Saturday, December 3, 2011

Pengajaran Tahun Baru

Salam.

Awal Muharram kali ni, memang betul2 'mengajar' kami, betapa ALLAH itu Maha Merancang atas segala sesuatu.

Mulanya, memang dah plan nak balik Kedah, sebab raya aidul fitr dan raya haji diraikan di Ampang, plus ada niat untuk hadir kenduri kahwin kawan baik sejak dari sekolah lagi.

Masalah jadual yang tak sama antara kami, sejak dari dulu lagi, memang perlukan perancangan rapi untuk sesuatu plan. Masalahnya lagi kan, kedua2 kami selalu punya pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara =p Dua2 besar kepala. Nah, kali ni, ALLAH ajar kami sesuatu, bukan ikut cara ibu atau walid, tapi ikut cara Dia.

Sepatutnya ibu naik bas ke Kedah pukul 9pm dari KL, walid tak ikut sebab kena g Johor, jadi walid akan hantar ke terminal je, usai majlis kahwin kawan sekelasnya..

Punyalah rapi, siap atur satu-satu apa yang perlu dibuat sebaik kaki mencecah tanah Alor Setar, tapi ALLAH izin,  terus tertukar 360 darjah, mengikut perancangan ALLAH.

Damia' yang baik2 saja sejak dari Kuantan, tiba2 muntah dengan sangat teruk bermula pukul 7pm sampai lembik. Kejap2 muntah, kejap2 muntah sampai keluar muntah hijau dah. Jam makin menghampiri waktu bas bertolak, akhirnya walid ambil kuasa veto untuk putuskan supaya burn sahaja tiket bas tu berjumlah RM116.50.Ibu sebik je, redha, walaupun hati perit terima, tak sanggup lah burn tiket sebanyak harga tu =(

Esoknya, walid hantar balik Kedah all the way naik kereta, tapi ALLAH izin sekali lagi, tak dapat laksanakan plan dengan bakal pengantin. Terlambat sampai, sebab Damia' muntah lagi dalam kereta. Badan pula makin panas. Demam.

Lusanya, kenduri kawan baik ibu berlangsung. Tinggalkan damia' yang lesu sekejap, untuk ke majlis akadnya. Tak sempat berlama2an, bergegas balik ke rumah dan perasan Damia' makin bertambah tak sihat. Sangat 'tak daya' betul anak dara tu.Lalu membuat keputusan untuk ke Kedah Medical Centre.

Ke sana, doktor bagi nebulizer, buat x-ray, just to confirm yang Damia' ni ada jangkitan paru-paru - Bronchopneumonia. Erm, sebab tu lah, demamnya tak improve, walau hakikatnya, dia akan cepat baik bila makan ubat.

Doktor cadangkan masuk wad, supaya boleh buat segala 'investigation' yang perlu. Jadi, minta doktor rujuk Damia' ke GH. Maka, bermulalah semula episod tidur-di-wad, sejak 2.5 tahun berlalu...

Wad kanak2 HSB
Jalan masuk ke wad. sebelah kiri ada mini playground.

Nama Damia' terpampang kat board sebelah kanan, terletak sejurus melangkah kaki ke dalam  
Masuk lagi ke dalam..Sebelah kanan ada penimbang berat, tinggi dan satu dekstop untuk kemudahan doktor buat kerja.
Kaunter tempat staff nurse buat kerja
 Ada banyak bilik dalam wad 5A ni. Ni bilik Damia'.
Katil Damia'. Ruang dalam bilik dia sangat luas dan selesa. Siap ada tandas lagi untuk setiap bilik yang ada.
Barang2 masuk wad. Macam nak berkelah =p
Ubat pertama Damia' : PCM dan antibiotik Benzylpenicillin,sebelum ditukar ke Augmentin.
Branula di tangan. Sejurus lepas masukkan branula, damia' asyik ulang bagitau ibu, 'sakit..kakak buat'
Tak bermaya.. Makan muffin buatan makngah.
Zoom sikit.. 
Ni gambar dah sedia nak balik rumah. Siap dok test syringe tu lagi, nakmakan ubat. Hmm, dalam wad punya susah nak makan ubat (-_-)

Memandangkan ada syif hujung minggu, tunggu sahaja Damia' stabil sedikit, dan minta discharge. Sebenarnya, dia belum sembuh betul2, tapi memandangkan semua yang ditanya tak dapat tolong, maka usaha juga untuk discharge Damia' AOR (at own risk).

Semalam, pagi2 tengah ready nak balik Kuantan, rakan sekerja telefon, tak dapat buatkan midnite shift. ALLAH, gelabah betul! Punyalah drive cepat2 (nasib baik ada wan yang teman bersama 2 adik), sempat sampai Kuantan pukul 8pm. Pukul 11pm, masuk kerja sampai pukul 7pagi tadi.

Itulah kisahnya. Panjang lagi, tapi nak highlight point2 penting sahaja.

Erm, orang kata, setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya, kan? Lalu, gigihla ibu mencari hikmah..Ada juga sikit rasa bebal, sebab semua yang plan tak jadi. Daripada aktiviti 'bercuti', jadi aktiviti lain pula.

HIKMAH :
1. Hikmah bawa balik kereta
- Alhamdulillah, kereta wira yang kemalangan dulu dah siap 'dirawat'. Walid dan wan ke Temerloh untuk 'jemput' dia sekarang. Nasib baik bawa balik kereta, jadi bolehla wan ke Kuantan. Tak gaduh membazir duit naik bas. Kereta pula siap, bila wan dah ada kat sini. So, wan ada kereta untuk balik semula ke Kedah nanti. Perfect!

2. Hikmah kansel plan dengan bakal pengantin
- Pengantin juga ada plan yang tersendiri. So, nasib baik tak perlu dilibatkan sama. Bimbang menyusahkan keadaan nanti, sebab ibu ada Damia' yang susah nak 'bergaul' dengan yang lain, tambah2 bila walid takde.

3. Hikmah Damia' Rujhaa tak sihat
- Supaya ibu dapat follow up semula dengan doktor teantang keadaan sebenar dia. Almaklum, sejak semua ok, dah lama dia takde follow up dengan mana2 doktor, jadi sekarang dah tau kondisi sebenar dan apa yang perlu dilakukan.

4. Hikmah tiba2 kena kerja night shift, walaupun dah lama confirm pertukatan dengan rakan sekerja
- Supaya ibu dpat day off, dan dapat recover sepenuhnya hari ni, sebelum kerja esok dan lusa di hari minggu yang membahagiakan =p

5. Hikmah cabaran minggu awal muharram
- Supaya ibu dan walid sedar, plan macam mana pun, 'gaduh sayang' macam mana pun, last2 kerja ALLAH sahajalah yang terbaik. Sereyesly, PERFECT!! ALLAH sayang kita kan, abang? =) Terima kasih ALLAH.

Damia' alhamdulillah dah fully recover dari demam.Hari ni, hari terakhir untuk habiskan antibiotik. Walaupun tak sihat sepenuhnya lagi dan perlukan follow up, at least dia dah cukup sihat untuk tunggu ibu dan walid kembali bersatu bekerjasama untuk semua. Alhamdulillah! =)

P/s:
Terngiang2 di telinga jawapan yang diterima bila ditanyakan sebab seorang kanak2 12 tahun masuk ke wad tersebut,'....kanser'. Terdiam. Speechless. Oh ALLAH, forgive me when i whine..