Saturday, January 26, 2013

Masalah Perempuan

Salam.

Ibu fikir, masalah yang satu ni, jaranglah nak kena kat lelaki kot.

Masalah yang waktu kecil2 dulu, mesti mak abah risau, terutamanya mak lah. Tambah2 bila ada banyak adik-beradik. Tambah2 lagi, bila balik kampung..

Ha, rasanya semua tahu kot..?

 K.U.T.U !!

Aish, minggu lepas lagi ibu perasan Damia' rajin sangat garu kepala dia. Kami dok mengusik la, 'Kutu ke Mia'? Takkan kecil2 dah ada kelemumur?'  =p

Tapi dalam hati, ibu yakin je bukan kutu sebab sekarang kat Kedah cuaca panas sangat.  Damia' pula kulit sensitif sikit. Habis kulit merah2, sesetengah tempat ada ruam sebab tak tahan bahang panas. Jadi, ibu fikir normal lah kalau dia garu2 kepala, sebab rambut dia kan style 'jatuh'. kena ikat baru kemas..

Ok.

Semalam ibu kerja, hantar Damia' g rumah maktok. Hari ni baru g ambil dia. 

Waktu dok dekat dia, saja lah selak2 rambut Damia'..

Tiba2, ibu perasan biji2 kecil berkilau2.Haish, berderau darah! Tengok dekat2, ya ALLAH..telur kutu!!! Banyak pula tu!

Terkejut sangat. Bising sat ibu dengan maktok. Ibu dapat banyak anak kutu. Maktok siap dapat ibu kutu lagi. Kesian sangat! Dalam keluarga kami, mana ada yang ada kutu. Damia' pula, mana ada g mana2 tempat yang 'crowded'....kecuali taska =(

Balik rumah, walid pula terkejut..Hmm, lepas ni, nak potong pendek terus rambut dia rasanya..Tak puas hati sungguh, sebab tak jangka langsung. Dulu kat Kuantan takde pun masalah ni, walaupun hakikatnya lagi ramai je kawan2 kat taska tu..

Alahai, sekarang ni jenuhla cari petua nak hilangkan kutu.. Siapa2 ada petua yang berkesan, bagitau ye. Ibu nak cuba tanpa ubat dulu.

Trimas!
Kesian kat kakak sorang ni =(

p/s: Serba salah nak tanya teacher kat tadika mia', bimbang nanti Mia' yang jadi 'black sheep' pula.

Saturday, January 19, 2013

8 months..and trying hard to hold on...?

Salam.

Mesti dok teka, holding on what la kan? Ha, sebenarnya sejak usia kandungan 5-6 bulan lagi,ibu dok pujuk walid keluar shopping beli baju baby.

Bukan apa, dulu kan pada 30 minggu ibu dah bersalin, jadi tak merasa pun beli baju baby. Jadi, kali ni nak la beli baju siap2, tambah2 bila dah tau gender baby.. Kalau tak sempat beli lagi baju, memang 'kesian kat cek..' la, kan? Mengandung, tapi tak dapat rasa 'kehangatan' membeli-belah barangan untuk anak yang ditunggu2 =p

BUT, walid..being a busy person right now cakap, 'Awal lagi..32-34 minggu nanti, kita g shopping la..' 
Yela, penat walid nak layan ibu kot. Masuk kerja pukul 5.30am, balik kerja time tengah azan maghrib. Solat maghrib, makan, tidur. Bangun awal pagi, solat isyak bersiap g kerja. Solat subuh kat hospital..Macam tu lah rutin. Ibu tengok pun, dah rasa penat..Sejak kerja dari bulan 10, baru 3 hari cuti.Teruk eh? =p

Tambah2 bila walid kat department O&G (unit yang dipenuhi wanita yang sudah tentu punya macam2 ragam), jadi balik rumah mesti dah tak larat layan kerenah isteri lagi dah =p Lagipun, keluar waktu malam, sempat beli apa je kat shopping complex, kan? =(

Jadi, trying to be an understanding wife, ibu pun dok pendam la hasrat nak merasa beli barangan bayi. Setiap kali timbul keinginan, mesti dok cari macam2 alasan supaya tak suarakan rasa hati kat walid..

Tapi,makin lama, makin ibu tak sabar. lalu acapkali ibu suarakan kat walid, ajak keluar beli barang baby. Walid pula acapkali jawab, 'Sabar..Awal lagi ni. Bulan 3 baru bersalin kan?' Walid cakap, barang Damia' banyak lagi, jadi beli barang yang perlu sahaja untuk top up keperluan nanti. Lagi pula, baby cepat membesar. Nanti rugi beli barang banyak2..

