin ya Rabb.

11. Kami berkahwin pada 07122008, bersamaan 9 zulhijjah 1429. Sehari sebelum raya haji. Tarikh ni, mak abah yang cadangkan sebab si suami ni sangatlah kurangnya waktu cuti. Tu pun, lepas akad, terus je balik semula ke Kuantan sebab ada kelas =)  Lepas tu, baru kami sedar yang tarikh ni sama dengan nombor matrik kami 0712***. Significant tu..

12. Punya seorang anak, Damia' Rujhaa. Sebenarnya dah lama suka nama baby yang start dari huruf D. Waktu adik yang bongsu lahir, nama Damia' ni telah diusulkan, tapi di reject sebab 'modern' kot. Bila mengandung, dapat buku nama2 anak dari kawan, memang tak tengok huruf lain dah =p

13. Sebenarnya waktu awal-awal mengandung dulu, kami sediakan nama lelaki untuk anak. Sebab dah selalu cari nama, berkenan nama Darwisy..Sangat suka! Maksud pun baik = yang warak. Siap bila suami launch blog ni sebagai surprise, dia dah letak nama Diari Darwisy. Tapi, sebelum operation bersalin, pagi tu baru tahu, akan dapat baby girl.. maka, kalutlah kami fikir nak nama apa =p Suami pilih Damia', berbanding Dania.. Waktu tu, saya masih tak larat, jadi layankan aja, asalkan bermula huruf D =) Maksud baik, insyaALLAH ok.

14.Sebelum kahwin, boleh bilang dengan jari, berapa kali je saya masak. Selalunya, tugas masak, kakngah yang buat. Tapi,sekarang bolehla sikit-sikit.Tambah-tambah bila dapat hadiah oven dari klasmate suami, lagila aktif saya bekerja,sebab saya suka benda yang  berkaitan dengan 'bake', melebihi 'cook' =)

15. Ok. ini mungkin pelik. Saya tak suka makan ayam. Sangat suka ikan. Berbanding suami, dia sangat suka makan ayam. Tapi sejak mengandung, rasa nak makan ayam tu datang..dan kekal sampai sekarang..Gara-gara damia' la nih =p

MASA HADAPAN

16. Plan kami, anak2 akan dinamakan dengan huruf D.. Yang lelaki, akan ada Ahmad sebab nama suami mula dengan Ahmad juga. Lagipun, itu sebaik2 nama kan? =) Yang perempuan pula, akan ada 2 perkataan. Start dengan D dan satu perkataan lagi akan ada huruf ya maqsurah..Hehe. Faham ke? Contohnya, Damia' Rujhaa.. Rujhaa tu, ejaannya = ra, jim, ha, ya maqsurah.. InsyaALLAH adik-adiknya pun akan mengikut style begitu juga..Dah ada list name pun

17. Ada harapan untuk salah sorang daripada anak-anak kami untuk jadi arkitek. Supaya boleh bina rumah untuk ibu dan walid =) Setakat ni, harapan tu kepada Damia'. Jadi, siapa-siapa yang berbakat melukis tu, sila la ajar Damia' ye.. Abah saya pun berbakat, moga gene tu turun kat Damia'. Ameen =p Kalau ye, bolehla Mia' buat satu rumah untuk maktok dan tokwan juga kan? Tokwan banyak je design, tapi, belum ada rezeki punya rumah yang dibina sendiri. Mudah-mudahan kami sempat menyumbang. Ameen.

18. Ada hati untuk miliki satu kedai bakery. Dari dulu lagi. Sebenarnya, lepas PMR mintak kat mak nak masuk sekolah teknik, nak amik bahagian masakan macam tu la. Tapi, mak bantah. Mak kata, 'kalau sekadar nak masuk sekolah teknik, buat apa susah-susah dapatkan 9A?' =p Tapi, nasib baik juga. Sebenarnya, boleh je balajar skills tu. Banyak je offer bengkel kelas masakan sekarang kan?

19. Nanti bila dah stabil, mungkin akan beralih arah ke bidang lain pula. Tengoklah, mudah-mudahan..Suami pun berhasrat begitu..Mungkin akan ada kedai farmasi,mungkin jadi lecturer atau mungkin jadi suri rumah sahaja. Sekarang ni, business dari rumah, tak mustahil pun kan =)

20. Ada hati nak bawa kedua-dua mak abah ke Makkah. Suami cakap, jangan bangga kalau kita asyik melancong ke negara lain, kalau ke Makkah kita tak rasa nak g..Huhu~ ....Sebab saya ada impian untuk ke satu tempat ni -Venice. Tapi kan, setiap kali fikir pasal pakaian, baju, jubah, blouse, mesti rasa nak dok kat Bandung =p

