Monday, May 31, 2010
DOA AGAINST AN ENEMY
URGENT!! doa dan solat hajat buat LifeLine4Gaza (LL4G) Palestine
salam semua pembaca sekalian... baru sebentar tadi walid dapat SMS dari ibu...mnyatakan yang kapal kargo konvoi LifeLine4Gaza yg sedang menuju ke Gaza, Palestine untuk mnghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat2an dan bahan binaan beribu2 tan kepada rakyat palestine.. terus walid buat pengumuman di kelas td dan mohon doa beramai2 utk sahabat kita yg berjuang di jalan Allah itu.. terus, walid bergegas mnghadap komputer ini...untuk merayu dan memohon agar kita sama2 bersolat hajat dan berdoa memohon bantuan Allah dalam mnjayakan misi ini.. (baca lagi)
Friday, May 28, 2010
Big Fish Moment with Pizza Hut
CUTE PINK BABIES CONTEST
Sunday, May 23, 2010
My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest
p/s: amacam tuan punya contest?? lulus tak?? heeee
Friday, May 21, 2010
Damia' dah 10 bulan..
Thursday, May 20, 2010
Gugur kandungan???!!
Wednesday, May 19, 2010
khas buat pembaca...terimalah..
emm...entri kali ini..walid ade hadiah yang ingin dikongsi bersama.. sebenarnya bkn sorang yang mintak..tp dah ramai...jadinya walid dengan berbesar hati berkongsi bahan ini kepada pembaca sekalian terutamanya kepada....you-know-who-you-are...ok..
mungkin ramai yang telah membaca entri walid tentang bagaimana walid boleh melepasi halangan keluarga untuk mndirikan rumahtangga semasa msih belajar.. boleh baca DISINI..
jom main masak-masak!
Mula2..pastikan isteri kite tiada berhampiran ye..ini utk memastikan yang proses pemasakan kita tak diganggu.. penting!! huhu..
ok....bahan2 nya adalah:
sepinggan nasi yang telah dimasak
bawang besar dan bawang putih sesuka hati nak byk mana..
minyak masak.
telur...ikut la nak buh byk mana.. disini walid buh sebijik je..sbb nak jimat..hahah.
sayur kubis.. nape kubis?? bkn sawi ke,kangkung ke.. haaa, sbb dalam peti ais ade kubis je..layan..
cili giling..disini walid guna yang cap Anna's.. sbb tak pedas sgt..
sos tiram cendawan cap Nona..
Fishcake HPA punya..ade lebih pak mertua bawak hari tu..
Sotong Pulau Kapas.. haha..blh juga digunakan sotong Tunas Manja atau sotong pasar besar.. walid pakai sotong ni sbb ade lagi sotong hasil candatan di Pulau Kapas.. heee
dan bahan2 lain...sbgai penambah rasa...
Sunday, May 16, 2010
penambahbaikkan...
1. shout box kini telah di hidekan di sebelah kanan sekali dibawah label 'shoutbox' utk memudahkan pencapai kotak menjerit itu..
2. Nuffnang Analytics blog ini telah disediakan di bahagian bawah header blog ini utk memudahkan pembaca mengetahui perkembangan semasa blog ini..
3. kalu anda perasan, apa2 bahan dalam blog ini blh di'share'kan secara direct ke beberapa laman sosial utama utk tujuan perkongsian.. contohnya,gmbar2 dan video2.. anda cuma perlu drag kan bahan tersebut ke column yg dikehendaki..cuba try...ok!!
4. kalau perasan ada tag khas tentang detik kelahiran damia di bawah header blog ini.. sekadar perkongsian bagaimana damia dilahirkan...[for our next children,walid tgh berkira2 samada mahu membina sebuah lagi dairi ataupun stay dgn dairi ini..cuma ditukar title... maybe...Dairi Damia' dan adik2..huhu..mcm tak sedap je... any idea??]
5.kalau sedar juga, terdapat widget baru iaitu scrolling recent post di bahagian kanan side bar..utk memudahkan pencapaian entri2 lama..
6. utk memudahkan kami mengetahui siapakah pembaca2 diari2 ini, kami amat berbesar hati andai kamu2 menjadi follower blog ini..mudah sahaja, cuma klik pada gmbar hitam putih Damia' yg tgh senyum tu.. tentu Damia' suka!! =P kami juga boleh melawat blog2 anda..