Kat tempat kerja ibu, ada lagi 2 orang kawan yang due datenya lebih kurang ibu je. At 32 weeks (8 bulan), ibu tanya persediaan mereka untuk menyambut kelahiran. Bila cakap, semua barang dah ready, huu..'stress' je ibu rasa. Ibu fikir, 'i'm at 32weeks pregnancy now..and still haven't bought ANYTHING yet for baby..How pathetic, 'Atiqah!' Bila kawan2 ofis tau ibu tak beli pape lagi, dyorang pelik sangat..like, i should have had everything ready dah by now..Hmm, kesian kat baby, ibu fikir.. =(

Jadi, minggu tu ibu moody sangat. Macam, nak luah perasaan mati walid,ditelan rasa mati ibu =p Akhirnya tak tahan sangat, ibu pun minta walid spend at least 2 days for us to go for baby's stuffs hunting.Walid setuju, tapi masih tak minta cuti sampai sekarang =p

Sampaila semalam, ibu jumpa satu blog yang jual barang dengan harga borong. Beli satu item pun, dapat harga borong juga. Jadi, apa lagi, excited sangat ibu.Tambah2 bila barang yang ditawarkan, ada dalam baby's list ibu. Setakat yang ibu compare dengan beberapa kedai barangan baby online, memang tak dapat 'kalahkan' harga barangan kedai online ni.

Hee, punyala ibu tunggu walid habis night shift pagi tadi, tanya walid boleh tak ibu nak beli beberapa barang untuk baby, sebab harga yang ditawarkan adalah irresistable (bagi ibu la =p)..Walid tengok blog tu, dan paling nikmat, bila walid bagi lampu hijau. Yeay! Makanya, ibu pun dah order barang yang nak dibeli tu.Takdelah ibu beli beriya pun, beli yang perlu sahaja, bak kata walid.

Jadi, untuk yang masih tercari barang2 baby atau nak topup barangan bayi dengan harga yang berbaloi2, sila lah lawati blog ni ye =) Promosi sampai hujung bulan Januari ni je. Memang owner blog minta war-warkan promosi sebab bila ramai yang order barangan, lagi senang dapat murah. 

Shopping barang baby, JOM! ^__^

p/s: Petang tadi ikut walid beli baju baby, sampai sekarang tak hilang penat..Oh, cemana nak 'memburu' nanti! (-_-')

Friday, January 11, 2013

Baby's Gender

Salam.

Macam ibu cakap kat entri lepas, kami tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan. Dan hakikatnya, kami tak jangka pun dapat tau jantina baby pada kali ni. Kira, takde expectation apa2 lah. Rezeki ALLAH bagi, alhamdulillah, insyaallah.

Jadi, pada 20/11/12 lepas, ibu ke klinik O&G hospital untuk antenatal check up,macam biasa lah. Waktu ni, ada temujanji untuk detail scan, sebab ibu ada menyuarakan sedikit kebimbangan tentang tumbesaran baby (yela, sebab trauma la kate, tak boleh 'tak kena' sikit =p)

Jadi, doktor pun booking temujanji untuk detail scan. Sepatutnya, pukul 9am dah jumpa doktor, tapi sebab ramai sangat orang...Lepas daftar nama, dapat nombor giliran, ibu balik semula ke farmasi. Farmasi pun ramai orang nak ambil ubat, jadi sementara tunggu, baiklah buat kerja dulu. Dedikasi tu =p Lagipun, walid post call. Balik 9am, tak sempat rehat nanti nak teman ibu juga.

Dalam pukul 11am, ibu g semula ke klinik. Cuba telefon walid, nasib baik dia angkat. (Selalunya, post call memang lambat lah walid nak agkat =p). Maka, walid pun datang tergesa2, sampai2 mata merah tak cukup tidur. Dah tu, hari tu tunggu lama pulak dah.Dekat 12.30pm baru masuk jumpa doktor.

Kat hospital ni, ada 2 orang je yang boleh buat detail scan. Ibu dapat dengan kosultan O&G. Waktu tu, dah nak lunch. Ramai juga yang ada scan, jadi scan pun tergesa2 jugalah. Sekadar nak detect ada gross anomaly (kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar) ke tak..Pastu scan jadi slow sebab doktor tengah test mesin ultrasound yag baru, yang lagi canggih.Jadi, memang ambil masa juga nak ambil ukuran baby pun 
(-_-').

