Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa...

Selamat Hari Bapa...buat saya..huhu..dan juga bapa dan bapa mertua saya.. (^_^)

janggal rasanya dapat title bapa nih...lagi2 bila baca surat cinta dari ibu kat bawah ni..=) dan jadi bapak dah rupanya saya nih...=p kepada seorang baby cumil itu... haa..mungkin ucapan Hari Bapa pertama buat saya.. =) apa2pun bkn saya sorang.. nak ucap jugak Selamat Hari Bapa kepada kawan2 yg dah bergelar bapa... dan bakal bergelar bapa...

emm...ok...td baca paper...New Sunday Times dengan Utusan Online... ok.. dan beliau merupakan bapa idola saya...after Rasulullah... my father and my father-in-law la... siapa dia??? (READ MORE laaa...ape laie.. =)

Jamil berkorban demi anak

JAMIL Jaafar membawa Rohani bersiar-siar di Medan Tunku, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 19 Jun - Hidupnya tidak mewah, makan dan minum tidak menentu dan tiada pula tempat tinggal, tetapi bagi Jamil Jaafar, segala kepayahan itu sanggup dialaminya demi kasih terhadap anak istimewanya, Rohani yang kini berusia lima tahun.

Tanpa jemu, Jamil, 50, akan menjaga Rohani setiap hari termasuk membawanya dengan basikal di sekitar bandar raya Alor Setar sebagai satu aktiviti untuk menghiburkan anaknya yang menghidap sindrom down.
Kedua-dua beranak itu yang tidak mempunyai tempat tinggal hanya menumpang berteduh di Masjid Al-Ghuffran, Akar Peluru di sini, manakala makan dan minum mengharapkan ihsan orang ramai yang bersimpati.

Episod malang dalam kehidupan kedua-dua beranak itu bermula selepas isteri Jamil, Rokiah Ahmad meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat penyakit jantung berlubang, seminggu selepas melahirkan Rohani.
Menurut Jamil, dahulu dia bersama isterinya tinggal di sebuah rumah sewa di kawasan Tandop, di sini.
"Saya bekerja di kilang baja yang berhampiran manakala isteri pula bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani.
"Tetapi selepas isteri saya meninggal dunia, saya berhenti kerja untuk menjaga anak dan dalam keadaan tanpa pekerjaan, saya terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu lagi hendak membayar sewa," ujarnya ketika membawa anaknya mengunjungi Karnival Perniagaan Agrobank (ABC) di sini hari ini.
Menurut Jamil, sejak itu dia tidak mempunyai haluan dan akhirnya mengambil keputusan untuk menumpang berteduh di masjid berkenaan.

"Di masjid ini, saya tolonglah apa yang patut seperti menyapu sampah dan sebagainya," katanya.
Jamil berkata, dia kerap membawa anaknya menaiki basikal kerana dengan cara itu, anaknya mempunyai kecenderungan untuk bercakap.
"Selain dia dapat berjalan-jalan, dia dah mula bercakap sedikit-sedikit, mungkin disebabkan kesan dapat melihat persekitaran Alor Setar atau berjumpa dengan ramai orang," katanya.

Katanya, dia bercadang untuk menyekolahkan anaknya itu pada masa akan datang kerana kanak-kanak tersebut boleh diasuh menjadi seorang pelajar yang baik.
"Saya lihat dia pandai, malah sekarang pun selain boleh bercakap, dia faham apa yang kita katakan," tambahnya.
Ditanya sama ada memperoleh bantuan daripada pihak tertentu, Jamil berkata, setakat ini, dia belum membuat permohonan daripada mana-mana badan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

UTUSAN ONLINE

p/s: dan saya amat mencemburui beliau...=)