Sunday, August 29, 2010

Artiqah's Closet

Salam.

Ni nama kedai maya kami. Saja je, semangat nak sebarkan keislaman ke dalam diri bayi dan kanak2..Bak kata pepatah, melentur buluh,biarlah dari rebungnya ^_^

Ini, stok yang akan sampai Malaysia pada 1hb 9, InsyaALLAH. Sila lihat2 dan konfirmkan jika ingin membeli. Ada lagi yang masih available.

Stok sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat! ^_^

Do come visit us at Artiqah's Closet

Saturday, August 21, 2010

Damia' + Terawikh

Salam.

Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu, kan? Hari ni, dah masuk hari ke sebelas puasa. Dah hampir separuh jalan pun.Alhamdulillah, masih dikurniakan ALLAH keizinan untuk menemui Ramadhan kali ni..

Setelah hampir seminggu Damia' demam, sembuh juga dia akhirnya.Gelabah juga kami bila sebelum ni, tak pernah2 la Damia' demam sebegini lama. Tambah pula Damia' ni premature, sangatla perlu alert dengan sebarang keadaan negatif. Mungkin pada baby lain, takde pape, tapi bagi Damia', itu jadi hal yang sedikit kompleks. Apa2 pun,kepada ALLAH la sahaja tempat kita bergantung harap dan tempat memohon pertolongan =)

Setelah sembuh demam, ibu dan walid yang sememangnya tak sabar2 nak bawa Damia' ke masjid join terawikh terus melaksanakan misi penting ini. Bukan apa, kami fikir solat berjemaah di masjid lebih ada 'ruh' nya berbanding solat sendiri di rumah. Solat kat rumah, nak sampai 8 rakaat pun, rasa lama sangat =p

Setakat lepas demam ni, dah 2 hari kami membawa Damia' berterawikh. Alhamdulillah, baik2 sahaja ^_^ Bila sampai je, ibu bentang tilam dia, bantal, susu, dan semua mainan..Pada mulanya terpinga2 juga dia bila tengok keadaan serba 'putih' je.Pastu sekata je bila sujud dan rukuk..Mesti Damia' terfikir2 kan, apa la yang semua orang buat =p 

Cumanya, Damia' ni allergic SATU je benda..Dia punya 'alarm', sangat sensitif. Pantang ada yang mendekat, dia dah panik..Pastu mula lah nak start menangis..Kebetulan pula, kami terlambat dua rakaat awal, jadi perlu extra rakaat untuk cukupkan rakaat. Jadi, orang2 yang dah habis solat, sedar ada Damia', mula dok acah2 dia, last2 Damia' panik..Ha, endingnya? Tau la kan.. =p Ibu nak habiskan lagi 2 lagi je pun, tapi punyala dok berharap imam tu baca laju supaya boleh habis awal2..Dia nangis kuat woo! =p

Cukup je rakaat, terus ibu cakap, 'Ok. Damia', jom balik! ^_^'

Malam ke-2 pun begitu..Pada mulanya bila ada yang dok tegur, dia nak nangis.Tapi, baru je dok 'ehek, ehek'.. Tetiba ada 'kakak' comel kiut-miut mai nangis depan dia sebab jatuh kot.Tak jadi dia nak nangis.Terbantut! =p At the end, dia yang asyik stare je, mungkin terfikir kenapa la kakak tu nangis ye..

Erm, tu la. bila dilihat, Damia' ni SANGAT setia dengan ibu walid, lebih2 ibu..Kalau ada je yang approach, dia akan panik, kecuali kalau dah biasa dengan orang yang sama. Ibu fikir, kalau asyik jadi hal yang sama, ibu nak letak tag camni pasni,'Do not disturb / take me away from ibu'. Pelekat kat bag dia.Heh!

Alhamdulillah, kami bersyukur kepada ALLAH kerana kehidupan kami sangat2 dipermudahkan. Bagi kami, Damia' bukan masalah langsung. Bawa la ke mana, jaranglah dia nak 'tunjuk perangai'. Especially hal2 keagamaan, senang je dia 'mengikut'.

