Saturday, September 4, 2010

Fasa ke-3 Ramadhan

Salam.

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dalam tak berapa hari lagi dah..Em, apa khabar iman dan amalan kita ye?

Bulan Ramadhan ni, sedikit je masa ibu untuk update blog.Bukan apa, rutin harian yang sama bagaikan tak memberi ruang untuk menulis pun, hanya jenguk2 kejap je..Habis kelas, balik rumah, asar.Pas asar start masak, berbuka, maghrib, isyak, terawikh kat masjid jika keadaan mengizinkan,balik rumah, buka internet sekadar nak tau update,tido..Pagi esok, bangun sahur, subuh, ke kelas sampai petang semula..Begitulah adanya..

Em, sekarang ni, fakulti ibu dah start cuti sejak Khamis lepas, tapi apakan daya bersuamikan student medic, tak dapatla nak balik kampung awal..=p 2 hari sebelum raya baru walid cuti..Tapi takpe, bukan tak cuti langsung, kan? =)

Ramadhan kali ni, terasa juga kelainannya dengan kehadiran Damia'..Tak boleh dah nak suka2 ke masjid untuk berterawikh macam tahun2 lepas kerana mempertimbangkan kesihatan Damia'.

Tahun lepas, ibu ingat lagi, waktu Ramadhan, orang lain sibuk2 ke masjid berterawikh, ibu masih lagi berpantang selepas melahirkan Damia'.Di saat orang dok terbongkok2 rukuk dan sujud, ibu hanya temankan walid yang most of the time, solat di masjid negeri.Habis je solat, rutin kami adalah ke hoapital menjenguk Damia', memberi semangat dan sentuhan kasih sayang supaya dia terus kuat untuk hidup bersama kami. Waktu tu, berat Damia' 800gm cuma semasa lahir. Dengan izin ALLAH, beratnya naik mendadak melebihi 'kawan2' yang sebilik NICU dengannya, mungkin juga kerana ibu dan walid yang tak jemu2 melawat dia di sana..Alhamdulillah, 2 hari sebelum raya Damia' dibenarkan pulang dengan berat 1.85kg..Subhanallah, alhamdulillah, gembira sangat taktau nak habaq! Hampir 2 bulan, baru dapat pegang Damia' betul2.. ^_^

Tahun ni, kami kalut sedikit dengan Damia' yang makin panjang akal =p Itu la, ini la..Yang pasti, dia SANGAT rapat dengan ibu dan walid..Hehe.Tak yah kami risau takut2 ada strangers yang mendekat, kerana 'alarm'nya akan berbunyi secara automatik =p Sampaikan kat masjid, kakak2 kecik kiut-miut dah maklum dengan alarmnya, lalu dyorang seolah2 membentuk barrier/border supaya tak terlampau dekat sangat dengan dia sewaktu ibu dok terawikh kat sebelah..Sembang pun dari jauh, sentuh pun, sikit2 je..Chumil! ^_^

Tahun ni, kami sudah mula mengenalkan Damia' dengan masjid dengan lebih kerap.Alhamdulillah, baik2 aja. In fact, dia sangat suka dengan azan dan bacaan Al-Quran. Moga berkekalan hingga dewasa ya sayang! =)

Tapi, Ramadhan kali ni, kami diuji dengan kesihatan Damia' yang tak berapa stabil..Sejak mula masuk final year tahun ni, Damia' selalau sangat asyik demam sebenarnya. Pasal berat, kami dah macam sampai tahap pasrah. Walau dah tukar susu yang lebih memberi tenaga dan nutrisi tambahan..Tak naik2.Asyik maintain je 6kg..Huu, berat baby 7bulan =( Dah bermacam2 doktor kami jumpa, semuanya memberi komen yang sama. 'It's normal for baby at this age to have fever..kadang2 tiap2 minggu demam.She's developing. Don't worry.Selagi dia nak makan, main, stay aktif..it's ok' Ya, jawapan itu yang kami terima selalunya. Dari doktor biasa, doktor pakar, doktor swasta..Even bila ibu rujuk kepada lecturer ibu yang juga merupakan seorang pharmacist, dia tanya sama ada Damia' aktif dan makan ke tak.. Bila ibu jawab ya, beliau cakap, 'Then, u don't need to worry. I wonder kenapa mak bapak semua sibuk2 nak anak dyorang gemuk2, as long as she's eating and stay active, it's ok..Don't worry la..Her mom pun kecik jugak'..Heee~

Ramadhan ini, sedaya mungkin, kami cuba penuhi undangan iftar, tapi apakan daya, sungguh kesihatan anak tu lebih utama bagi kami. hehe. Bagai chipsmore je.Kejap ada, kejap takde.Tapi takpe.At least, tunjuk muka juga, kan? =)

Semalam bersembang dengan seorang kawan yang ada abang premature, dia cakap dulu2nya juga abangnya demam tiap2 minggu, sampai umur 4 tahun! Wah, terbayang ibu, sangat besarlah pahala ibunya yang membesarkan dia kan? Sabar sampai 4tahun..Jadi, ibu fikir ALLAH mahu memberi ibu pahala extra, dengan menjaga amanah ini sebaik mungkin..Tambah2 pada bulan puasa ini, ALLAH sibukkan diri ibu dengan urusan anak sedikit, melebihi rutin yang ibu selalu buat..sangatlah insyaALLAh ibu redha, mungkin sebagai kaffarah dosa2 yang lalu..maka diberinya sedikit ujian, tanda memberi perhatian pada hambanya yang sorang , yang BANYAK sangat dosa terhadap Dia. Terima kasih ALLAH..

Cumanya, ibu kesian dengan Damia' sebab hampir tiap2 minggu demam sekarang..Sampaikan bila bawak keluar ubat untuk makan, dia dah start menggeleng, tanda protes =p Minggu lepas balik Ampang, ibu pun join sekali..Demam + batuk + selesema + kahak yang banyak..Rasanya, ALLAH mahu ibu faham apa yang Damia' rasa....Hmm, terima kasih ALLAH. Ibu mohon dengan rendah hati, agar ALLAH sentiasa pelihara Damia', walid dan ibu dari sebarang dosa2 yang menyimpang.Jangan Engkau palingkan dirimu dari kami, ALLAH..Mohon dengan sangat..Amin.

SHOW US THE RIGHT PATH, YA ALLAH
THE PATH OF RASULULLAH AND HIS COMPANION

P/S: 
1. Oh, stok tudung bayi dan kanak2 dah sampai. Sila lihat yang stok yang tinggal sikit je lagi..SINI
2. Selamat Hari Raya semuanya! maafkan andai ada salah silap dari kami ya. Yang nak drive, hati2..