Sunday, December 5, 2010

Cuti 3 minggu

Salam.

Rasa macam baru cuti, tapi rupa2nya tak sampai lagi seminggu je yang tinggal sebelum semester akhir bermula..

Cuti kali ni, ibu tak berkesempatan nak update blog sangat. Almaklum, sejak balik Alor Setar, kebanyakan masa dihabiskan di kampung tokwan dan mak tok nun. Memenuhi tuntutan kenduri kahwin, kenduri sunat, kenduri cukur jambul lagi..Kat sana, memang takde akses internet. Jadi, takdela nak ber'update' blog ni. Walid pula, masih sibuk dengan research. InsyaALLAH, bila ibu start semester baru, walid akan free sikit, dengan part 2 pula =) Alhamdulillah, pandai kan ALLAH tolong kita?

Kali ni, ibu nak cerita tentang Damia' je..

Alhamdulillah, Damia' sudah berusia 1 tahun 4 bulan. Makin rancak berjalan ke sana ke mari, makin pula suka bercakap.Jarang2 sekali ibu fajam apa yang Damia' cakap =p

Tapi, ibu perasan, Damia' ni sangat cepat tiru aksi yang dibuat depan dia.

Ibu ajar basuh tangan kat sinki. Sekarang dah pandai bila sampai sinki ibu cakap, 'basuh tangan dulu..' akan disuakan tangannya untuk dibasuh..

Ibu sikat rambut Damia' lepas mandi. Lepas tu Damia' ambil dan cuba sikatkan rambut ibu pula.

Ibu potong kuku Damia' dengan pengepit kuku. Lepas tu, dia minta dari ibu dan letak kat kuku dia, tanda mahu potong kuku lagi.

Damia' lihat kami asyik ambil cotton buds untuk korek telinga, maka dia pun sibuk letak kat telinga bila dia jumpa cotton bud yang tercicir.

Yang paling best, handset yang dulu hanya pandai dipegang, kini ditekan2 macam main game. Dia meniarap, dan main dengan 2 tangan..memang macam orang tengah khusyuk main game! =p Kadang2 pula, dibuat aksi 'helo', tapi bila walid call, tak berani dia pegang handset tu. Terus disembamnya muka kat ibu.Sebab apa? Sebab dia takut, dengar suara, tapi takde orang =p

Ada sekali tu, cik Hadi dia main terbalikklan eyelid, lepas tu Damia' pun sibuk2 dok pegang2 mata, nak buat juga =)

Ada pula, bila main bola kecil, cik Hadi tanduk, dia pun sibuk juga nak tanduk dengan kepala..

Kat rumah ni, ada 2 anak tangga kecil yang pisahkan ruang tamu dengan ruang2 lain. Jadi, bila lihat cik Hadi demo naik anak tangga beserta sound effect 'iyah..iyah..!'.. Terus je Damia' ikut naik tangga beserta bunyi tersebut.. sampai sekarang, kalau ada benda yang susah sikit bagi dia, akan ada lah sound effect tambahan 'iyah..iyah..!' =p

Ha, macam2 lagilah.Tak ingat pula semuanya. Macam2 ragam dah sekarang..Alhamdulillah

Tapi dari situ ibu belajar, benarlah, anak ni lebih senang mengikut dari mendengar apa yang diajarkan kepada nya. Sungguh kata pepatah, action speaks louder than words..Ibu mohon pada ALLAH agar ibu dan walid dapat jadi contoh terbaik buat Damia' dan adik2nya kelak. Ameen.

Selain dari tu, ibu mula ajar Damia' berkenalan dengan binatang. Cuba menambah kosa kata dia.

Ibu bangga sangat, sekarang ni Damia' boleh sebut 'bird' dengan jelas. Gara2 usaha mengajarnya dari lepas Asar hampir maghrib sewaktu sesi jalan2 g taman mainan. Macam iklan burung murai kat TV.Cakap berukang2 kali. Last2, bunyi juga Damia' cakap,'bird'.. Lepas tu, sume benda dia panggil 'bird' =p

Bila ibu sedar potensi diri Damia' yang makin berkembang,maka ibu kenalkan pada binatang2 yang lain, yang ternampak olehnya, seperti :

cat = dey
fish = ih
ayam = yem
bear = bebe
baby = B
bunga/flower = B
air masak = A

Oh,kalau dengar Damia' cakap, memang sangat lucu =p Tambah2 kat part A dan B tu .Hihi.terhibur hati ibu. terima kasih anak. Nanti kita cakap depan walid ye. Tiap kali webcam, Mia taknak cakap, nak salam dan bye2 je, kan ? =) Takpe, tak lambat dah nak jumpa walid semula, biiznillah amin.

p/s:
Kat Ampang, tokma merujuk ibu sebagai 'ummi', kat Alor Setar pula tokwan merujuk ibu sebagai 'mama'.Hai, Damia' confuse,Sampai sekarang, belum dapat cakap IBU (-_-)