Ok. Dahla tu. Tak larat nak fikir dah. Yang lain..biarlah rahsia ^_^

Saturday, November 13, 2010

Aktiviti Cuti (Last Part) - Damia' and vehicles =p

salam...hihi..last part ni takde pape pun.. saje je nak share aktiviti Damia' masa dah nak habis cuti tuh.. sebelum walid tinggalkan Damia' duk dgn tokma dia kat Ampang.. huhu.. terpaksa berpisah kejap sbb walid perlu pergi adventure trip to Ulu Tembeling dan ibu pulak sibuk dgn exam dia...last paper today..oyeah!!

soo..tgk la glagat Damia' mencuba semua jenis knderaan yg ada kat umah tuh... hhuuhu.. tak sabar nak jumpa Damia' cuti raya haji nanti...bila semuanya dah selesai...

p/s: semalam call tok ma dia.. amboi....bukan main sopan lg dia.. kalau dgn walid dgn ibu, suka sgt cari gaduh.. =p.. dgn tokma dia, baik sungguh.. ni yg jeles nih!!

meow ni kawan baik Mia =)

merempit...dgn puting...=p

hehehe...no point =p

Friday, November 12, 2010

Aktiviti Cuti (Part 2) - Meeting with Hillary Clinton

Assalamualaikum semua. bertemu kita kembali. Skrang ni ada kat Library KOM... Teman ibu study for her last paper, tomorrow..sebelum bercuti panjang =p. dan walid pula baru sahaja sampai di Kuantan, pulang dari Taman Negara, Ulu Tembeling.. Nanti walid cerita pasal adventure trip tu...

For now, jom sambung cerita cuti walid yang lalu.. pada hari Selasa 2 November yang lalu, walid telah menghadiri satu open forum bersama Hillary Clinton..rasanya semua orang kenal kot. Forum tu berlangsung di ISTAC, Jalan Duta.. kebetulan Mrs. Clinton dalam rangka lawatan 3 hari dari Malaysia..Walid drive sendiri dari rumah di Ampang, yg mngambil masa lebih kurang 40 minit kalau tak sesat.. hahha.. nape gitu?? sbb walid ambil masa lebih kurang 2 jam sebab sesat..plus jalan sesak =p..

So, byk yg dibincangkan, berkenaan isu semasa, isu Palestin, alam sekitar, tentang student life, hubungan 2 hala USA-Malaysia..dan lain2.. stage moderator forum ni adalah Norzi Pakwan Chik dgn Dato' ape-ntah-nama-dia.. dan floor moderator adalah Ally Iskandar (tugas dia melayan soalan dari audience).

Berlangsung juga sidang video secara langsung bersama pelajar2 dari Kuching dan juga dari National Library.. antara tetamu kehormat yang hadir masa tu adalah Datin Wan Azizah, Tan Sri Zety Aziz, Dato' Jamaluddin Jarjis, Marina Mahathir, Shahrizat Jalil, Duta US ke Malaysia dan ramai lagi..

dan majlis di akhiri dgn makan tengahari... ofkos takde nasi..byk nye western je.. walid amek la spagetti  dgn murtabak sket.. tgh2 dok makan tu, Bro. Izwar-apentah-lupa, pembaca berita TV3 tuh datang nak interview walid.. haha.. tp tgk Buletin Utama malam tuh takde pun. mungkin sbb jawapan yang walid bg tuh blh timbulkan kontroversi.. =p

ape2 pun, jom layan gambar...

Tuesday, November 9, 2010

Aktiviti Cuti (part 1) - kenduri Saffa Aina

assalamualaikum semua.. ni nak story sket pasal aktiviti kami sekeluarga sepanjang cuti end block walid.. byk aktivitinya.. jadinya banyak la part2 nye.. so part 1 nih, citer pasal kenduri kahwin la..

so pada 31 oktober yg lalu, selaamt lah seorang sahabat kami, Saffa Aina menamatkan zaman bujangnya dengan seorang bakal guru.. di doakan berkekalan hingga ke syurga.. nak pergi tu pun sempat juga sesat kejap.. hihi..

Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.. insyaallah.. so kita tgk gmbar.. sorry, tak byk pun.. huhu.. byk gambar kami2 je.. =p

dan yang paling best nya sbb ade persembahan silat dan ape-ntah-nama-musik-tuh..
samapi damia turut ber'zapin' bersama.. huhu.. yg ni lawak...

so...tu la citernya kenduri aina.. nantikan part 2... =p

Wednesday, November 3, 2010

Mengada-ngada

Salam.

Hari ni ibu takde exam. Jadi, masa untuk merehatkan otak seketika, sebelum exam tiap2 hari pasni =)

Berkenaan Damia'.

Walid baru je call tadi. Apa lagi, lepas tanya pasal 'apa khabar, suamiku?'.. terus la tanya pasal Damia'. hehe. Rindu kat anak sangat2 ni. Tapi, kena kuat. Hidup tu, perlu berkorban..Baru 'manis'.. =)

Ada dua benda yang walid cakap.

Yang pertama, pasal Damia' yang 'mengada2'. Sebab ape? sebab walid cakap, kalau dia dengan tokma dan acu, dia pandai bawa diri. Tapi, bila walid ada, dia 'meragam'. Serba tak kena dibuatnya. Menangis saja kerjanya.

