Salam.
Adoi, penat sungguh macam nak patah kaki (-_-' Minggu ni, minggu pindah rumah sewa. Padat sungguh 2 hari ni dok angkut barang2 yang banyak, tambah2 lagi bila sehari semalam dihabiskan dengan jalan2 ke Penang.
Erm, setelah berkira2 nak pindah ke tak, akhirnya kata putus diambil untuk pindah rumah sewa. Bukan apa, rumah dulu punya lokasi SANGAT strategik.semua benda adalah 'sempurna'...CUMA..punya masalah
air karat yang tak dapat lagi ditoleransi, lalu akhirnya keputusan berpindah diambil..
Moga2 keputusan ni adalah keputusan terbaik, tambah2 dengan kehadiran baby baru kurang dari sebulan je lagi. Ameen =)
Baik.
Ni bukan kisah pindah rumah. Ni cerita 2 hari lepas. Hari sebelum ke Penang.
Kami sekeluarga telah berpeluang menyertai dinner oleh Jabatan Kebajikan & Rekreasi Farmasi (kalau tak salah nama lah =p)
Ibu + Mia |
Dinner bermula pada pukul 7.30pm (ikut tentatif, tapi ramai datang lepas solat maghrib) dan berakhir pada pukul 11pm di Hotel Seri Malaysia.
Walid |
Macam biasalah, dah namanya dinner, mestilah ada ucapan2 dari 'orang2 penting' Jabatan farmasi, sebelum aktiviti makan dimulakan. Diselang-selikan dengan acara tetap 'lucky draw' yang sagat banyak, sampai rasa macam separuh tetamu dalam dewan mesti pulang dengan satu hadiah. Even walid dan ibu pun sorang satu dapat hadiah =)
Makanan malam tu, ada spageti, rojak pasembor, nasi beryani ayam, sup ayam berempah, serawa(pengat) pisang, puding karamel, pudig jeli kelapa, mee kari, laicikang (yang sempat hirup air dia je sebab dah habis =p).. erm, tu je yang ibu ingat..Makanan banyak, tapi tak best sangat sebab tak top up dah bila habis. Jadi, ada makanan yag tak sempat dirasa.
Yang paling best malam tu, ada acara pakaian beragam kanak2. Ibu tak tau pun pasal ni. Ibu 'siapkan' Damia' sekadarnya sahaja, untuk raikan majlis. Rupa2nya kanak2 diambil nama dan dipanggil untuk 'memperagakan' baju masing2 =p
Damia' yang pemalu. Ibu kena teman peragakan baju.. Senyum,bila walid datang dekat nak ambil gambar |
Dah tu, keputusannya, Damia' dapat no.3, cukup untuk buatkan dia sangat gembira bila dapat satu set alatan melukis dan mewarna (semua yang menang pun dapat set yang sama sebenarnya =p)