Salam.
Alhamdulillah, kami berkesempatan ke I-City yang terletak di Shah Alam semalam. Hari sebelum tu, kami join gathering baktisiswa yang diadakan di rumah Acun..Tq Acun for ur hospitality ya! ^_^ Sangat best bila dapat berjumpa kawan2 lama, ada yang tak jumpa sejak beberapa tahun lepas lagi..
Tq Acun for ur hospitality =)
Sebenarnya, ibu yang minta pada walid untuk ke I-City. Ni, gara2 pertambahan gambar ke I-City dari kawan2 yang lain. Tengok tu, rasa macam sejuk je, dok kat luar negara.. =p Tapi, ada dua sebab utama sebenarnya. Pertama, sebab nak jumpa kawan ibu,Aunty Fakhriah yang kini masih di UiTM. Rumahnya sebelah I-City je..dekat sangat kan? Sebab kedua, Embah yang dah nak pencen bulan 7 ni.. Jadi, kami yang tinggal di Putrajaya akan berpindah semula ke Ampang yang makin jauh dari Shah Alam, tempat asal walid..Bak kata orang, kembali ke pangkal jalan =) Jadi, memandangkan masa dan tempat berpihak kepada kami, makanya pertemuan diatur untuk ke sana..
Sewaktu awal2 sampai, terdetik dalam hati, 'kayanya dyorang ni, nak bayar bil letrik..' sebab tempat tu sangat colourful! Walaupun satu tempat je, tapi kalau pandai tangkap gambar, nampak macam banyak 'hot spots' kat situ.. =)
I-City yang colourful!
Muka2 utama
Entrance : I-City walk
Sampai2 tu, kami makan sat.Pastu Damia' dah start meragam, sebab dia tak sihat sangat. Tak dapatla kami bergambar banyak2..Sekadar ada je =p Jadi, ibu pun kena la pujuk Mia', bergerak2 ke sana ke mari, tunjuk pokok2, binatang yang bercahaya, jadi seronokla sikit Damia'. Tengok gelagat dia ni..
Mulut comot
Walid + Mia'
Ibu + Mia'
Ibu : Sape nama Damia' Rujhaa, angkat tangan?
Damia' : Saya!
Model Utama
Excited!
Wah, besarnya bulan ni ibu!
Ini, tanglung namanya
Tooth Fairy ^_^
Macam suasana hari raya pun ada =p
Bila dah puas tangkap gambar, kami pun ready untuk melangkah pulang..sebelum tu, sempat singgah jap kat satu kawasan yang macam pasar malam.Tapi yang istimewanya, bukan jual makanan, tapi jual barang2 warna warni.. =)
Di bawah limpahan neon
Sila fokus kepada background
Arnab kat sini chumil sgt!
Damia' yang colourful =p
F.A.M.I.L.Y
Selepas jalan2 tu, kami pun balikla.Waktu tu, orang dah start ramai.Mungkin nak tengok siaran langsung World Cup kot,sebab ada satu skrin besar kat tengah2 tempat tu..
Melangkah pergi
Candid!
Damia' yang tengah 'ralit'
Terima kasih untuk Aunty Fakhriah atas masa anda ye..Maaf atas sebarang kekurangan. Almaklum, Mia' tanak dok sangat sebab tak berapa sihat. Yela, balik KL ni, hari2 dia jalan2..Hehe. Dahla g Alamanda sampai dua kali. Tak pernah2 buat sebelum ni..dengan sebab pasni dah tak dok kat Putrajaya ni..Susah dah.. =p Jadi, kali ni memang kami sangat berjalan2, sebelum walid start busy semula dengan posting baru.
Kesimpulannya, ibu rasa berbaloi juga ke I-City ni. Untuk relaks2 ke, parking rm1 je, masuk I-City free, takde tiket pun..Pastu kat dalam, ada deretan restaurant..Tepi2 jalan pun, ada lagi makanan.Kalau nak senang, bawak je dari rumah dan makan kat situ ^_~
Assalamualaikum semua. Damia' balik dulu ya.Ada masa, jemput datang sini =)
By the way, di kesempatan ini ibu nak ucapkan TAHNIAH atas kejayaan walid dalam posting IM beliau. Makanya, layaklah walid ke tahun 4. Alhamdulillah, Tq ALLAH for making it easy on us..Sangat2 bersyukur..
P/S:
1. Mia dapat Mickey's ears, ibu dapat greenSTAR..Tq Walid!
2. Ni entri yang dah banyak hari simpan dalam 'draft'. Gara2 berebut laptop dengan Mia', kena tulis sikit2 =p