Mungkin berkat kegemaran ibu dan walid solat di masjid sewaktu mengandungkan Damia' dulu, dia jadi 'tenggelam' dalam suasana tersebut. Relaks je..Mungkin dia teringat, dulu ibu dan walid selalu datang situ.Ada aura =) Hmm, ni memang ibu perasan. Lama dah..Begitu juga bila mendengar ayat2 Al-Quran, Damia' jadi tenang je..Siap sibuk2 nak baca Quran lagi. Jenuh berebut dengan dia, kalau nak habiskan satu muka pun..=p Asyik nak pegang je.. Buku die, tolak tepi bila nampak walid/ibu baca Quran. 

Mungkin sebab ni, ditekankan dalam Islam..'Awwaluddin, ma'rifatullah' - Awal agama itu, mengenal ALLAH. Kerana, ibu lihat pada Damia' ni,  bila dah biasa diajar begitu, makanya tak jadi pelik dah baginya..Seperti solat jemaah juga, Damia' tak kisah pun dok tepi bila ibu dan walid solat..Hmm, bak kata orang, 'alah bisa, tegal biasa'.

Kami berazam untuk serapkan Islamic related values, sebaik dan sebanyak yang boleh untuk Damia'.. Ibu fikir, rugilah jika tak diambil peluang apabila altenatif untk mempromosikan ISLAM semakin banyak, hebat dan kreatif sekarang..Kami masih belajar dan masih mencuba, moganya hasil semat tunjang yang bagus mampu memasakkan dirinya seteguh mungkin pada masa hadapan. Jika sekarang pun, kami amat risau dengan hakikat kehidupan manusia sekarang, lebih2 lagi kami risau akan keadaannya pada masa hadapan.

Harapnya, Damia' dan adik2nya mampu menjadi aset untuk membantu kami mendapat tiket syurga. Ameen.Biar pun begitu, kami juga sedar tentang anak yang menjadi amanah untuk dibimbing sebaik mungkin ini. Simbiosis.Moga ALLAH mudahkan. Ameen.

'Bila mati seseorang anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara - ilmu yang bermanfaat, harta yang dibelanjakan ke jalan ALLAH, dan anak soleh/solehah yang mendoakannya'.. Ya, anak solehah.. Moga ibu menjadi anak yang solehah untuk mak abah, moga walid menjadi anak yang soleh untuk mak dan abah,,moga Damia' menjadi anak solehah untuk ibu dan walid..Moga kita semua menjadi generasi soleh/solehah untuk ISLAM..InsyaALLAH..

Hendak seribu daya,
Mahu seribu cara

Wednesday, August 18, 2010

betapa bernilainya RM 1....

salam semua.. =)

ok..kalau tgk pukul brapa entry ini ditulis, mgkin ada yg mngagak..."ooo walid msti baru bgn tidur ni nak sahur ye"...huhu tp sebenarnya walid tak tidur sedari mlm td lg sampai sekarang..tak tau pasai pa.. huhu..mata tak lali... so bila dok sorang2 gini...mndengar hanya bunyi desiran kipas..tentulah sgt cuak kalau2 tetiba pintu rumah di ketuk ke....* tetiba meremang bulu roma*..huhu.. chop, syaitan dah kene ikat.. hihi..

tak la...sebenarnya bila bersunyi2an begini...apatah lagi di bulan Ramadhan adalah saat yang paling indah utk bermuhasabah diri sampai takleh lelap mata... huhu.. rasa mcm cepat sgt masa berlalu..padahal pergerakan masa tetap la saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun..tak pernah pula saat terus lompat ke hari kan.. tp rasa mcm cepaaat sgt masa berlalu.. dah 24 kali rupanya berjumpa dengan Ramadhan al-Mubarak ni.. tp tetap terasa betapa kecilnya usaha untuk memakmurkan bulan Ramadhan.ini...

