Wednesday, July 27, 2011

Aquaria : Visited! (2)

Salam.

Tak habis cerita lagi tentang hari Aquaria ni..

Erm, selepas ke aquaria, kami berdua melangkah masuk ke dalam KLCC. Allah, lama sungguh tak ke sana, sejak study kat Pahang nun, walaupun rumah tak jauh mana dari Ampang..Masuk dalam KLCC, naik ke food court dan makan. Dapatlah ibu makan kyros kebab hari tu. (Ibu memang suka burger/salad/kebab, tapi susah nak dapat, kecuali kat tempat2 tertentu - i mean, kebab ^_^) . Walid pula makan ABC + Nasi Kandar. Lepas isi perut, solat Zuhur tak dilupakan..

Sementara tunggu Damia' jaga, kami window shopping dalam KLCC. Ye, window shopping je lah. Tak kerja lagi kan? Fulus, kena jimatla.. =p

Tak lama lepas tu, Damia' jaga. Maka, kami beli makanan untuk Damia' pula. Kebetulan, kat luar bangunan dah redup..Jadi, misi ke-2 diteruskan.

Kembali aktif =)

Misi ke-2, berkaitan air juga. jika tadi kami berkenalan dengan ikan2 yang tak dapat dipisahkan dengan air, maka kali ni, kami dedahkan Damia' dengan air pula.

Dekat luar KLCC, ada taman permainan dan ada macam satu ruang untuk kanak-kanak mandi manda secara bebas. Yang penting, tiada bayaran dikenakan =) Jadi, untuk melatih Damia' supaya berani sikit (Damia' takut bila berada dalam air), maka kami bawa ke sini. Alang2 pun kan.. =)

Kawasan mandi manda
KLCC yang tak jauh dari mata
Bergambar di taman mainan, tapi mata dah asyik ke arah air =p
Bila dah sampai kawasan ni, tanpa buang masa Damia' pun salin baju. Pakai swimming suit dia.Bila dah sedia, dia pun turun ke tempat bermain air dengan walid
Jalan jengket, sebab dia geli. Taku-takut je =p
Zoom sikit =)
 
Berhati-hati, takut jatuh 
Damia' mandi tak lama. Kesian ibu dan walid tengok, terketar2 badan dia =p Jadi, lepas mandi bagi dia makan sikit dan tukar baju lepas tu. Selepas tukar baju, bagi dia main sat kat taman mainan. Kesian, asyik dok sebut 'menan (mainan)' berulang2 kali. Walau hari dah petang, kami beri sedikit masa kat Damia' untuk enjoy. Punyalah dia seronok! 
Mulut penuh. Makan tak henti =p 
Mulut penuh lagi. Atas 'duck'

Tak lama selepas tu, kami pun balik. Waktu nak naik LRT, jumpa geng baksis..Uncle faveret Damia' =) Walaupun LRT padat sebab waktu orang balik kerja, tapi kami dok sembang pot pet pot pet, sampailah dah nak turun.  Lepas tu, masing2 membawa haluan sendiri..
Till then, assalamualaikum ^_^

p/s: moga ada kesempatan begini lagi pada masa akan datang. ameen

Monday, July 25, 2011

Aquaria : Visited! (1)

Salam.

Sewaktu kat Ampang beberapa minggu lepas, walid dan ibu bawa Damia' Rujhaa ke Aquaria KL. Hee, sebenarnya, ibu yang nak g sangat2. Ye, ibu suka 'layan' educational place, more than others (i mean, more than shopping places =p). Dah lama sangat dok ajak walid, tapi baru ada kesempatan bila dah ada Damia' ni.. =)

Untuk elakkan kesesakan lalu lintas (terutamanya waktu balik a.k.a time orang balik kerja), walid putuskan untuk park kereta kat LRT Jelatek, tak jauh dari KLCC.

Salam semua. Jom, jalan2!

Dalam LRT, Damia' dok senyap je. Hehe. first time naik kot. Bila dah serasi sikit, dia mula bersembang. Dok 'hai' abang kat depan dia. Yang budak kecil tu, senyum malu2 je =p.

