
tp...bkn itu sebenarnya yg walid nak ceritakan...walid cuma nak komen sket tentang situasi politik terkini perak..yg semua sedia maklum...agak kucar-kacir dan penuh drama.. dan semua sedia maklum, semua ini bermula apabila 3 pengkhianat parti kerajaan, melompat parti dgn harapan ia mampu menumbang kerajaan sedia ada...dan ya...mmg tak di nafikan ia berjaya.. ada yg berteori,ini semua kerja Najib...ade pulak yg ckp, 3 org ni ade masalah dgn parti...ade yg ckp 3 org ni melompat sbb yakin parti pimpinan BN mampu selamatkan dyorang dr tuduhan rasuah dan mcm2 lg di mahkamah..yg bg walid ini kerja paling terkutuk skali....dan seperti biasa, jika dahulunya mereka2 ini mendapat liputan meluas media perdana angkara rasuah mereka, dan kini, bila melompat ke parti 'sebelah sana', liputan kes mereka otomatis tenggelam... hebat!!
jd dgn perpindahan 3 makhluk ni ke parti lawan, di sertakan dgn sokongan oleh Kebawah Duli Sultan Perak, Sultan Azlan Shah..maka tumbanglah kerajaan di bawah DS Nizar Jamaluddin.. tp walid tetap tabik spring pada wira2 ni..walaupun didesak hebat dgn cara paling jijik di alam semesta, Nizar bersama rakan2 ADUN dan Exco tetap memperjuangkan keadilan yg sebenar.. dan kta dpt lihat pelbagai usaha di lakukan Nizar bg mnyelamatkan kerajaan pimpinannya...antaranya dgn enggan mnyerahkan kediaman rasmi,kenderaan rasmi, dan yg paling berani...menggantung kehadiran beberapa Exco haram kendalian Dr. Zambry utk menghadiri sidang DUN...atas sebab melanggar undang2 dewan.
seterusnya, Nizar berjaya mndapat injuksi mahkamah utk membawa kes ni ke mahkamah bg membuktikan bahwa kerakusan BN yg secara gopoh melantik MB Perak baru adalah tidak sah kerana tidak melalui sidang DUN yg betol...dgn cara ini, DS Nizar dapat buktikan tidakan baginda Sultan melantik Zanbry adalah tidak bertepatan dgn undang2 perak....
Zambry tidak lah bodoh utk membiarkan kedudukan nya sebagai MB tergugat..

alhamdulillah...yg adil tetap tertegak..DS Nizar di umum sebagai MB Perak yg sah di mahkamah..


tp kita jgn cpt bersorak dgn kemenangan ini...takkan lah BN senang2 nak biar perkara ni terjadi.. ofkos dyorang akan buat rayuan...dan tepat sgkaan walid, malam keputusan tu dikeluarkan, terus kluar berita Najib nak buat rayuan secepat mgkin, mgkin secepat dia meruntuhkan kerajaan asal Perak..dan seperti biasa, dah nama media pro kerajaan, jika dulu, masa BN berjaya runtuhkan kerajaan perak, berita2 TV utama kat Malaysia ni paparkn berita tentang itu, hampir setengah jam...siap jemput pelbagai jenis org bg ulasan..berhari2...berlintas langsung...tp bila mahkamah umum Nizar MB yg sah, berita2 tentang ini cukup singkat..tak sampai 5 minit pun di tambah ulasan Zambry yg sepatutnya tak layak dah bercakap sbb dia otomatis tak pegang pape jawatan dah...kemudian tiba2 byk pulak berita tentang kemalangan, culik, rogol, rompakan dsb...hihih...lawak la berita2 nih...
apepun tahniah kepada pasukan DS Nizar sbb berjaya tegakkan keadilan.. (juga kepada paknjang Hussin yg tetap bersama Nizar memperkukuhkan barisan ADUN dan EXCO perak) dan tunggulah ape tindakan BN seterusnya..adakah mereka nak memperguna lg institusi diraja,kita tggu.. dan yg curang tetap di hukum..bertitik tolak dari kemenangan Nizar, beliau gantung pegawai2 yg belot kepadanya termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Dato' Jamalludin Al Amini Ahmad berkuatkuasa serta-merta. Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta...yg bg walid mmg patut pun...dan kepada Zambry, tindakan yg gopoh gapah mmg akan gagal...suka hati je jual blk kereta2 Camry tu..dgn alasan Pakatan Rakyat membazir...cheit!!
skrang kita tunggu lah ape tindakan Sultan Azlan Shah..

kepada wakil2 rakyat perak, terutamanya YB BN, udah2 la berebut kerusi tu.. mcm budak kecik berebut eskrem jek.. kesian...kesian pada rakyat perak terkontang kanting..suara2 rakyat tenggelam..ade masalah tp dah tak tahu nak ngadu kat sape...YB2 sibuk berebut eskrem...hmm.. kalau di zaman dulu, sahabat2 cukup takut nak terima sesuatu jawatan tu, sbb tahu betapa besarnya tanggungjwb yg perlu di pikul..tp kini, jawatan direbut utk kuasa, wang, pangkat dan nama tanpa di sedari, setiap tggungjwb yg dipikul akan di tanya ALLAH S.W.T..