Salam.
Alhamdulillah, sudah seminggu bergelar PRP (Provisionally Registered Pharmacist).
Selepas grad, pelajar bidang farmasi terikat dengan polisi kerajaan, untuk berkhidmat selamat 1 + 3 tahun dengan kerajaan. Untuk tahun pertama ni, dipanggil PRP. Setelah dapat lesen (dengan syarat lulus exam forensik + lulus latihan sebagai PRP), akan digelar FRP (Fully Registered Pharmacist).
Setelah menguruskan urusan lapor diri pada Isnin lepas (1 Ramadhan), alhamdulillah, kami berempat diletakkan di hospital yang sama - Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ye, hospital ni lah yang kami dok buat attachment selalu untuk subjek Pharmacotherapeutics semasa bergelar pelajar dulu. Jadi, serba sedikit telah tahu lokasi2 penting (tapi dok sesat jugak dalam bangunan HTAA tu! =p).
Sewaktu lapor diri , pakat dok berdebar, tunggu penempatan. Ada 2 hospital latihan di Pahang ni, satu di Kuantan (HTAA) dan satu lagi di Temerloh (HOSHAS). Bila seorang kawan diberi surat penempatan, semua berdebar2 menunggu jawapannya. Tapi, belum sempat habis debar, terus diberitahu oleh kakitangan yang bagi surat tu, 'Semua dapat Kuantan..' ^____^ Kami diberitahu yang UIA merupakan batch pertama PRP yang masuk, jadi semua orang dapat hspital yang sama, Lebih memudahkan, bak kata Puan Mahani.
Hari pertama, dihabiskan dengan urusan mengisi borang, sampai lah hampir pukul 5pm.
Hari kedua, berjumpa dengan Ketua Pengarah Farmasi di HTAA, yang juga merupakan pensyarah subjek Ethics & Laws dahulu. Selepas tu, diberi peluang untuk menghabiskan urusan borang, surat2 dan segala hal yang berkaitan pentadbiran. Uish, penting ni.. Kalau tak selesai, lambatla dapat gaji (which is crucial, especially for this month =p)..Hari ni juga, dapat tau penempatan di bahagian mana. As for me, I got TDM (Therapeutic Drug Monitoring) unit. The others got Ward Supply Unit (Inpatient pharmacy), Farmasi Klinik Pakar dan Farmasi Makmur (Outpatient pharmacy).
***********************************
Sebenarnya, kerja seorang ahli farmasi banyak kat hospital ni. Tidak terhad kat kaunter ubat sahaja. Ada banyak unit. Untuk PRP, akan merasai semua unit sebagai latihan. Ada juga logbook disertakan, sebagai panduan untuk dipenuhi, bagi setiap unit.
Untuk HTAA, 4 unit yang kami dapat tadi, merupakan unit2 yang penting untuk belajar hal basic, bak kata Mr. Leong. Belajar untuk bagi ubat, tulis label, bagi kaunseling (Outpatient pharmacy),mengisi ubat, faham konsep2 stok yang digunapakai oleh HTAA, sediakan ubat ke wad (Inpatient pharmacy) dan juga belajar uruskan dan kendalikan mesin untuk analisis ubat, kira level ubat dan buat keputusan sama ada toxic/tak, dan buat recommendation tentang perkara yang perlu dibuat.
Hari ketiga dan seterusnya berlalu seperti biasa. Masing2 keep on updated dengan hal2 yang dilalui, walaupun cuma berjumpa sekejap2 sahaja..Dan semalam, kami semua telah menyerahkan borang permohonan cuti raya kepada Mr. Leong(Semangat nak raya ni.. Hehe. Tapi, sebenarnya due dat edah tamat untuk pharmacist yang lain. Kami diberi kelonggaran untuk hantar borang lewat sedikit...)
Erm, tulah serba sedikit tentang apa yang dibuat sekarang..Sepanjang seminggu di TDM, banyak perkara yang dapat dipelajari..Alhamdulillah, moga ALLAH sentiasa pandu jalan yang dilalui ini. Ameen.
p/s: Terima kasih tak terhingga untuk suamiku yang berkorban jiwa raga demi menolong meringankan beban isterimu ini..Oh, sungguh aku bertambah cinta! =) Tq ALLAH.