7. kepada sesiapa yang mahu kami meletakkan adress blognya kedalam blog list kami, blh la request pada shoutbox kami.. insyaallah kami berbesar hati =)
8.juga ada widget baru iaitu cuaca di kuantan sepanjang seminggu.. ni saja2 gatai pi bubuh...sbb cantik dia pusing2..hahha..ada kat side bar...bawah sekali..
9. andai ade request utk kami tulis tentang apa2 tajuk, blh la di hantar ke zainolarifin@yahoo.com.. kalau kami layak utk menulis,kami akan cuba.. ok.. ataupun jika ada cadangan utk menambah baik blog ini..amat kami alukan.. sebarang kritikan membina juga dgn lapang dada kami ingin mendengar.. =)
...dan blog ini akan kami kekalkan insyaallah dan akan diperturunkan kepada Damia' sendiri andai dia dah reti menaip.. hihi... =) TQ dan selamat membaca semua...=)
Saturday, May 15, 2010
Islam Di Malaysia makin hancur!
Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.
Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.
HUJJAH BELIAU
Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."
BANTAHAN & RASIONAL
Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.
Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.
Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:
‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"
"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"
ANALOGI
Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.
Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.
Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.
JUSTERU
Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.
Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-
a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.
b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,
c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.
d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.
e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.
f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.
g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.
NASIHAT
Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)
Dan juga larangan selanjutnya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.
Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.
Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.
Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-
لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ
Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )
Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.
Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.
BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
08 Mei 2010
KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
sumber: ustaz zaharuddin
p/s: Syarikat Berjaya diketuai oleh Tan Sri Vincent Tan telah pun berjaya mndapat lesen judi tersebut seperti di umumkan.. Wahai blogger...di seru utk copy paste artikel ini utk disebarkan dalam blog anda.. diseru dengan sangat.....from walid.
Ya Allah...aku hambaMu yang amat lemah..aku tak mampu melawan apabila syariat mu terang2an dilanggar sebegini oleh pentadbir negaraku sendiri...Islam dinegaraku sudah semakin hancur Ya Allah.. Kau bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka yang mahukan Islam ditegak dinegara ini Ya Allah.. ku pohon dengan sgt..tiada yg mampu ku lakukan melainkan benci dihati tentang perkara ini..
Thursday, May 13, 2010
Ibu Bapa D.E.R.H.A.K.A.
Ini, ibu nak tulis sesuatu tentang tajuk di atas..
Sempena Hari Ibu, rancangan tadi berbincang pasal tajuk di atas. Ada banyak input yang boleh diteladani, tapi ada 3 isi utama yang paling ibu ingat :
1 - Hak ibu bapa terhadap anak
- Ada 3 hak bapa kepada anak : Mencari ibu yang baik dan solehah untuk anaknya, memberi nama anaknya dengan nama yang baik (kerana nama itu akan dipanggil oleh ALLAH di akhirat kelak) dan mengajarkannya Al-Quran..
Komen : Kita selalu ungkit hak kita dari anak,sampai kadang2 lupa hak anak.Semua part tu, susah untuk dilaksanakan. Tambah2 bagi ibu, first part yang paling terkesan sekali..betapa perlunya ibu berusaha menjadi yang terbaik..kerana anak2 itu murid dan kita pula adalah guru..Apabila guru baik, insyaALLAH anak didiknya juga begitu..Selamat menjadi yang terbaik semua ibu ye! Part mengajar Al-Quran pula, selayaknya ayah sendiri yang patut memberi tunjuk ajar.Jika ayah jahil sedikit, cari dan pilihla guru agama yang baik untuk anak..
2 - Pendidikan anak mengikut fasa umurnya
- Saidina Ali telah membahagikan umur kepada tiga peringkat kritikal, sebagaimana yang dihuraikan oleh Ustaz Muhammad Naseh Ulwan :
a) 1-7 thn : Masa bermain dan melayan sikapnya
b) 8-14thn : Masa untuk memberi didikan dan mentertibkannya (mendisiplinkan)
c) 15-21thn: Masa untuk menjadi sahabat, bukan lagi masa untuk memukul-sayang, seperti fasa ke2.
