Salam.
Tak habis cerita lagi tentang hari Aquaria ni..
Erm, selepas ke aquaria, kami berdua melangkah masuk ke dalam KLCC. Allah, lama sungguh tak ke sana, sejak study kat Pahang nun, walaupun rumah tak jauh mana dari Ampang..Masuk dalam KLCC, naik ke food court dan makan. Dapatlah ibu makan kyros kebab hari tu. (Ibu memang suka burger/salad/kebab, tapi susah nak dapat, kecuali kat tempat2 tertentu - i mean, kebab ^_^) . Walid pula makan ABC + Nasi Kandar. Lepas isi perut, solat Zuhur tak dilupakan..
Sementara tunggu Damia' jaga, kami window shopping dalam KLCC. Ye, window shopping je lah. Tak kerja lagi kan? Fulus, kena jimatla.. =p
Tak lama lepas tu, Damia' jaga. Maka, kami beli makanan untuk Damia' pula. Kebetulan, kat luar bangunan dah redup..Jadi, misi ke-2 diteruskan.
Kembali aktif =)
Misi ke-2, berkaitan air juga. jika tadi kami berkenalan dengan ikan2 yang tak dapat dipisahkan dengan air, maka kali ni, kami dedahkan Damia' dengan air pula.
Dekat luar KLCC, ada taman permainan dan ada macam satu ruang untuk kanak-kanak mandi manda secara bebas. Yang penting, tiada bayaran dikenakan =) Jadi, untuk melatih Damia' supaya berani sikit (Damia' takut bila berada dalam air), maka kami bawa ke sini. Alang2 pun kan.. =)
Kawasan mandi manda
KLCC yang tak jauh dari mata
Bergambar di taman mainan, tapi mata dah asyik ke arah air =p
Bila dah sampai kawasan ni, tanpa buang masa Damia' pun salin baju. Pakai swimming suit dia.Bila dah sedia, dia pun turun ke tempat bermain air dengan walid
Jalan jengket, sebab dia geli. Taku-takut je =p
Zoom sikit =)
Berhati-hati, takut jatuh
Damia' mandi tak lama. Kesian ibu dan walid tengok, terketar2 badan dia =p Jadi, lepas mandi bagi dia makan sikit dan tukar baju lepas tu. Selepas tukar baju, bagi dia main sat kat taman mainan. Kesian, asyik dok sebut 'menan (mainan)' berulang2 kali. Walau hari dah petang, kami beri sedikit masa kat Damia' untuk enjoy. Punyalah dia seronok!
Mulut penuh. Makan tak henti =p
Mulut penuh lagi. Atas 'duck'
Tak lama selepas tu, kami pun balik. Waktu nak naik LRT, jumpa geng baksis..Uncle faveret Damia' =) Walaupun LRT padat sebab waktu orang balik kerja, tapi kami dok sembang pot pet pot pet, sampailah dah nak turun. Lepas tu, masing2 membawa haluan sendiri..
Till then, assalamualaikum ^_^
p/s: moga ada kesempatan begini lagi pada masa akan datang. ameen