Saturday, December 10, 2011

Tentang kali ini

Salam.

7 Disember. itu tarikh ulang tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun ke-3. Tapi bagi ibu, tahun ni lah paling tak best sekali, atas sebab kekangan kerja. Selalunya, update blog just before 7Dis menjelma, tapi tahun ni, terpaksa simpan dalam draft dulu entri pun =p

Alhamdulillah, setiap tahun kami raikan kedatangan tarikh ni, bukan apa, sekadar mengingatkan tentang detik indah yang pernah dilalui beberapa tahun dulu, bersama muhasabah tentang pengislahan diri, untuk jadi suami/isteri yang lebih baik. Moga masih ada peluang untuk kami.

Tahun ni, walid belanja makan aiskrim Tutti Frutti dekat outlet yang baru sahaja dibuka berdekatan rumah. Kebetulan, dia bagi diskaun 50%, jadi walid ambil peluang ni lah.Almaklum, jarang2 sekali kami makan aiskrim, terutama aiskrim jenis 'frozen yogurt' ni.

Tapi, baru tengah dok sedap2 makan, baru tau yang ibu sepatutnya ada kat hospital untuk tolong cover kawan buat shiftnya. Jadi, makan tak habis, terus balik rumah. Ketika salam dengan Damia' sejurus sebelum ke hospital, ibu perasan air muka Damia' berubah.Dia diam, kaku tiba2.Muka jadi sedih. Jadi, ibu patah balik, salam dengan dia sambil bagitau,'Ibu kerja tau'..Dia sambut salam ibu dengan muka sedih..

Esoknya, walid keluarkan topik tentang perangai Damia' malam tu. Walid cakap, Damia' macam 'sentap',dia sedih, taknak cakap, cakap sorang2 je.Main sorang2. Hmm, merajuk agaknya. Sedih sangat ibu dengar. Ni kali pertama Damia' tunjuk perasaan' kat kami. Agaknya, dia terasa kot..dah lama pendam..

Jadi, bila balik kerja petang tu kami bawa Damia' ke taman rekreasi dekat rumah. Memang dah lamaaaa sangat tak ke situ, sebab rasa macam tak sempat sangat. Balik kerja, sampai rumah pukul 6pm, solat, malam kalau ada shift, kena pergi hospital semula, kalau tak, tengok TV sat, pastu tidur lah.Kadang2 ibu tertidur lagi awal dari Damia'. Bangun je sedar2 Damia' dah tidur kat sebelah.Hmm, sedih sangat T__T Esok, ulang rutin yang sama. Hujung minggu kadang2 kerja, takde mood nak keluar 'happy2' macam dulu.Rasa macam tak cukup masa.Erm, i thought it was ok, but actually it was not, for darling Damia'. Thanks ALLAH, for showing me this..

Petang tu, kami layan Damia' sungguh2. Main betul2, alhamdulillah,turut terasa ringan beban sikit. Heh!

Malamnya, makan special sikit kat Satay Zul. Ibu teringat Damia' suka sangat makan nasi lemak, jadi sengaja minta walid datang situ untuk bagi Damia' makan..

Pinggan Damia' 
Yummy!
Erm, baru boleh senyum =) 
Ni, ibu suruh tunjuk gigi dan buat 'peace' 
Mula2 order satu, lepas tu tambah lagi satu set nasi lemak, sebab tiba2 teringin pula =p
Walid, macam biasa, tukang habiskan makanan Mia' =)
Side dish
Erm, sedapnye!
The oher half yang sangat memahami.Tq ALLAH 

Alhamdulillah, walaupun tahun ni paling simple, tapi ini merupakan moment yang sangat bermakna, terutama selepas lama sangat tak buat aktiviti macam ni, sampai rasa rindu kadang2 untuk 'buang masa' dengan keluarga. Terima kasih ALLAH atas kesempatan yang diberikan.