Bila walid tingalkan dengan tokma, pergi ISTAC, ada session dengan Hillary Clinton tu, Damia' solehah je. Tapi, bila walid sampai rumah, nampak muka walid kat pintu, terus nangis.. Kat dalam rumah pun begitu juga. hehe. Damia' 'boikot' walid eh? =p

Damia' Rujhaa

Alamatnya, walid pun selalu je keluar dari rumah tingalkan Damia' jap dengan tokma. Walid tahu, Mia' boleh je survive, kan sayang? Lagipun, walid keluar nak setelkan hal2 berkaitan rumah tokma la..Walid je yang boleh diharapkan pun =)

Erm, kesimpulannya, boleh la walid tinggalkan Mia' dengan tokma sekejap ye? Minggu depan, walid akan start posting baru. Tapi, walid akan ke Ulu Tembeling selama 3 hari. Ibu pula akan exam setiap hari minggu depan. Mia' duduk baik2 ye. Anak ibu ni, pandai bawa diri, insyaALLAH. Kena solehah selalu. Ha, bila lagi nak build good rapport, kan ? Ibu dan walid bagi chance ni... =) Pastu, ibu balik teman Mia' semula ye..

Yang kedua, pasal hal makan.

Ibu dah expect dah ni. Bila tanya, Damia' makan nasi tak balik sana, ibu dah tahu pun jawapannya. Mestilah TIDAK! Hanya sekadar beberapa suap, pastu tak mau dah.

Sebenarnya, dari dulu lagi, kami perasan yang Damia' ni tak minat dengan nasi.

Sewaktu usia 3 bulan, kami dah bagi 'digestable' nestum untuk Damia'. Selepas 6 bulan kelahiran, Damia' mula start dengan weaning diet dia. Ibu prepare blended rice + ikan bilis goreng dan ditumbuk halus + carrot.. Tak lama pun, pastu dah tanak nasi. Datang pula mood dia nak makan telur goreng separuh masak. Dah tu, asyik makan telur je setiap hari..Pastu tak lama pastu, tanak lagi pulak. Mati kutu kami dibuatnya =p Dia lebih suka benda2 simple. Tak larat dah ibu nak 'paksa' makan. Dia pun pandai. Luah balik pulak tu! Jadi, kami pun macam ada pertandingan cari 'selera' Damia'. Heh! 

Makan nestum mudah dihadam - growell

Fisrt time makan telur, waktu celebrate birthday ibu. Tengok tu, heppy! 
Lagi..
Makan kuih-muih

Makan pizza

Kami ada juga belikan nestum untuk time kecemasan, takut ibu tak sempat masak..Tapi, memang tak habislah. Tak nak langsung. Nak benda yang tak lembik, makan macam orang tua =p

Ibu perasan, dia suka makan mashed potato, sup cendawan, spagetti, pasta, lasagna, pizza...Hai, western nampak? Yela, kadang2 ibu masakla makanan2 tu sebab ibu pun suka western, tapi tak dapat la nak sediakan hari, Damia'.. Walid ni, suka makan nasi..Kesian kat walid kan? =p Sekarang pun, walid dah perli2 ibu kalo asyik buat lasagna/makaroni bakar.Hihi..Walid cakap, Damia' ni ikut perangai ibu la ni. Ibu yang ajar..Hihi. Ye ke? =p Adakah ini sebabnya ibu tak leh makan nasi langsung time morning sickness dulu?  Tengah makan pun, boleh muntah. Nasib baik, sinki kat sebelah meja makan.. =p

Time raya, kami discover kegemaran terbaru dia iaitu sup..Bihun sup, makan tak henti. Sekarang, hampir semua benda yang kami makan, mesti dia akan datang dekat dan ngangakan mulut..Tapi, kalau nasi, memangla boleh kira, berapa kali suap je.. =( Kalau taknak, dia geleng kepala. Baru2 ni, ibu perasan dia cakap, 'nanak'.. Hehe. Taknak ke Damia'? Then, dia akan geleng kepala..

Hmm, ada juga pernah satu hari dia mengamuk taknak makan nasi. Ibu kalut selongkar dapur dan dapatlah sediakan macaroni cincai (tak cukup bahan). Dah tu, dia makan hampir satu pinggan! 

Minggu lepas pula, kami bawak balik roti nan lepas balik dating dari Taj. ALLAH, laju betul Damia' makan! Tergelak kami berdua. Dalam mulut tak habis lagi, dah nganga lagi =) 

Nampaknya, ALLAH tengah mengajar kami supaya lebih mengenali anak kami. Ibu dan walid ok je, tapi kami risau la bila Damia' taknak makan nasi..Jenuhla ibu kalau nak masak 'eastern' food untuk walid dan western food untuk Damia'.. (=_=') 

 Erm, sape ada cadangan bagaimana nak bagi Damia' makan nasi ye?

Missing both of u, lovies ^_^