Bila dah sampai, terus menuju ke Aquaria tanpa buang masa.  =p

Dalam Aquaria, kami ambil masa yang lama sangat untuk jalan2. Ye, biar berbaloi dengan harga =p Mula2 kononnya nak tunggu feeding showtime, tapi disebabkan dah mula bosan (Aquaria is not as big as Underwater World Langkawi though. Dok pusing p mai p mai, tengok benda yang sama juga). Jadi, kami putuskan untuk keluar, setelah ulang berjalan kat tunnel. Dalam tunnel tu, ada automatic path lane, macam eskalator, kite berdiri je, dia akan gerak, dari mula sampai akhir.. Sengaja kami 'berlama-lamaan', sebab nak bagi Damia' tidur..Alhamdulillah, tidur juga akhirnya =)

Aquaria. Bayaran masuk boleh tengok sini 

Berjalan di Aquaria, bagaikan mengembara dalam cerita. Ada kisah tersendiri. Ia bermula dari dataran tinggi, hingga ke laut dalam. Aquaria dibahagikan kepada beberapa bahagian utama, seperti :

TOUCH POOL
Sewaktu mula2 masuk, terus jumpa Touch Pool. Ada 3-4 kolam kecil yang menempatkan binatang2 yang boleh disentuh dengan tangan. Oh, Damia' memang sangat excited kat tempat ni. Asyik jerit, 'air!, air!'..Dia seronok dok pegang air dalam kolam tu, sampaikan pelancong asing yang datang pun 'excited' dengan gelagatnya. Dyorang pun teragak2 nak sentuh binatang2 dalam air tu =p

Damia' pegang belangkas
Alid, air...air!
Damia' pegang tapak sulaiman
THE ELECTRIC ZONE
Kat sini ada diletakkan belut yang ada 'karan'. Tapi, tak nampak pun la karan tu.Rileks je belut2 tu =p

THE STREAM
Kat bahagian ni, ada binatang2 yang tinggal dalam air seperti memerang, tikus air yang besar dan penyu yang muncungnya macam alligator. Kecil je penyu tu..

JEWELS OF THE JUNGLE
Dah masuk kawasan hutan, mulalah nampak binatang2 lain seperti cicak tokek,katak, rama2 dan kupu2..Ular pun ada! =)
Damia' cakap, 'Nek (snake)..sssssssssss'

FLOODED FOREST
Di kawasan hutan hujan tropika/ amazon, ada pelbagai jenis ikan yang berbeza pula..

Walid : Damia', ni ikan Arapaima!
Damia': Wah, besarnya fish ni!
Bekalan sewaktu mengembara - Honeystar + Biskut Marrie
THE COAST
Di kawasan pantai, ada macam2 ikan lain pula. Banyak sangat nama, tak ingat dah.. Penyu pun ada kat sini..
Gambar potret di salah satu kampung di pesisir pantai. Cantik, subhanallah!
Ibu : Damia', banyaknya fish..!
THE OCEANARIUM
Last sekali, sampai kat bahagian akuarium. Kat sini lah terdapat banyak ikan yang kita boleh jumpa dalam laut. Banyak sangat ikan yang ada. Penyu, ikan yu, ikan pari bebas bergerak ke sana ke mari. Kat bahagian ni, ada macam terowong kecil. Boleh pilih nak berdiri atas laluan automatik atau berjalan sahaja sepanjang terowong, jika ingin ambil masa yang lama untuk melihat-lihat..

Perasan tak gambar belakang? itu ikan yu. Damia' dok semangat nak tangkap gambar. Belum sempat ibu tangkap, terus dia cakap, 'tengok!'. kalut nak tengok setiap gambar yang ditangkap, tu yang mulut dia macam tu dalam gambar =p
Ikan melekat kat dinding. Tak gerak2!
Oh, sebenarnya, saiz2 ikan yang dilihat ni 30% lebih kecil dari saiz sebenar. Kami lihat ikan2 ni besar2 belaka, tapi rupa2nya itu bukan saiz sebenar. Menakjubkan!
Bahagian terakhir kawasan ni, ada macam akuarium bersaiz besar. Kat sinilah pertunjukan bagi-ikan-makan berlangsung.
WEIRD AND WONDERFUL
Oh, kat kawasan ni ada hidupan ciptaan ALLAH yang memang berbentuk pelik dan menarik. Ada ikan yang badannya macam cacing, dok tenggelam timbul dalam tanah, ada haiwan yang mengeluarkan cahaya, ada yang berbentuk seperti batu..Subahanallah. ALLAH Maha Hebat!

DISCOVERY ZONE
Ini kawasan terakhir. Ada obor2 yang sangat 'transparent'. Bila cahaya lampu dipancarkan, macam2 warna yang kita lihat,bagaikan melihat pertunjukan bunga api. So colourful! Ada juga udang karang yang cantik, terumbu karang dan sebagainya.
Family potrait =)
ATLANTIS
Ni kedai cenderahati. Sebelum keluar, setiap orang akan melalui kawasan ini dahulu. Kat sini, kami beli gambar yang ditangkap bersama maskot Aquaria, sewaktu awal2 masuk tadi.. Disebabkan Damia' dah lena tidur, jadi kami tak beli apa2 lah..
Lena
Buli sikit =p

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak ke Aquaria. Secara peribadi, ibu lebih suka Underwater World Langkawi. Tapi tak taula, tu pun g waktu darjah 4 dulu. Sekarang, tak taulah macam mana..Lagi satu, dapat kenal ikan2 yang ada. Real punya. Ha, yang ni kelebihan untuk walid. Sebab dia dok main game, ada baraccuda la, ikan ape la, macam2 lah! Bila jalan je, walid cakap, 'o, ni ke ikan ____. Dalam game ___ ada!' Excited walid =p Untuk Damia', baguslah sebab dia dapat belajar, sementara ibu dan walid cuti sekarang. Balik je, bila tengok balik gambar2, mesti dia teruja balik. Alhamdulillah ^_^

Thursday, July 21, 2011

Pegawai Farmasi Gred U41

Salam.

Kami baru sampai Alor Setar pukul 9pm tadi. Bila dah sembang2 dengan family semua, ibu online. Nak sangat online, sebab kat Ampang sangat jarang online. Banyak juga terlepas hal2 tertentu..Jadi, first thing to do is to announce this.

Alhamdulillah! ^_^

Baik.

Walaupun telah seminggu berlalu kisah ni, ibu masih nak cerita juga. Bagi ibu, ini masih kisah 'panas' untuk diari ni =)

BERDEBAR
Baiklah, sebenarnya semua kawan2 satu batch pun tengah risau dengan penempatan kami sebagai ahli farmasi. Yelah, dari bulan 6 kot tunggu. Lepas tu, kononnya awal bln 7 kerja, pastu beranjak ke depan, jadi pertengahan bulan 7, rupa2nya awal Ogos baru boleh kerja. erm, mencabar tu. Bulan puasa, tapi lebih pahala, insyaALLAH =)

Sebenarnya ibu takdelah dok sibuk nak tau sangat penempatan, tapi tula, sebab bila taktau, tak boleh nak plan hal lain, makanya memang tertanya2 dan tertunggu2 juga lah sebenarnya. 

Bila batch leader bagitau paling awal boleh tau penempatan pada 15hb, ibu dah simpan kemas2 tarikh tu dalam ingatan. Makin hari, makin berdebar. Makin berdebar, makin cuba keras hati untuk redha.

HAH?

Hinggalah, tiba2 pada pagi 14hb, dapat mesej lebih kurang camni, 'Korunk dapat perak. 1 hb lapor diri'..

Wah, terkedu baca mesej. Perak?? Takde dalam list kot. Pilihan hari tu : Pahang, Ampang, Putrajaya.

Maka, kalut2lah sembang dengan kawan yang mesej tu. Dok pot pet pot pet, padahal walid kat sebelah dah gelisah. Dok berkira nak keluar rumah sewa, nak masuk hostel balik. Yela, sape nak dok sorang2, isteri jauh ke Perak nun.Siap contact cari kawan yang nak dok rumah sewa kami..

Ibu??

Erm, ibu terkejut bukan dalam pilihan, tapi ibu fikir, ALLAH memang dah plan yang terbaik untuk kami.Ibu ambil banyak masa untuk set hati dulu. Sekarang adah ada jawapan..

Jujur, tu lah tempat pilihan untuk kami settle down suatu hari nanti. Jadi, ibu fikir, ALLAH mahu ibu dulu yang berkorban.. Ramai je kawan2 yang terpaksa menjadi 'weekend couple' atas sebab belajar/kerja..Jadi, ibu redha saja menerima. Siap dah fikir nak cuba minta hospital mana dan nak tumpang rumah siapa..Cuma, ibu sedar, it's not going to be easy, especially when u have a baby..Tapi, tak mustahil.

KAWAN BAIK
Bila dah tau, terus teringat seseorang.Terus call kawan baik dari Pahang. Terkejut aih bila dapat tahu, dia tak dapat Pahang. Lalu ibu wonder, sape lah yang dapat. Dan dia memberitahu 3 nama yang telah sah dapat Pahang.

