Sunday, August 26, 2012

'FRP dapat mana?'

Salam.

Sewaktu kat kuantan, dah banyak kali juga bincang dengan walid nanti nak settle down kat mana. Dalam pilihan : Ampang, Perak, Kedah.

Mula-mula dah hampir finalize keputusan nak dok Ampang. Ibu pun dah berazam nak isi kat borang penempatan tu Hospital Ampang. Tapi last2 walid bagitau, dia minta Kedah, terfikir nak dok Kedah bila fikir masak2. Jadi, ibu pun turut minta Kedah la.

Sekarang, walid masih tunggu keputusan penempatan. Ibu pula dah dapat tahu dapat Kedah dan patut lapor diri pada 16hb Ogos lepas. Tapi sebab masa tu masih kat kuantan, kalut dengan raya lagi, jadi ibu minta tangguh nak lapor diri selepas raya.

Jadi, lepas raya ibu pun pergi lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Bila selesai urusan, dapat tahu ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Padang Terap. Hm, waktu dapat tau penempatan, tak dapat bayang pun kawasan tu kat mana. Almaklum, hidup merantau. Balik Kedah pun jarang2 =p Tapi disebabkan lapor diri hari Khamis, Khamis kerja separuh hari, jadi tangguh untuk lapor diri ke PKD.

Hari ni, walid ibu dan Mia' (yang masih tidur) keluar pukul 7.20am untuk lapor diri kat PKD yang menurut GPS lebih kurang 40km dari Alor Setar. Usai sampai, ibu diberitahu hanya satu tempat yang kosong untuk post pharmacist, di KK Lubuk Merbau.

Jadi, nak tak nak memang kena pergilah. Naik semula kereta, on GPS, ALLAH..terkejut sangat tengok jarak yang kena lalui untuk sampai sana - 62 km! Terus rasa tak daya..ALLAH..jauhnyeeeeeeeeeee!

Sampai KK Lubuk Merbau dalam pukul 11 lebih. Berkenal-kenalan dan 'melawat' kawasan. Erm, secara jujur agak ralat dengan keadaan logistik tempat. Tak daya nak berulang-alik, tambah2 dengan keadaan sekarang. Sewaktu nak g melawat PKD untuk tahu tempat pada hari cuti pun, dah muntah 3x..ni lagilah..dengan jalan takde lampu, hutan kiri kanan, tak jumpa rumah taman langsung pun selain kawasan felda tu sendiri. Hanya ada kuarters untuk pegawai perubatan dan pergigian.Tiada kuota untuk pharmacist =(

Kalau nak mengeluh, memang banyak la benda tak kena,kan? Tapi tadi ALLAH pujuk hati tetiba tergerak hati nak dengar lagu, terus ter'sedar' bila dengar lagu ni. 

Mungkin rezeki ibu di sini, untuk berkhidmat kepada penduduk2 Felda tersebut. ALLAH, mohon dengan sangat untuk rasa ikhlas selalu.Ameen~