dan Ramadhan kali ini adalah kali ke 2 sebagai suami dan walid...emm...cepat je rasa... semenjak bergelar ketua keluarga nih, mmg terasa betapa berat nya memegang title ini.. especially dalam bab didikan isteri dan anak2.. itu belum masuk bab mencari nafkah lg.. sungguh tanggungjawab itu besar dan memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi...

emm...kalau kawan tanya apa beza life before kawin dan after kawen...jawapannya memang mudah... "beza?? memang berbeza"..huhu.. kalau nak cerita kat sini mau berderet panjang nya.. kalau dulu, RM 1 bkn lah satu amaun yang tinggi..tp bila sudah mula perlu memikirkan sang isteri dan sang anak, RM 1 seperti RM 1000.. betapa sayangnya RM 1 untuk dibazirkan begitu sahaja bilamana perlu memikirkan tentang keluarga... bkn berkira..tapi akan rasa serba salah jika RM 1 ini disalah gunakan hingga keluarga terabai..

hinggakan kalau nak keluarkan duit kat mesin ATM pun akan dipililh ATM bank yg sama dengan kad untuk mengelakkan di caj RM 1.. betapa sayangnya dengan RM 1 itu.. jika dulu...cukup lah duit biasiswa utk menampung diri...tp kini, walau pun sebenarnya duit biasiswa itu cukup untuk menampung diri dan keluarga, namun otak tetap ligat mencari idea bagaimana ingin menambah income memikirkan betapa naluri seorang ayah dan ibu itu inginkan yg terbaik buat keluarganya.. bkn mudah utk difikirkan belajar sambil bekerja ini.. tp bukan mustahil.. Alhamdulillah rezeki itu ada dimana2..yg penting kene rajin dan di pastikan kehalalan dia...

oh..bercakap pasal rezeki, alhamdulillah NUFFNANG walid makin murah rezeki.. buffered earning pun makin byk... meterred earnig pun dah menjela...rezeki dari blog ini..

dan ibu pula makin laris jualan tudung Refanes dia... *promo sikit..hihi..kalau nak tahu ape itu tudung Refanes silalah KLIK banner rama2 di atas tuh... semua ini adalah rezeki... syukur alhamdulillah...

dan insyaallah beberapa lagi usaha akan di buat utk menambah income... emm.. sungguh.. bila dah berkeluarga ini, setiap ringgit yang masuk dan keluar adalah amat bernilai... sekarang baru kita sedar betapa susahnya ibu ayah kita mencari rezeki untuk keluarga besar kita..kan kan..

emm...semalam semasa walid tagging dengan doktor kat klinik dermatology, ade sorang makcik ni.. tua dah.. anak dia bawak datang klinik.. suffered from exfoliative erythroderma... seluruh badan makcik ni berkeruping.. menggigil2 kesejukan makcik ni.. bila pndang muka makcik nih, taktau pasai pa...terus menerawang teringat kat mak dan mak mertua... sayu je muka makcik ni.. redup je.. makcik ni kerja bendang je kat kedah dulu.. seronok sembang dgn dia.. sbb dia cakap pure loghat kedah walaupun dia dok Rompin la nih... layan la sat menyembang.. betapa gigihnya makcik ni...membantu suami dia mencari rezeki membesarkan anak2..

dan yg ke-2.. ade 3 orang budak datang.. walid ingatkan adik beradik..rupanya bukan.. dyorang dari Rumah anak yatim... sorang datang sbb Tinea Corporis 2 lg scabies.. ade sorang nurse bawak dyorang.. bila di tnya sebenarnya hmpir kesemua 100++ penghuni  rumah tu kene scabies.. mana taknya.. bersesak2 berkongsi katil dan tuala.. sgt2lah mudah utk merebak.. comel2 muka.. ade sorang muka mcm Ariel Peterpan..  tp tangan penuh parut2 scabies.. hmm... terus teringat pada Damia...kalau kami berdua dah takde nnti..cukupkah bekalan kami utk Damia kelak... harap kami terus kuat....

ok lah...dah subuh.. menulis merapu meraban ni cuma untuk mengisi masa lapang sambil2 mulut mngunyah sahur tadi.. k la.. jumpa lgi.. oh ye... jgn lupa singgah di ArTiqah's closet ye... dan jenguk2 iklan NUFF kami..

