Salam.
Dah seminggu, baru dapat update siri ke-2 short trip ke Terengganu =p Ibu baru sampai dari Kedah sebenarnya. Balik lawat mak tok dan wan. Walid tinggal kat Kuantan..
Baiklah, hari kedua, lebih tertumpu kepada lawatan ke Taman Tamadun Islam. Masuk ke sana dalam pukul 11am-2.30pm. Memang panas teriklah. Mula2 ingat nak naik tram, tapi rupa2nya kami mampu berjalan secara bertiga, sampailah keluar ^__^
Oh ya, kami memang tak ingat lah nama2 masjid yang banyak dalam tu. Semua tangkap gambar, tapi tak semua letak kat sini lah.Gambar pun tak ikut susunan =p
a) Taman Monumen - Tempat letaknya banyak replika masjid
|
Di pintu masuk |
|
Tengok muka walid dan damia' =p |
|
Ini mesti yang first =p |
|
Naik motosikal |
|
Macam2 jenis gelongsor yang ada |
|
Anak dara=) |
|
tada..! Eh, Damia' tengok mana tu =p |
|
Windmill yang sangat menenangkan. Angin kuat, best! Siap boleh makan sarapan kat tepi tu =) |
|
Damia' bersenang-lenang sambil sarapan |
|
Cari kami! =) |
|
Mula2 nak naik tram ni, tapi Damia' tak sudi =p Maka, terus berjalan |
|
Senyum =) |
|
Waktu walid nak tangkap gambar ni,Damia' cakap,'ibu..peluk..peluk! =p' |
|
Masjid Negara |
Kemudian, kami keluar. Perlu melalui kedai cenderahati. Dapat 2 kupon cenderahati dan 2 kupon makanan. Masuk2 je, terus Damia' berlari ke arah peti ais krim, buka, dan hulur kepala masuk ke dalam, lalu berkata,'wah, sejuknyeeee!' LOL =p Kemudian, baru pilih ais krim.
|
Pilih aiskrim |
Kemudian, kami ke restoran b'beteng untuk lunaskan kupon (Tak dapat semula pun duit. Jadi, baik habiskan je =)
|
Makan aiskrim tepi laut (laut ke?) |
Sekadar nak habiskan kupon rm6.
b) Masjid Kristal
Setelah itu, kami ke masjid kristal untuk solat zohor. Lepas tu, balik! =)
Walid & anak walid
|
Bergaya dengan cermin mata walid, sebelum tidr nyenyak selepas tu =p |
Dalam perjalanan pulang, sempat juga menjenguk kawan yang dah lama tak jumpa. Kami dijamunya mee kari yang sedap! Tapi yang paling best mestilah nutty frutty =)
|
Damia' dan nutty frutty |
Sambung lagi perjalanan, sempat berhenti kat MUST-stop venue - Pantai Teluk Mak Nik untuk beli satar , sebelum sampai ke rumah pukul 8pm lebih =) Alhamdulillah, jaulah yang bermanfaat. Moga ada masa lagi untuk kita ye walid.. Ameen
|
Terima kasih encik gps yang terer! =) |