Friday, December 16, 2011

'Bila Damia' nak dapat adik??'

Salam.

Soalan CEPU CEMAS kat atas tu, memang membuatkan ibu geram.Bukan geram, marah.Tapi, geram, excited =)

Almaklum, walid merupakan orang pertama kahwin dalam batch dia, kami juga merupakan antara pasangan awal yang 'berani mati' untuk ada anak sewaktu belajar.. =)

Hmm, mengimbau kembali kisah dulu2, ibu disahkan hamil selepas sebulan lebih kahwin.Wah, waktu tu terkejut bercampur takut dan sedikit gembira. Ye, takut lebih dari gembira sebab macam awal sangat dan dah langgar 'janji' dengan mak =p

Tapi,walid pujuk, walid cakap,'ALLAH bagi hadiah, kenalah terima. Ramai lagi yang nak anak sangat2, tapi rezeki mereka belum ada. Kita kena bersyukur..' Hmm, lega sikit, walaupun rasa takut nak kena marah tu ada lagi. 

Sebenarnya, ibu nak sangat punya seorang anak, supaya bila grad nanti, takdelah baru nak start semuanya. Dengan kerja kami berdua yang boleh dikategorikan sebagai sibuk nanti, baik ada anak awal2. Tulah fikiran ibu waktu tu. Jujur, tak kisah,cuma takut kena marah. Heh. tak matang betul, kan?  

As time goes by, makin lama makin enjoy being a pregnant lady. Sungguh, terbuai2 saat tu, rasanya tu lah momen paling indah dalam hidup, walaupun alami alahan teruk juga. Muntah 10x sehari, biasalah tu..Daripada duduk barisan paling depan, pindah ke barisan paling belakang sebab senang nak keluar ke tandas bila nak termuntah..Erm, ibu cakap biasa, sebab ada kawan ibu yang muntah lebih dari 20x..Ibu fikir, ni lah yang buatkan yang bernama 'wanita' teringat2 selalu dan nak ulangi semula (at least for me).
Waktu bersalin pula, adalah satu lagi momen kenangan terindah dalam hidup. Ye, walaupun terpaksa dibedah secara kecemasan, tapi apa yang dilalui yang tak sama macam orang lain tu lah yang menyebabkan kami belajar banyak benda.Ya,ALLAH sedang bercakap tentang SABAR dan SYUKUR pada waktu tu =)

Sekarang, masa cepat sahaja berlalu. Damia' sudah mencapai umur 2.5 tahun. Umur yang boleh dikatakan sudah bersedia untuk punya adik. Ya, ibu fikir telahan tu betul. Memang Damia' sekarang nampak sangat ciri2 ke'kakak'an dia.

Tahun ni juga, makin banyak perkhabaran gembira tentang kawan2 yang kahwin lebih-kurang sama waktu macam kami, dapat hadiah dari ALLAH lagi. Wah, sangat teruja! Ada yang tengah menunggu hari je, ada yang baru tahu, tak kurang yang baru2 je kahwin dan disahkan mengandung.Alhamdulillah!

Maka, dengan sebab itu, makin bertambah2lah juga soalan kat kami tentang bila la lagi Damia' akan punya adik.

Hai, setiap kali dengar, memang geram tau. Sebabnya, ibu sangat teruja nak punya anak lagi! =) Siapa tahan tengok muka bayi2 yang baru lahir. Hati saya memang cair ^__^ Teringiiin sangat!TAPI, tulah..setakat ni ibu masih terikat dengan 'perjanjian'. Perjanjian, syarat2 yang walid tetapkan kat ibu, yang kami sama2 persetujui, sama seperti persetujan untuk punya seorang anak sebelum habis belajar..

Antaranya, walid ni masih 'trauma-secara-manja' bila ingatkan detik2 kelahiran Damia'. Walid cakap, kesian sangat tengok ibu sangat letih dan sepanjang masa tidur je, tak sedar segala ubat yang doktor bagi. Dengan tapak tangan sampai bengkak masuk branula kat kedua2 belah tangan..Macam2 lagilah, yang bila walid cakap, ibu tak ingat mana pun sebab ibu 'kurang' sedar..

Selain tu, ada lagi lah hal lain.. Memang ibu pun dah bekerja, makin stabil, TAPI, masih ada relevannya ibu akur saja dengan perjanjian yang dibuat tu untuk kemaslahatan bersama. Bak kata walid,'Jangan ikut orang, ikut kita sahaja'.. =) Nak sedapkan hati lah tu, padahal kadang2 nampak juga kemahuan walid untuk punya baby kecil lagi.

Jadi, setiap kali orang tanya, ibu jawab,'Tunggu sikiiiiit je lagi'.Ye, ayat untuk menyabarkan diri sendiri juga sebenarnya =) Erm, memang sikiiiit je lagi pun. Sabarlah ye 'Atiqah. 

Apa2pun, doakan yang terbaik untuk kami ye.Ameen.

p/s: 
Syarat pertama yang sangat susah nak dipenuhi sampai kadang2 buatkan saya stress : Naikkan berat badan..Adoi!