SELAMAT MEMAKMURKAN BULAN RAMADHAN buat semua pembaca (^_^)

Monday, August 16, 2010

Update pre-order tudung Bayi dan Kanak-Kanak

Salam.

Sila klik sini..

6 more days to go before this session is closed!

Siapa cepat, dia dapat! ^_^

Saturday, August 14, 2010

Pre-order tudung bayi & kanak-kanak

Salam.

Alhamdulillah, kami sekarang bergelar agent kepada pengeluar utama tudung bayi & kanak-kanak dari Indonesia - REFANES COLLECTION. Tapi, bukan direct agent dari Indonesia la. Actually,dah banyak kali ibu try contact depa kat Indon nun, tapi tak dapat2 juga. Hantar sms , tak reply..hantar email pun tak reply..mintak kawan yang tengah study kat Indon call, dia cakap kena beli banyak2 pula..jadi tak dapatla  nak belikan..Cari punya cari, terjumpa satu agent ni kat Malaysia. Jadi, kami adalah sub-agent lah sebenarnya.

Sekarang, kami membuka peluang untuk order tudung ini jika berkenan. Sila lihat :

Koleksi Negri Dongeng
Harga berbeza mengikut saiz dan pattern. Harga bermula dari RM25.

Kualiti kain AMAT bagus, jenis fabrik t-shirt..tak seperti tudung2 kain lycra kat Malaysia ni. Kain pun tak panas. Sesuai untuk bayi & kanak-kanak. Berbaloi-baloi! ^_^

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama2 mengambil berkat dengan bersedekah. Jika sekali bersedekah pun sudah mendapat 10 pahala ganjaran dari ALLAH, apatah lagi jika beli banyak2 kan =)

Untuk yang bergelar ibu bapa, pak cik makcik, adik kakak, abang ke..ambillah peluang ini untuk bersedekah kepada anak2 gadis yang masih kecil, sebagai cara mendidik ke arah Islam dengan lebih ceria..Moga sedikit usaha untuk mengenalkan mereka dengan Islam ini mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak. InsyaALLAH, pahala orang yang mengajak kepada kebaikan, akan sama speerti orang yang mengikuti kebaikan itu, tanpa sedikit pun dikurangkan .. Pelaburan akhirat, insyaALLAH ^_^

Anggaran saiz:
S       : 4 bulan - 2tahun
M      : 3 - 4 tahun
L       : 5-7 tahun
XL    : 7-9 tahun
XXL : 10-12 tahun

Jujurnya, kami takdelah untung berkali ganda pun. Hanya cukup untuk cover shipment cost, dan membayar kembali duit tudung tersebut kepada agent di Malaysia ni. Tapi, atas usaha untuk memakmurkan agama ALLAH ni, kami cubalah untuk berkongsi dengan semua ^_^

Jika pesanan mendapat sambutan yang menggalakkan, insyaALLAH boleh dapat sebelum raya. Kos penghtaran dari Indonesia sahaja mengambil masa sebanyak seminggu. Jadi, jangan tunggu lagi!

Katalog

Senarai Harga

Kalau ada nak tanya pape, sila tinggalkan pesanan di startique_2468@yahoo.com. 
atau sms ke 013-4062336.

Update : Jualan tudung sudah dihentikan
Alasan : Tak sempat berurusan dengan supplier

Maaf semua =)

Alternatif ? Klik sini.

Friday, August 13, 2010

HEALING.....

