Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.
Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.
Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..
" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.
" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."
" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..
Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti..
**********************************************************************************************
Membaca artikel pendek di atas menyebabkan saya terfikir, betapa susah sebenarnya menjadi ibu bapa. Memastikan anak2 terdidik dengan sempurna, especially secara spiritual, untuk menjadi seorang yang terdidik dari segi agama Islam, bukanlah benda mudah yang boleh dipandang enteng, kerana hukuman kekalnya kelak bakal dihadapi di Negeri Abadi sana..
Hmm, semenjak cuti sem bermula, saya telah merasai pengalaman menjadi 'ibu' kepada adik2 yang masih kecil..hadoi~ memang memenatkan. Jadual hidup bermula seawal selepas subuh, dengan nak prepare breakfast utk abah + tukang cat rumah ( mak + adik2 brekfast kt sekolah), then, basuh baju (at least 2x, bakul besar, satu bakul 2x spin, means akan ulang sidai baju 6x sehari), sapu sampah dr porch depan sampaila ke dapur, buang sampah, basuh pinggan yang semestinya penuh sinki everday (pelik juga, setiap masa, ada je pinggan ke mangkuk dalam sink),masak nasi, hal rutin.. pukul 12 baru siap untuk hal2 mcm tu..hmm, then gi beli lauk (sbb abah tak sempat gi pasar. dok sibuk dengan hal walimah sekarang, jarang masak)..rehat..petang, gi ambil adik2 yang waktu habis sekolahnya tak sama.Ada yang balik pkl 4.30pm, 5pm dan 5.30pm..wuish, penat2. dok ulang- alik atas jalan.. then, sebelum maghrib angkat kain, selepas maghrib lipat kain..baru relax, tu pun kalau sinki tak penuh lagi sekali (usually penuh)..hihi.inilah kehidupan baru sebagai bibik untuk mereka..
Kadang2, terfikir juga nak boikot tanak basuh kain ke, masak nasi ke satu hari, sebab penat dan letih sangat kena selesaikan semua hal (berat yang makin bertambah ni, kerja sikit pun, penat banyak.heh!)...dah dua kali demam pun semenjak balik..hee, bukan lembik, tp sebab berhabuk2an di sini, tambah nak walimah ni, tolong touch up rumah sikit2, dok angkat batu bata la, simen pembacuh dalam beg kertas tu (berat sungguh!), adjust mesin basuh beberapa kali untuk make sure drained water masuk dalam saluran yang betul.. ha cepatla kesan tak baik kpd kesihatan yang tak berapa sihat. ni.selalu mengadu kat hubby akan kepenatan nih, sebab kalau dia ada, dia suka tolong, banyak yang dia tolong ^_~ benda tu tak bagi angkat, ni tak boleh, kira dimanjakan la..huhu~ balik rumah, kena buat sendiri, dah tu, tolong cover untuk adik2 yang ramai ni pulak..macam nak nangis je sebab geram, nak basuh pinggan dan lipat baju sendiri pun tanak..semua kak long buat, sampai abah pun cakap, 'sian kat ikah, banyak kerja'..huu, bukan nak ungkit sangat pun, tapi bila dh hari2 mcm tu, penat sangat T_T...hmm, tapi btulla yang hubby cakap, sebab depa kecik lg (form 5 kecik ka?), jd banyak benda yang perlu ditolong..adatla kemas rumah dari sekecil2 hal, even tiap2 hari..
Em, tula..bila fikir nak merajuk je, terbayang2 muka mak..lagi kesian..mak hadapi benda ni dari kami semua kecil, sampai sekarang..saya? at least, ada peluang ngelat bila kt Kuantan dengan hubby, tapi mak memang hadapi benda ni tiap2 hari..hmm, n owonderla mak dok ngomel selalu akan ke'tak reti' an adik2 untuk tolong mudahkan kerja rumah, sebab mak LAGI penat. (mak selalu cakap, kalau ada bibik pun, bibik mesti lari.hee~ )Dengan sekolahnya yang selalu balik lewat, ajar tuisyen lagi, hal2 rumah lagi(nasib baik saya tengah cuti, ringan sikit beban mak, kan?hihi)..selalu je keluar masuk rumah, tak sempat rehat, even untuk a short nap! sekarang ni kalau tengok muka mak, rasa macam nak nangis sangat2..i just realize this..my mom is truly a SUPERmommy! Being the only breadwinner in the family after abah's retirement is not an easy thing..even dok berleter pun, mak tetap dengan kerja2 sekolah dan kerja2 rumahnya..dengan umur yang makin bertambah, tapi sumbangan still masih bertambah. sayula... (i really wish my adik2 akan matured dan mengerti dengan cepat. sudah2la pentingkan study semata2. Hopefully u know how to appreciate our one and only mom.REALLY2!)Hebat kan? Sekarang saya belajar bahawa menjadi ibu bapa bukanlah perkara mudah..banyak benda yang perlu diuruskan..Yang saya dok tolong mak hari2 tu, baru kerja2 teknikal..haa, tu la, even kadang2 rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah dengan pertambahan anak2, semuanya dilakukan atas nama 'CINTA tanpa syarat'.. Moga anak2 mengerti akan pengorbanan mereka...em, mungkin sekarang belum rasa, tapi saya berani gerenti, rasa itu akan berubah bila kamu berkahwin..tak caya? tanya saya ^_^ Saya sedar, saya menjadi 'kipas-susah-mati' mak bila adik2 merungut ketika diminta tolong melakukan hal2 simple dalam rumah..buat anak2, cuba2la jangan menjawab sangat ye.. it hurts, u know, seriesly.
Dear ALLAH, kami berdoa agar dikurniakan kekuatan untuk mendidik 'amanah2' kurnianMU ke atas kami dengan baik, kerana sesungguhnya, kami sedar ibu bapa lah penentu syurga atau neraka anak..Moga semua sifat baik kami diikuti, dan sifat2 mazmumah kami tidak dilazimi. Ameen ya Rabb! Untuk itu, tolonglah kami dalam mendalami sedikit ilmuMu, kuatkanlah sesama kami ketika kami hampir tersungkur, dekatkanlah kami dengan taman2 syurgaMu ,golongkanlah kami di kalangan golongan yang Engkau Redhai, dan temukan kami semula sebagai keluarga bahagia di syurgaMu. Sungguh, diri ini berharap SANGAT agar layak bertemu denganMU kelak..
Dari Saidina 'Ali bin Abi Tali r.a berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: 'Ajarilah anak2mu dengan tiga perkara :
1. Mencintai rasulnya
2. Mencintai kerabat2 Baginda
3. Menghafaz Al- quran
kerana sesungguhnya, golongan inilah yang akan diberi naungan bersama para Nabi dan golongan suci di bawah 'arasy, di hari ketika mana tiada naungan selainnya '2. Mencintai kerabat2 Baginda
3. Menghafaz Al- quran
p/s : Untuk renungan wanita bergelar ibu dan bakal ibu,
Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya.