Saturday, August 27, 2011

Mood raya dah datang!

Salam.

RAYA
Dulu waktu mula2 start kerja, takde rasa nak raya sangat. Dok bajet konon2 junior, susah nak dapat cuti.Tapi, sebab semua orang kalut minta cuti raya, maka ibu pun taknak ketinggalan =p Yelah, cuti layak tahunan, mestilah digunakan sebaik2nya, especially untuk raya, kan? Alhamdulillah, cuti raya selama 2 hari diluluskan. Ramai chinese pharmacist kat HTAA. Jadi, bolehlah cuti lama sikit. Ada je yang cuti sebelum, sewaktu dan selepas raya..Memandangkan bulan ni baru masuk kerja, jadi jadual on-call masih takde. Jadinya, semalam lepas habis buka puasa, pack bag, terus balik..

Balik mana?

^_____^

Balik Ampang lah..

Alhamdulillah, kami takde masalah nak beraya di mana. Memang sejak awal kahwin, dah tetapkan giliran masing2. Almaklum, tahun lepas dah beraya kat Kedah, tahun ni giliran KL pula..Ya,all you have to do, is be patient and wait for your turn next raya. After all, your in-laws equal to your parent right? =) 

Walaupun kami ada giliran balik mana dulu pada hari raya pertama, tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah fail lagi untuk balik beraya di kedua2 belah pihak. 

Jadi, insyaALLAH, tahun ni akan sambung berpuasa, menghabiskan baki Ramadhan di Ampang.Raya ke-3 insyaALLAh akan balik ke Kedah pula. Then, balik Kuantan baliklah.. Kata dah kerja kan =p Walid pun dah nak start kelas semula lepas raya ni.

BAJU RAYA
Bagi ibu, the best part about raya when you have YOUR own family is to prepare the clothing, according to theme. It's quite challenging, in a fun way though =) I dunno. In any other occasion pun, kami akan usaha untuk tampil sama kaler. Entah. Macam best. Macam sehati sejiwa, penuh kasih sayang gitu. heh!  Kadang2 bila ibu malas nak cari baju, walid pula yang dok sibuk matchkan =) Ha, apa tema raya kami setakat ni?

Tahun 2009 : Ungu muda

Tahun 2010 : Merah Jambu (Pink)

2011 : ??

TAHUN 2011
Selalunya bila beli baju raya, akan beli baju ibu dulu, sebab senang nak match baju walid nanti. Tahun lepas tengok kawan pakai warna kelabu waktu raya, berkenan pula. Jadi, dah plan nak pakai warna kelabu. Lepas tu tengah2 tahun, warna biru muda tengah 'in', tukar nak pakai warna tu pula..

Awal2 tahun dulu, maktok bagi kain batik kaler kelabu+ biru, jadi bila pergi Sarawak, ibu beli kain kebaya labuh (plan nak buat kebarung/kurung) warna biru muda. Jadi, dah semangat nak pakai warna biru muda. Tapi, sedar tak sedar, masa berlalu, tak sempat nak g jahit baju. Sudahnya, terus tukar nak pakai warna kelabu balik.

Dalam minggu pertama/kedua puasa, kami dah mula cari baju raya. Alhamdulillah, dapatlah mencari warna kelabu. Jumpa baju walid dulu. Pastu cari baju ibu dan Damia. Baju Damia' lah paling susah nak cari
(-_-) Nasib baik jumpa juga..Kelabu tahun ni, bukan light grey, tapi BROWNISH GREY. Ha, cane tu?? Tungggu....... ^_^

SEMANGAT 
Sebenarnya, dah jadi tradisi keluarga ibu untuk siapkan baju raya awal2, sebab kami adik-beradik ramai. Memang takde istilah beli last minitlah. maksudnya, beli malam raya/2-3 hari sebelum raya. memang tak pernah merasalah bersesak2 malam raya yang ramai orang cakap 'lagi happening' tu..Selalu beli kain, tempah. Siap, beli tudung pula. Jadi, bila dah kahwin, TER'induce' masuk tradisi tu dalam keluarga ni. Jadi, setiap kali raya, memang cari baju awal2.

Antara sebab malas, dah nak bersesak ke sana ke mari, cari baju last minit. Tahun lepas, tempah. takpela. Tahun ni, terpaksa beli yang dah ready made, nasib baik jumpa.Alhamdulillah.

Jadi, minggu kedua/terakhir puasa, dah siap semua. Takde kalut2 dah. Sekarang kat tempat2 baju, semua sesak. kalau kat kuantan tu, tempat paling glamer ECM kot. 2 minggu terakhir ni, sampai nak parking pun takde tempat. 

SEMANGAT RAMADHAN
Dalam semangat nak sambut raya, Ramadhan makin melangkah pergi. Mohon dengan sangat, agar kami dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang. Jujur, ibu tak puas dengan Ramadhan kali ni =( Peringatan buat diriku yang sering lupa dan yang lain2 nya : 

Bulan Ramadhan rajin baca Quran, bulan lain, nak buka Quran pun susah. 
Bulan Ramdhan, puasa, jaga percakapan, tak cakap benda tak senonoh, bulan lain sembang mengata orang sana sini. Kepoh sangat!
Bulan Ramadhan, solat terawikh sampai penuh, tapi solat wajib masih ada yang lompang. (apa kes??)
Bulan Ramadhan, banyak bersedekah jamu orang makan, jamu keluarga makan, sponsor moreh, bulan lain berkira bukan main kalau nak keluarkan duit.
Bulan Ramadhan, qiam tak berhenti, bulan lain, nak bangun malam pun susah.
Bulan Ramadhan pakai baju sopan2, tudung pun litup, g mana2 selalu pakai jubah, tapi bulan lain, tudung ke mana, kain baju ke mana, semua jadi tak cukup lengkap belaka.

Nauzubillah!

Ah~ manusia memang begitu. Kononnya nak celebrate Ramadhan. Bulan yang penuh dengan ganjaran..Ibu pun sama. Moga kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Moga kita semuanya menjadi hamba ALLAH, bukan hamba Ramadhan semata. InsyaALLAH!

SELAMAT HARI RAYA!
Penat dah menulis. Nak g tolong tokma buat kuih tart pula. Ok. Apa2 pun, nak buat ucapan 'salam perantau' sat.

SALAM LEBARAN diucapkan kepada semua kenalan SKBL, SKLJ, MMAS, SM KOSAS, JENANIANS, DQ-IANS, MATRIC PJ, UIAM dan rakan2 sekerja di HTAA, juga rakan BLOGGERS dan READERS OF DIARI DAMIA ^___^

Minta maaf banyak2 ye, kot2 ada terasa pape ke, menulis bukan main tanpa sedar ada hati yang terasa. Maaf zahir dan batin. Makan kuih-muih di pagi raya tu, ingat2lah kat kami di sini. Saaaaayang semua!!

LOVE,
Mr. Arifin. Mrs. Arifin & Little Arifin =)

p/s: I agree with this, somehow =p