Tuesday, November 30, 2010

Damia' in Acer Happy Snappy Contest

Assalamualaikum...Alhamdulillah...ada rezeki lebih, walid telah pun memiliki sebuah netbook baru berjenama Acer Aspire One Happy.. walid beli masa PC Expo di Megamall hari tu.. bkn ape, letih berebut laptop dgn ibu.. hihi.. so dah alang2 beli netbook Acer ni, walid join la contest Acer Happy Snappy contest di Facebook...

So, nak mintak tolong kawan2 pengguna Facebook untuk undi gambar Damia sebagai yang paling menggembirakan orang.. hihi..

Acer tak bagi direct link untuk vote..so walid bgtau cara2 utk vote ye =).. tak salah mencuba kan..

Langkah2 dia:

1. Search 'Acer Malaysia' di Facebook. sila LIKE..

2. Klik pada Tab "Happy Snappy". dan klik pada "vote now"

3. Buka pada page no "2" dan cari gambar Damia'..

4. ahha!! sila la Vote utk Damia =)

Kalau walid menang, walid akan dapat OSIM U-Vision eye massager yang akan walid hadiahkan buat tokma..dan juga another Acer Aspire One HAPPY yang akan walid hadiahkan buat ibu!!..

ohho...wahai pembaca sekalian, tak kira la silent reader ke tak silent, Do VOTE For Damia'...

adakah anda Happy bila lihat budak tecit ini???
VOTE!!! =p

Tinggal lagi 6 hari je =) sampai 6hb Disember je..

Sunday, November 21, 2010

Chantek

Salam. sekarang kat bilik Kakngah kat UKM. Saje datang penuhi masa lapang, sempena seminggu pertama cuti yang akan dihabiskan di Ampang.. 

InsyaALLAH akan pulang ke Kedah 25hb ni. Bila awal2 dulu abah dengar tarikh ni, abah cakap, 'awat balik lambat sangat. Kami makan daging korban dah habis dah time tu =p' ..Hee, nak buat cemana, tiket takdak. Nak g KLIA, jauh sangat, nak naik bas, walid tak izin..jadi pilihan terkhir adalah train. Tu pun, tarikh yang paling awal, untuk katil bahagian bawah.. =) Takpa la ye.Ada 2 mak dan 2 abah, kena la bahagi sama rata ^_^

Ok. Jalan2 blog tadi, baru sedar dapat satu anugerah.. anugerah blog CANTIK ^_^ Ni ha..

Sebenarnya, dah lama tak dapat award. Jadi, terima kasih banyak2 ye Fairuz

Ok, meh buat keje sekolah ;

1) Nickname untuk pemberi award
- Along!! Sape taktau, bukan kawan die =) Tapi, memang dah tau sangat, dia sangat suka satu nama ini :  Aliesya. Mungkin anaknya, akan diberi nama dengan nama ni kot (Ha, kantoi, tkah dah tau apa nama baby girl fairuz =p)

2) Ucapan untuk pemberi award
- Terima kasih atas award ni. Rasa macam menang shout award, heh! Oh, btw kenapa cakap blog ni cantik? Ha, jawab jangan tak jawab..Hee,kadang2, rimas juga dengan gadget banyak2 yang walid letak ni. Nak delete, walid cakap, biarlah.Banyak lagi ruang kosong =p 

3) 6 favourite artis/singer/group yang minat
-kami ni jenis yang dengar je lagu, asalkan lirik bagus, tak kesah penyanyi sape pun.Tapi selalunya yang  kategori 'bingit', tak masuk dalam senarai la. Banyak yang suka, tapi nak list yang berbekas di hati. Antaranya :

a) Menjemput bidadari by Seismic
Ni lagu dari kumpulan nasyid indonesia. Memang all time faveret lah lagu ni. Kenangan sewaktu zaman melalui zaman 'genting' sebelum bergelar isteri dulu. Lirik sangat menyentuh hati. No wonder, i rename the song in my playlist, as 'suka sampai mati' ^_^

b) Chantek by Fabulous Cats
Lagu ni, saya kenalkan kepada suami. Then, suami suka sangat2 dan menjadi antara lagu yang wajib dimainkan dalam playlist, sewaktu awal2 perkahwinan dulu =)

c) If you're not the one by Daniel Bedingfield
Ni lagu kegemaran kami berdua. Kalau pasang je, memang akan sama2 ber'feeling', lawan nyanyi sama2 ^_^

c) I will always love you by Connie Talbot
Lagu ni diperkenalkan oleh seorang klasmate. Sangat suka sebab budak sekecil Connie, mampu sampaikan lagu ni dengan sangat mendayu2..Kebetulan, ni lagu first yang walid 'tampal' kat blog ni, ketika awal2 tempoh kehamilan dulu..Cuba dengar. Cayalah!

