Salam.
Ye. Sekolah. Itulah nama yang merujuk kepada nursery Damia'. Sejak dari lama dulu, dibiasakan begitu.Di sekolah tu, dia kenal kawan2 yang ramai, belajar untuk bersosial, belajar berdikari, belajar membawa diri dan juga tak lupa, belajar mengenali hidup ini secara formal dengan bantuan nannies yang ada.
Sepatutnya, semalam kami hantar Mia ke sekolah, tapi sebab kelam kabut sangat, ditangguhkan ke hari ni. Pada tanggapan ibu, jenuh menangisla Damia kat sekolah tu, jadi ibu dah ready siap2 untuk ditelefon dan ambil semula Damia pulang, jika perlu.. =p Mental dan fizikal, ada persediaan tu.
Awal2 hantar, Damia ditegur.. Rujhaa..Itu panggilan untuknya, kerana ada LIMA lagi kanak2 lain bernama Damia sepertinya..=p Ha, bila dipanggil, dia terus lentok kat bahu ibu.Itula gayanya, sejak dapat 'mengenal' orang ni..Nak kat ibu je, walid pun kalah.
Sewaktu pas kat nanny kat situ. memang menangis la dia. Ibu ingat nak tunggu je, tapi diyakinkan untuk balik, sebab mereka boleh handle.
Ibu pun balikla rumah semula.Selesaikan apa yang patut.Kejap2, cek fon, kot2 ada miscall dari sekolah Mia.Tapi, sampai ke tengah hari takde. Selepas ambil walid balik dari kelas, walid menanyakan keperluan untuk melihat Damia', tapi ibu larang, sebab kalau g, mesti dia tanak kat depa dah..Jenuh pula nanti..So, kami decide untuk call pengurus je.Alhamdulillah, pengurus cakap ok , nangis sikit je, biasala budak2, kan?
Apa lagi, kami yang tengah free tu pun amik kesempatan shopping barang2 makanan untuk minggu ni. Kami suka g pasar tani mingguan setiap Ahad kat stadium, jadi fokus kepada yang nak makan je sampai hujung minggu ni.
Kebetulan kami berpuasa hari ni, walid request sizzling yee mee pula, menyahut gurauan ibu untuk sediakan tu sempena berbuka..
Teringat pula bila ibu tanya walid beberapa hari lepas, apa yang walid nak dari ibu sebagai hadiah pass exam, walid jawab,'masakan isteri abang..' Ha, apalagi, sibukla ibu cari resepi kat internet.. Hehe.Well, that's my habit.Nak masak, baru cari..Takde skill yang memang dah terperap dalam otak, kecuali untk benda2 basic dan simple (ni kes tak reti masak ni =p sikit2, tengok internet. Yela, takkan nak masak benda yang sama kan? =p Jemu kot!)..
Punyala ibu ni jenis yang kalau nak masak sesuatu makanan tu, kena ada bahan yang lengkap. Walid cakap, ibu SKEMA..Haha. Walid cakap, ibu kena kreatif sikit, main campak2 je apa yang ada..baru boleh survive..hehe.Tak retila camtu..Buat sesuatu, buat betul2 la kan.Kalau takde sangat bahan, buat benda lain yang lagi mudah..Ha, tu lagi kreatif ape =p
Nak jadi cerita, kami tak yakin dengan cendawan shitake yang ada.Ibu pulun nak g beli kat tempat lain, tapi walid yang dah tak larat menolak.Last2, beli cendawan biasa tu je.. =( tapi takpe, nanti boleh buat cendawan goreng =)
Balik rumah, amik Damia' dan tanya komen nanny dia..nasib baik depa cakap dia ok je, tak de la teruk sangat (Mia ni manja macam walid la.Pantang ibu ada tau =p Ibu takde, ok je pun) Dah pukul 6.30pm waktu tu, terusla ke dapur nak masak.First time ni.hehe. Siap bawak laptop ke dapur sebab takut salah buat.Beriya betul! Tak pernah2 buat perangai macam ni..hanya sebab takut salah buat makanan faveret walid ni.. =p
Last2, time berbuka kami merasa yee mee tu..Walid cakap, sedap...TAPI..Pedas yang amat! Ibu yang kuat pedas ni pun kalah (treshold level dah turun pun, gara2 ikut walid yang tak gemar pedas =p) Kesian ibu tengok walid sampai berpeluh2 habiskan yee mee tu..Seryes! Tapi, pedas2 pun, 3 kali juga walid tambah.hehe.
Jadi, apa kesimpulannya? Kesimpulannya, sila la pikir dengan logik sebelum masak mana2 resepi ye.. Dalam tu dia cakap 5-6 tangkai cili kering, terus ibu masukkan 5 tangkai. Ibu pikir, itu paling tak pedas, sekali, pedas sangat woo! Erm, ikut pengamatan kan, memang resepi ni, kena pandai2 alter la sebenarnya. Ni kali kedua terkena. Dulu pun kes cili jugak sebelum kahwin =p
Tapi sebab ni first time buat, walid senyum je =) Walid cakap, kurangkan pedas je, yang lain sedap dah..Sori la walid dear, that was supposed to be ur treat for ur 'PASS' status untuk exam baru2 ni.. Tapi jadi gitu pulak kan? Maaf abang.. ^_~ Nama pun first time. Tu pun, tak rasa..Kalau tak, sedap dah insyaALLAH =) Sedangkan owner KFC pun try + error beribu kali juga, kan? inikan pula first time..Lain kali, ibu cuba lagi..
p/s: Anda anda pengalaman macam ni? ^_^