Dalam dok pusing2, cari ukuran terbaik, tiba2 doktor berhenti mengejut dan tanya, 

Doktor  : Eh, dah tau baby's gender kan?. 
Ibu       : (Blur. Tak jagka apa2) Belum doktor. Sebelum ni scan, ambil saiz baby je.
Doktor : Oh, tak tau lagi? (Doktor pusing ke arah walid kat sebelah). Ha, saya tunjuk kat ayah dia dulu..            (Doktor betulkan dan cuba dapatkan gambaran jelas) Ha, see..What's this? (Walid blur, efek tak            cukup tidur, ibu lagi blur tak pandai appreciate ultrasound heh) (Doktor senyum dan cakap)..That's the penis (alat sulit baby)
Ibu&walid : Senyum ^_____^ Berbunga rasa!

Balik dari scan, masing2 pandang muka masing2, pastu senyum. Haha. macam orang angau! =p

Ibu     : Abang suka, baby boy?
Walid : Suka..Abang dah ada geng! =)

Dan, hari tu berlalu dengan penuh rasa bahagia~ ^__^

Pendek kata, insyaallah aqiqah tahun ni, kena ready siap2..2 ekor kambing lah!

” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” 
                                             HR. Ahmad & Tirmizi
Doakan yang baik2 untuk kita semua ya! Ameen.

Thursday, January 3, 2013

Cuba tengok ticker tu...

Salam.

Adoi~ lamanya tak menulis! Dah jadi kekok pun ada =p Bukak je blog, nak menulis, tapi taktau nak cerita apa dah. Dahtu, dok rasa segan sangat sebab setiap kali buka pun, ada yang tengah datang melawat blog, walaupun 3-4 orag saja. Lagi pula, bila popular post asyik berubah2, memang sedar, masih ada yang sudi menjenguk blog (bukan teratak) 'usang' ni.

Baiklah, hari ni ada mood nak bercerita. Jadi, jom kita bercerita! =)

Erm, sebelum apa2 cuba tengok ticker kat sebelah tu. Perasa tak ada ticker baru? (Ibu pun baru sedar ada ticker baru yang walid letak. Punya lah tak kisah sangat dah dengan blog, kan? =p)

It says this, 

Erm ,sangat cepat masa berlalu.Sekarag ibu dah masuk trimester ketiga kehamilan =) Punyala berdebar2 sejak 2 minggu lepas, sebab pada 30 minggu kehamilan dulu, berlaku komplikasi tak dijangka hingga membawa kepada kelahiran Damia' Rujhaa.

Hari ni ibu ke klinik untuk rutin pemeriksaaan bayi dalam kandungan. Untuk kandungan kali ni, ibu follow up di hospital tempat bekerja saja. Lagi mudah sebab paling lama tunggu pun, 1 jam, bukan 3-4 jam macam Klinik Kesihatan nun. Lagi pula, sekarag ibu dalam kumpulan yang ada risiko, jadi perlu pemerhatian lebih dari doktor.

Cuma, follow up kat hospital, tak semua hal yang wajib dibuat kat KK, akan dilakukan la. Contohnya, kalau takde masalah anemia(kekurangan darah), tak perlu ambil darah pada setiap kali temujanji.

Untuk hari ni, scan dan chit-chatting, macam biasa. Alhamdulillah, semuanya baik2 aja. Berat baby telah pun mencapai 1.6kg. Dari segi scan pun, ukuran kepala, kaki hampir menyamai ukuran teori. Alhamdulillah, syukur sangat! =) (Yap, the truth it, i'm quite affected by previous pregnancy. Trauma. Selalu sangat doa kat ALLAH semoga semuanya hebat untuk kali ni. Ameen).

Erm, mesti ada yang nak tau gender baby, kan? Jujurnya, kami tak kisah tetang gender, asalkan baby sihat sejahtera sempurna fizikal, emosi dan mental ciptaanNya..Ameen Dulu, gender baby tak dapat diketahui, sehingggalah doktor buat scan terakhir sebelum ibu terus dibedah pada malamnya. Alhamdulillah, kali ni kami dah tau gender baby, sejak usia kandungan 6 bulan lagi. Ha, cuba teka. Nanti, ibu 'hadiah'kan dengan lebih banyak post dalam blog ni  =)

Till then, salam!