Jadi sempena Ramadhan yang telah 3 hari melawat kita, walid nak dedicate lagu ni khas buat semua pekerja2 di bidang perubatan termasuk doktor, pharmacist, nurses, paramedik, dietition, semua2 la termasuk jugak pelajar2 di dalam sektor perubatan ini.... di bulan yang mulia ini, tentulah lebih besar cabaran kita.. bersengkang mata, demi membantu ummat manusia yang memerlukan bantuan kita.. kita hanya medium perantara dan penyembuh nya hanyalah Allah SWT.. moga kita terus sabar untuk berbakti kepada manusia sejagat.. 

salam ramadhan dari kemi sekeluarga buat anda semua.... (^_^)

"Healing"
VERSE 1:

It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2): 

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً 

Thursday, August 12, 2010

Keputusan Cute Lil Muslim & Muslimah Contest!!!

assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca Dairi Damia sekalian.. (^_^)..

rasanya masih belum terlambat untuk walid sekeluarga mngucapkan Selamat berpuasa buat semua ummat Islam seluruh Malaysia dan seantero dunia.. ok just back to the topic.. alhamdulillah...demam Damia' sudah pun berkurang..harapnya ianya berkekalan... insyaallah.. jadi sempat jugak lah kami memaksa menyuruh Damia' utk mencabut nama pemenang dari kalangan 5 peserta yg kami berdua pilih...... menggunakan teknik Damia'-nah alid kasi-okey-Damia' bak-macih... (^_^) huhu.. teknik utk suruh dia ambil dan bg balik kat kite.. maka berjaya lah Damia dengan suka hati memilih 2 pemenang bertuah awal pg tadi..=)

disini juga walid dan ibu ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelewatan pengumuman keputusan contest atas kekangan waktu.. harap tiada hard feeling ye... (^_^)

ok... sebelum walid umumkan pemenang contest itu.. jom kita review siapakah peserta2 contest ini... jom KLIK 

haa...inilah senarai2 peserta contest kali ini...

so siapakah 5 peserta final yang bertuah??? oh..jom kita tengok di SINI

ahha.. soooo....detik yang di tunggu2... jom kita lihat siapakah yang dipilih Damia sebagai....

CUTE LIL MUSLIMAH 2010
MEREKA ADALAH..........

****************
************
********
****
**
*

Dzaatin Nithaaqain Auni Binti Muhammad Elias..
1 tahun 1 bulan
11 May 2009 di Hospital Besar Perlis

DAN JUGA....

SOFIYA IMANI BT MOHAMMAD IZANI
2 month
12th MAY 2010

ALHAMDULILLAH...tahniah kami sekeluarga ucapkan buat pemenang.. dan pada yang tidak berjaya..bg kami anda semua adalah pemenang dalam mendidik anak2 menjadi soleh solehah insyaallah... semuanya cute2 comel2 belaka =)

so seperti yang diumumkan, baby2 diatas akan membawa pulang hadiah2 seperti yang pernah diumumkan dahulu di SINI

so buat adik Dzaatin..nanti suruh umi hantar nama dengan alamat rumah ke email ini ye

dan buat adik Sofiya..nanti uncle dgn auntie bg hadiah by hand ye =) hihih...

Wednesday, August 11, 2010

=(

Salam.

Damia' demam hari ni. Badan panas, kepala panas, hidung berair, batuk pun tak henti..Tadi cek, ada bunyi rhonci dari peparu die..Doktor suspect broncholitis..Letih sangat, dah tido pun sekarang ni..=(

maaf sangat8.

Kami perluakan damia' untuk mencabut nama yang terpilih, tapi tak dapatla nampaknya malam ni. In case dia bangun dan segar bugar tengah malam ni, kami akan terus minta tolong dia ye..

Yang pasti, ibu dan walid turut tak sabar2 nak umumkan 2 pemenang bertuah tersebut. Kami tak berniat untuk memanjangkan hal ni, tapi kami juga harap agar semua yang menunggu untuk sabar, sikit je lagi..

InsyaALLAH, bak kata ALLAH

'Fasabrun jameel'
- Sesungguhnya sabar itu indah

Terima kasih atas kesabaran semua!

Tuesday, August 10, 2010

A night with BAKSIS Family

Salam.

