Salam.
Ibu tengah dalam mood memasak sekarang. Almaklum, ibu tak masuk kulliyyah lagi, yang akan start minggu depan. Tambahan pula, time2 puasa ni, macam2 la makanan yang terlintas dalam fikiran.
Hmm, ibu jarang memasak sebenarnya. Hanya giat di rumah kami je.. ^_^ ibu ni sangat la lemah masak untuk orang ramai..sebab nanti ibu sibuk fikir, si dia tu, taste cemana, si dia ni, taste cemana..Last2, tak jadi..Tapi setelah setahun bersama walid, ibu dah boleh hadam juga la taste dia..Jadi, ibu confident masak untuk walid je..=p (walaupun asyik kena kritik je, padahal bagi ibu sedap dah.heh!)
Ok, hari ni dok belek2 internet, terhasil lah 3 masakan - kuey teow kungfu (KK), puding jagung dan cendawan goreng..KK dah selalu buat dah, puding pula ibu rasa ramai dah yang terer, bila dah buat, rupa2nya, senang je =) Ibu je yang tak biasa, sebab dalam family kami, agar2, jelly dan puding, bukanlah suatu rutin..Bila dah kahwin ni je, nak try macam2.Ok, don't laugh at me.. =p
Yang ibu nak kongsikan, cendawan goreng ni ha.. Ibu kenal cendawan goreng ni, dari pasar malam IM2 kat Pahang ni. Sekali try, pastu memang hampir tiap2 minggu beli..sampai walid pun tak yah tanya apa yang ibu nak dah..=p Tapi ibu pikir, rugi juga sebab sikit je..3 keping yang kecil, RM1 harganya..Hehe. Ntah berapa ribu (ribu la sangat) ibu spend kat cendawan goreng tu..
Sejak tu, ibu start cari resepi kat internet. Sekali dulu buat, tak sedap macam kat pasar malam tu. Tapi, tadi ibu dok blog walking, ada blogger ni yang bagitau cara membuat cendawan tiram goreng dengan lengkap sekali..Ibu pun semangat nak try, tambah2 ada cendawan lebih semalam..bahan yang tak cukup, ibu g topup dari kedai runcit terdekat..
Ni, baru je lepas buat..Ulasannya? SERYES SEDAP! In fact, sedap dari yang pasar malam punya. Meh ibu share dengan semua ye..Berkobar2 ni..Memang tak tipu, sedap betul ni =)
Bahan utama : cendawan tiram ^_^
Bahan nak menyalut cendawan :
1 mug tepung gandum
1 mug tepung beras
1 mug tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk ketumbar (serbuk ye)
1 sudu besar garam
Air secukupnya
Masukkan semua bahan dan kacau sampai takde berketul2. Jangan cair sangat nanti tak lekat kat cendawan =) Ha, dah nampak macam rupa pasar malam..nampak sedap tu =p
Pastu bila dah ready, tuangkan minyak yang banyak dalam kuali. Tunggu hingga panas betul2, baru masukkan cendawan tu. caranya, celup cendawan sat je dalam tepung, pastu terus goreng. Tak yah rendam lama2, tak sedap nanti. Goreng pun sat je, sekadar tukar kaler jadi macam 'brownish'/ 'golden' sikit, terus angkat.Kalau tak, serap minyak/hangit nanti.
Jadi, ni la hasilnya....
TADAAAAA! ^_~
Nampak rangup kan, dan sebetulnya memang rangup, crunchy, crispy, semua la..RASAnya, sangat sedap, kalah pasar malam =p Tapi. lembik sikit, sebab ada satu tips yang diberi oleh blogger tu untuk dapatkan cendawan goreng yang rangup..iaitu..
kita ni kalau boleh, tak yah basuh cendawan tiram tu..habit sebelum masak, basuh benda yang dibeli kan? Salah sebenarnya, sebab bila kena air, habis meresap dalam cendawan, jadi lembikla..Bila masuk tepung salut, dia dah tak serap masuk dalam cendawan..Sebetulnya, kibas2 je cendawan untuk buangkan debu2, sebab cendawan tiram ni, naturenya dia memang takkan tumbuh kat tempat yang tak bersih..Pendek kata, dijamin tahap kebersihannya.. =)
Tadi, ibu habiskan semua cendawan yang berbaki. Almaklum, ni la benda yang ibu rindu dari Kuantan.Kat Kedah nun, tak pernah jumpa pun la..Tadi ibu kira, kalau beli dari pasar malam, harganya boleh mencecah RM5 woo...Jadi, save la bajet RM5, kan?..Tu pun, sebab cendawan dah habis..Tepung tu ade lagi..InsyaALLAH, minggu ni konfirm ibu dah tak beli dari pasar malam dah walid..Buat sendiri je..Puas hati.Hehe.
Saje ibu nak kongsi supaya semua dapat try buat sendiri..Biar peniaga rugi, tapi kita untung..Heh! =p Lagipun, senang je ni..Orang bujang pun boleh try, terutamanya kak chik yang turut rindu dengan cendawan goreng ni..hehe..When u know how to do it, i bet u would always love to do it urself (D.I.Y), rather than spending ur money on that...coz i am right now =) Lastly, renung2kan, dan selamat beramal! ^_^
p/s: Sambil2 menikmati cendawan goreng tu, sila lah jenguk ke sini..terima kasih