Komen : Kita kadang2 lupa, respons yang patut diberikan kepada anak2 bila terjadi sesuatu. Selalunya, anak kecil dimarahi atas perkara yang belum mampu difahami. Selalu juga, waktu pertengahan itu dibaikan begitu saja, tanpa terapkan kepada anak2 tentang haluan mereka.. Jadi, membesarla anak itu tanpa didikan yang sterusnya menimbulkan masalah.Yang paling penting, didikan agama kerana agama itu, sifatnya memujuk.Jarangla orang yang serabut akan jadi tak keruan bila baca AL-Quran. Apa2 pun, kembalilah kepada ALLAH..nescaya tak rugi langsung..(p/s: haish, ibu pun kena rajin baca Al-Quran ni.Masa bukan alasan, 'Atiqah!) .
Lastly, part last ni yang banyak orang 'fail'..Bila anak dah besar, baru kalut nak minta air penawar la, bawa g jumpa ustaz la..Ibu bapa patut fahami dan selami hati anak, supaya mereka menjadikan ibu bapa sebagai rakan terbaik untuk mendengar masalah mereka. Hari ni, anak selalu lebih selesa untuk mengadu masalah kat kawan atas sebab mak bapak tak faham.Hu, tercabar juga~ Moga Damia' membesar menjadi anak solehah ye..amin.InsyaALLAH, ibu dan walid doa selalu..
p/s: ape yang keluar dari mulut ibu bapa especially ibu, itu DOA.Hati-hati dengan apa yang didoakan terhadap anak..
3- Orang Yang Mandul
- Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Tahukah kamu siapakah orangnya yang digelar MANDUL?' Lalu para sahabat menjawab, 'Orang yang tidak boleh melahirkan anak dan tiada anak'..Lalu baginda tersenyum, seraya menjawab, 'orang yang MANDUL itu adalah ibu bapa yang mempunyai anak, tetapi anaknya gagal menjadi manfaat kepada orang lain, setelah kematian kedua2 ibu bapanya'
Komen : Na'uzubillah..Moga semua anak kita membesar tumbuh menjadi muslim/muslimah solehah yang memberi manfaat kepada yang lain.Itulah sebaik2 manusia insyaALLAH..
p/s: Things to ponder 'atiqah..
kepada pen'demam' ADAMAYA.. =p
comey sungguh la budok nih.. haa..citernye pun dah habis..ape lg.. mereka2 yg tegar dengan cerita ni mesti sedang berkira2 nak buh lagu OST Adamaya ni kat handphone masing2.. kan kan kan??? alaa..tak yah dok geleng la.... nah...walid bagi ni ha...amik...
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Hingga aku rasa indah
Tuesday, May 11, 2010
Ibu is busy doing praktikal
Monday, May 10, 2010
Trip Candat Sotong Pulau Kapas
Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu walid dan beberapa kawan2 UIA Kuantan ni, berpeluang ikut serta dalam trip mencandat sotong di Pulau Kapas, Marang.. best ke??? yeah!!! memang best... last walid turun ke laut nangkap ikan ni masa matrik dulu, walid ikut pakcik walid g Port Klang.. kebetulan dia ade bot sendiri.. dan trip kali ni amat2 bermakna sebab target kami ialah...........S.O.T.O.N.G! hihih..
so kami bertolak dari Uia dalam pukul 2 ptg...
kami sampai ke Jeti LKIM Marang dalam pukul 6 ptg.. set2 barang semua, terus naik bot dan bergerak ke port sotong yg dikatakan bermaharajalela...huhu.. lebih kurang sejam berlayar, sampai la ke port itu.. lebih kurang 1 KM
lepas solat jama' Maghrib dgn Isyak atas bot..
aktiviti mncandat diteruskan dari pukul 8 malam tu sampaila ke pukul 7pg esoknya sebelum kami kembali berangkat ke jeti selepas solat subuh..di temani sun rise yang amat chaannnntik!! bot kami saja blh la menaikan lebih kurang 60 ekor sotong... alhamdulillah.. part yang paling best skali ialah masak Maggie atas bot berlaukkan sotong fresh!! fuhh..lazat berkrim disukai ramai..
so kami sampai ke jeti dalam pukul 9 pagi keesokannya..dan terus ke Masjid Marang utk membahagi2kan hasil tangkapan.. then ramai2 ke Restoran Jeri Wan makan nasi kerabu..=) dan kemudiannnya kami bertolak ke Kuala Terengganu utk mandi di rumah akhi Faidhi..dan membuat sotong goreng tepung r
kemudian kami terus bertolak dari K.T ke Kuantan.. dalam kereta semua tido kecuali driver la..
enjoy de pictures!!