Erm, kawan ibu sedih sebab sikit tak dapat Pahang, sebab hospital sangatlah dekat dengan rumahnya. Tambah pula tempat yang bakal dituju, takde kemudahan transport, rumah, dsb (belum ada lagi la..). Lalu, ibu cakaplah, kita redha je lah. ALLAH dah letak tempat terbaik. Nak buat cane, ibu pun tak dapat Pahang juga. Kena berkorban lah masing2. Lalu, ibu tanyakan no telefon bahagian penempatan.

HUH?
Pot pet tpot pet habis cerita.Bila dah habis call, tak boleh nak dok diam pulak. Terpanggil2 untuk call SPA, lepas dok tengok no. yang diberikan tu.

Jadi, tunggu lama sikit, ibu call. Bila bagitau nama dan universiti, terus dengan laju dan lancarnya, diberitahu, 'PAHANG'.

Wah, terkejut habis nih! lagi terkedu dari awal2 tadi. Tak expect langsung! Ibu sampai tanya banyak kali,lalu jawapan serupa diterima..

I was in denial state sat, sebelum pujuk diri,'ok fine. ALLAH nak suruh dekat dengan suami ni..'

The truth is, I'm ready for Perak more than Pahang. (Mesti orang2 Pahang marah bila baca ni =p). Tapi, sekejap je, terus ibu ingatkan diri, 'Hari tu asyik dok minta tempat terbaik, sekarang dah confirm, jangan mengada2 dah. It's Pahang. Fullstop. Memang ALLAH mahu kamu dekat dengan suami.'

Bila bagitau walid, dengan keadaan masih terkejut lagi , walid senyum lebar. Teruslah kansel plan nak keluar rumah sewa.

THE HARDEST PART
Honestly, ibu ingat ramai yang dapat Pahang. Sebab batch lepas, kat Kuantan sahaja pun ramai. Lagipun, ibu tak follow update dari blog kelas.Hanya mengharapkan kawan je bagitau apa2 berita.

Tapi, ibu kecewa sedikit bila tahu hanya 4 orang yang dapat Pahang. Ibu orang keempat.. Bukan setakat serba salah dengan kawan baik sebab macam berebut tempat dengan dia, tapi juga dengan SEMUA classmate dari negeri tersebut. Semua tercampak! ke Kelantan,KL, Sarawak pun ada. Takde sorang pun orang Pahang yang dapat Pahang. Negeri lain, ada lah juga wakil..

Sampai beberapa hari ibu dok rasa serba salah dengan hal ni. Ibu kesian sangat dengan kawan2 Pahang. Tapi kalau nak offer tempat ibu tu, takde win-win situation. Susah pula untuk ibu. Apa2pun, Damia' is going to be with me..Plus, walid yang manja tu akan sedih sangat lah nanti =p

Jadi, di sini ibu nak minta maaf. kalau2 ada kawan yang baca, ibu minta maaf sebab ibu rasa ibu mengambil tempat dyorang. Tapi, insyaALLAH, ibu kat Pahang pun sekadar tunggu walid habis study. Tahun depaaan je ye =) Silalah minta Pahang tahun depan ye..

ALLAH BERBICARA
Harapnya masing2 dapat berlapang dada. Ini ALLAH punya kerja, cumanya melalui manusia keputusan diketahui. Yakin, dan YAKINlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. memang ayat ni nampak cliche, tapi itu hakikatnya. ALLAH sedang berbicara dengan kita tentang 'sesuatu'.. dan kitalah yang kena bijak cari 'sesuatu' itu. =)

.....Ya, aku sedar, ALLAH turut sedang berbicara denganku..Sifat hamba itu 'Atiqah, tabah dan redha.

Erm, moga ALLAH pandu gerak langkah kita selalu.Ameen

p/s: 
Selamat enjoy puas2 sebelum memulakan pekerjaan! =)

Wednesday, July 20, 2011

8.50pm di ingatan

Salam.

Damia' Rujhaa bt Ahmad Zainol Arifin turns 2 TODAY!

Alhamdulillah!

^______^

Her. Current.

Sunday, July 10, 2011

Alahai, susahnya nak update blog (-_-)

Salam.

Salam. Kami kat Ampang la ni. Susah sikit nak update sebab takde line kat sini. Selalu mesti g Carrefour Ampang sebab ada wireless. Yap. Macam sekarang =p

Okay. Hari tu kata nak update pasal Damia' kan? 