Pada hujung minggu yang lalu, Damia' ikut ibu dan walid dating dengan uncles n aunties..Kawan2 baksis ibu. Plannya, main bowling dan makan setelah ada request dari salah sorang dari kami. Almaklum lama tak jumpa, disebabkan kesibukan masing2 mengaji ikut kos yang berlainan. Kelas tak sama, waktu berbeza, stay off campus lagi..Memangla tak bertembung sesama kami..Susah sangat nak jumpa..Tambahan pula, semuanya sedang dalam insyaALLAH berada dalam final year, makanya kami mengambil peluang untuk berjumpa..Ye la, nanti lepas grad, susah dah kan? =)

Jadi, selepas 'Isyak, kami bergerak berasingan ke Megamall Kuantan untuk main bowling. Dalam pukul 9pm, kami start main..Makin lama, makin bertambah bilangan yang datang..Ada yang dari asrama, dari rumah, dari hospital (balik on-call) pun ade! =)

Sambil main bowling, perut pun berkeroncong nyanyi lagu macam2, diisi dengan kek hari lahir untuk kawan2 yang lahir dalam waktu terdekat ni..Hehe. Tapi, ibu lupa tulis nama Uncle Jaed + Uncle Nabil! =p Ibu ingat yang girls je..=) Sori!

Ada babak potong kek, makan sushi..sambil relakskan diri berchatting bersama2 =) Yang bestnya, ibu punyala dok plan nak buat sushi sedap2..tapi bila dok tengah buat tu, ibu teringat pesan walid suruh kurangkan air sebab tanak sushi lembik (padahal sedap je =p)..Alhasilnya, sushi yang agak keras tu rasa macam lemang yang ada mayonis + seaweed! =p Ni walid sendiri yang cakap.Hehe..Tu la, lain kali, sila serahkan kepada yang pakar ye ^_~

Ni, aksi Damia' yang muncul dengan gaya lagak baby tigger pada malam tu..

Sampai2 je, terus auntie amik
Ha, ni lah hasilnya dengan kadar SEGERA
Terus pulang semula kepada walid
Walid biar Damia' ralit sat..tapi tak lama..
Nampak ibu, terus nangis nak dekat dengan ibu
Tengok kaki die! =p
Melihat aksi yang lain
Zoom sikit
Ini bola bowling mia' =)

Sebenarnya, ibu dan walid, dua2 turut main pada malam tu.Ibu ni TERAMATla malu nak main, sebab tak pernah main pun seumur hidup.Tapi, bila asyik ditanya walid dan dipujuk kawan, tak sampai hati pula nak berkeras sangat. Ibu mainla..Tak melanggar syariat pun, insyaALLAH.. 

Tetiba, tengah main tu, dah kat last round, naik nama ibu dan walid kat skrin secara kebetulan ..Jadi, bermula lah episod (satu episod je pun =p) pertarungan tak berapa sengit antara ibu dan walid..
Damia' Rujhaa
Walid, ready..?
Dari dulu lagi, Mia' nak kat uncle ni je.Sebab ape ye? ha, cuba fikir =p
Damia' ready nak tengok ibu + walid
Ok, go!
Keputusannya? oh, tak payah tanya pun dah tau =p pro player vs. amateur first timer..mestilah walid yang jatuhkan lebih banyak pin dari ibu. Jadi..
Eh, Mia' buat ape tu?
'Give me 5!' to walid ^_^
Gambar F.A.M.I.L.Y..tak pernah lupa
Bersedia untuk balik
Ok. Make sure u're safe n sound there
Satu lagi gambar family kecil
Ini gambar family besar..tu pun, tak cukup lagi.. ^_^

Selepas tu, kami beramai2 bergerak untuk makan pula. Restoran Taj Point menjadi pilihan..Kat Kuantan ni, rasanya Taj lah restoran mamak yang paling banyak 'outlet' kot. Kat mana2 pun jumpa =p Tapi takpe, makanannye memang sedap pun =)

Mula2 duduk kat sini
Oh ibu, saya lebih suka kat sini la! =)
Ni aksi yang tak perlu bagitau ape lagi dah
Err, ibu bila makanan nak sampai ni?
Mia' main2 dulu ye
Eh, lambat betul makanan sampai..erm, ni macam sedap ni
Eh, makanan Mia' dah sampai la
Bismillahirrahmanirrahim
emm..
Nak lagi ibu
Uih, besar la pulak sudu ni pun!
Tu dia! 
Comotla makan 
Meh uncle sapu sikit =)
Untuk semua : Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah, perut kenyang, senang hati..Bertolak pulang ke rumah, sampai2 je terus lena Damia' ni..Alhamdulillah. Moga kita dapat berjumpa lagi selepas ini ya..

