Friday, October 15, 2010

Assalamualaikum

Salam. 

Lama tak dengar berita tentang kami, kan? asyik update hal yang tak berkaitan je.Tu pun, walid yang ambil inisiatif untuk update blog. Nak harapkan ibu.....adoi.. (-_-).. menjadi pelajar tahun akhir ni, amat menuntut kesabaran. Dengan hal pengajian lagi, dengan Damia' lagi yang makin aktif, dengan walid lagi yang manja ni =p Semua memerlukan perhatian ibu..Sungguh, bila tengok gambar kawan2 yang baru je konvo, makin tak sabar2 dah ibu nak habiskan pengajian ni, insyaALLAH dalam tempoh yang ditetapkan.

Hmm, hari tu ada janji nak cerita pasal 'tudung' kan? Hmm, agaknya dah lapuk pun cerita ni, tapi nak juga cerita.Hehe.

Rasanya, hampir semua yang mengenali kami, sudah maklum akan identiti Damia' Rujhaa yang bertudung ke mana2, kan? =) Alhamdulillah makin lama, makin bertambah koleksi tudung Damia' sekarang..Paling baru...kami belikan satu lagi tudung sewaktu ada hari terbuka UIA Kuantan ni..Bukan apa, comey2 sangat, memang irresistable! Tapi, belum boleh pakai lagi sebab labuh sangat..Tapi, tu la ibu cakap, comey sangat...tak dapat la nak 'avoid' daripada beli. Walid pun turut 'jatuh hati' juga dengan design tu =)

Sebenarnya, Damia' dah mula dibiasakan dengan 'penutup kepala' sejak berusia 3bulan lagi. Mulanya, kami biasakan dia dengan topi/cap bayi yang chumil2 tu..Lepas tu, makin setelah dapat beli tudung bayi, kami mula pakaikan Damia' dengan tudung..Ibu ingat lagi, waktu tu, asyik kena pakaikan kerongsang je kat tudung die, sebab muka Damia' kecil lagi.. =p Tambahan pula, Damia' kan bayi pramatang, jadi memang saiz kepalanya agak kecil berbanding bayi seusia dengannya.

Breakfast at Pak Lah

Tapi, makin lama makin serasi dia dengan tudung. Hingga ke tempoh ini, hampir setahun Damia' biasa dengan tudung, banyak juga lah komen2 yang kami terima dari orang luar. Ada yang membina, ada juga yang kurang membina..

Antara respon: 

'Comelnya....!'

'Alhamdulillah, kecik2 dah pakai tudung. Bagusnya!'

'Ei, anak ko kecik2 dah alim eh?'

'Bukak je la tudung tu. Cemana rambut dia nak tumbuh. Nak 'bernafas' pun tak boleh. Apa la ibu ni, saya kan kecik lagi, kan Damia'? '

'..Kecik2 dah pakai tudung. Dia tak bukak ke? Tak rimas?'

'Damia'  ni pakai tudung,tapi pakai skirt..seksila!'

Pada kami, biarlah apa sahaja komen yang dilontarkan, akan kami sedaya upaya terapkan nilai2 Islam dalam diri Damia'. Biarlah walau 'sebelum waktu' pun, harapan kami, agar dia bisa faham keperluan dan kewajipan tudung terhadap muslimah perempuan. Hakikatnya, umur pada tahap ini lah, fasa 'menyerap ilmu' yang paling berkesan, kan? =)

Biar ada yang mempersoalkan keputusan ini, konon menyeksa anak yang baru je nak 'bernafas', tapi kini kami bangga bila mana Damia' memberi respon yang baik terhadap rutin ini. Sekarang, jika dihulurkan tudung sahaja, dia sudah tahu untuk menundukkan muka, tanda minta diapakaikan tudung. Jika diberi tudung untuk dipegang, dia sudah tahu untuk cuba memasukkan tudung itu ke kepalanya..Alhamdulillah!

Sungguh tidaklah kami mahu dipuji akan comelnya Damia' kerana bertudung. Bukan itu aim nya. Jujurnya, kami mahu Damia' 'biasa' dengan tudung. Biarpun kadang2 hanya pakai skirt sahaja, doktrin sekarang adalah 'tudung itu perlu'. Baju, tak yah cakapla..Memang perlu pakai, kan? =p Jadi, bolehla sikit2 diubah mengikut usia nya, insyaALLAH.

U're One! Alhamdulillah

Bila mana kami 'ditegur' kerana membuat sesuatu yang di luar paras 'normal' oleh yang lebih senior..kononnya, kami hanya ibu bapa muda, yang masih tidak tahu apa yang terbaik untuk anak..

Kami terfikir...bukankah ibu bapa itu yang perlu mencorak anaknya, yang ibarat kain putih, perlu dibentuk mengikut acuan yahudi, nasrani, atau majusi...? Dan sudah tentulah, ISLAM menjadi pilihan..Hanya ISLAM sahaja yang menjadi pilihan ALLAH jua ^_^

ISLAM itu indah ^_^

Melihat kepada pesatnya perkembangan hal2 berkaitan ISLAM pada masa sekarang, dilawan pula dengan hal2 'anasir luar' yang sangat teruk, sudah tentu kami akan cuba yang terbaik untuk biasakan Damia' dengan hal2 ISLAM, insyaALLAH. Ini janji ibu pada diri ibu sendiri. Moga ibu menjadi kawan terbaik Damia' dalam segala hal, melebihi kawan2nya yang lain..dan moga Damia' dipenuhi dengan nilai2 ISLAM, melebihi nilai2 anasir luar yang menggila..Hmmm, bukan senang untuk survive, di kala pengamalan ISLAM makin menjadi pelik, walaupun di kalangan ummatnya sendiri.

Ibu terkesan dengan kata2 seorang ulama’ semasa belajar UNGS dulu :

'Jika beramal dengan ajaran ALLAH, mengikut sunnah itu dikatakan kolot dan orthodoks, maka saya rela mati dalam keadaan kolot dan orthodoks..'

Ya, hakikatnya, kita punyai pilihan. Jadi, pilihlah yang terbaik =) Moga saja kita tetap dalam jalan ALLAH ye semuanya. Ibu tak paksa sapa2 pun untuk ikut kami, cumanya ibu suka bila kita fikir, menjadi golongan yang sedikit, tak beerti menjadi golongan yang salah.. =)

P/s: Gambar2 di bawah, Damia' bergaya dengan tudung2 yang baru sahaja dirasmikan baru2 ini, selepas tersimpan hampir setahun, gara2 labuh dan besaq =p

Tunjuk gigi ^_^

Walid, Mia' nak!!

Kami ^_^ 

Sewaktu mendengar kuliyah maghrib Us. Azhar, IKOD '10 

Ya ALLAH, jadikanlah kami dari golongan yang sedikit. Ameen Ya Rabb!  