Salam.
Damia' Rujhaa Ahmad Zainol Arifin, secantik nama, moga indah jua peribadinya.Ameen..
Alhamdulillah, Damia' berusia genap setahun hari ni -20Julai2010. Setinggi2 kesyukuran kami panjatkan atas kesudian ALLAH berikan kami 'hadiah' atas perkahwinan ini. Alhamdulillah, alhamdulillah..ALLAH juga sebaik2 perancang..
Setahun berlalu, bagai tak terasa langsung masa berjalan dengan pantas..Melihat Damia' membesar di depan mata, sungguh membahagiakan..Biar nampaknya macam susah, hakikatnya kami sangat 'enjoy' membesarkan kamu..Mungkin hikmah redha seorang hamba, ditolongNya kami sehingga semuanya nampak terurus...Alhamdulillah, lengkaplah kehidupan denagn wujud nya kamu Damia'..Ya, anak itu pengubat,duka penawar lara..Alhamdulillah, Moga berkekalan sehingga akhirnya..
Masih ibu ingat Damia', sewaktu awal2 kami mengetahui kehadiran kamu dalam rahim ibu, sungguh walid lah orang yang PALING gembira, hinggakan dihadiahkannya 'surprise' untuk ibu, untuk masa depan kita..
Masa berlalu, setiap hari kami lalui dengan gembira, membayangkan kehadiran buah cinta, 9 bulan akan datang..Dan untuk itu juga, walid tak jemu2 menulis dan menulis, bercerita untuk kamu..Tak lupa, walid juga pinta pada ibu untuk turut serta menulis...walid cakap, untuk masa depan ^_^ Makanya, ibu pun menulis, dan terus menulis sehingga tak dapat nak stop sampai sekarang =p
Bila usia kandungan makin meningkat, kawan2 walid pun dah start bagi hadiah, walaupun kamu tak lahir pun lagi..Ibu fikir, kamu bertuah punyai uncles + aunties yang sangat prihatin tentang kamu..Terima kasih semuanya..
Ibu masih ingat, bila kandungan ibu dah berusia 4 bulan, kami perasan saiz perut ibu yang tak mengikut saiz yang sepatutnya bagi usia begitu.Pada awalnya, doktor cakap itu normal, tapi lama kelamaan saiznya makin 'jauh' dari yang sepatutnya..
Ibu masih ingat, ibu sangat emosional bila g check up dan nurse bagitau, 'ur baby is not developing'..Ibu sangat moody hari tu..sebab ibu sayang kamu..Ibu tak sanggup dengar kata2 yang tak menyenangkan mengenai kamu..Ibu nak dengar yang happy2 je tentang kamu..Ibu sangat berharap kamu sihat, sayang..itu je yang ibu pinta dari ALLAH..asalkan sihat sejahtera, itu sudah SANGAT mencukupi bagi kami..
Masa berlalu, ibu sangat excited untuk masuk semula ke kelas sebagai pelajar tahun 3 setelah bercuti selama 3 bulan..
Ibu masih ingat, baru je tiga hari masuk ke kelas, ibu dah perasan kaki dan muka ibu bengkak semacam..Kebetulan, check up untuk bulan ke tujuh diadakan dan waktu tu lah, doktor kesan tekanan darah yang tinggi..Empat kali doktor ambil bacaan sebelum confirmkan..Lalu, doktor terus taipkan surat rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut..
Ibu masih ingat juga pada pagi hari appointment, masih ibu nak gagahkan diri untuk ke kelas, terasa rugi dengan ilmu yang tak dapat didengar sendiri dari telinga ni..tapi dihalang walid, dengan sebab appointment hospital lagi penting dari kelas..
Sampai hospital, diperiksa oleh dokor..dan bermula lah episod yang ibu takkan lupa sampai mati..sangat dekat di hati...
Ibu ditahan di hospital sebab tekanan darah yang terlalu tinggi, makin meningkat dari waktu ke waktu..Doktor cakap, ibu ada pre-eclampsia dan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu..
Sebak hati ini bila doktor bagitau yang peluang hidup kamu 60%, tapi demi ibu, kami relakan hal kecemasan ini..Pagi selepas membuat keputusan, pagi itu la juga kami ketahui jantina kamu..Alhamdulillah, ibu dan walid ingat, kamu lelaki..rupa2nya perempuan ^_^ Dan malamnya ibu diusung masuk ke dewan bedah......Dan alhamdulillah syukur bagi ALLAH, kamu selamat dikeluarkan untuk menemui ibu dan walid, tepat jam 8.50pm...
Sepanjang di hospital, walidlah yang meng 'update' kan maklumat tentang ibu..Terus update, dari waktu ke waktu..Ibu faham, walid sangat penat , dengan ibu dan posting OnG nya yang sibuk tu..dan sebab itu ibu amat 'sayang' dengan kenangan kisah kelahiran kamu (siap diambil video lagi oleh walid untuk tontonan ibu, atas kebenaran doktor walid)..Terima kasih walid..Ibu sangat hargai.. ^_^
Ibu belajar, walaupun kisah kelahiran kamu sangat spontan dan tak di plan oleh ibu dan walid, hakikatnya ALLAH mengajar kami bahawa planNya PALING terbaik..Itu pelajaran sangat berharga yang kami dapat dari kamu,sayang..Sebagaimana kita mahu ALLAH redha dengan kita, begitulah juga kita yang hamba ni perlu pasrah dan berserah kepada ketentuanNya..
Dan selepas itu, hari2 berlalu dengan moment2 yang sangat indah dan bermakna, hinggkan ibu ditegur rakan sekelas..betapa 'berseri' nya wajah selepas kelahiran kamu, terserlah bahagianya Damia'..Alhamdulillah...Sungguh kami bersyukur..
Hari ke-4 menjeguk dunia
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
5 bulan
6 bulan
7 bulan
8 bulan
9 bulan
10 bulan
11 bulan
Buatmu anak,
Walid dan ibu mendoakan yang TERBAIK, dari ALLAH untuk kamu..Sebagus mana pun kami cuba menjaga dirimu, hakikatnya ALLAHla penjaga terbaik untukmu..Maka, kami serahkan kamu dalam tanganNya Damia'..Moga kamu membesar menjadi mukminah solehah ye sayang..Dengar cakap ibu dan walid, taati perintah ALLAH dan jauhi larangannya, beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah, berbangga dengan ISLAM sebagai agamamu dan mendahulukannya dalam semua perkara..InsyaALLAH, walid dan ibu cuba bantu.. =)
Ini ada nasyid untuk Mia'.. Itu ucapan lengkap untuk Mia tau..Dengar baik-baik...
(Nasyid yang buatkan ibu nak nangis setiap kali dengar...)
Selamat Ulang Tahun, Sayang ibu dan walid! ^_^
p/s: Bila dah ada anak sendiri, baru ibu faham apa maksud, 'ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi untuk anak mereka, agar menjadi LEBIH baik dari mereka...'..Ya, itulah sebetulnya.