FAMILY is a way of having friends by ALLAH's decision.
FRIENDS make family by human decision.

F.R.I.E.N.D.S Fillah, InsyaALLAH ^_^

Sunday, August 8, 2010

Update 'CUTE LIL' MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST !!'

Salam.

Sekarang, kami berpeluang untuk update pasal contest ni..

Sebenarnya, SANGAT susah untuk memilih top 5 contestants..Sebabnya, semua pun sangat chumil dan memikat hati..Tapi setelah dipilih2, ditilik2, makanya kami membuat keputusan tentang hal ni.

Tanpa berlengah, mari lihat top 5 contestants ye :

Nur Nabihah Azmi
Tarikh lahir:12 Januari 2008
Umur: 2 tahun 6 bulan

Dzaatin Nithaaqain Auni Binti Muhammad Elias..
1 tahun 1 bulan
11 May 2009 di Hospital Besar Perlis

SOFIYA IMANI BT MOHAMMAD IZANI
2 month
12th MAY 2010

NURMAWADDAH FATINAH BINTI FAIRUL SHAM SUHARDI
 1 BULAN 2 MINGGU
29 MEI 2010

Iffah Mardhiyyah binti Mohammad Imran
1 tahun 10 bulan
17 Ogos 2008

Alhamdulillah, tahniah kepada yang terpilih ye..Yang tak terpilih, jangan sedih2 tau..Moga ukhwah terus ada antara kita..Jangan la boikot kami pula ye =p

Ok..Bila ada masa nanti, kami akan minta tolong Damia' cabut nama 2 orang yang terpilih ye..

Tapi, sebelum tu kami ingin maklumkan bahawa terdapat sedikit kesulitan tentang hadiah yang diiimport dari Indonesia tersebut. Paling lewat, kami akan cuba pos sebelum raya ye..Bolehla bergaya pada hari raya nanti =) Tapi, jika tak dapat, kami akan tukarkan dengan yang lain.Maaf atas kesulitan tersebut.. =(

Thursday, August 5, 2010

tazkirah dan muhasabah diri dipagi yang hening...

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, Maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, Maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar. (AN-NISAA': 34)

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه 
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘.

Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami

Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya:

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

(Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Pengertian Nusyuz
Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Hukum Nusyuz Dan Kesannya

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada isterinya akan gugur.

Jadi, apakah tanda2 nusyuz ini,, sama2 kita renungi supaya kita dapat mnjauhkannya...

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan oleh suaminya.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Aku melihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yg dahsyat didalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah wanita". Rasulullah SAW ditanya, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Wanita mengkufurkan suamianya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun, dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup". (Riwayat Al-Bukhari)

2. Menyakiti hati suami.

Isteri yang kerap menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah SAW: " Seorang wanita yang menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami." (Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami.

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidaj dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya tanpa izin suaminya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat dilangit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali." (Diriwayatkan oleh Thabarani dalam al-Aswat)

5. Meminta cerai daripada suaminya.

Sabda Rasulullah SAW: "Mana2 isteri yang meminta suaminya menceraikannya tanpa sebab yang di benarkan oleh Syara', haram baginya bau syurga". (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sihingga ke pagi". (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Tindakan Terhadap Isteri Yang Nusyuz
Islam telah menggariskan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh suami dalam menangani dan menghadapi masalah nusyuz isteri ini:

1. Ketika nampak tanda-tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling padahal kebiasaannya dia menampakkan muka yang manis kepada suaminya atau dengan percakapan seperti isteri menjawab suaminya dengan suara yang kasar padahal kebiasaannya dia bercakap dengan lemah lembut kepadanya, maka sunat ke atas suami memberi nasihat. Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”
(Surah an-Nisa: 34)
Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama:
- Menasihati isterinya dengan berkata kepadanya:

“Bertaqwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akan akibat jika engkau tidak melaksanakannya.”

-Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalam di rumah isteri bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.
- Menyebut hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhusebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang nusyuz.
- Adalah sunat juga bagi suami berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinya sesuatu.

2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”
(Surah an-Nisa: 34)

Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispanduan tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.

Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya kerana yang sedemikian itu adalah perilaku seorang isteri shalehah sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

“Maka perempuan-perempuan yang shaleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya).”

(Surah an-Nisa: 34)

Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap isteri yang shalehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:

“Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga iaitu dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan rasulNya serta dengan mentaati suami.

Wallahu 'alam.....

Monday, August 2, 2010

Update 'CUTE LIL' MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST !!'

Salam.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menulis di sini.

Berkenaan contest ni, pertama - tamanya, maaf untuk semua ya kerana terpaksa menunggu untuk pengumuman pemenang contest ni. Minggu lepas, jadual kami full, jarang2 ada masa di hadapan laptop..Lagipun, takpe kot semuanya menunggu sedikit, baru suspen..hehe.

Ni pun, ibu ambil alih tugas walid yang nampak gayanya akan start busy dengan posting barunya..Jadi, ibu pula meneruskan kesinambunagan  pertandingan ini.

Ok. Sebelum apa2, baikla kiranya semua maklum dengan rules+regulations contest ni ye..

Setakat ni, alhamdulillah contest ni berjaya mengumpul seramai ini .

Jadi, mesti semuanya nak tau bagaimana kah peserta akan diadili, kan?

Ok, camni..

Setelah berbincang, kami sepakat untuk memilih top 5 contestants dari pihak ibu dan walid.. Selepas tu, Damia' akan diberi penghargaan untuk mencabut nama siapakah yang menang ye.. =) 

Pada mulanya, ibu dan walid sahaja yang ingin terlibat. Tapi, memandangkan semua peserta pun  cute2 je, kami tak dapat memberi kata putus tentang pemenang ni. Ibu suka yang ni, walid pula suka yang ni..Banyak pulak tu yang masing2 suka..Hehe.Tak bolehla camtu..Jadi, kami serahkan pada yang 'pakar' =p Yela, kalau tak, nanti ibu dan walid bias pula kan..Almaklum, ada sebahagian pesera yang kami memang kenal (macam hampir semua je =p). Oleh itu, Damia' akan mencabut nama pemenang, dari top 5 contestants.

Bilangan yang akan mendapat hadiah, insyaALLAH 2 orang sahaja. Takde tempat pertama, kedua atau ketiga..Kami peruntukkan hadiah untuk 2 dari 5 orang tersebut. Kalau nak ikutkan hati, mahu sahaja diberikan hadiah kepada semua, atas kesudian menyertai contest ni..Tapi....bajet 'student' macam kami belum mampu menampung semuanya..nantilah, tunggu walid dan ibu kaya ye =p 

Ok. Itu tentang peserta..Tentang hadiah pula. Pada mulanya, kami dah ada plan untuk berikan hadiah lain. Tapi, memandangkan ada permintaan dan pertanyaan tentang tudung yang Damia' selalu pakai..makanya, kami sepakat untuk menghadiahkan tudung/kopiah chumil2, khas dari IndonesiaTambahan pula, sesuai sangatlah hadiah tersebut, mengikut tema muslim/muslimah yang ditetapkan..Mungkin coraknya tak sama macam Damia', tapi insyaALLAH memikat hati dan selesa =) Harap semua suka ye..

purple 
pink
merah
hijau kuning

Till next time, assalamualaikum..Good Luck!

p/s: Doa2kanla Damia' 'pick' nama anda!