Alhamdulillah, secara fizikalnya diabaik2 aja. Slim (baca : kurus), macam ibu..biasalah! Secara emosi, dah banyak perkembangannya.Yang paling jelas sekali, Damia' pandai merajuk sangat2. Kadang2 lawak pun ada. Bila Damia' merajuk, bukannya ibu walid sibuk pujuk, sibuk gelak dulu kat dia. Heh! =p

Pasal kepetahan berkata2, alhamdulillah ok juga. Pot pet pot pet tak henti.. Sekarang ni, dia ikuuuuuuut je apa yang walid dan ibu cakap kat dia..Yang part cakap tak 'telor' yang best tuh.Tapi pelat =p Sampaikan ibu dan walid pun dah kena panggil 'abang'/ 'ayang', gara2 dia dengar kami cakap sama2 kami =p Kalau nak senaraikan yang lain2 tuh, masyaALLAH banyak sungguhlah!

Erm, tu la. Cuti tinggal sikit je lagi. Menghitung hari untuk mula bekerja sebagai ahli farmasi. Hmm, jujur jeles sangat dengan adik yang dah sebulan bergelar doktor. Dah masuk bulan kedua. Tengok income dia bulan lepas, memang best. Takde pun tangguh2 gaji, macam ramai yang dok buat spekulasi..alhamdulillah.

Gara2 tak dapat tau penempatan, walid yang nak start art time asyik tak jadi je plan nye. Entah bila nak mula. Tambah2 Ramadhan dah dekat..Hmm, tapi takpe. Boleh tolong tokma renovate rumah Ampang cantik2. Jadi, seronok sikit raya tahun ni dengan 'aura' baru =) 

Mohon dengan sangat agar ALLAH kurniakan yang terbaik untuk kami. Usaha sudah, tawakal dan redha dengan ketentuannya. Ibu tengah set hati untuk redha dengan penempatan yang akan dapat tak lama lagi nih. InsyaALLAh. Doakan kami juga ya! ^_^

Tak lama selepas dapat 'telinga cantik' =p

Slim

Dah ada tocang! ^_^

Friday, July 1, 2011

Menulis kembali

Salam.

Alhamdulillah, hari ni 30 Jun 2011, maka dengan rasminya ibu menamatkan tugasan sebagai 'kebab girl'. Ye, sebelum ni memang lah terhad masa nak berinternet, sebab waktu kerja bermula 10am-10pm.Seminggu cuti sehari je, jadi memanglah ibu tinggalkan sat blog ni. Tapi, tak bermaksud ibu tak blog walking, ibu ziarah je kawan2 semua =)

Sebagai gadis kebab, banyaklah yang ibu pelajari sepanjang sebulan 'berkhidmat'. Banyak kenangan yang terkumpul. Ada kenangan manis, pahit dan juga lucu. Cewah, macam buat biodata kecik2 dulu, siap ada bermacam2 jenis kenangan =p

KENANGAN MANIS

Sebenarnya, bekerja lain dari bidang yang ibu ceburi ni, sememangnya ada dalam salah satu wishlist ibu. Yela, ibu tak pernah bekerja macam ada sesetengah yang lain. Tunggu result spm, kerja. Cuti sem, kerja. Dalam dok study pun, masih boleh buat part time. Alhamdulillah, ibu diberi kesempatan kali ni . Jadi, seronok jugalah dapat merasa duit gaji sendiri, sebelum dapat gaji sebagai ahli farmasi =) Penat memanglah penat, tapi enjoy!

Tambahan pula, kedai kebab ni adalah kedai faveret ibu dan kawan baik ibu sejak dari tingkatan 4. Selain dapat tau cara sediakan kebab, dapat juga merasa kebab free =p 

Selain kebab, dapat juga skill buat kaya ball, waffle cake, sediakan air minuman sejuk yang banyak2 tu(macamlah kena beajar sangat =p), cara berurusan dengan pelanggan, dan lain2 lagi.

Jujur, minat ibu dalam bidang yang berkaitan makanan makin bertambah2.Almaklum, kalau ikutkan mahu saja ibu lanjutkan pelajaran dalam bidang catering-related selepas pmr, tapi maktok 'halakan' ke arah lain. Insyaallah, pengalaman ni jadi inspirasi untuk punya bakery, pada suatu masa hari nanti. Doakan ye =)

PEGALAMAN PAHIT

Takdelah sangat yang pahitnya. Cuma, sebelum ni ibu biasa dengan kawan2 yang sama latar belakang dengan ibu, jadi bila bekerja dalam dunia sebenar, mencabar juga lah, terutama dalam bab menjaga hati dan iman. Ye lah, iman ni kan bertambah dan berkurang. Ibu pun tak boleh jamin apa akan jadi pada masa hadapan...

