Thursday, July 21, 2011

Pegawai Farmasi Gred U41

Salam.

Kami baru sampai Alor Setar pukul 9pm tadi. Bila dah sembang2 dengan family semua, ibu online. Nak sangat online, sebab kat Ampang sangat jarang online. Banyak juga terlepas hal2 tertentu..Jadi, first thing to do is to announce this.

Alhamdulillah! ^_^

Baik.

Walaupun telah seminggu berlalu kisah ni, ibu masih nak cerita juga. Bagi ibu, ini masih kisah 'panas' untuk diari ni =)

BERDEBAR
Baiklah, sebenarnya semua kawan2 satu batch pun tengah risau dengan penempatan kami sebagai ahli farmasi. Yelah, dari bulan 6 kot tunggu. Lepas tu, kononnya awal bln 7 kerja, pastu beranjak ke depan, jadi pertengahan bulan 7, rupa2nya awal Ogos baru boleh kerja. erm, mencabar tu. Bulan puasa, tapi lebih pahala, insyaALLAH =)

Sebenarnya ibu takdelah dok sibuk nak tau sangat penempatan, tapi tula, sebab bila taktau, tak boleh nak plan hal lain, makanya memang tertanya2 dan tertunggu2 juga lah sebenarnya. 

Bila batch leader bagitau paling awal boleh tau penempatan pada 15hb, ibu dah simpan kemas2 tarikh tu dalam ingatan. Makin hari, makin berdebar. Makin berdebar, makin cuba keras hati untuk redha.

HAH?

Hinggalah, tiba2 pada pagi 14hb, dapat mesej lebih kurang camni, 'Korunk dapat perak. 1 hb lapor diri'..

Wah, terkedu baca mesej. Perak?? Takde dalam list kot. Pilihan hari tu : Pahang, Ampang, Putrajaya.

Maka, kalut2lah sembang dengan kawan yang mesej tu. Dok pot pet pot pet, padahal walid kat sebelah dah gelisah. Dok berkira nak keluar rumah sewa, nak masuk hostel balik. Yela, sape nak dok sorang2, isteri jauh ke Perak nun.Siap contact cari kawan yang nak dok rumah sewa kami..

Ibu??

Erm, ibu terkejut bukan dalam pilihan, tapi ibu fikir, ALLAH memang dah plan yang terbaik untuk kami.Ibu ambil banyak masa untuk set hati dulu. Sekarang adah ada jawapan..

Jujur, tu lah tempat pilihan untuk kami settle down suatu hari nanti. Jadi, ibu fikir, ALLAH mahu ibu dulu yang berkorban.. Ramai je kawan2 yang terpaksa menjadi 'weekend couple' atas sebab belajar/kerja..Jadi, ibu redha saja menerima. Siap dah fikir nak cuba minta hospital mana dan nak tumpang rumah siapa..Cuma, ibu sedar, it's not going to be easy, especially when u have a baby..Tapi, tak mustahil.

KAWAN BAIK
Bila dah tau, terus teringat seseorang.Terus call kawan baik dari Pahang. Terkejut aih bila dapat tahu, dia tak dapat Pahang. Lalu ibu wonder, sape lah yang dapat. Dan dia memberitahu 3 nama yang telah sah dapat Pahang.

Erm, kawan ibu sedih sebab sikit tak dapat Pahang, sebab hospital sangatlah dekat dengan rumahnya. Tambah pula tempat yang bakal dituju, takde kemudahan transport, rumah, dsb (belum ada lagi la..). Lalu, ibu cakaplah, kita redha je lah. ALLAH dah letak tempat terbaik. Nak buat cane, ibu pun tak dapat Pahang juga. Kena berkorban lah masing2. Lalu, ibu tanyakan no telefon bahagian penempatan.

HUH?
Pot pet tpot pet habis cerita.Bila dah habis call, tak boleh nak dok diam pulak. Terpanggil2 untuk call SPA, lepas dok tengok no. yang diberikan tu.

Jadi, tunggu lama sikit, ibu call. Bila bagitau nama dan universiti, terus dengan laju dan lancarnya, diberitahu, 'PAHANG'.

Wah, terkejut habis nih! lagi terkedu dari awal2 tadi. Tak expect langsung! Ibu sampai tanya banyak kali,lalu jawapan serupa diterima..

I was in denial state sat, sebelum pujuk diri,'ok fine. ALLAH nak suruh dekat dengan suami ni..'

The truth is, I'm ready for Perak more than Pahang. (Mesti orang2 Pahang marah bila baca ni =p). Tapi, sekejap je, terus ibu ingatkan diri, 'Hari tu asyik dok minta tempat terbaik, sekarang dah confirm, jangan mengada2 dah. It's Pahang. Fullstop. Memang ALLAH mahu kamu dekat dengan suami.'

Bila bagitau walid, dengan keadaan masih terkejut lagi , walid senyum lebar. Teruslah kansel plan nak keluar rumah sewa.

THE HARDEST PART
Honestly, ibu ingat ramai yang dapat Pahang. Sebab batch lepas, kat Kuantan sahaja pun ramai. Lagipun, ibu tak follow update dari blog kelas.Hanya mengharapkan kawan je bagitau apa2 berita.

Tapi, ibu kecewa sedikit bila tahu hanya 4 orang yang dapat Pahang. Ibu orang keempat.. Bukan setakat serba salah dengan kawan baik sebab macam berebut tempat dengan dia, tapi juga dengan SEMUA classmate dari negeri tersebut. Semua tercampak! ke Kelantan,KL, Sarawak pun ada. Takde sorang pun orang Pahang yang dapat Pahang. Negeri lain, ada lah juga wakil..

Sampai beberapa hari ibu dok rasa serba salah dengan hal ni. Ibu kesian sangat dengan kawan2 Pahang. Tapi kalau nak offer tempat ibu tu, takde win-win situation. Susah pula untuk ibu. Apa2pun, Damia' is going to be with me..Plus, walid yang manja tu akan sedih sangat lah nanti =p

Jadi, di sini ibu nak minta maaf. kalau2 ada kawan yang baca, ibu minta maaf sebab ibu rasa ibu mengambil tempat dyorang. Tapi, insyaALLAH, ibu kat Pahang pun sekadar tunggu walid habis study. Tahun depaaan je ye =) Silalah minta Pahang tahun depan ye..

ALLAH BERBICARA
Harapnya masing2 dapat berlapang dada. Ini ALLAH punya kerja, cumanya melalui manusia keputusan diketahui. Yakin, dan YAKINlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. memang ayat ni nampak cliche, tapi itu hakikatnya. ALLAH sedang berbicara dengan kita tentang 'sesuatu'.. dan kitalah yang kena bijak cari 'sesuatu' itu. =)

.....Ya, aku sedar, ALLAH turut sedang berbicara denganku..Sifat hamba itu 'Atiqah, tabah dan redha.

Erm, moga ALLAH pandu gerak langkah kita selalu.Ameen

p/s: 
Selamat enjoy puas2 sebelum memulakan pekerjaan! =)