d) Zawjati by Ahmed Bukhatir
Lagu ni dengar waktu ada sorang kawan blogger attachkan video berkenaan Saidatina Khadijah dari pandangan mata Nabi Muhammad. This song made me cry T__T Sangat sayu lirik dia tau. Lepas tu, lagi suka bila walid dedicate lagu ni.

e) Baik-baik sayang by Wali Band
Sebenarnya tak tau pun ada lagu ni dalam kumpulan depa tu. Tak minat. Tapi, ada satu waktu ni, suami sangat suka nyanyi 'hanya satu pintaku, untukmu dan hidupmu, baik2 sayang, ada aku untukmu'.. Mula2 bosan asyik dengar part tu je, tapi satu hari tu, bila dengar baik2, 'erm, bolehla..' =)  Pastu, bila suruh suami nyanyikan dari awal sampai habis, malu pulak dah =p Sampai sekrang, tak dengar dah.

Erm, tu antaranya lah. Kalau ikutkan banyak lagi. Tapi kan ada penyanyi sorang ni yang saya memang minat sangat lah - Zain Bikha. Lagu dia, takyah letak muzik sedap2 macam Maher Zain (MZ pun sedap.alhamdulillah, alternatif untuk yang suka nasyid macam kami), sebab lirik dia sendiri pun sangat menyentuh hati..Membuat kan kita rasa nak jadi baiiiiiiik je =) Told ya, i'm more into lyrics!  

Monday, November 15, 2010

..Hanya Tuhan Yang Tahu..

Salam.
9 ZulHijjah 1431

ALLAH,
Terima kasih kerana membenarkan kan ku merasai nikmat perkahwinan, suka duka bersama suamiku. Masa begitu pantas berlalu, hingga kurasakan cepat sahaja usia kita meningkat naik.

Ketika dulu waktu ku samar-samar dalam lamaran darinya, maka aku hanya bersandarkan agama yang ada padanya wahai ALLAH.. dan ternyata benar kata hadis, memilih yang beragama, tidak mengecewakan. Hakikatnya, memilih yang BERAMAL dengan agama, tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

ALLAH,
Aku berterima kasih kerana mengurniakan suami sebaik dirinya. Selalu saja aku terfikir bahawa aku tidak layak untuk dirinya. Aku yang miliki latar belakang agama yang lebih baik, tapi suamiku yang lebih menjadi contoh buatku. Mengingatkan aku tentang itu dan ini..Hingga kadang-kadang aku malu dengan diriku sendiri ALLAH..

Aku bangga punyai suami sepertinya. Sungguh! Dialah suamiku yang tidak segan silu memegang tanganku ke mana sahaja ketika berjalan. Dialah suamiku yang tidak segan untuk mencium dahiku setiap kali usai solat dan ketika hendak berpergian. Dia jugalah suamiku yang tidak berkira menolongku menyelesaikan kerja rumah. Membuat itu dan ini, tanpa banyak kata..Dialah ALLAH, suamiku yang boleh diharap untuk menjaga anak kami saat ku terpaksa penuhi tuntutan lain. Yang paling ku terharu, dialah suamiku yang akan memberiku nafkah bulanan, walau hakikatnya, dia juga adalah pelajar sepertiku.

***********************************

Suamiku,
Aku tahu aku tidak mencapai tahap solehah yang engkau dambakan. Aku faham, selalu saja engkau kecewa dengan sikapku. Ya, kita punya rasa, dan kadang-kadang matlamat yang berbeza. Bukan sedikit kalinya, aku berkecil hati dengan sikapmu yang bagai tiada minat untuk mendengarku. Kadang-kadang, ditolak mentah-mentah begitu sahaja. Jika tidak pun, diam membisu seribu bahasa..Suamiku, aku faham kamu punya ego, tapi diriku juga punya rasa..