Sepanjang ibu kat situ, ibu dapati majoriti pekerja adalah yang tidak memberatkan agama terutama hal solat, walaupun diberi pelepasan oleh tauke kedai yang berbangsa cina. (Tauke tu pun faham tuntutan solat atas umat Islam, hairan betul kenapa yang pekerja2 Islam itu tak rasa pape). Hal puasa, mereka sendiri dengan bangganya mendedahkan perbuatan mereka yang tak puasa pada bulan ramadhan, seolah2 cerita lawak pula..Hingga tauke pun cakap, 'Saya takut o dengan ALLAH, saya bersubahat dengan depa ni..'. Biasa saja si tauke g beli makanan, dan pekerja2 berbuka beramai2..Ofkos, sebleum waku! Hmm,begitu juga dalam soal komunikasi. Biasa saja mendengar cemuhan, lawak kasar, cakap mengarut, dari mulut seorang perempuan, Kadang2, ibu jadi malu pun ada. Dengan adanya 'buih-buih' hasad, adu domba, oh, this is SO REAL! =p Barulah faham,rambut sama hitam, hati lain2..

Tapi, tulah. Bila naik je surau kat kompleks beli belah tu, sejuk hati bila lihat kanak2 sekecil Damia' yang ikut ibu bapa shopping, turut ikut ibunya solat. Oh, ibu doa moga kekal sampai mati.Ameen. Solat tu, tiang agama. Solat tu, boleh mencegah mungkar. Solat tu, perkara pertama dihitung..

Hmm,harap sangat dapat menjadi penyumbang untuk golongan soleh solehah pada masa hadapan, walau tau diri ni tak baik mana pun. Erm,bukan senang nak bentuk jiwa seorang anak, hakikat manusia yang punya perasaan, sama macam ibu bapanya lah. Salah didikan, taktaulah jadi apa. Nauzubillah.

KENANGAN LUCU

Yang lucunya, ada kisah 'bibit2 cinta tak jadi' .Heh!

Ibu perasan, ada seorang 'mamat' ni dok perhati ibu buat kerja. Ye, sampai ibu perasan tingkah laku dia. Tapi buat taktaulah. Orang tak kacau kita, kita nak kacau depa buat pa kan? =) Sehinggalah ada suatu malam, dia bertanya 'status' ibu kat kawan sekerja. Lalu, dinyatakan yang ibu ni bini orang, punya satu anak sudah. Esoknya, ibu dah tak jumpa dia macam selalu, dok mai melepak depan kedai kami. Rupa2nya, dia adalah pengarah kompleks tempat ibu kerja, anak seorang yang 'ternama' kat Kedah ni. Kalau sebut, mesti tau sapa.. =p 

Maka, jeleslah walid dengan cerita ibu itu.. =p Lalu ibu nyatakan, yang kisah itu hanyalah 'angin sepoi2 bahasa' sahaja. Saja datang sat sat saja..Takde makna pape pun, insyaALLAH..

Oh walid, bagiku hanya kau saja yang terindah tau. Hensem itu bukan pada rupa, tapi pada perangaimu yang memikat hatiku. I hope i love u all my life~ (^___^). 

KESIMPULAN
Kesimpulannya, experience is the best teacher. Pengalaman ni lah yang ajar kita bagaimana untuk hidup, memberi peluang kedua untuk betulkan kesilapan yang berlaku pada setiap kali yang pertama.  InsyaALLAH, esok kami akan berangkat pulang ke Ampang. Ibu pun dah rindu sangat kat rumah Ampang. Sebelum balik Kuantan, nak jalan2 lah pula kat KL nun, sebelum bekerja, berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. InsyaALLAH. Moga baik2 saja semuanya. Ameen.

Till then, salam ^_^ Bila2 masa ibu update pasal Damia' yang makin keletah, insyaALLAH.

p/s: 
Semalam 27 rejab tahun hijrah, hari israk mikraj,bersamaan ulangtahun kelahiran Damia' Rujhaa yang ke-2. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH atas nikmat anak solehah ni. Terima kasih ALLAH, bagi peluang kepada kami dengan kehadiran penyejuk mata..oh, dan ya, ibu makin obses dengan anak dara sorang nih! =)