Kadang-kadang, apa yang perlu bagiku, tidak perlu bagimu. Bagiku, hidup boleh diindahkan dengan usaha. Bagimu, cukup sekadar sederhana sahaja. Bagimu, cukup sahaja jika boleh  makan nasi berlauk garam setiap hari. Asalkan dapat makan. Bagiku, kadang-kadang ada lauk-pauk yang sedap-sedap, itu sangat beerti..

Suamiku,
Aku faham adat berumahtangga. Kadang-kadang ada yang merasa, ada yang terasa. Apa-apapun yang berlaku, ingin ku tegaskan bahawa aku sangat bahagia bersamamu. Walau jarang-jarang aku berkata begitu, aku sangat senang dan bersyukur memilikimu. Aku fikir, aku tidak mungkin dapat mencari pengganti dirimu. Yang benarnya, aku tidak pernah terfikir begitu sekalipun.

*************************

ALLAH,
Aku punya cita-cita. Agar aku menjadi bidadari suamiku di syurga. Aku tahu, bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina.Maka oleh itu ALLAH, kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku. Kuatkanlah aku..Janganlah kau palingkan dirimu dari diriku. Hakikatnya, aku perlu mu ALLAH.

Suamiku,
Aku punya cita-cita. Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga sana. Aku tahu , bahawa aku ini insan yang lemah lagi hina. Maka oleh itu suamiku, bimbinglah daku..supaya aku berhasil menjadi penghuni syurga.Agar dapat menemanimu sampai bila-bila..Tegurlah aku. Bimbinglah daku..Janganlah putus asa denganku. Hakikatnya, aku perlu kamu, suamiku..

******************************************
ALLAH,
Bimbinglah kami mencapai redhamu. Pandanglah kami dengan kasih sayangMu. Penuhilah kehidupan kami ini dengan keberkatan, mawaddah dan rahmah dariMu. Tiada yang lain kami dambakan selain redhaMu.. Masukkan kami ke syurgaMu ALLAH. Temukan kami semula di syurga sana..Ameen

Suamiku,
Aku bahagia. Aku mahu kekal begini sahaja sampai bila-bila. Moga ALLAH sentiasa menjadikan dirimu memahami diriku, dan menjadikan diriku memahami dirimu. Aku tahu, kita baru sahaja berkenalan. Baru 2 tahun cuma. Oleh itu, aku harap agar kita akan berusaha kuat bersama-sama untuk masa depan yang kita inginkan. Untuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Moga kita mampu menjadi sahabat terbaik mereka.

Aku tahu aku banyak salah. Banyak khilaf dengan dirimu. Maafkan ku suamiku. Aku tidak bermaksud untuk tidak menghormati kamu. Malah, aku junjung tinggi dirimu, suamiku. Cuma, mungkin kita perlu lebih masa untuk saling memahami dan mengenali dengan lebih mendalam. Kadang-kadang, kita tersalah tafsir perbuatan masing-masing.Yang pasti, kita tidak punya banyak masa bersama. Kiamat makin dekat. Jadi, aku ingin gunakan masa yang ada untuk kamu suamiku. Aku minta maaf atas segalanya. Maafkan aku..

Aku tahu aku tidak setabah Siti Hajar atau sepintar Saidatina 'Aisyah atau setinggi semangat Khaulah Al-Azwar, tapi aku tetap mahu jadi seperti Khadijah.. Yang diingati Nabi sepanjang hidupnya..Yang dirindui selalu oleh Nabi selepas ketiadaanya..Yang ditangisi Nabi bila terkenangkannya..

Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk dirimu dan keluarga kita, insyaALLAH..

***********************
Suamiku,
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-2.
I H.E.A.R.T you, L.O.V.E
                                                                                                                                                 
p/s:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” 
 (HR At Tirmidzi disahihkan Al-Albani)
Hampir maghrib tadi, wukuf hari Arafah. Maka, ini doaku.. Ameen ya Rabb.